HADIF melihat Rafiq yang termenung di hadapan komputer. Dia perasan sejak Rafiq pulang dari bercuti bersama Nuha dan keluarga mereka, rakannya itu lebih banyak mendiamkan diri.
Hadif bangun dari tempatnya dan terus masuk ke bilik kerja Rafiq.
“Jauh termenung bos? Ingat kat bini ke tu?” Soal Hadif sambil tersengih. Dia duduk di hadapan Rafiq.
Rafiq hanya mengerling sekilas. Dia masih lagi bersandar pada kerusi.
“Aku nak tanya kau..” kata Rafiq dengan mendatar. Dia melihat ke arah komputer.
Hadif mula pelik dengan tingkah sahabatnya itu.
“Tanya apa tu?” Soal Hadif
Rafiq terdiam. Wajah Nuha bermain-main di fikirannya.
“Apa kau akan buat.. kalau kau dah mula sukakan seseorang tapi kau tak boleh nak bersama dengan dia?” Soal Rafiq tiba-tiba.
Hadi mengangkat keningnya. Huish! Dah kenapa si mamat ni tanya soalan serius macam tu?
Hadif berfikir seketika.
“Tak boleh bersama eh? Hm..” soal Hadif sendiri.
Dia tersenyum.
“Kenapa pula tak boleh bersama? Kalau kita sendiri yang boleh rapatkan hubungan tu? Tak ada istilah tak boleh bersama kalau betul kita sayangkan kat seseorang tu. Kita akan tetap pertahankan sehabis-habisnya untuk BERSAMA juga dengan dia.” Ujar Hadif
Rafiq terdiam. Wajah Nuha bermain lagi di fikirannya.
“Tapi.. macam mana kalau dia.. tak ada perasaan tu kat kita?” Soal Rafiq lagi.
Hadif tersandar dan memeluk tubuhnya sendiri.
“Kau cakap pasal siapa ni? Baik kau bagitahu aku sekarang.” Kata Hadif pelik.
Rafiq terdiam lama. Dia menarik nafasnya.
“Sebenarnya.. Aku kahwin dengan Nuha pun hanya sebab wasiat arwah Tokba aje.” Kata Rafiq perlahan.
Hadif terkejut. “Hah?”
“Kau biar betul? Aku ingatkan.. kau.. dengan dia?” Soal Hadif terkejut. Dia sangkakan Rafiq berkahwin dengan Nuha disebakan cinta. Tetapi sangkaannya itu salah sama sekali!
Rafiq mengeluh.
“Kami terpaksa rahsiakan semua ni dari semua orang. Termasuklah family kami berdua.” Ujar Rafiq lagi.
Hadif terlopong.
“Weh! Kau ingat perkahwinan tu main-main aje ke? Habis macam mana dengan isteri kau? Dia okey ke dengan semua ni?” Soal Hadif terkejut.
Rafiq menunduk.
“Kitorang dah buat perjanjian. Akan berpisah kalau masing-masing setuju untuk akhirkan semua ni.” Kata Rafiq lagi. Dia menarik nafasnya.
Hadif memicit kepalanya.
“Kenapa kau boleh terfikir nak buat semua tu? Macam mana kalau wife kau tu dah mula sukakan kau? Kau nak biar macam tu aje ke?” Soal Hadif lagi.
Rafiq terdiam.
Hadif mengetap bibirnya.
“Kau nak biarkan Nuha pergi? Macam yang Nadia buat dulu?” Soal Hadif.
Dia memang sudah kenal dengan Nadia. Gadis pertama yang Rafiq jatuh cinta dahulu. Namun, oleh kerana Rafiq terlewat memberitahu perasaannya, Nadia sudahpun berkahwin dengan lelaki lain.
“Kalau tu lah yang terbaik untuk aku dengan dia..” Ujar Rafiq lagi.
Hadif menghela nafas berat.
“Hah, macam ni lah kau! Dari dulu sampai sekarang. Tak berubah-ubah. Cepat sangat give up! Tak pernah berusaha untuk dapatkan orang yang kau suka.” Kata Hadif geram.
Rafiq tersentak.
Hadif menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Satu aje aku nak pesan. Kalau kalini kau biarkan juga Nuha pergi. Kau akan menyesal, bro. Sedangkan aku nampak dia bahagia aje dengan kau. Sampaikan aku ni dah salah tafsir.” Kata Hadif. Dia teringat wajah ceria Nuha apabila bersama dengan Rafiq.
“Aku dah salah tafsir sebab korang berdua nampak happy sangat. Macam saling suka sama suka. Tapi ego.” Kata Hadif. Lalu dia terus bangun dan keluar dari situ.
Rafiq terdiam lama. Kata-kata Hadif telah menyentak hatinya.
Apa yang patut dia lakukan?
****
SEBAIK saja Rafiq pulang dari mesyuarat bersama dengan clientnya, dia sempat lagi singgah ke kedai barang perhiasan .
Dia bercadang untuk menghadiahkan rantai leher pada Nuha sebagai hadiah hari jadi gadis itu nanti.
Rafiq melihat rantai leher yang cantik itu dan bertatahkan batu svarovski yang indah.
Jika Nuha yang memakainya. Pasti cantik.
Rafiq tersenyum sendiri.
“Hello sir, anything i can help you with?” Soal pekerja itu.
Rafiq tersenyum.
“Well. Uh, yeah. I’m looking for something.. for my wife.” Balas Rafiq.
Gadis itu mengangguk faham.
“Okay. A gift for a special occasion?” Soanya lagi.
“Well, I’d like to get her something for her birthday. Next week.” Balas Rafiq sambil ketawa sedikit.
“Oh, that’s so exciting! Okey. Let’s see.. How about a nice gold necklace with swarovski? We have several over here.” Kata gadis itu sambil menunjukkan rantai yang menjadi tumpuan Rafiq sebentar tadi.
Rafiq teringatkan Nuha.
Dia terus menunjukkan rantai leher itu.
“Those necklace. It’s beautiful..” getus Rafiq.
“I’ll take that.” Kata Rafiq dengan senyuman.
Gadis itu terus mengangguk dan menyediakan bungkusan rantai leher itu.
“Alright. Let’s write you up. Your wife.. she must be lucky.” Kata gadis itu dengan senyuman.
Rafiq hanya tersenyum segan.
****
RAFIQ terus pulang ke rumah dan ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.
Dia terkejut melihat Nuha yang sedang tidur di atas sofa ruang tamu sambil memegang buku lukisan. Design baju pengantin yang baru untuk koleksi butiknya itu.
Rafiq tersenyum sedikit. Dia mendekati Nuha dan mengambil buku lukisan itu lalu dia letakkan di atas meja ruang tamu.
Rafiq merenung lama wajah Nuha. Dia tersenyum. Gadis itu begitu nyenyak tidur tanpa menyedari kehadirannya.
“Assalamualaikum, Nuha.. saya dah balik.” Bisik Rafiq perlahan.
“Mmm..” Nuha mengeliat sedikit namun matanya masih lagi terpejam.
Rafiq tersenyum lagi. Dia melihat Nuha lagi. Kata-kata Hadif bermain-main di mindanya.
“Kau nak biarkan Nuha pergi? Macam yang Nadia buat dulu?”
Rafiq menarik nafasnya. Dia mengelus lembut pipi Nuha. Perlahan-lahan dia mengangkat tubuh Nuha dan masuk ke dalam bilik gadis itu.
Sebaik saja dia meletakkan Nuha ke atas katil. Dia terus berlalu ke arah pintu bilik dan melihat Nuha yang masih lagi tidur.
Rafiq tersenyum hambar.
“Goodnight.. my chingu.” Kata Rafiq dan tersenyum sedikit. Dia terus menutup pintu bilik Nuha.
Rafiq melihat kotak rantai di tangannya.
‘Kau salah, Hadif. Aku langsung tak ada niat nak biarkan Nuha pergi. Aku cuma takut.. dengan jawapan dia nanti..’
‘Jawapan yang mana dia langsung tak ada perasaan tu kat aku.’ Bisik hati Rafiq.
Share this novel