Bab 13

Romance Series 35272

DESTINASI pertama yang mereka adalah Agro Market. Tempat yang sangat menarik di Cameron Highlands. Antara yang menarik di situ adalah Mini Santorini, Mini zoo, Cactus Walk, Bird Sanctuary, Sheep Sanctuary, Water Fountain, spot OOTD yang sangat banyak.

Nuha begitu terpegun apabila melihat kecantikan taman yang dipenuhi dengan limpahan bunga berwarna-warni dan memancarkan haruman yang sangat wangi. Kincir angin di atas taman turut menyerlahkan keindahan di tempat itu.

Nuha mengambil peluang itu dengan mengambil gambar bersama ayah dan adiknya. Encik Kalil turut kelihatan gembira sepanjang mereka di situ.

“Best tak, Ayah?” Soal Nuha sambil memeluk lengan Encik Kalil.

Encik Kalil mengusap kepala Nuha.

“Best. Cantik juga tempat ni. Patutlah ramai orang kat sini.” Kata Encik Kalil. Naufal pula sedang selfie di situ.

Kak Ilya pula dari tadi bergambar bersama dengan Abang Emir sambil membuat pelbagai posing. Tukang mengambil gambar siapa lagi kalau bukan Rafiq! Hehe..

Nuha melihat bunga-bunga yang pelbagai warna di Secret Garden itu dengan senyuman lebar.

Rafiq terpaku apabila melihat Nuha yang seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri. Gadis itu begitu fokus melihat tempat cantik itu.

‘Comel..’ Bisik hati Rafiq sambil melihat Nuha dari jauh.

“Cantiknya..” kata Nuha sendiri sambil mengambil gambar bunga itu.

Kak Ilya menoleh ke arah Rafiq yang terpegun melihat Nuha dari jauh. Dia tersenyum nakal. Mahu mengenakan adiknya itu.

Kak Ilya terus meluru ke arah Nuha.

“Nuha. Jom kita selfie?” Soal Kak Ilya.

Nuha tersenyum dan hanya mengikut ajakan kakak iparnya itu. Mereka bergambar bersama.

Rafiq berdehem dan terus berbual bersama dengan Encik Kalil serta Abang Emir.

Sebaik saja Kak Ilya puas bergambar dengan Nuha. Dia terus menarik lengan Rafiq.

“Fiq. Meh sini akak tangkap gambar korang berdua.” Kata Kak Ilya.

Rafiq dan Nuha berpandangan.

“Errmm..” Nuha dan Rafiq tak tentu arah.

Kak Ilya mengangkat keningnya sebelah.

“Why? Ada masalah ke?” Ujinya

Rafiq tersentak. Dia terus memeluk bahu Nuha.

“Eh? Tak! Mana ada masalah. Hah, cepatlah ambil gambar kitorang.” Balas Rafiq cepat.

Nuha mengetap bibirnya. Dekat betul kedudukan mereka sekarang ni!

Kak Ilya tersengih. Dia menangkap gambar Rafiq dan Nuha sambil mengarah mereka untuk membuat pelbagai pose gambar.

“Nuha.. kenapa jauh sangat dengan Rafiq tu? Cuba dekat sikit. Peluk lah pinggang suami tu. Korang ni kenapa? Bergaduh ke?” Bebel Kak Ilya

Jantung Nuha berdegup laju. Perlahan-lahan dia memeluk pinggang Rafiq sambil tersenyum ke arah kamera.

“Haa.. kan sweet macam tu!” Usik Kak Ilya.

Rafiq mengetap bibirnya. Aduh. Akak ni buat hal lah…

Kak Ilya tersenyum setelah mengambil gambar Nuha bersama Rafiq.

“Okey nice!” Kata Kak Ilya sambil tersengih.

Dengan cepat Nuha melepaskan pelukan di pinggang Rafiq.

Rafiq terus menarik nafasnya.

Mereka meneruskan perjalanan sambil melihat keindahan di situ.

“Kalau pakcik nak tahu, kat sini pun ada mini zoo. Burung merak pun ada.” Ujar Kak Ilya pada Encik Kalil.

“Oh ya ke? Best juga kat sini.” Kata Encik Kalil sambil melihat ke arah Nuha yang sedang berbual bersama Rafiq.

Dia tersenyum apabila melihat anaknya yang kelihatan gembira itu.

Di Agro Market juga terdapat santorini Mini yang romantis dengan penampilan yang unik melalui struktur bangunan san diserlahkan dengan gabungan warna biru serta putih. Sekaligus mewujudkan pemandangan yang menakjubkan.

Ketika mereka berjalan di laluan koridor yang digelar sebagai "Tangga Romantik", terdapat bunga-bunga segar yang cantik untuk mewujudkan suasana yang romantis di situ. Beberapa jaring besi berbentuk ‘love’ telah dipasang di sepanjang koridor, dan dipenuhi "mangga cinta" yang direka khas. Setiap pasangan boleh menggantung mangga cinta berbentuk ‘love’ di jaring itu.

Kak Ilya serta Abang Emir meletakkan mangga cinta pada jaring besi itu.

“May our love tangled forever.” Kata Kak Ilya pada Abang Emir. Mereka tersengih sesama sendiri sambil berpegangan tangan.

Rafiq mencebik. Bukan main mengada kakaknya itu.

“Wow. Mengada sungguh kakak saya ni.” Perli Rafiq.

Kak Ilya menjelirkan lidahnya.

“Kau jelous kan? Apa kata kau dengan Nuha pun buat juga?” Bidas Kak Ilya.

Nuha yang ketika itu sedang berbual bersama Encik Kalil terus menoleh.

Rafiq terus ketawa.

“It’s not necessary lah.. Tak perlu pun semua tu.” Balas Rafiq selamba.

Kak Ilya tersenyum mengejek.

“Ya ke tak perlu? Berapa banyak cinta kau tu kat Nuha?” Soal Kak Ilya.

Rafiq tersentak. Jantungnya berdegup laju. Berapa banyak? Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Nuha.

Gadis itu terus menoleh ke arah lain.

Rafiq mengetap bibirnya. Dia terus mengambil mangga cinta itu dan menarik tangan Nuha.

“Well. She’s mine already.” Balas Rafiq sambil meletakkan dua mangga itu bersama Nuha.

“Puas hati?” Soal Rafiq pada Kak Ilya. Dia menarik tangan Nuha dan pergi dari situ.

Nuha tersentak. She’s mine? Apa maksud Rafiq itu?

Kak Ilya tersengih. Dia tersenyum menang. Tak lama selepas itu, mereka menikmati makanan di kafe yang berada di dalam Agro Market itu.

****

MEREKA meluangkan masa bersama sambil berjalan-jalan di pelbagai tempat yang menarik di situ sambil melihat kambing biri-biri dan juga alpaka di The Sanctuary Sheep.

Naufal kelihatan teruja memberi kambing biri-biri itu menikmati makanan. Nuha juga begitu gembira memegang kambing biri-biri itu.

“Aaaa, comelnya! Ada alpaka juga lah!” Nuha membelai kambing biri-biri itu. Dia melihat Rafiq yang kelihatan agak takut-takut.

Wait a minute…

Rafiq takut dengan kambing biri-biri ke???

Nuha melihat Rafiq yang cuba jauh dari kambing-kambing itu.

“Awak! Datang la sini.” Ajak Nuha.

Rafiq mengetap bibir. “Emm…”

Kak Ilya berbisik pada Nuha.

“Kalau Nuha nak tahu.. Rafiq ni cukup takut dengan binatang berbulu ni. Tambah-tambah lagi dengan kucing.” Bisik Kak Ilya.

Hah??

Nuha terus menoleh ke arah Rafiq yang melihat mereka dari jauh. Oh.. baru dia tahu rahsia sebenar lelaki itu! Tetapi Rafiq tetap mahu membawa mereka ke sana. Perlahan-lahan Nuha mendekati Rafiq.

“Jom lah. Comel tau diorang ni.” Ujar Nuha.

Rafiq berdehem. “Nope. Never.”

Tanpa menunggu lama, Nuha menarik tangan Rafiq.

Rafiq terkejut.

“Wait! Awak nak bawa saya ke mana?” Rafiq mula risau.

Nuha tersenyum sendiri. Dia meletakkan tangan Rafiq di atas kepala kambing biri-biri itu.

“See? Dia tak buat apa-apa pun kan?” Kata Nuha dengan senyuman lebar.

Rafiq terkedu. Dia melihat Nuha yang sedang tersenyum itu.

“Haah..” balas Rafiq perlahan. Dia melihat kambing biri-biri itu sambil mengusap lembut. Dia tersenyum sedikit.

“Comel aje.. She looks like you.” Kata Rafiq sambil menoleh ke arah Nuha.

Nuha terkedu. Dia mencubit Rafiq.

“Awak nak samakan saya dengan kambing ke?” Soal Nuha geram.

Rafiq terus ketawa.

Nuha tersenyum lagi. Tangannya masih lagi berada di atas tangan Rafiq. Mereka membelai kambing biri-biri itu bersama.

“Wow.. so sweet.” Usik Kak Ilya dari belakang.

Dengan cepat Nuha menarik tangannya. Dia tersenyum segan dan mendapatkan Encik Kalil serta Naufal.

Rafiq menjeling ke arah Kak Ilya. Ish. Akak ni kacau daun lah.

Dia melihat tangannya sendiri. Masih dapat merasakan kelembutan tangan Nuha itu. Dia tersenyum lagi.

“Kak Nuha. Tengok ni. Dia senyum macam akak.” Ujar Naufal sambil menunjukkan kambing biri-biri itu pada Nuha.

Mmbekkkkkk…

Nuha terus menarik telinga adiknya itu.

“Adoi! Adoi!” Naufal mengaduh kesakitan.

“Biadap punya budak. Haaa kan dah kena..” bidas Nuha.

Mereka sekeluarga ketawa bersama.

****

SETELAH puas mereka berjalan dan menikmati makan malam bersama, mereka terus berehat di bilik masing-masing.

Nuha melihat Rafiq yang terbaring di atas katil.

“Fuhh.. macam nak putus kaki ni. Baru first day.” Ujar Rafiq sambil ketawa.

“Tu lah pasal. Nasib baik Ayah dengan Naufal okey aje harini.” Ujar Nuha. Dia hanya tersenyum lalu dia melihat ke arah cermin sambil membuka tudungnya.

Rafiq hanya melihat dan menelan liur. Oh ya.. malam ini mereka akan berkongsi bilik. Di mana dia akan tidur malam ini?

Perlahan-lahan Rafiq bangun dari katil dan berdehem.

“Emm.. awak rest lah dulu. Saya nak mandi kejap.” Kata Rafiq segan. Dia terus berlalu untuk membersihkan dirinya.

Nuha mengetap bibir.

“O.. okey.” Balas Nuha. Aduh macam mana ni??? Habislah..

Nuha berjalan ulang-alik di dalam bilik itu. Dah lah bilik tu siap berdekorasi romantis. Betul-betul macam vibes honeymoon!

Okey. Rileks Nuha. Rilekss.. Buat biasa aje! Oh yeah!

Usai saja Rafiq membersihkan dirinya. Dia terus membuka pintu bilik air dan hanya mengenakan bathrobe.

Nuha menoleh. Dia mula tak tentu arah.

Ok. Yang ni memang tak boleh rileks dah! Kau kena share bilik dengan dia 3 hari 2 malam Nuha!!!

“Sejuk juga malam ni.” Kata Nuha sambil ketawa kekok.

Rafiq berdehem. “Haah.”

Mereka terdiam lagi.

Huwaaa.. kekoknya! Ketika Nuha ingin berlalu kebilik air, tiba-tiba dia tergelincir.

“Agh!” Nuha terjerit sedikit. Risau jika dia terjatuh di atas lantai itu.

Dengan cepat, Rafiq menyambut Nuha dan kini mereka terjatuh di atas katil.

Nuha dan Rafiq berpandangan lama. Jantung mereka berdegup laju.

Nuha menelan liur apabila Rafiq di atasnya. Dah macam cerita hindustan huwaaaa!

Rafiq dapat merasakan jantungnya berdegup kencang. Situasi apakah ini??

Mereka berpandangan lagi.

Rafiq seolah-olah hanyut dengan renungan mata Nuha. Perlahan-lahan dia mengelus lembut pipi Nuha.

“A.. awak..” Nuha mengetap bibirnya.

Rafiq menarik nafasnya.

“You look.. beautiful tonight..” Kata Rafiq perlahan dan menoleh ke arah lain.

Nuha tersentak. Wajahnya membahang. Dengan cepat dia menolak sedikit tubuh Rafiq.

“Oh.. th.. thanks.” Nuha terus berlari masuk ke bilik air.

Nuha melihat dirinya pada cermin.

OMG!!!! Apa yang berlaku ni? Chill Nuha! Chill!!

Nuha cuba menenangkan fikiran. Kini dia pula yang membersihkan dirinya. Setelah siap, dia terus keluar dari bilik air dan bertindak seperti biasa. Nuha turut mengenakan bathrobe sambil mengeringkan rambutnya yang basah dengan hair dryer.

Rafiq pula sedang baring di atas katil sambil membelek telefon bimbitnya.

“So macam mana harini? Do you have fun?” Soal Rafiq sambil melihat Nuha.

Nuha mengangguk. Dia tersenyum sedikit.

“Haah. At least dapat lah juga spend time dengan Ayah dan Naufal. Bukan selalu nak bawak diorang jalan-jalan ni.” Ujar Nuha ceria.

Rafiq turut tersenyum.

“Baguslah macam tu.” Jawab Rafiq sambil menarik nafasnya.

“Awak pula? Dah berani sikit ke dengan kambing biri-biri tu?” Soal Nuha pula. Dia ketawa sedikit.

Rafiq mencebik.

“Saya bukannya apa. Geli aje dengan bulu-bulu tu.” Ujar Rafiq dengan wajah geli.

Nuha ketawa lagi. Dia mematikan suis hair dryer lalu dia mengerling sedikit ke arah Rafiq yang bermain telefon.

Nuha mengetap bibir. Dia ingin menukar pakaian. Tapi..

“Emm.. Awak..” Nuha segan.

“Ya?” Soal Rafiq tanpa memandang Nuha.

“Boleh awak pusing belakang tak? Sa.. saya nak tukar..” Nuha mengetap bibir. Malunya!

Oh! Rafiq terus memusingkan tubuhnya dan memejamkan mata.

“O.. okey! Go on! Anggap aje saya tak wujud kat sini.” Kata Rafiq dengan berdebar.

Nuha menarik nafasnya dan terus memakai pyjama tidurnya.

Nuha berdehem.

“Okey done. Saya nak tidur dulu lah. Ngantuk pula.” Dalih Nuha. Padahal dia sangat malu dengan Rafiq.

Rafiq mengangguk laju.

“Okey. Sila-sila. Awak nak saya tidur kat sofa pun boleh aje.” Kata Rafiq laju.

Nuha melihat sofa yang kecil itu. Tak sesuai untuk Rafiq tidur di situ.

“Tak apa.. awak boleh aje tidur kat atas katil ni.” Kata Nuha segan. Dia terus naik ke atas katil dan baring di sebelah Rafiq.

“Goodnight.” Kata Nuha sambil memejamkan matanya.

Rafiq menelan liur. Nafasnya mula tak teratur.

“O..okey.. Goodnight, Nuha.” Ujar Rafiq dengan tersekat-sekat.

Rafiq terus menutup lampu bilik dan turut memejamkan mata. Memang susah lah dia nak tidur malam tu!

Mereka terdiam lama. Rafiq mengerling di sebelahnya.

“Awak dah tidur ke?” Soal Rafiq.

Kelihatan Nuha masih lagi belum tidur.

“Belum..” balas Nuha sambil ketawa sedikit.

Rafiq turut ketawa kecil.

“Awak pun.. tak boleh tidur ke?” Soal Rafiq.

Nuha melihat Rafiq.

“Haah..” balas Nuha sambil tawa lagi.

Rafiq terfikir seketika.

“Well. Let’s counting how many sheep jumping over a fence. Saya start dari number 1.” Kata Rafiq.

Nuha tergelak. Lelaki itu sering menghiburkannya.

“Okey.” Balas Nuha.

Rafiq tersenyum. Mereka memejamkan mata dan membayangkan kambing biri-biri melompat dari pagar.

“Satu.” Rafiq memulakan kiraan.

“Dua.” Nuha menahan tawa.

“Tiga.” Rafiq tersenyum sedikit. Mata mereka masih lagi terpejam.

“Empat.”

“Lima.”

“Enam.”

Mereka terus mengira sehinggalah masing-masing mula menguap.

“Seratus satu…” Rafiq mula mengantuk.

“Seratus dua..” Nuha menguap dan terus terlena.

Rafiq menguap lagi. Dia melihat Nuha yang terlena itu. Perlahan-lahan dia senyum. Gadis itu kelihatan sangat comel ketika itu.

‘Goodnight my wifefriend, Nuha Alisya.’ Bisik hati Rafiq sambil mengusap rambut Nuha.

Rafiq mengucup sedikit dahi Nuha dan terus tertidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience