Bab 24

Romance Series 35227

“SO? Kau tak confess kat dia lah?” Soal Mira sambil menghirup airnya di dalam gelas.

Nuha menggeleng.

Mira terus menjentik dahi Nuha.

“Adoi!” Rengek Nuha.

Mira memeluk tubuhnya

“Kecik, besar, kecik besar aje aku tengok kau ni. Habistu bilanya kau nak luah perasaan kau kat dia? Sampai kucing dah bertanduk baru kau nak luahkan ke?” Soal Mira geram.

Nuha menunduk. “Aku takut lah..”

Mira mencubit pula pipi Nuha.

“Kau ni kan..” Mira memicit kepalanya.

Nuha terdiam. Dia bermain-main dengan jari jemarinya.

“Tapi..” Wajah Nuha membahang

Mira mengangkat keningnya. “Tapi apanya?”

Nuha mengetap bibir. Wajahnya berona merah. Dia teringatkan malam pertamanya bersama Rafiq.

“Ki.. kitorang.. dah tidur sekali.” Nuha terus menutup mukanya.

“Hah??” Mira terkejut.

Nuha mengetap bibir. Malu.

“Maksud kau.. sekali tu?” Mira mengerutkan wajah. Kemudian dia mula sedar sesuatu.

“Ohhhhhhh…. Faham….” Mira terlopong. Sekaligus dia mengangkat kedua-dia tangannya.

“Okey. Bab ni aku tak boleh masuk campur. Kes korang ni dah makin complicated. Korang selesaikan lah sendiri.” Kata Mira. Dia terus bangun.

“Weh, kau nak pergi mana?” Nuha melihat dengan terkejut.

Mira melihat jam di pergelangan tangannya

“Sorry, babe. Tapi aku ada hal sikit nak kena buat. Nanti aku roger kau balik eh? Bye bestie!” Kata Mira dan berlalu pergi.

Nuha terus memuncungkan bibirnya. Dia menghirup air dengan strawnya itu.

“Tak habis-habis busy aje si Mira ni.” Omel Nuha sendiri. Dia mengeluh perlahan dan teringatkan Rafiq.

****

PETANG itu, Nuha membeli barang keperluan dapur bersama Rafiq, namun mereka berdua hanya bertindak seperti biasa.

Rafiq hanya melihat saja tingkah Nuha itu.

Sebaik saja mereka menikmati makanan di sebuah restoran bersama, ada seorang wanita menegur Rafiq dari belakang.

“Rafiq?” Soal wanita itu.

Nuha dan Rafiq yang ketika itu sedang menjamu selera terus mendongak.

Wajah Rafiq berubah. Apa yang wanita itu buat di sini?

Nadia tersenyum lebar.

“Wah. Tak sangka kita boleh jumpa kat sini?” Nadia kelihatan teruja.

Nuha kenal dengan wajah itu. Wanita itu merupakan cinta pertama Rafiq semasa di universiti dahulu.

“Y..you.. buat apa kat sini?” Soal Rafiq dengan terkejut.

Nuha memandang ke arah mereka berdua.

Nadia tersenyum manis.

“Saja jalan-jalan beli barang sikit. Tapi tu lah, terkejut juga bila dapat jumpa dengan you balik. It’s been a long time kan?” Kata Nadia dengan tawa.

Rafiq berdehem. Dia mengerling ke arah Nuha lalu dia memandang Nadia dengan tanda tanya.

“Oh i see, You datang dengan siapa? Your husband?” Soal Rafiq lagi. Mana lah tahu kalau suami Nadia turut berada di situ.

Wajah Nadia berubah suram.

“Erm, we’re not together anymore.. Tak ada jodoh orang kata.” Balas Nadia perlahan. Sudah hampir 1 tahun dia berpisah dengan bekas suaminya itu atas alasan tidak sefahaman.

Rafiq tersentak.

“Oh, maaf.. i’m really sorry.” Kata Rafiq dengan serba salah.

Nadia ketawa sedikit. “No.. it’s okay lah..”

Nuha masih lagi memandang mereka. Apabila dia berada di antara mereka, Nuha berasa seperti asing sekali.

Nuha menoleh arah Rafiq. Bukankah itu peluang Rafiq untuk mendapatkan cinta Nadia semula?

Nadia menyedari dengan pandangan Nuha lalu dia melihat ke arah Rafiq.

“Siapa gadis comel ni?” Soal Nadia dengan senyuman mengusik.

Rafiq melihat Nuha dengan lama. Dia ingin Nadia tahu yang dia sangat mencintai isterinya itu.

“Kenalkan, ni Nuha Alisya. Isteri..” Rafiq tersenyum.

“Adik sepupu Rafiq.” Nuha mencelah.

Rafiq tersentak. Dia menoleh ke arah isterinya dengan laju. Huh?

Nadia mengangkat keningnya dan meihat Rafiq sambil ketawa kecil.

“Oh? Adik sepupu rupanya. I ingatkan dia teman istimewa you tadi.” Kata Nadia dengan tawa.

Rafiq sudah tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Nadia itu. Matanya merenung tajam wajah Nuha.

Nuha tersenyum ke arah Nadia.

“Rafiq cakap, korang kenal dari zaman universiti lagi, mesti korang berdua rapat kan dulu?” Soal Nuha ramah.

Rafiq memandang ke arah lain. Hatinya sakit tiba-tiba.

Nadia ketawa dan mengangguk.

“Yes. Kitorang memang rapat dulu.. sebab tu lah i happy sangat bila dapat jumpa dengan dia balik.” Kata Nadia ceria. Dia terus mengeluarkan business cardnya pada Rafiq.

“By the way, ni card i, feel free to call me back ya? Bye Rafiq. It’s so nice to meet you.” Kata Nadia dengan senyuman. Dia turut melambaikan tangannya pada Nuha sebelum berlalu pergi.

Rafiq hanya melihat business card itu di atas meja dengan pandangan kosong.

Nuha melihat suaminya itu dengan senyuman.

“Kenapa awak tak ambil kad tu?” Soal Nuha.

Rafiq diam.

Nuha tersenyum lagi.

“Saya tengok Nadia tu cantik sangat. Ni lah peluang awak untuk dapatkan dia semula. Betul tak?” Soal Nuha dengan senyuman. Tapi hatinya sakit dengan kata-katanya sendiri. Sakit sangat.

Rafiq melihat wajah Nuha dengan lama.

“Adik sepupu?” Nada Rafiq seperti menahan marah.

Nuha terdiam.

Rafiq menarik nafas dalam. “Awak tu isteri saya lah, Nuha.” Kata Rafiq dengan renungan tajam.

Nuha menoleh ke arah lain.

“Hanya isteri di atas kertas aje kan? Awak dah lupa ke?” Soal Nuha perlahan.

Rafiq menggeleng.

“Tak. Saya takkan pernah lupa. Dan saya sentiasa ingat pasal tu. Tapi selagi kita masih bersama, awak tetap isteri saya. Tak kira lah di atas kertas sekalipun, awak masih lagi isteri saya.” Kata Rafiq dengan tegas. Dia terus bangun dan pergi dari situ. Cuba menahan amarahnya.

Nuha mendukkan wajahnya. Air matanya menitis sedikit.

Apa yang patut dia lakukan? Benarkah tindakannya ini? Tapi..

Nuha terus melihat suaminya yang berlalu pergi. Dia perlu melupakan perasaannya itu. Rafiq juga berhak untuk mencari kebahagiannya sendiri..

Nuha mengambil business card Nadia itu dan menarik nafas dengan panjang.

****

SEJAK dari itu, hubungan Nuha dan Rafiq mula dingin. Rafiq masih lagi berasa kecewa dengan Nuha kerana isterinya itu seolah-olah ingin membiarkannya kembali pada Nadia.

Hadif melihat rakannya itu dari jauh. Dia perasan sikap Rafiq mula berubah. Rakannya itu kelihatan tidak fokus dengan mesyuarat mereka tadi.

Hadif terus bangun dan masuk ke bilik Rafiq. Tak boleh dibiarkan ni!

“Kau ni apesal? Muka tu dah macam hilang bini aje tengok. Meeting tadi pun tak fokus. Kau okey tak?” Bebel Hadif.

Rafiq menoleh sekilas.

“Hm.” Balas Rafiq sepatah. Dia juga buntu dengan hubungannya bersama Nuha.

Hadif mengangkat keningnya.

“Cuba cerita kat aku? Kau ni masih tak okey lagi ke dengan Nuha?” Soal Hadif.

Rafiq menghela nafasnya.

“Nadia.. Sabtu lepas kami terjumpa dengan dia.” Balas Rafiq.

Hadif terkejut. “Oh..”

“Hah???” Mata Hadif membulat.

“Entah lah, Dif.. Nuha nak aku curi hati Nadia pula. Dia siap cakap yang aku ni abang sepupu dia. So, apa lagi aku nak harapkan? Dia bukannya ada apa perasaan pun kat aku. Sebab tu lah dia tak kisah.” Jelas Rafiq kecewa.

Hadif menarik nafasnya.

“Kau pun salah juga dalam hal ni.” Balas Hadif geram. Dia dan juga Mira sudah tidak tahu lagi mahu buat apa dengan hubungan rakan mereka itu.

Rafiq mengerutkan dahinya.

Hadif memeluk tubuhnya.

“Kau sendiri yang tak bagitahu perasaan kau kat dia. Buat apa lagi dia nak stay?” Soal Hadif.

Rafiq tersentak.

Hadif menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Kalau betul lah kau sayangkan Nuha. Selesaikan dengan secepat mungkin. Jangan sampai bila Nuha dah hilang. Kau pula yang tercari-cari.” Bebel Hadif lagi sebelum dia melangkah keluar.

Rafiq terdiam. Dia menarik nafasnya. Dia perlu buat sesuatu dalam hubungan mereka. Semasa Rafiq ingin pulang, sempat lagi dia membeli sejambak bunga kepada Nuha.

****

NUHA melihat business card Nadia dengan lama. Dia perlu menyatukan semula cinta Rafiq pada Nadia dahulu.. dia yakin suaminya itu masih lagi mencintai Nadia.

Nuha terus mendail nombor telefon Nadia dengan tenang. Ya. Dia perlu buang semua perasaan ini. Dia perlu memikirkan tentang kebahagiaan Rafiq.

Sebaik saja Nadia menjawab panggilannya, Nuha terus mengetap bibir.

“Hello?” Suara Nadia kedengaran.

Nuha cuba untuk mengukirkan senyuman.

“Err.. Hi.. Saya Nuha.” Kata Nuha dengan getaran.

Nadia yang ketika itu baru saja selesai bersenam di gym terus mengelap peluhnya dengan kain. Dia duduk di sebuah kerusi gym itu.

“Nuha? Oo, maksud you.. adik sepupu Rafiq?” Soal Nadia dengan senyuman.

Nuha terdiam seketika. “Ya..”

Nadia hairan namun dia masih lagi tersenyum.

“Okey? So kenapa you yang call i? Mana Rafiq?” Soal Nadia.

Nuha mengetap bibirnya. Dia melihat ke arah surat perjanjian di tangannya itu.

“Bo.. boleh saya tanya sikit?” Soal Nuha dengan mata yang berkaca.

Nadia mengangkat keningnya. Dia tersenyum.

“Yes. Of course.. kenapa ya?” Soal Nadia

Nuha menarik nafasnya lagi. Sekiranya Nadia turut mempunyai perasaan pada Rafiq, dia perlu mengundurkan dirinya.

“Err.. apa perasaan awak.. pada dia?” Soal Nuha dengan nada yang bergetar.

Nadia menyandarkan tubuhnya dan tersenyum. Dia teringat semula kenangannya bersama Rafiq semasa di universiti dahulu. Memang benar dia menyukai Rafiq tetapi semua itu sudah lepas. Lagipula ketika itu dia sudahpun mahu berkahwin dengan pilihan keluarganya.

“Hmm… Actually. I do like him. I still like him.. Until now.” Jawab Nadia dengan senyuman.

Nuha menundukkan wajahnya.

“Oh..” Nuha memegang dadanya yang sakit.

Nadia tersenyum lagi.

“I tak sangka yang kitorang akan jumpa semula. I really miss him.. Kalau boleh diundurkan masa, i sepatutnya terima cinta dia dulu. Tapi tu lah.. Masa tu pun i terpaksa berkahwin sebab family i yang arrangekan untuk i. Mesti dia kecewa sangat masa tu.” Kata Nadia dengan senyuman tawar.

Nuha memandang ke arah lain. Entah mengapa air matanya mengalir sedikit.

“Oh.. i.. see.. ja.. jadi.. awak nak bersama dengan dia semula ke?” Soal Nuha lagi. Sebak.

Nadia ketawa sedikit.

“Kenapa? You nak tolong i ke?” Soal Nadia dengan ceria.

Nuha menundukkan wajahnya. Jika itu yang dapat membuatkan Rafiq bahagia.. dia perlu terima semua itu.

“Awak takkan sia-siakan Rafiq lagi?” Soal Nuha perlahan.

Nadia terdiam. Dia tersenyum sedikit.

“Of course.. And I promise.. I takkan sia-siakan dia lagi..” kata Nadia.

Nuha menyeka sedikit air matanya dan tersenyum kelat.

“Baiklah..” kata Nuha perlahan.

“Kenapa? You nak tolong i ke? By the way boleh tak you bagitahu Rafiq yang i nak jumpa dengan dia malam ni?” Soal Nadia dengan gembira.

Nuha terdiam lama. Dia mengangguk sedikit.

“O.. okey.” Jawab Nuha perlahan.

Nadia tersenyum ceria.

“Alright! Nanti i inform you balik eh? Thank you, Nuha!” Kata Nadia dan mematikan taliannya.

Nuha melihat telefonnya dengan lama. Dia terus menangis sepuasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience