Bab 25

Romance Series 35227

RAFIQ menarik nafasnya dan tersenyum. Dia melihat bunga itu dengan lama. Pasti Nuha gembira sekiranya gadis itu melihat bunga ros merah yang dibelinya tadi.

“Assalamualaikum..” Rafiq tersenyum dan membuka pintu rumah.

“Waalaaikumsalam.” Balas Nuha. Dia melihat bunga itu. Oh.. pasti Rafiq ingin memberi bumga itu pada Nadia.

“Err.. macam mana dengan kerja harini?” Soal Nuha. Cuba untuk tersenyum.

Rafiq tersenyum sedikit. “Macam biasa. Cuma harini saya tak boleh fokus sikit.” Balas Rafiq dengan tawa. Dia melihat isterinya itu dengan lama.

Nuha mengerdipkan matanya.

“Oh.. kenapa?” Soal Nuha hairan. Dia masih lagi senyum.

Rafiq terus mengusap rambut Nuha dengan lembut.

“Sebab.. saya dah teringat kat seseorang. Setiap masa saya fikirkan pasal dia.” Kata Rafiq. Orang yang dia maksudkan itu adalah Nuha.

Nuha menoleh ke arah lain. Pasti gadis itu adalah Nadia..

Nuha tersenyum kelat.

“Baguslah macam tu..” Nuha terus pura-pura ketawa. Dia berlalu.

Sempat lagi Rafiq menarik tangannya.

“Nuha? Awak menangis ke?” Soal Rafiq. Dia sedar sesuatu kerana mata isterinya kelihatan sembap.

Nuha tersentak. Dia terus ketawa dan menggeleng.

“Hah? Mana ada..” dalih Nuha.

Rafiq terus memegang kedua-dua pipi isterinya dan melihat mata Nuha.

“Betul ke?” Soal Rafiq serius.

Nuha terdiam. Dia terus menepis tangan Rafiq.

“Saya.. okey aje lah.” Kata Nuha dan tersenyum.

Rafiq mengerutkan wajahnya. Risau dengan isterinya itu.

“Erm, tadi saya ada call Nadia.” Kata Nuha ceria.

Rafiq terkejut. “What?”

Nuha tersenyum lagi.

“Dia nak sangat jumpa dengan awak malam ni..” ujar Nuha lagi. Dia tersenyum.

“Ni lah peluang awak Rafiq. Cuba curi hati dia balik!” Kata Nuha gembira.

Rafiq memandang Nuha dengan rasa tidak percaya.

“Awak cakap apa ni?” Soal Rafiq. Nadanya berubah.

Nuha masih lagi tersenyum.

Rafiq terus sedar..

Nuha. Langsung. Tidak. Mencintainya.

“Okey, i get it. Awak nak tengok saya bersama dengan Nadia.. Tapi saya nak tanya awak pula, Nuha.” Rafiq merenung tajam wajah isterinya itu.

Nuha terdiam.

“Awak memang betul-betul tak kisah ke dengan semua ni? Awak memang tak kisah kalau saya bersama dengan Nadia?” Soal Rafiq. Mengharapkan Nuha mengubah fikirannya.

Nuha menoleh ke arah lain. Please.. jangan nangis, Nuha.

“Tak..” balas Nuha sebak. Dia tidak memandang Rafiq.

Rafiq terus menarik dagu Nuha dan menyeka air mata isterinya itu.

“Kalau tak.. kenapa awak menangis?” Soal Rafiq lagi.

Nuha tersentak. Dia tidak sedar yang air matanya sudah mengalir. Dia terus menepis tangan Rafiq.

“Awak pergi aje lah jumpa dia.. saya cuma nak tengok awak happy aje. Saya tahu awak akan bahagia dengan dia.” Kata Nuha.

Rafiq mula geram. Dia menarik nafasnya.

“Okey, fine!” Balas Rafiq dengan serius.

Rafiq terus meninggalkan Nuha. Namun dia sempat lagi berhenti di sebelah isterinya dan membisikkan sesuatu di telinga Nuha.

“Saya akan jumpa dengan Nadia malam ni. Tu yang awak nak sangat kan?” Soal Rafiq dengan nada yang marah. Dia terus masuk ke biliknya. Bunga ros itu dilemparkan ke atas katil.

Nuha terus menangis dan terduduk di atas lantai.

****

MALAM itu, ketika Rafiq sudah bersiap-siap ingin berjumpa dengan Nadia. Dia melihat pintu bilik Nuha yang tertutup rapat.

Rafiq mengeluh kecewa. Betapa dia mengharapkan Nuha mengubah fikiran dan ingin bersama dengannya.

Sebaik saja Rafiq membuka pintu rumah, Nuha keluar dari biliknya.

Rafiq menoleh. Dia tersenyum sedikit. Pasti Nuha mahu menghalangnya pergi.

Nuha terus menyalam tangan Rafiq dengan lama.

Rafiq terkejut. Dia memandang isterinya itu.

Nuha mendongak dan tersenyum ceria.

“Good luck, ya! Saya harap awak happy dengan dia.” Kata Nuha ceria. Walhal hatinya sedang terluka.

Rafiq merenung lama wajah Nuha. Ingin melihat kejujuran pada gadis itu.

Tetapi Nuha begitu bijak menyembunyikan perasaannya. Rafiq menarik nafas.

“Baiklah.. kalau itu yang awak nak.” Ujar Rafiq dan terus beredar pergi. Dia betul-betul kecewa ketika ini.

Nuha melihat suaminya yang sudahpun menghilang. Air mata Nuha mengalir lagi. Dia terus mengambil surat perjanjian mereka.

Dia perlu pergi dari situ. Dia perlu menghilangkan perasaannya. Dia perlu meninggalkan Rafiq kerana dia tidak mahu menangis lagi.

Nuha terus menandatagani surat itu dengan linangan air mata.

****

NADIA melihat Rafiq yang tidak menjamah steak di hadapan mereka itu.

“Rafiq? Are you okey?” Soal Nadia. Sebenarnya dia gembira kerana Rafiq setuju mahu berjumpa dengannya.

Rafiq tersedar. “Hm? Err.. Ya. i’m okey.” Balas Rafiq.

Nadia tersenyum.

“Dah lama kita tak keluar macam ni kan? Rindu pula rasanya.” Kata Nadia dengan tawa.

Rafiq diam.

Nadia tersenyum lagi. Dia memotong steak itu.

“By the way, i minta maaf sangat pasal dulu..” kata Nadia. Rasa menyesal kerana tidak menerima cinta Rafiq dahulu.

Rafiq masih lagi diam. Fikirannya masih lagi pada Nuha.

Nadia menarik nafasnya.

“Kalaulah i tak terima perkahwinan tu. Mesti kita dah bersama kan?” Soal Nadia sambil ketawa perlahan.

“I masih ada peluang tu lagi ke, Rafiq? Do you still love me?” Soal Nadia dengan penuh harapan.

Rafiq terus melihat Nadia.

“No.” Balas Rafiq sepatah. Dia menggeleng.

“Huh?” Nadia terkelu.

Rafiq melihat ke arah Nadia lagi.

“Memang betul yang i sukakan you dari dulu lagi. Tapi semua tu dah lepas, Nadia.. dan sekarang ni..”

“Hati i cuma untuk isteri i aje.” Ujar Rafiq dengan serius.

Nadia terkejut. “What?”

“Isteri? That’s mean.. You dah kahwin?” Soal Nadia terkejut.

Rafiq mengangguk. “Nuha Alisya isteri i. Dan i cintakan dia”.

Nadia tergamam. Jadi.. selama ini Nuha bukanlah adik sepupu Rafiq? Tapi kenapa Nuha tidak memberitahunya tentang hal itu?

Dia teringatkan perbualannya bersama Nuha tadi.

“Awak takkan sia-siakan Rafiq lagi?”

Nadia mula mengerti. Gadis itu telahpun salah faham dengan hubungannya pada Rafiq.

“Oh.. i see.” Nadia menarik nafasnya. Dia berasa malu ketika itu.

“I’m really sorry. I tak sangka yang you dah kahwin. Maafkan i.” Kata Nadia dengan rasa bersalah.

Rafiq tersenyum hambar.

“I yang sepatutnya minta maaf pada you.. tapi hati i ni memang untuk Nuha. Sampai bila-bila. I harap you faham.” Balas Rafiq lagi.

Nadia terus mengangguk. Dia tersenyum kelat.

“No, it’s okay! I akan doakan kebahagiaan korang..” Nadia tersenyum. Entah mengapa hatinya terasa sakit.

“Jangan terlepas cinta tu lagi, Rafiq..” ujar Nadia.

Rafiq melihat.

Nadia tersenyum lagi. “Bagi i, Nuha tu gadis yang baik sangat. Dia nampak macam sayang sangat kat you.. jangan biarkan dia pergi. She’s a treasure in your life.” Kata Nadia.

Rafiq mengangguk. Dia tersenyum.

“Ya. I takkan biarkan dia pergi lagi. Thanks, Nadia.” Rafiq terus bangun dan berlalu pergi. Dia ingin berjumpa dengan Nuha!

Nadia melihat ke arah Rafiq yang sudah mula menghilang dengan senyuman. Dia menyuapkan steak itu ke dalam mulut.

Hm.. what a night..

Nadia menarik nafasnya lagi.

****

RAFIQ terus membuka pintu rumah. Dia pelik kerana kereta Nuha tiada di situ.

“Nuha?” Rafiq mengetuk pintu bilik Nuha berkali-kali.

“Nuha? Awak kat dalam ke? Saya minta maaf.. tapi saya dah buat keputusan nak bersama dengan awak.. Saya cintakan awak, Nuha!” Kata Rafiq lagi. Dia mengetuk pintu itu lagi.

“Nuha please.. Answer me!” Rafiq terus membuka tombol itu. Namun nafasnya hampir terhenti kerana Nuha tiada di situ.

“Nuha? Mana awak?” Soal Rafiq lagi. Dia mencari-cari isterinya itu, tiba-tiba matanya terpandang ke arah surat perjanjian mereka dan juga rantai leher Nuha di atasnya.

Rafiq mengambil surat itu dan terkejut kerana Nuha telah menandatanganinya untuk berpisah. Terdapat satu lagi surat yang ditulis oleh Nuha padanya. Rafiq terus membacanya dnegan debaran.

“+ Awak.. terima kasih sebab awak dah bahagiakan saya sepanjang saya jadi isteri awak. Terima kasih juga sebab awak hadir dalam hidup saya dan sentiasa ada dengan saya.. Jujur saya katakan, saya rasa selamat bila bersama dengan awak. Awak telahpun tunaikan janji awak untuk lindungi saya dari Irfan.. Tanpa awak, saya tak tahu apa yang akan terjadi pada saya masa tu.. Terima kasih.

Saya rasa.. dah tiba masanya untuk saya pergi. Saya nak awak cari kebahagiaan awak sendiri dan sentiasa gembira. Saya taknak halang awak lagi untuk bersama dengan dia. Awak juga berhak untuk rasa kebahagiaan tu dan saya taknak awak rasa terikat lagi dengan perkahwinan kita. I let you go, Rafiq Zuhayr. Terima kasih untuk segalanya..

Tolong halalkan makan minum saya sepanjang saya jadi isteri awak.. Terima kasih untuk 6 bulan kita bersama.. Saya takkan lupakan semua itu..


- Nuha Alisya -

Rafiq terus terduduk di atas katil Nuha dan menahan sebaknya.

“Nuha.. kenapa..” Rafiq mengenggam erat rantai leher itu. Air matanya menitis. Dia terus mendail nombor isterinya. Namun Nuha tidak menjawab.

“Nuha.. please.. jangan tinggalkan saya..” Rafiq menelefon isterinya lagi. Dia terus menangis.

“Nuha.. tolong lah angkat. Saya taknak awak pergi..” Rayu Rafiq lagi.

“Nuha..” Air mata Rafiq mengalir lagi.

****

NUHA mengetuk pintu rumah Mira dengan air mata.

Mira yang ketika itu sedang menonton drama Korea terus bangun dan membuka pintunya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Nuha datang ke rumahnya dengan membawa beg luggage.

“Nuha? Kau okey tak ni?” Mira terus memeluk Nuha.

Nuha menangis.

“Boleh tak aku tinggal kat sini kejap? Please Mira..” tangis Nuha lagi.

Mira terus menarik rakannya itu masuk.

“Nuha kenapa ni? Rafiq buat apa kat kau? Bagitahu aku cepat.” Gesa Mira. Dia mengusap air mata Nuha.

Nuha menggeleng. Dia menangis lagi.

“Aku sayang dia..” Nuha menangis.

Mira mengusap bahu rakannya itu.

“Tapi aku nak tengok dia happy dengan pilihan dia.. sebab tu lah aku nak berpisah dengan dia.” Kata Nuha lagi. Sebak.

“Mira.. kenapa hati aku sakit sangat ni?” Nuha menangis kuat.

Mira terus memeluk Nuha dengan erat.

“It’s okay.. it’s okay. Aku ada aje ni. Nangis lah Nuha. Nangis puas-puas.” Pujuk Mira.

Nuha terus menangis di pangkuan Mira dan akhirnya dia tertidur di dalam pelukan Mira.

Mira risau. “Ya Allah.. kesian kau Nuha..”

Dia terus membaringkan Nuha di atas sofa. Dengan cepat dia mendail nombor Hadif.

“Hello, awak. Apa kita nak buat ni? Hubungan diorang dah makin teruk..” kata Mira pada teman lelakinya itu.

Hadif yang ketika itu sedang menonton televisyen terus mengerutkan dahi.

“Hah? Kenapa? Apa dah jadi?” Soalnya pula.

Mira melihat Nuha tang tertidur dengan air mata.

“Nuha nak berpisah dengan Rafiq. Sekarang ni dia dah ada kat rumah saya.” Kata Mira.

“Ya Allah..” Hadif terus meraup wajahnya. Dia boleh bayangkan wajah gelisah Rafiq itu.

“Okey, macam ni lah. Saya akan inform Rafiq pasal hal ni. Tapi awak jangan bagitahu Nuha pula yang Rafiq tahu dia kat rumah awak nanti. Kang Nuha lari tempat lain pula.” Kata Hadif.

Mira mengangguk. “Okey. Baiklah.”

Dia terus mematikan talian dan mengusap kepala Nuha. Tidak pernah dia melihat rakannya menangis sebegitu. Ketika dengan Irfan dulu, Nuha tidak lah kecewa sangat.

“Sabar ya, Nuha. Aku yakin yang jodoh korang masih lagi kuat.” Kata Mira sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience