KAK Ilya terus menghubungi Zenith hotel di Cameron Highlands. Kata Rafiq dia sudahpun booking bilik untuk mereka bermalam di sana.
“Hello. Good morning. Zentih Hotel on the line.”
Kak Ilya terus duduk di buaian luar rumah suaminya.
“Hello. Morning. Actually i wanna ask. My brother already made a reservation for tomorrow. His name is Rafiq Zuhayr. May i know how many room did he booked?” Soal Kak Ilya.
“Mr. Rafiq Zuhayr ya? Wait ya ms. I will check first..”
“Oh. Mr. Rafiq already booked 4 room at the hotel.” Balas receptionist hotel itu.
4 bilik????
Kak Ilya terus bangun. Okey. Kejap. Something wrong happen ehh
Bilik 1: Kak Ilya dan juga Abang Emir
Bilik 2: Ayah Nuha dan Adik Nuha
Bilik 3: Rafiq dan????
Bilik 4: Nuha????
Ohhhhhh! Tidur asing ke? Kak Ilya mengerutkan dahinya. Kenapa Rafiq dan Nuha perlu tidur berasingan? Bukan ke mereka berdua sudahpun berkahwin?
“Oh i see.” Kak Ilya berfikir seketika walaupun dia agak pelik.
“Em. I would like to cancel for 2 room and i wanna book another room with honeymoon package. Is it still available?” Soal Kak Ilya.
Abang Emir yang ketika itu membuat kerja di dalam laptop hanya menggeleng-gelengkan kepala dengan tingkah isterinya itu.
“Yes. It’s still available. May i get your name miss?”
“Ilya Farhana.”
“Alright, Miss Ilya, your reservation has been made for the 24th of September with a honeymoon package. Check-in is at 12 o'clock. If you have any other questions, please do not hesitate to call us.”
“Great, thank you so much.” Kata Kak Ilya dengan senyuman lebar.
Heheheheheh. Habislah kau, Rafiq.. sekali kau dapat honeymoon package terus dengan Nuha!
Kak Ilya ketawa besar. Dia terus mendapatkan suaminya yang sedang membuat kerja di dalam laptop. Perlahan-lahan Kak Ilya mengurut bahu suaminya dari belakang.
“Apa yang seronok sangat tu?” Soal Abang Emir sambil fokus melihat skrin laptop.
Kak Ilya tersengih.
“Hehe. Tak ada apa. Everything is under control. By the way kenapa Biy buat kerja lagi ni? Esok kan kita nak bercuti.. Enough with work lah..” rengek Kak Ilya.
Abang Emir ketawa. Dia terus menutup laptopnya.
“Okey. Okey. Fine. Sekarang ni fokus Biy kat sayang aje. Janganlah monyok macam ni. Kan tak cantik dah.” Usik Abang Emir.
Tak cantik??? Kak Ilya terus mencekak pinggang.
“Ohh?!! Sekarang ni Biy nak kata yang Lya tak cantik dah lah?” Soal Kak Ilya sambil menjegilkan mata.
Alamak! Abang Emir terus bangun dan mencuit pipi isterinya itu sambil ketawa.
“Eh? Mana ada lah.. Sayang ni isteri yang paling cantik kat dunia ni tau? Nenek kebayan pun boleh kalah dengan kecantikan semula jadi sayang ni. Dah lah cantik. Baik.. Manja.. Cuteness overload!” Pujuk Abang Emir sambil memeluk pinggang isterinya.
Kak Ilya mencebik.
“Ish. Apa pula bandingkan Lya dengan nenek kebayan. Kang tidur kat luar baru tahu” Bebelnya dan berlalu keluar.
“Alaaa.. sorry, sorry. Sayang janganlah merajuk.. Malam ni Biy bawa sayang keluar makan okey?” Soal Abang Emir sambil mengejar isterinya dari belakang.
Kak Ilya terus tersenyum lebar apabila suaminya menyebut tentang makanan!
Dia terus memeluk lengan Abang Emir.
“Keluar makan eh? Emmm. Lya teringin lah nak makan steak dengan spaghetti kat restoran itali tu. Boleh tak Biy?” Kata Kak Ilya dengan sengihan.
Amboi. Bab makan laju aje. Abang Emir tersenyum sedikit.
“Kenapa tiba-tiba aje teringin ni? Sayang pregnant ke?” Soal Abang Emir.
Kak Ilya mengangkat keningnya. Dia ketawa.
“Ish Biy ni. Ke situ pula dia. Asal teringin aje terus pregnant.” Balas Kak Ilya dengan tawa.
Abang Emir tersenyum. Dia memeluk bahu Kak Ilya lalu mereka duduk di atas sofa.
“Mana lah tahu kan? Kot lah sayang pregnant awal. Biy la orang yang paling excited sekali.” Ujar Abang Emir. Dia mencuit hidung isterinya itu.
Kak Ilya membalas senyuman Abamg Emir.
“InshaAllah kalau ada rezeki kita, Biy. Tapi Lya teringin juga tengok si Rafiq dengan Nuha tu dapat baby dulu. Entah macam mana lah si Rafiq tu kalau dah ada anak sendiri. Bukan boleh harap dia tu. Dah lah anak manja.” Kutuk Kak Ilya pada adiknya itu.
Abang Emir terus ketawa.
“Tersedak budak tu kang.” Balas Abang Emir. Isterinya itu sering menyakat adik iparnya.
Kak Ilya hanya ketawa sambil berbual-bual bersama suaminya itu.
****
SEPANJANG perjalanan mereka di Cameron Highlands, segalanya berjalan lancar. Naufal kelihatan begitu teruja sekali kerana dapat meluangkan masa bersama dengan Encik Kalil dan juga Nuha.
“Naufal nak beli apa aje kat sana nanti?” Soal Nuha pada Naufal yang berada di tempat duduk belakang kereta. Encik Kalil hanya tersenyum ke arah anak-anak dan menantunya itu. Rafiq kelihatan tenang memandu kereta jenis Mercedes Benz miliknya.
Sepanjang perjalanan, mereka menaiki dua buah kereta. Manakala Kak Ilya datang bersama Abang Emir.
Naufal yang ketika itu bermain video game di dalam telefon bimbitnya terus membalas.
“Nak beli macam-macam lah. Boleh bagi kat member.” Balasnya sambil fokus bermain game.
Nuha dan Rafiq hanya berbalas senyuman.
“Ya ke member? Ke nak bagi kat awek?” Usik Nuha pula.
Naufal terkejut. “Huish. Mana ada awek.”
Nuha terus memandang ke hadapan.
“Eleh. Ya lah tu. Ingat akak tak tahu, Naufal asyik senyum-senyum aje tengok handphone tu.” Balas Nuha pula.
Naufal berdehem.
“Mana ada. Tak main lah couple-couple ni.” Balas Naufal. Dia menutup telefonnya itu.
“Ceh. Bukan boleh percaya kau ni. Entah-entah pernah jadi Romeo kat sekolah.” Balas Nuha. Dia dan Rafiq terus ketawa.
Naufal mencebik. Mentang-mentanglah Nuha sudah ada geng sekarang ni. Asyik menyakatnya pula.
“Jangan nak gatal bercinta. Belajar dulu. Sekolah pun tak habis lagi.” Bidas Encik Kalil.
Alamak. Bekas tentera sdah mula bersuara!
Mereka terus terdiam dan tersengih.
“Baiklah bos besar.” Kata mereka semua.
Nuha dan Rafiq terus menahan tawa apabila wajah Naufal cemberut begitu.
****
SEBAIK saja mereka tiba di Zenith Hotel untuk check in, Rafiq telah melihat kakaknya bersama Abang Emir berada di lobi hotel.
“Wow. Cepatnya korang ni. Turbo ke apa?” Soal Rafiq sambil berjalan ke arah receptionist. Dia melihat Nuha di sebelah.
“Kejap eh?” Ujar Rafiq pada Nuha.
Nuha tersenyum dan mengangguk.
Kak Ilya dan Abang Emir sudahpun tersenyum-senyum sendiri sebaik saja Rafiq sedang berbual dengan receptionist hotel.
“Selamat tengah hari dan selamat datang ke Zenith Hotel. Boleh saya bantu?” Soal gadis melayu itu.
“Saya ada reservation untuk harini. Under nama Rafiq Zuhayr.” Balas Rafiq.
Gadis itu menyemak sistem di komputernya.
“Ya betul. Encik ada booking 2 bilik bersama satu lagi bilik untuk honeymoon package bagi 3 hari 2 malam betul kan?” Soal receptionist itu.
Rafiq tercengang. Eh??? Honeymoon package? Takkanlah kakaknya itu mahu honeymoon lagi bersama dengan Abang Emir? Tapi.. kenapa banyak betul perubahan ni??
Tiba-tiba Kak Ilya muncul di sebelah Rafiq.
“Ya betul. 2 bilik bersama satu lagi bilik untuk honeymoon package.” Balas Kak Ilya sambil tersenyum sinis ke arah adik lelakinya itu.
Rafiq terlopong.
“Akak dengan Abang Emir nak honeymoon ke?” Soal Rafiq tercengang.
“Bukan akak. Tapi kau.” Balas Kak Ilya. Dia tersenyum nakal.
Rafiq tercengang lagi. Hah??
“Ke.. kejap.. bila masa akak plan semua ni?” Soal Rafiq gelabah. Habislah kalau Nuha tahu.
Kak Ilya memeluk tubuh. Dia menjentik dahi Rafiq.
“Care to explain? Kenapa kau book sampai 4 bilik? Kau dengan Nuha tidur asing-asing ke?” Soalnya tegas.
Aduh.. Rafiq memicit kepalanya. Kenapalah dia tidak terfikir pasal tu? Mungkin sebab dia sudah terbiasa tidur berasingan bersama Nuha.
“Err.. well.. Rafiq saja aje nak bagi privacy kat Nuha.” Kata Rafiq sambil pura-pura ketawa.
Kak Ilya mencubit lengan adiknya itu.
“Tengkorak kau privacy. Dia tu bini kau tau? Nak privacy apanya?” Bebel Kak Ilya.
“Alright. We already have your credit card information on file. If you'll just sign the receipt along the bottom, please.” Kata seorang lagi receptionist lelaki di situ.
Rafiq terus menandatangani resit itu sambil mencebik ke arah Kak Ilya yang tersenyum menang. Macam mana dia nak jelaskan pada Nuha nanti???
“Baiklah. Bilik 480, 487 dan 488. Ni kuncinya. Untuk naik ke bilik, boleh ambil lif di sebelah kiri dan naik ke tingkat 4. Nanti akan ada seorang bellboy datang dan bawa beg yang tersedia.” Dia memberikan kunci bilik pada Rafiq dan Kak Ilya.
Receptionist itu turut memeberitahu beberapa detail tentang pakej hotel di situ.
Rafiq menarik nafasnya.
“Okey thanks.” Balas Rafiq
“Kalau ada apa-apa sebarang pertanyaan, boleh dail ‘0’ dari bilik masing-masing. Pengunaan wifi turut tersedia di lobby selama 24 jam sehari.” Ujar receptionist itu lagi.
Rafiq mengangguk faham. Dia masih lagi geram dengan kakaknya yang selamba itu.
“Baiklah. Thanks again.” Ujarnya geram.
“Sama-sama. Selamat bercuti dan happy honeymoon.” Kata receptionist itu dengan senyuman.
Rafiq berdehem.
“Happy honeymoon…” usik Kak Ilya.
Rafiq terus meluku kepala kakaknya itu.
Setelah selesai, Rafiq terus mendapatkan Nuha serta Encik Kalil dan Naufal.
“So how?” Soal Nuha
Kak Ilya tersenyum mesra ke arah mereka berdua.
“Everything went well. Jom lah kita masuk bilik. Kesian Rafiq. Nampak letih benor ya?” Usik Kak Ilya.
Rafiq berdehem. Dia terus mendapatkan Encik Kalil.
“Ayah okey ke? Nanti ayah rest lah dulu dengan Naufal kat bilik.” Ujar Rafiq.
Nuha tersenyum melihat keprihatinan Rafiq pada ayah mertuanya itu.
Encik Kalil dan Naufal hanya menurut.
“Ayah dengan Naufal okey aje. Tak sabar nak keluar jalan-jalan nanti. Kamu tu rest lah dulu. Kesian drive dari tadi.” Ujar Encik Kalil. Sebentar nanti mereka akan keluar berjalan-jalan di taman teh boh, Cameron Highlands.
Rafiq tersenyum. “Tak ada apalah, Ayah. Best juga dapat keluar bercuti macam ni.” Katanya.
Mereka terus menuju ke bilik masing-masing untuk berehat seketika.
Rafiq dan Nuha turut berjalan ke arah bilik mereka.
‘Okey Rafiq. You can do this.’ Rafiq menarik nafasnya.
Nuha melihat Rafiq dengan segan.
“Err.. awak ada book bilik kat saya juga ke?” Soal Nuha
Rafiq menghentikan langkah. Dia melihat isterinya itu.
“Okey. Actually. Saya ada benda nak bagitahu awak ni. Tapi awak kena tarik nafas dulu.” Ujar Rafiq takut.
Nuha mengerutkan dahinya lalu dia ketawa.
“Kenapa ni?” Soal Nuha lagi.
Rafiq menunjukkan kunci bilik.
“We only have one key. Kak Ilya dah plan semua ni untuk kenakan kita.” Kata Rafiq.
Nuha terkedu. Mereka kerisauan.
“Dia dah ambil honeymoon package.. untuk kita.” Getus Rafiq perlahan. Huwarghhh!
Nuha terkejut.
“Hah? Alamak. Awak rasa Kak Ilya ada fikir apa-apa ke pasal kita?” Soal Nuha
Rafiq menghela nafasnya.
“I don’t know. Tapi saya cuma cakap kat dia sebab nak bagi awak privacy aje.” Kata Rafiq sambil mereka berdiri di hadapan pintu bilik.
“Okey. Here we goes..” Rafiq membuka ointu bilik. Mata mereka terus bersinar dengan kecantikan dan hiasan bilik itu.
Terdapat tuala yang digubah seperti bentuk swan di atas katil bersama kelopak bunga ros merah yang bertaburan di atas katil.
Memang vibes honeymoon!
Wajah mereka membahang.
Nuha dan Rafiq berpandangan. Mereka terus ketawa kekok bersama.
“Hahaha!” Mereka ketawa sambil menjarakkan tubuh mereka.
Nuha memandang ke arah lain. Aduh macam mana ni?? Bukannya dia tidak pernah tidur sebilik dengan Rafiq tapi kalini vibes bilik ni agak lain dari yang lain!
Rafiq turut melihat ke arah lain. Apa yang patut mereka lakukan? Patutkah dia tidur di bilik bersama Encik Kalil dan Naufal? Kang malu 7 keturunan nanti!
Okey chill!!
Rafiq terus berjalan masuk ke dalam bilik.
“Well, come on in. Kita kan pernah tidur sekali?” Kata Rafiq sambil duduk di atas katil itu.
Nuha menoleh ke arah Rafiq dengan laju. Huh?
Rafiq tersedar.
“Eh! I mean.. kita kan pernah tidur sebilik. Alah, setakat benda ni.. kacang aje.” Kata Rafiq sambil ketawa kekok.
Nuha berdehem dan duduk di sebelah Rafiq.
“A.. awak okey ke dengan semua ni?” Soal Nuha
Rafiq menoleh. Wajah Nuha merah padam.
Rafiq cuba untuk tenangkan dirinya.
“Em.. to be honest.. i’m actually nervous.” Kata Rafiq perlahan. Dia tidak memandang Nuha.
Jantung Nuha berdegup laju.
“Oh..” getus Nuha malu.
Mereka terdiam lagi.
Rafiq menngerling sedikit ke arah Nuha. Dia tersenyum sedikit.
“Well.. let’s enjoy our vacation together?” Soal Rafiq dengan senyuman.
Nuha mengangguk dan tersenyum ke arah Rafiq.
“S.. sure.” Balas Nuha. Walaupun jantungnya macam nak meletup ketika itu!
Mereka temenung lagi ke hadapan.
Habislah..
Share this novel