Bab 14

Romance Series 35227

KAK ILYA yang ketika itu sedang berbaring di atas katil sambil menelefon Datin Haida terus ketawa.

“Ya Mama, Ilya dah plan semua dah nak kenakan si Rafiq tu. Tapi macam yang Lya cakap lah, diorang berdua tu nampak awkward sungguh. Tak macam pasangan yang bercinta pun. Memang sah lah ada something wrong somewhere ni.” Kata Kak Ilya.

Suaminya, Abang Emir dari tadi bermain dengan rambutnya.

Datin Haida mengangkat keningnya.

“Lah ya ke? Ish. Rugi pula Mama tak ikut. Kalau tak, mesti gelabah terus si Rafiq tu. Ha, korang pergi mana aje tadi? Nuha okey tak?” Soal Datin Haida.

Kak Ilya tersenyum lagi.

“Harini kitorang jalan-jalan aje tengok sheep semua tu. Esok ni nak keluar lagi. Nuha pun okey juga dengan ayah dan adik dia tu.” Kata Kak Ilya lagi.

Datin Haida mengangguk faham.

“Ha, baguslah macam tu. Jaga diri tu juga. Nak drive ke apa hati-hati. Pesan kat Emir dengan Rafiq sama.” Kata Datin Haida.

Kak Ilya terssnyum.

“Okey mama. Eh? Kejap. Mama kat mana ni? Papa tidur dah ke?” Soal Kak Ilya.

Datin Haida terus bangun dari sofa.

“Mama kat ruang tamu ni ha, nak bergosip dengan kamu lah, habis lupa dah pasal Papa. Okeylah. Dah malam ni. Mama nak tidur dulu. Apa-apa bagitahu mama ya?” Soal Datin Haida.

“Okey Mama. Take care. Bye, Assalamuaikum.” Kata Kak Ilya.

“Waalaikumsalam.” Jawab Datin Haida lalu mereka mematikan talian.

Kak Ilya tersengih sendiri. Dia terus meletakkan telefon bimbitnya di tepi meja kecil sebelah katil mereka.

“Sayang ni.. tak baiklah kenakan adik sendiri. Biarlah diorang berdua tu dengan life masing-masing. Lagipun, Rafiq tu kan dah kahwin. Mestilah dia sayang isteri dia tu.” Kata Abang Emir.

Kak Ilya mencebik.

“Eleh. Mana Biy tahu yang Rafiq tu sayang kat Nuha? Lya tengok diorang tu macam berlakon aje tau kat depan kita ni.” Celah Kak Ilya.

Abang Emir ketawa.

“Memang la Biy tak tahu.. tapi Biy boleh nampak keikhlasan Rafiq tu kat Nuha tadi.” Ujar Abang Emir.

Kak Ilya terfikir seketika.

“Ya ke?” Soal Kak Ilya

Abang Emir mengangguk.

“Okey. Katakan lah yang diorang tu memang berlakon aje depan kita. Tapi sampai bila? Lambat laun pun, mesti lah diorang tu jatuh cinta juga.” Kata Abang Emir lagi.

Kak Ilya mengangguk faham.

“Tapi..” Kak Ilya melihat suaminya itu.

“Biar diorang sendiri yang cari cinta tu. Biy tahu mesti Rafiq dah ada rasa something kat isteri dia sendiri.” Kata Abang Emir.

“Hmm.. Betul juga tu, Biy.” Kak Ilya ketawa. Dia terus memeluk Abang Emir.

“Okeylah. Esok Lya bagi chance kat diorang. Kesian pula tengok Rafiq tu asyik gelabah aje bila kena usik.” Kata Kak Ilya dengan tawa.

“Ha tahu pun.” Abang Emir ketawa dan mencuit hidung isterinya itu.

Kak Ilya tersengih.

****

PAGI itu Nuha terus membuka matanya dengan perlahan. Nuha dapat merasakan pinggangnya agak berat. Dia terkejut apabila Rafiq sedang nyenyak tidur sambil memeluk pinggangnya.

“Hm.. Fluffy pillow..” Rafiq mengigau sedikit. Matanya terpejam rapat.

Aduhai…

Nuha menarik nafas dengan dalam dan cuba untuk menenangkan dirinya. Kang kalau dia menjerit, habis terkejut semua orang di dalam hotel itu.

Perlahan-lahan Nuha menolak sedikit tangan Rafiq dari pinggangnya lalu dia terus mahu bersiap-siap untuk solat subuh.

“Wakey, wakey. Bangun lah. Solat subuh dulu.” Kata Nuha sambil menampar lengan suaminya itu.

Rafiq memeluk Nuha lagi.

“Fluffy pillow..” Rafiq mengigau lagi.

Nuha mengetap bibir dan terus menampar tubuh Rafiq dengan bantal.

“Fluffy pillow, fluffy pillow apanya?? Bangunlah!” jerit Nuha di telinga Rafiq.

Rafiq terus terkejut. Dia terus tertolak tubuh Nuha sehingga Nuha jatuh dari katil.

Gedebuk!

“Rafiq Zuhayr!” Marah Nuha dari bawah katil dengan geram. Dia memegang pinggulnya yang sengal.

Rafiq terus melihat ke bawah.

“Ya Allah, Nuha? Awak buat apa kat bawah tu?” Soal Rafiq dan menghulurkan tangannya. Membantu Nuha untuk bangun.

Nuha mengetap bibir dan menyambut huluran tangan suaminya itu. Geramnya.

“Boleh pula tanya.. Apa saya buat kat bawah tu? Awak lah yang tolak saya. Haaa.. sampai hati.” Rengek Nuha sengaja.

Rafiq terpempan. Eh??

“Alamak. Sorry, sorry! Sakit ke?” Rafiq terus memegang tangan Nuha.

Nuha mencebik.

“Ingat saya ni tong drum ke nak tolak-tolak macam tu? Sakitlah!” Bebel Nuha lagi.

Rafiq meraup wajahnya dan tersengih sedikit.

“Alaa, sorry lah.. please..” Kata Rafiq sambil membuat wajah comel.

Nuha mengawal senyumannya. Dia terus menarik rambut Rafiq.

“Sorry naik lori lah!” Kata Nuha geram.

“Argh! sakit, sakit!” Rafiq mengaduh kesakitan. Nuha memang kasar orangnya.

Nuha terus melepaskan rambut Rafiq.

“Jom. Solat subuh sekali. Dah pukul berapa dah ni. Nanti nak breakfast lagi dengan diorang semua.” Kata Nuha.

“Yes ma’am..” Rafiq memuncung dan menurut saja isterinya itu.

Nuha dan Rafiq terus menunaikan solat subuh bersama.

Usai saja solat subuh, Rafiq terus menoleh ke belakang dan melihat Nuha.

Nuha tersenyum sedikit dan menyalam tangan suaminya itu.

Rafiq turut tersenyum dan mengusap kepala Nuha disebalik telekung isterinya itu.

“Awak okey ke harini?” Soal Rafiq

Nuha mengangkat wajahnya dan mengangguk.

“Hm? Okey aje. Tak sabar nak jalan-jalan lagi. I’ve got so many plans. Ingat nak ajak Ayah dengan Naufal pergi Cameron Valley Tea. Mesti diorang suka. Boleh kan?” Soal Nuha ceria.

“Boleh aje.” Balas Rafiq dengan senyuman. Apabila melihat Nuha yang kelihatan ceria itu, dia juga turut rasa gembira.

Nuha tersenyum lagi. Dia menundukkan wajahnya.

“Thank you..” kata Nuha perlahan.

Rafiq melihat Nuha.

“Kenapa?” Rafiq tersenyum ke arah isterinya itu.

Nuha menggeleng.

“Thank you sebab awak dah buat macam-macam untuk saya.. untuk ayah dengan Naufal. Saya happy sangat.” Kata Nuha dengan senyuman. Dia masih lagi menundukkan wajahnya.

Rafiq tersenyum lagi. Jantungnya berdegup laju. Nuha kelihatan sangat cantik ketika itu.

Perlahan-lahan Rafiq mengangkat dagu Nuha dan menjentik dahi gadis itu.

“Auch.” Nuha memegang dahinya.

Rafiq ketawa kecil.

“Yang penting.. saya nak tengok awak happy aje.. That’s what matters.” Kata Rafiq sambil merenung wajah Nuha.

Nuha membalas pandangan Rafiq. Hatinya bergetar dengan renungan suaminya itu.

“It’s.. not fair.” Kata Nuha perlahan. Dia tunduk lagi.

Rafiq hanya melihat.

“Kalau awak asyik happykan saya.. macam mana saya nak happykan awak?” Soal Nuha pula.

Rafiq terdiam. Dia tersenyum sedikit.

“Awak nak tahu tak, Nuha?” Soal Rafiq tiba-tiba.

Nuha melihat Rafiq.

Rafiq mengusap kepala Nuha dengan lembut.

“Sejak awak terima lamaran saya dulu. Saya happy sangat. Awak dah banyak tolong saya masa tu. You always there when i need someone. Masa saya demam haritu pun awak yang sanggup jaga saya.. mestilah saya happy juga..” kata Rafiq sambil tersenyum.

“Saya happy. Sebab awak selalu ada dengan saya. Thank you for being here..” Ujar Rafiq lagi.

Nuha terkedu.

Rafiq tersenyum.

Nuha memegang pipi Rafiq dengan perlahan.

Rafiq turut memegang pipi Nuha.

Mereka hanya diam namun hati saja yang berbicara.

Nuha merenung mata Rafiq. Semakin hari, dia dapat rasakan getaran di hatinya untuk Rafiq.

Rafiq membalas renungan mata Nuha.

Setiap kali dia memandang Nuha. Hatinya semakin berdebar. Dia seolah-olah hanyut dengan pandangan Nuha yang lembut itu.

“Nuha..” suara Rafiq tersekat. Adakah dia sudah mula jatuh hati pada isterinya itu?

Dia pernah jatuh cinta dan sering terlepas cinta itu. Tetapi kalini..

Rafiq melihat Nuha lagi.

‘Ah, i don’t care anymore!’ Bisik hati Rafiq

Rafiq terus mengucup pipi Nuha dengan lama.

Nuha tergamam.

Rafiq terus melepaskan kucupannya dari pipi Nuha dan menundukkan wajah.

“It’s okay.. Kalau awak nak tumbuk saya ke atau nak tarik rambut saya sekalipun. Just do it.” Kata Rafiq perlahan.

Nuha dapat merasakan jantungnya berdegup laju seolah-olah baru lepas lari marathon.

Kali ini giliran Nuha pula mengucup pipi Rafiq dengan lama.

Rafiq pula yang terkejut. Dia melihat Nuha dengan debaran.

“A.. apa awak..” Rafiq terkedu.

Nuha menarik nafasnya dan mencubit lengan Rafiq.

“Fair and square.” Ujar Nuha dan terus bangun. Dia dapat merasakan pipinya membahang.

Rafiq terus terbaring di atas sejadah itu dengan wajah yang berona merah.

Oh.. apa yang terjadi tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience