Bab 10

Romance Series 35227

MALAM itu, Rafiq melihat Nuha yang sedang duduk di sebelahnya sambil menonton series Anne With An E di Netflix. Gadis itu begitu fokus menonton televisyen sambil mengunyah popcorn.

“Giblert handsome betul!” Kata Nuha sambil tersengih sendiri. Dia mengunyah popcorn itu lagi.

Rafiq mula berasa bosan dan melihat jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul 9 malam. Dia tersenyum sedikit dan melihat gadis itu.

“Nuha. Jom kita keluar?” Ajak Rafiq

Nuha mengerutkan dahinya. Dia menoleh ke arah Rafiq.

“Hm? Pergi mana?” Soal Nuha. Dia tersenyum lebar.

Rafiq tersengih.

“Shopping! Hehe. Saya nak beli baju sikit la. Dah lama saya tak beli baju baru. Boleh awak teman?” Soal Rafiq

Nuha berfikir seketika lalu dia mengangguk.

“Sekarang?” Soal Nuha.

Rafiq mengangguk. “Can we?”

Nuha tersenyum. “Okey. Tunggu kejap.”

Nuha terus masuk ke biliknya dan menukar pakaian. Dia hanya mengenakan sweatshirt oversized dan juga baggy pants berwarna biru muda. Tudung shawl dililit dengan kemas.

Nuha hanya mengenakan make up tipis lalu dia keluar dari biliknya.

“Okey. Jom.” Ajak Nuha. Dia tersenyum ke arah Rafiq.

Rafiq yang sudahpun bersiap terus terkedu setelah melihat penampilan gadis itu.

‘Comelnya.’ Bisik hati Rafiq. Dia berdehem dan berpaling ke arah lain.

Nuha turut terpegun melihat penampilan Rafiq yang simple mengenakan hoodie dan juga jeans biru.

‘Nampak stylo dan cute.’ Nuha tersenyum sendiri.

“Well.. Let’s go..” balas Rafiq dan berjalan keluar dari rumah bersama Nuha. Mereka terus keluar bersama dan berjalan-jalan di shopping mall itu.

Rafiq membeli beberapa baju sambil bertanya pada Nuha.

“Ni okey ke?” Soal Rafiq pada Nuha dan memadankan cargo shirt dan beberapa baju yang lain di tubunhnya.

Nuha menyentuh dagunya sendiri. Dia berfikir seketika.

“Okey juga. I think warna khaki and cream nampak better lah dengan awak.” Kata Nuha lalu dia mengambil beberapa baju yang lain pada Rafiq.

“Cuba try yang ni pula.” Kata Nuha. Dia menghulurkan regular fit short-sleeved shirt berwarna biru berbelang putih yang nampak simple tetapi trendi.

Rafiq mengambil baju itu dan mencubanya di fitting room.

Nuha hanya menunggu sambil melihat baju-baju di butik yang besar itu.

Rafiq keuar dari fitting room dan melihat Nuha. Dia tersenyum.

“So how?” Soal Rafiq dengan segan.

Nuha tergamam. Dia melihat gaya Rafiq yang segak itu.

Jantung Nuha berdegup laju. Dia cuba bertindak biasa.

“Wow.. Macam oppa korea.” getus Nuha perlahan.

Rafiq menghampiri Nuha. Sengaja dia ingin mengusik gadis itu.

“Apa awak cakap tadi?” Soal Rafiq cuba menahan tawanya.

Nuha berdehem.

“Huh? Errr.. Tak.. saya cuma cakap. Wow. Cantiknya baju tu.” Dalih Nuha. Wajahnya memerah.

Rafiq hanya ketawa.

“Okey then. I’ll take this. Sebab baju ni awak yang pilihkan.” Ujar Rafiq gembira. Dia terus membuat pembayaran.

Nuha terkedu.

Mereka berjalan-jalan lagi. Rafiq melihat Nuha yang berjalan di sebelahnya.

Rafiq risau sekiranya mereka terserempak dengan Kak Ilya atau sesiapa yang mereka kenal, jadi mereka perlu kelihatan mesra seperti pasangan suami isteri yang lain.

Rafiq mengetap bibir. Dia kelihatan segan.

“I.. i think we should hold hands together. Saya risau kalau Kak Ilya atau sesiapa yang nampak kita kat sini.” Kata Rafiq perlahan.

Nuha tersentak. Dia turut berasa segan. Lalu mereka jalan bersama sambil berpegangan tangan.

“O.. okey..” balas Nuha segan.

Hati Nuha berdebar hebat apabila Rafiq memegang tangannya. Dia mengerling sekilas ke arah Rafiq. Lelaki itu kelihatan tenang.

Rafiq berjalan dengan tenang tanpa melihat Nuha. Tapi jauh di sudut hatinya..

‘OMG!! Lembutnya tangan dia! Tenang, Rafiq.. Tenang!!! Kau dengan dia cuma kawan aje!!’ Jerit hati Rafiq.

Dia melihat Nuha sekilas lalu dia menarik nafas dalam.

“Emm, actually saya nak nak bawa awak kat satu butik ni.” Kata Rafiq.

Nuha memandang Rafiq dengan tanda tanya.

Rafiq tersenyum. Mereka berjalan ke arah butik yang sangat terkenal dan juga terdapat pakaian yang moden serta cantik.

Muncul seorang pekerja yang cantik datang ke arah mereka.

“Welcome to Hem and Thread. Do you have an appointment?”

Rafiq mengangguk.

“Yes. Rafiq Zuhayr from Crystal & Co.” Ujar Rafiq.

Pekerja wanita berbangsa cina itu mengangguk dan tersenyum. Dia melihat tabletnya.

“Okey. It says here that you were bringing a guest?” Soal Pekerja wanita yang bernama Cindy itu.

Nuha melihat ke arah mereka. Nampak macam butik yang mewah. Siap ada appointment bagai.

Rafiq tersenyum ke arah Nuha lalu dia melihat Cindy.

“Yes. She’s my wife, Nuha Alisya. So i want her to try everything at here.” Ujar Rafiq.

Nuha terkejut. Dia berbisik.

“Everything? I can’t afford that. Mahal lah.” Bisik Nuha

Rafiq menjentik dahi Nuha sambil tersenyum.

“Siapa cakap awak yang kena bayar? This is on me, okey?” Kata Rafiq selamba. Dia tersenyum ke arah Nuha.

Nuha menunduk segan.

Cindy menunjukkan beberapa baju blouse dan juga gaun labuh yang cantik pada Nuha.

Rafiq melihat Nuha yang mencuba pakaian-pakaian di situ sementara dia duduk di atas sofa. Dia berasa sangat terpegun apabila melihat gadis itu. Setiap pakaian yang dicuba oleh Nuha sungguh cantik di matanya.

Nuha berjalan ke arah Rafiq.

Rafiq tersenyum.

Nuha tersenyum segan.

“Saya rasa cukup la tu.. semua baju tu cantik sangat. Tak tahu nak pilih yang mana.” Kata Nuha segan.

Rafiq tersenyum. “Okey.”

Cindy terus berjalan ke arah mereka. Dia membawa sehelai kaftan dress pada Nuha.

“Miss Nuha nak cuba dress ni pula?” Soal Cindy dengan ramah.

Nuha mengetap bibirnya.

Rafiq ketawa sedikit. Dia melihat Cindy.

“We'll take everything she tried on.” Kata Rafiq.

Cindy tersenyum lebar dan mengangguk. Untung besar dia lepasni!

“Noted, Sir.” Kata Cindy dan menyediakan pakaian-pakaian itu.

Nuha tergamam. Dia melihat Rafiq.

“Hah?!” Nuha melihat Rafiq yang hanya selamba.

Rafiq ketawa.

“What?” Soal Rafiq pula.

“Semua baju yang saya cuba tadi? Ke.. kenapa awak buat macam tu? Mahal lah..” kata Nuha segan.

Rafiq menarik hidung Nuha yang kecil comel itu.

“Bukannya selalu saya bak belanja awak. Lagipun awak kan dah teman saya keluar harini? Saya happy sangat.” Balas Rafiq dengan senyuman gembira.

Nuha membalas senyuman Rafiq. Dia berasa sangat segan dengan suaminya itu.

Ketika mereka berjalan keluar dari butik, mereka telah terserempak dengan Mira. Kawan baik Nuha.

Yang lebih mengejutkan, Mira sedang berjalan bersama dengan seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah kawan baik Rafiq iaitu Hadif.

Nuha tersenyum gembira. Dia mendapatkan Mira.

“Eh, Mira! Kau pun shopping juga ke?” Soal Nuha gembira.

Nuha dan Mira terus berbual dan ketawa bersama.

Rafiq mengerutkan dahinya. Dia melihat Hadif.

Hadif terlopong.

“B.. bos?” Soal Hadif terkejut apabila melihat Rafiq di situ.

Rafiq terus menarik lengan Hadif agar jauh dari Mira dan Nuha.

“Kau buat apa kat sini?” Soal Rafiq pelik.

Hadif tersenyum bangga.

“Dating lah bos. Bos ingat bos seorang aje yang boleh nak dating dengan bini?” Soal Hadif sambil tersengih.

“Ish. Tak payah nak formal sangat lah. Kita bukannya kat office pun.” Bebel Rafiq.

Hadif ketawa.

Rafiq melihat Nuha yang sedang berbual dengan Mira.

“Sejak bila kau ada girlfriend hah? Lagipun.. aku rasa tu kawan Nuha.” Ujar Rafiq.

Hadif mencebik.

“Alah, kau pun tiba-tiba aje ada bini mengejut. Aku pun boleh.” Balas Hadif selamba. Dia ketawa lagi.

Rafiq hanya menjulingkan matanya ke atas.

Nuha tersenyum nakal ke arah Mira.

“Siapa lelaki tu? Boyfriend kau ke?” Soal Nuha sambil mencuit-cuit pipi Mira.

Wajah Mira membahang.

“Aduh.. kantoi la pula..” getus Mira segan.

Nuha ketawa.

“Kau tak boleh nak berahsia lah dengan aku. Macam mana korang boleh kenal?” Soal Nuh lagi.

Mira berdehem.

“Dating apps.” Balas Mira selamba.

“Dating apps??” Soal Nuha terkejut.

Rafiq dan Hadif menoleh.

Hadif mengetap bibirnya. Aduh habislah dia kena bahan dengan Rafiq nanti..

Rafiq tersengih ke arah Hadif.

“Amboi. Kenal kat dating apps terus eh?” Usik Rafiq

Waja Hadif membahang. Dia terus meluru ke arah Mira.

“Jom, Baby. Kita blah. Bahaya kat sini. Banyak CCTV.” Kata Hadif sambil mereka berdua peregi dari situ.

“Wow. Baby eh??? Romantiknya…” Usik Rafiq dari jauh.

Hadif hanya mengabaikan Rafiq. Manakala Mira melambaikan tangannya ke arah Nuha.

“Bye! Nuha! Nanti kita meet lagi tau!” Kata Mira dan berlalu pergi bersama Hadif.

Nuha dan Rafiq terus ketawa. Mereka berpandangan.

Nuha melihat Rafiq. Dia tersenyum.

“Well. That was unexpected.” Ujar Nuha sambil ketawa.

Rafiq turut ketawa.

“Tu lah pasal. Dengan kawan saya pula tu.” Balas Rafiq sambil ketawa. Mereka terus berjalan-jalan di situ.

Rafiq telah membeli aiskrim Baskin Robbins pada Nuha dan juga dirinya.

Nuha memandang Rafiq yang menikmati aiskrim itu.

‘What is this? Kitorang dating ke ni? Tapi aku dengan dia cuma kawan aje..’ bisik hati Nuha. Dia mula berasa gelisah.

Takkanlah.. Rafiq telah jatuh cinta dengannya?

Nuha menggeleng laju. No. No. No! Tak mungkinlah!

Rafiq mengerling sekilas ke arah Nuha. Dia suka melihat Nuha yang tak tentu arah itu. Matanya tertumpu pada sisa aiskrim yang ada di tepi bibir Nuha.

Perlahan-lahan Rafiq mengelap sisa aiskrim di tepi bibir Nuha dengan jarinya.

Nuha tergamam.

Rafiq berdehem.

“A.. awak makan comot.” Kata Rafiq. Cuba berselindung.

Wajah Nuha membahang. Dia terus berdiri dari kerusi itu.

“Err! Saya nak pergi toilet kejap!” Kata Nuha dengan malu. Dia berlari ke arah toilet yang ada di mall itu.

Rafiq hanya memandang. Jantungnya turut berdegup laju.

Sebaik saja Nuha melihat dirinya di cermin, dia terus memegang kedua-dua pipinya.

‘Kenapa berdebar-debat pula ni? Kenapa aku kena rasa macam ni?’ Nuha berjalan ulang-alik di dalam toilet itu. Dia terus melihat cermin lagi.

“Okey. Chill Nuha. Chill. Dia tu kan kawan a.k.a husband kau. So relax okey? Chill!” Kata Nuha sendiri. Dia menepuk-nepuk dadanya.

“Yeah! Chill!” Kata Nuha lagi. Dia terus ketawa sendiri dan keluar dari toilet dengan wajah selamba.

Nuha mendapatkan Rafiq yang sedang menunggunya di luar.

“Hi. Sorry lambat.” Kata Nuha dengan tenang.

Rafiq tersenyum.

“It’s okey.. so awak nak balik dah ke?” Soal Rafiq.

Nuha berfikir seketika. Dia melihat arcade di situ sambil tersenyum lebar.

Dengan cepat Nuha menarik lengan Rafiq dan mereka berjalan masuk ke dalam arcade itu.

“Jom kita pergi sana!” Ajak Nuha.

Rafiq terkejut. Dia hanya menurut dan tersenyum seketika.

Terdapat banyak game dan juga mainan yang boleh dimain di situ.

Nuha melihat game basketball di situ.

“Wanna play?” Soal Nuha sambil tersengih.

Rafiq turut ketawa.

“Okey then.” Rafiq tersenyum sinis. Kalini dia akan mengalahkan Nuha.

Nuha dan Rafiq bermain basketball game di arcade itu sambil melantunkan bola supaya masuk ke dalam jaring.

Nuha berasa tidak puas hati apabila melihat Rafiq yang menjaringkan bola itu sebanyak 5 kali.

Nuha = 1 Rafiq = 5

“Alah.. badan tu tinggi boleh lah.” Getus Nuha geram.

Rafiq hanya ketawa kuat. Ketinggian Nuha hanyalah separas bahunya saja.

Kecil dan comel.

“Haha. Mana ada. Skill tu yang penting.” Bidas Rafiq pula. Dia ketawa lagi.

Nuha mencebik.

Tiba-tiba mereka terserempak dengan Mira dan juga Hadif yang bermain game di arcade itu.

“Eh??? Jumpa lagi?” Soal Rafiq.

Hadif terkejut. Aduhhh!

Nuha dan Mira berbual bersama dengan gembira.

Rafiq tersengih nakal ke arah Hadif.

“Wow.. dating dengan awek. Bukan main eh kau ni..” usik Rafiq.

Hadif tahu yang dia tidak boleh lari kemana-mana lagi. Mereka berempat terus meluangkan masa bersama dan berbual.

Mira melihat Rafiq yang berbual dengan Hadif. Dia berbisik pada Nuha.

“Dia tu ke childhood friends kau dulu?” Bisik Mira

Nuha mengangguk. Dia tersenyum.

“Haah.” Balas Nuha

Mira berfikir seketika.

“Aku musykil lah. Korang sebenarnya dating ke? Maksudnya korang dah suka sama suka ke?” Soal Mira.

Nuha tersentak. Dia melihat Rafiq yang ketawa bersama Hadif. Jantungnya berdegup laju.

“Err.. kami cuma..” Nuha gelabah.

“Kawan?” Soal Mira bosan.

Nuha terdiam.

“Apa salahnya kalau korang bercinta pun? Korang kan dah kahwin? Aku tengok Rafiq tu okey aje. Handsome juga dia tu. Lagi elok dari si Irfan yang suka acah-acah gangster.” Bebel Mira.

Nuha hanya merenung ke arah Rafiq dari jauh.

Mira berbisik lagi ke telinga Nuha.

“Aku ship lah kau dengan dia. Korang nampak comel.” Bisik Mira

Nuha mengetap bibir. Dia cuba mengabaikan kata-kata Mira.

Sebaik saja mereka ingin beredar pulang, Mira terus tersenyum ke arah Rafiq.

“Jaga kawan saya elok-elok tau! Jangan nak bagi dia nangis. She’s my precious chingu!” Pesan Mira pada Rafiq.

Rafiq mengerling sekilas ke arah Nuha yang mencubit pipi Mira.

Perlahan-lahan Rafiq tersenyum.

“Of course i’ll take care of her. She’s my chingu too.” Kata Rafiq sambil menarik tangan Nuha. Dia mengenggam erat tangan isterinya itu.

“My wifefriend Nuha Alisya.” Bisik Rafiq di tepi wajah Nuha.

Wajah Nuha berubah merah padam.

Mereka terus beransur pulang. Sepanjang perjalanan pulang, Nuha masih lagi diam dan malu dengan Rafiq.

Sejak akhir-akhir ini, dia sering tak tentu arah apabila bersendirian bersama Rafiq.

Sebaik saja mereka tiba di rumah, Nuha terus berlari masuk ke biliknya.

“Err. Saya dah ngantuklah. Goodnight!” Ujar Nuha dan menutup pintu bilik. Dia cuba untuk menenangkan dirinya.

Rafiq hanya tersenyum sendiri. Dia turut masuk ke biliknya sambil berbaring di atas katil.

Rafiq melihat siling atas dan tersenyum sendiri. Dia semakin tak tentu arah apabila bersama Nuha. Tetapi..

Mereka sudah berjanji untuk tidak saling jatuh cinta.

Rafiq terus membetulkan duduknya. Dia mengambil telefon bimbitnya dan membuka GOoGle.

Tanda-tanda perempuan suka pada lelaki itu dalam diam :

Rafiq begitu fokus melihat artikel itu dengan berdebar.

1. DIA SELALU MEMANDANG KITA.

Rafiq tergamam. Nuha sering melihat wajahnya. Rafiq terus meraup wajahnya. Dia cuba untuk bertenang. Kemudian dia baca lagi artikel itu.

2. DIA SELALU MASAK PADA KITA.

Rafiq tersenyum sendiri. Kemudian dia menggeleng.

“Ish. Dia cuma masak aje pun. Tak bermaksud apa-apa lah.” Getus Rafiq sambil mengeluh.

3. DIA SERING MENGAMBIL BERAT TENTANG KITA.

Rafiq terkedu. Semasa dia demam, Nuha sering mengambil berat tentangnya dan menjaganya.

“Tapi.. dia jaga aku masa demam haritu..” getus Rafiq.

4. SI DIA KELIHATAN MALU-MALU APABILA BERSAMA DENGAN KITA.

Rafiq terus berdiri. Eh?????

Takkanlah Nuha sukakan dia???

*****

MALAM itu, Nuha tidak boleh memejamkan matanya kerana hujan begitu lebat di luar rumah. Terdapat bunyi kilat dan juga guruh. Nuha berasa sangat takut. Dia melihat jam di dinding. Pukul 3 pagi.

Nuha tersentak apabila mendengar bunyi guruh yang sangat kuat sehingga membuatkan dia bangun dari katil.

Dia terus keluar dari biliknya akibat terkejut dengan bunyi guruh.

Nuha ingin mengetuk pintu bilik Rafiq tapi.. dia begitu segan dengan lelaki itu.

Akhirnya Nuha hanya duduk di hadapan pintu bilik Rafiq.

Rafiq membuka matanya dari lena. Dia berasa sangat haus dan terus turun dari katil. Sebaik saja dia membuka pintu bilik, kelihatan Nuha duduk di hadapan pintu biliknya.

“Eh, Nuha? Awak tak tidur lagi?” Soal Rafiq terkejut.

Nuha tersengih.

“Bu.. bunyi guruh kuat sangat. Seram.” Nuha memandang kakinya sendiri. Malu melihat Rafiq.

Rafiq tersenyum sedikit.

“Nak saya teman awak tidur ke?” Soal Rafiq

Nuha berdehem. Dia melihat Rafiq perlahan-lahan.

“Bo.. boleh ke?” Soal Nuha segan.

Rafiq tersenyum lagi. Nuha kelihatan sangat comel di matanya. Dia terus menarik Nuha masuk ke dalam biliknya.

Nuha terkejut namun dia hanya menurut saja.

Tiba-tiba bunyi guruh berdentum lagi.

Tindakan refleks telah membuatkan Nuha memeluk Rafiq dengan erat.

Rafiq tergamam. Dia melihat Nuha yang menggigil itu.

Rafiq mengusap rambut Nuha dengan lembut.

“Hei.. it’s okay. Saya ada aje ni.” Pujuk Rafiq.

Nuha berasa malu lalu dia melepaskan pelukan antara mereka.

“Goo.. goodnight.” Ujar Nuha. Dia berbaring di atas katil Rafiq dan memejamkan matanya.

Rafiq tersenyum lagi. Dia hanya duduk disebelah katilnya sambil melihat Nuha.

“Goodnight.” Balas Rafiq. Dia merenung Nuha yang sudah nyenyak tidur itu.

Rafiq memegang dadanya yang berdegup laju. Dia mengusap rambut Nuha dengan lembut. Matanya masih lagi ke arah wajah isterinya itu.

Rafiq tersenyum lagi. Tanpa sedar dia telah mengucup dahi Nuha dengan lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience