Bab 7

Romance Series 35227

PAGI itu, Nuha melihat Rafiq yang sedang berenang-renang di kolam renang rumah mereka. Nuha ketika itu sedang membaca buku sambil mendengar lagu di earphone. Dia langsung tidak mengendahkan suaminya itu. Memandangkan hari ini mereka berdua cuti dan berehat saja di rumah.

Rafiq mengerling ke arah Nuha yang begitu fokus membaca buku di kerusi rehat berhampiran kolam renangnya itu. Akibat rasa bosan, Rafiq memercikkan air ke arah Nuha.

Nuha terus menjegilkan matanya pada Rafiq.

Rafiq tersengih. Dia membuat kuak lentang di dalam kolam renang itu.

“Awak baca buku apa tu? Fokus betul. Buku sejarah ke?” Soal Rafiq sambil mengerling ke arah Nuha.

“Haah. Buku sejarah. Form 5 punya.” Perli Nuha pula. Sedangkan dia membaca novel Suamiku Encik Perfect 10! karya Syamnuriezmil.

Rafiq terus menghentikan kuak lentangnya itu. Dia memandang Nuha dengan terkejut.

“Kenapa? Awak nak ambil SPM lagi ke?” Soal Rafiq

Nuha menjelirkan lidahnya ke arah Rafiq.

Rafiq ketawa sedikit. Dia berenang ke tepi kolam dan menopang dagu ke arah Nuha yang menyambung semula bacaannya.

Dia merenung lama wajah Nuha sehingga membuatkan Nuha mengetap bibirnya.

“Kenapa awak tengok saya macam tu?” Soal Nuha dengan segan.

Rafiq tersenyum.

“Salah ke saya nak tengok isteri saya?” Soal Rafiq pula.

“Kita ni kawan aje tau.” Balas Nuha selamba.

“My wifefriend Nuha Alisya.” Balas Rafiq pula. Dia tersenyum selamba.

‘Ish. Ada aje dia ni nak menjawab tau.’ Getus hati Nuha. Dia geram kerana Rafiq sering mengusiknya.

Nuha terus meletakkan buku dan earphonennya di sebelah kerusi lalu dia berjalan ke arah Rafiq. Nuha mencekak pinggang.

Rafiq melangut ke arah Nuha yang berdiri di hadapannya.

“Kenapa awak suka usik saya?” Soal Nuha dengan bercekak pinggang.

Rafiq terus ketawa.

“Salah ke saya nak usik wifefriend saya?” Kata Rafiq lagi. Dia membuat wajah comel di hadapan Nuha.

Nuha menjeling. Dia terus melihat air kolam itu. Dengan cepat Nuha mengambil air itu dan memercikkannya ke muka Rafiq.

“Nah! Tu lah, Kacau saya lagi haa..” bebel Nuha

Rafiq ketawa kuat. Dia meraup wajahnya yang basah itu.

“Ohh.. main kasar eh?” Kata Rafiq. Dia terus tersenyum jahat.

Nuha menelan liur. Alamak. Dia tahu sangat dengan senyuman penuh muslihat dari lelaki itu, dia terus memusingkan tubuhnya untuk berlalu pergi namun Rafiq terus menarik tangannya dan masuk ke dalam kolam itu.

“Aghhh!” Jerit Nuha sebaik saja suaminya itu menariknya masuk ke dalam kolam.

Rafiq ketawa sambil bersiul.

Nuha meraup wajahnya yang basah. Dia memandang Rafiq dengan geram. Habis basah bajunya itu. Dengan geram dia terus menarik rambut Rafiq.

“Auch! Sakit, sakit! Lepas!!” Jerit Rafiq. Dia menolak tangan Nuha.

Nuha ketawa kuat. Dia terus melepaskan rambut Rafiq dan ketawa lagi setelah melihat wajah Rafiq menahan sakit.

“Tu lah, buli saya lagi.” Getus Nuha.

Rafiq memegang rambutnya yang sakit tadi. Dia mencebikkan bibirnya.

"Tangan macam ketam. Nasib baik lah tak botak aje rambut ni." Bebel Rafiq sendiri.

Kali ini Nuha pula yang membuat kuak lentang. Dia tersenyum sendiri. Tak boleh bayangkan jika kepala Rafiq botak.

“Cuti ni awak tak pergi mana-mana ke?” Soal Nuha.

Rafiq terus berdiri dan duduk di tepi kolam itu.

“Tak pun. Saya ingat nak rehat aje harini.” Kata Rafiq sambil menggosok rambutnya dengan kain tuala.

Nuha mengerling sekilas. Jantungnya berdegup laju setelah melihat Rafiq yang tidak berbaju itu. Suaminya hanya mengenakan seluar pendek saja.

“Oh.. i see.” Kata Nuha dan berenang-renang di kolam itu.

Rafiq memandang Nuha. Dia tersenyum mengusik.

“Kenapa awak tanya? Nak keluar dating dengan saya eh?” Soal Rafiq membuat wajah macho.

Nuha menjulingkan matanya ke atas.

“Tak ada masa saya nak keluar dating dengan awak.” Kata Nuha.

Rafiq ketawa lagi.

“Then? Kenapa awak tanya?” Soal Rafiq dengan senyuman.

Nuha berdehem.

“Mana la tahu.. kot lah awak nak keluar dengan girlfriend awak ke..” kata Nuha selamba. Dia terus berdiri. Tubuhnya mula kesejukan.

“Fuh, sejuknya. Awak ni tak sejuk ke? Entah-entah kulit awak ni kebal ke apa..” kata Nuha sambil memeluk tubuhnya.

Rafiq mengetap bibirnya apabila melihat rambut Nuha yang basah itu. Dengan cepat dia membaling tualanya ke arah Nuha. Wajahnya berona merah.

Nuha tersentak. Rafiq langsung tidak memandang ke arahnya. Kemudian Nuha tersedar sesuatu.

Dengan cepat Nuha membaluti tubuhnya dengan tuala itu. Wajahnya membahang.

Mereka terdiam lama.

Rafiq berdehem.

“Saya mana lah ada girlfriend. Awak seorang aje lah wifefriend saya.” Kata Rafiq sambil tangannya bermain dengan air kolam.

Nuha duduk di sebelah Rafiq. Dia tersenyum mengusik ke arah lelaki itu.

“Eleh, ya la tu. Handsome macam ni takkan lah tak ada awek?” Soal Nuha

Rafiq tersenyum. Dia melihat ke arah Nuha.

“Saya handsome eh?” Soal Rafiq dengan sengihan.

Nuha mengetap bibir. Dia terus berpura-pura batuk.

“Saya tarik balik kata-kata tu.” Kata Nuha sambil mengangkat tangannya.

Rafiq terus ketawa.

“Mana boleh macam tu! Saya tahu lah yang saya ni handsome..” kata Rafiq perasan.

Nuha mencebik.

“Dasar masuk bakul angkat sendiri.” Balas Nuha selamba.

Rafiq terus ketawa lagi.

Nuha tersenyum. Dia suka melihat Rafiq ketawa begitu. Terserlah lesung pipit di pipi kanan suaminya.

Nuha menggoyang-goyangkan kakinya di dalam kolam. Dia mengerling ke arah Rafiq yang turut menggoyang-goyangkan kaki di dalam kolam itu.

“Awak pernah jatuh cinta ke?” Soal Nuha tiba-tiba.

Rafiq melihat Nuha. Pelik dengan soalan gadis itu. Namun dia menarik nafasnya dan melihat ke hadapan. Dia tersenyum.

“Pernah.” Kata Rafiq sepatah.

Nuha tersentak. Dia menoleh ke arah lelaki itu.

“Oh..” Nuha mengetap bibirnya. Adakah Rafiq masih lagi mencintai gadis itu?

Rafiq tersenyum sedikit.

“Dia kawan saya masa kat universiti dulu..” balas Rafiq. Dia ingat lagi ketika dia belajar dahulu, dia pernah menyukai seorang gadis yang bernama Nadia.

Nuha terdiam.

“Oh, i see.. awak tak contact dia ke?” Soal Nuha perlahan. Kenapa hatinya rasa sakit pula ni?

Rafiq tersenyum. Dia menoleh ke arah Nuha.

“Tak pun. Saya dah move on lepas dapat tahu yang dia dah kahwin.” Kata Rafiq.

Nuha tersentak. Tragisnya.

“Awak tak confess kat dia ke dulu?” Sol Nuha terkejut.

Rafiq ketawa dengan soalan Nuha.

“Saya tak sempat nak confess, dia dah kahwin .. Well, kalau awak nak tahu. Saya memang lambat dalam cinta. Mungkin sebab tu lah saya terlepas orang yang saya suka dulu..” kata Rafiq perlahan.

Nuha terdiam lagi. Adakah lelaki itu masih lagi mencintai gadis itu?

Rafiq memandang Nuha.

“Awak pula? Masih ada lagi ke peluang dalam hati awak untuk jatuh cinta lagi?” Soal Rafiq.

Nuha tersentak. Dia melihat Rafiq.

Mereka berpandangan lama.

Nuha terdiam. Kata-kata Mira semalam bermain di fikirannya.

“Bagi peluang pada Rafiq untuk kenal cinta kau. Mana lah tahu.. kalau suatu hari nanti, dia boleh cintakan kau lebih dari si Irfan tu?”

Nuha mengetap bibirnya. Dia memandang Rafiq.

“Maybe..” Kata Nuha dengan senyuman.

Rafiq diam. Agak-agaknya nanti, siapalah lelaki yang berjaya mencuri hati Nuha semula?

“Oh.. baguslah macam tu.” Kata Rafiq perlahan.

Nuha hanya mengangguk. Dia menundukkan wajahnya.

Rafiq merenung lama wajah Nuha.

Nuha turut melihat Rafiq.

Wajah mereka berona merah kerana kedudukan mereka agak rapat ketika itu.

Dengan cepat Nuha berdiri.

“Err.. sa.. saya nak masuk dalam dulu. Bye!” Kata Nuha. Dia terus berlari dan masuk ke dalam rumah.

Rafiq terus menghela nafas berat. Dia memegang dadanya yang berdebar hebat. Semakin hari, mereka berdua semakin hampir untuk melanggar perjanjian itu.

Perjanjian dimana mereka berdua tidak boleh jatuh cinta bersama.

****

MALAM itu Nuha tidak boleh tidur. Dia terus memejam mata dengan kuat namun dia masih lagi bermimpi tentang kemalangan yang menimpa ibunya dahulu.

“Ibu.. Jangan tinggal Nuha.. Ibu..” Air mata Nuha mengalir. Matanya masih lagi terpejam.

Puan Laila tersenyum ke arah Nuha. Dia melepaskan genggaman tangannya pada Nuha.

Nuha mengerutkan dahinya. Matanya terpejam rapat.

“Ibu.. jangan pergi..”

“Ibu..”

“Ibu!!” Jerit Nuha dan terjaga dari tidurnya.

Dia terus istighfar dan meraup wajahnya. Nafasnya tercungap-cungap seperti baru saja lepas berlari. Dahinya mula berpeluh.

Air mata Nuha mengalir. Adakah kerana dia masih lagi merindui arwah ibunya itu?

Nuha terus menangis. Rasa rindu pada arwah ibunya sangat menggunung.

Perlahan-lahan dia bangun dari katil. Apabila dia melihat sekeliling biliknya, hatinya berasa sangat kosong dan sunyi.

Nuha menangis lagi.

Tanpa Nuha sedar, dia telahpun berjalan keluar dari biliknya dan duduk di hadapan pintu bilik Rafiq.

Nuha memejamkan matanya. Dia berasa takut ketika itu. Dia berasa sangat sunyi. Tanpa keluarganya di sisi, dia berasa sangat kosong.

Rafiq yang ketika itu sedang bermain video game di komputernya terus menghentikan gerakan di mousenya itu. Dia melihat ke arah pintu biliknya.

Rafiq terus metakkan headphonnenya di atas meja dan berjalan ke arah pintu. Sebaik saja dia membuka pintu biliknya, dia terkejut apabila melihat Nuha tidur di depan biliknya.

“Ya Allah, Nuha? Awak okey ke?” Soal Rafiq. Dia menggerakan tubuh Nuha.

Namun Nuha menyambung semula tidurnya. Dia memeluk lengan Rafiq seperti kanak-kanak yang comel.

Rafiq mengetap bibirnya. Dia melihat dahi Nuha yang berpeluh. Wajah gadis itu berkerut. Seolah-olah ketakutan.

Nampaknya, Nuha masih lagi bermimpi tentang arwah ibunya. Rafiq mengelap dahi Nuha dengan tangannya. Berasa simpati dengan gadis itu.

Perlahan-lahan Rafiq mencempung tubuh Nuha dan menuju ke bilik gadis itu. Dia meletakkan Nuha ke atas katil dan menyelimuti Nuha.

Rafiq menarik nafasnya. Dia mengusap lembut rambut Nuha.

“Esok kita lawat kubur arwah ibu, ya?” Pujuk Rafiq dengan lembut. Dia merenung lama wajah Nuha yang nyenyak tidur itu. Tidak mahu gadis itu berasa gelisah lagi.

Setelah dia memastikan yang Nuha sudah tidur, Rafiq terus tersenyum dan mula untuk beredar ke biliknya. Namun tangannya ditarik oleh Nuha.

Rafiq tersentak. Dia melihat Nuha yang sedang merenungnya.

Mereka berpandangan lama.

“Boleh tak.. awak teman saya tidur malam ni?” Soal Nuha dengan mata yang berkaca. Air matanya mengalir. Dia berasa takut dan sunyi ketika itu.

Rafiq mengetap bibirnya.

"Tapi.." Rafiq agak serba salah. Dia mahu menghormati gadis itu.

Nuha memandang Rafiq dengan mata berkaca.

"Jangan pergi.." kata Nuha perlahan. Dia menggengam erat tangan Rafiq.

Rafiq terus duduk di sisi katil Nuha. Dia merenung gadis itu lalu dia mengangguk.

“Baiklah.. Saya ada aje kat sini.. Jangan risau, okey?” Soal Rafiq. Dia tersenyum pada Nuha.

Nuha membalas senyuman Rafiq.

“Thank you..” kata Nuha lalu dia menyeka air matanya. Perlahan-lahan dia memejamkan mata. Tangannya masih lagi memeluk lengan Rafiq. Seolah-olah tidak mahu lelaki itu pergi.

Rafiq mengetap bibirnya. Hatinya mula bergetar.

‘Why you make things harder for me, Nuha?’ Bisik hati Rafiq.

Dia mengusap lembut pipi Nuha. Matanya mula memberat. Dan akhirnya Rafiq tertidur di sebelah Nuha.

****

PAGI itu Nuha membuka matanya, dia terkejut apabila melihat Rafiq tidur di sebelahnya. Dan lebih mengejutkan, Nuha ketika itu sedang memeluk erat tubuh Rafiq.

“Aghhhhhh!!!” Jerit Nuha. Dia menolak tubuh Rafiq sehingga lelaki itu jatuh dari katil.

Rafiq mengaduh kesakitan. Dia memegang pinggangnya yang sengal.

“Adoi.. sakitlah. Kenapa awak tolak saya, Nuha?” Rengek Rafiq sambil mengerutkan dahi.

Nuha terus menarik selimut dan menutup tubuhnya.

“A.. apa awak buat kat bilik saya, hah? Macam mana awak boleh tidur kat sebelah saya?” Kata Nuha sambil melihat tubuhnya. Fuh. Masih lagi berpakaian.

Rafiq yang masih lagi mengantuk itu terus menguap. Dia memejamkan matanya dan baring di atas lantai itu.

“Awak lupa ke apa yang kita dah buat semalam?” Soal Rafiq dengan mata terpejam.

Nuha tersentak.

“Hah?” Nuha gelabah.

Rafiq tersenyum mengusik.

“Nak saya ingatkan ke apa yang awak dah buat kat saya semalam?” Sempat lagi Rafiq mengusik Nuha.

Nuha mengetap bibir. Apa yang dia buat? Yang dia tahu dia hanya mimpi arwah ibunya saja.

“Sa.. saya buat apa?” Soal Nuha tergagap-gagap.

“Awak dah buat benda yang paling menyeramkan dalam hidup saya.” Balas Rafiq selamba.

Nuha mengetap bibirnya.

“Aw.. awak tipu.” Kata Nuha sambil menelan liur.

Rafiq tersenyum. Dia memeluk bantal itu sambil melihat Nuha. Rasa kasihan pula apabila melihat wajah Nuha yang pucat.

Rafiq ketawa sedikit.

“Hahaha. Jangan risaulah.. kita tak buat apa-apa pun.. semalam awak cuma mimpi ibu awak, and then awak tertidur kat depan bilik saya. Tu yang saya angkat awak ke sini.” Jelas Rafiq.

Nuha mengangguk faham. “Ohhhhhh…”

Kemudian Nuha mengerutkan dahi. Dia melihat Rafiq.

“Tapi.. kenapa awak tidur dengan saya, hah?” Marah Nuha. Dia mula berasa malu.

Rafiq menguap. Dia terus memejamkan mata semula.

“Dah awak sendiri yang tak lepas tangan saya.” Kata Rafiq selamba.

Alamak.

Nuha terus menutup seluruh wajahnya dengan selimut.

Rafiq ketawa. Dia terus bangun dan melempar bantal itu pada Nuha.

“Jomlah kita solat sekali. Dah subuh ni.” Kata Rafiq. Dia menarik selimut itu dari tubuh Nuha.

Nuha terus menurut. Dia masih lagi berasa malu dengan suaminya itu. Nuha terus berdiri dan tidak memandang Rafiq.

“Saya menurut perintah, bos. Sila lupakan kejadian semalam ya.” Kata Nuha seperti robot.

Rafiq ketawa lagi dengan telatah gadis itu. Kehadiran Nuha bagaikan penyeri dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience