Bab 2

Romance Series 35227

“RAFIQ.. Jom lah ikut Mama jumpa dengan anak arwah kawan Mama tu! Lagipun Alisya tu kan kawan kamu masa kecil dulu! Takkan lah kamu dah lupa?” Datin Haida menarik lengan Rafiq yang sedang berbaring di atas sofa sambil menonton bola di televisyen.

“Mama ajak lah kakak. Dia yang nak kahwin kan? Lagipun kenapa setiap hari Mama nak pergi butik tu?” Soal Rafiq malas.

Datin Haida terus duduk di sebelah Rafiq.

“Mama bukannya apa.. mama kesian sangat kat budak tu.. Mama pun dah anggap dia macam anak Mama juga.” Kata Datin Haida

Rafiq menarik nafas dengan dalam. Dia terus membetulkan duduk dan melihat siaran bola di televisyen itu.

“Rafiq nak tengok bola ni. Mama ajaklah Papa ke, kakak ke..” kata Rafiq lagi sambil menonton televisyen.

“Alah, jom lah teman Mama.. bukannya selalu mama nak ajak kamu ni..” pujuk Datin Haida lagi.

Rafiq tidak menjawab. Matanya masih lagi ke arah televisyen.

“Rafiq..”

“GOLLLLLL!!!” Sorak Rafiq sebaik saja pasukan Manchester City menjaringkan satu gol.

Datin Haida terus menampar paha anak terunanya itu.

“Allahuakbar, budak bertuah ni! Mama cakap teman mama pergi butik kan? Kamu ni tak dengar ke!” Bebel Datin Haida

Rafiq mengaduh kesakitan. Dia mengusap pahanya yang sengal itu.

“Aduh. Sakitlah, Mama..” rengek Rafiq.

“Tahu pun sakit. Dah la tu. Jom teman Mama.” Ajak Datin Haida lagi. Dia menarik lengan Rafiq supaya bangun dari sofa.

“Esok aje lah.” Kata Rafiq lagi. Dia begitu fokus memandang televisyen.

“Kamu tak sayang Mama lagi ke, Rafiq? Kamu nak jadi anak derhaka ke?” Soal Datin Haida sambil membuat wajah sedih.

Ha, sudah. Bila Datin Haida mula mengeluarkan kata-kata vetonya itu, Rafiq sudah tidak boleh melarikan diri lagi.

Rafiq menghela nafas.

“Yalah, yalah.. Rafiq nak tukar baju kejap.” Akhirnya Rafiq mengalah dan terus bangun dari sofa lalu dia menuju ke biliknya.

Datin Haida tersenyum. Dia tiba-tiba teringatkan arwah kawan baiknya.

“Laila.. aku janji aku akan selalu tengok-tengokkan Nuha.. Maafkan aku sebab tak ada kat sisi kau masa kau pergi dulu..” keluhnya perlahan. Pemergian arwah sahabat baiknya itu memberikan satu tamparan hebat dalam hidupnya. Kerana itulah, dia sudah berjanji untuk sentiasa ada dengan Nuha.

****
 
DARI luar lagi Datin Haida sudah melihat kelibat Nuha yang sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon. Datin Haida tersenyum lagi. Dia menoleh ke arah Rafiq yang begitu ralit bermain telefon bimbit.

Rafiq terkejut setelah melihat akaun facnya itu. Terdapat satu mesengger dari Nuha. Gadis yang dia jumpa sebelum ini.

- Hello! :D - Nuha Alisya

Eh? Kenapa gadis itu mencarinya?

“Jom, Rafiq.” Ajak Datin Haida.

Rafiq terus membuka kaca mata hitamnya.

“Mama aje lah pergi.. Fiq nak tunggu kat dalam kereta aje.” Ujar Rafiq sambil melihat akaun fac Nuha. Banyak gambar yang gadis itu letak di situ. Gambar semasa konvokesyen dan juga rakan-rakannya di universiti.

'Comel juga dia ni.' Bisik hati Rafiq.

Datin Haida terus mencubit telinga anak lelakinya itu. Rafiq mengaduh kesakitan.

“Argh, sakit mama, sakit!” Kata Rafiq sambil memegang telinganya.

“Jangan degil mama kata. Jom masuk.” Bebel Datin Haida lagi.

Rafiq mencebik. Dia turut mengikut langkah Datin Haida dari belakang.

Datin Haida terus tersenyum setelah melihat Nuha.

“Assalamualaikum, si cantik. Busy ke tu?” Usik Datin Haida pada Nuha.

Nuha yang sedang menulis sesuatu terus mendongak. Dia tersenyum melihat Datin Haida.

“Waalaikumsalam.. Eh, Aunty!” Kata Nuha dengan ceria.

Mereka terus berpelukan. Ketika dalam pelukan Datin Haida. Nuha melihat ke arah lelaki di hadapannya. Mereka berdua terus terlopong.

“Hah? Awak?!” Soal Rafiq dan Nuha serentak.

Datin Haida melepaskan pelukan lalu dia menoleh ke arah Nuha dan Rafiq.

“Hm? Kamu berdua dah kenal ke? Ya Allah. Tak payah lah susah-susah mama nak kenalkan kamu berdua ni. Kan dari kecil lagi kamu berdua main sekali. Dah lupa?” Soal Datin Haida sambil ketawa.

Kawan dari kecil? Pernah main sekali?

Rafiq memandang Nuha dengan terkejut.

Nuha turut memberi reaksi yang sama.

Datin Haida ketawa kecil.

“Arwah ibu Nuha kan kawan baik Mama.. Lagipun, masa kamu berdua kecil dulu, memang selalu sangat main sekali dekat taman. Hmm.. Nasib baiklah kamu berdua dah kenal. Masing-masing dah besar panjang kan?” Datin Haida tersenyum dan teringat semula kenangan mereka dahulu.

Childhood friends?!

Rafiq terus menarik lengan baju Nuha supaya keluar dari situ.

“Well, Rafiq nak pinjam dia sekejap. Hehe.” Kata Rafiq dengan sengihan.

Nuha masih lagi tergamam dengan kehadiran Rafiq dan penjelasan Datin Haida tadi.

Sebaik saja mereka di luar butik. Rafiq terus memandang Nuha. Perlahan-lahan dia menghela nafas.

“So, Nuha Alisya right?” Soal Rafiq.

Nuha mengangguk.

Rafiq menarik nafas.

“Awak ingat saya lagi ke? Mama cakap.. kita kawan dari kecil?” Soal Rafiq dengan kekok.

Nuha menggeleng.

”Masa tu kan dah lama.. Saya pun tak ingat sangat umur berapa masa tu.. Yang saya ingat.. awak dengan family awak pindah ke luar negara. Lepastu saya tak jumpa dah korang semua. Sekarang ni, baru Aunty Haida datang balik cari saya.. Tapi..” kata-kata Nuha terhenti.

“Tapi apa?” soal Rafiq laju.

Nuha merenung Rafiq dengan wajah yang tidak percaya.

“Saya.. saya tak sangka yang awak kawan saya masa kecil dulu..” kata Nuha sambil berdehem.

Rafiq terdiam. Ya.. Kecil betul dunia. Dia tersenyum.

“Ya lah kan? Saya pun terkejut juga lepas mama bagitahu tadi.” Kata Rafiq sambil berdehem.

Mereka terdiam seketika. Rafiq melihat Datin Haida yang memandang ke arah mereka berdua dari dalam butik.

Tiba-tiba dia teringatkan wasiat arwah Tokbanya itu..

Rafiq memandang Nuha dengan lama.

“Are you single?” Soal Rafiq.

Nuha terkedu.

“Hah?” Soal Nuha pula.

“Mama ada cakap yang.. awak pernah putus tunang dulu.. Maaf.. tapi awak dah ada pengganti ke?” Soal Rafiq dengan serba salah.

Dalia tercengang.

‘Huwaaa.. apa semua ni..’ getus hati Nuha.

“No.” laju Nuha menjawab.

Rafiq menarik nafas.

“Nuha Alisya.” Rafiq memandang ke arah Nuha.

Nuha turut membalas pandangan Rafiq. Jantungnya berdegup dengan begitu laju.

“Jom kita kahwin?” Soal Rafiq dengan serius.

Nuha memegang dadanya. Seolah-olah jantungnya berhenti berdegup. Hah?????

Ka.. kahwin?

“But.. but wh..why so sudden? And why me? Hahaha! Apa ni..” soal Dalia tergagap-gagap lalu dia ketawa kuat.

Sudahlah dia terkejut dengan berita yang dikhabarkan oleh Datin Haida tadi lepastu kena lamar pula! Lama-lama dia boleh terkena serangan jantung!

Rafiq meraup wajahnya. Sungguh dia berasa sangat malu untuk memandang wajah gadis itu.

“Okey macam ni.. Arwah Tokba saya wasiatkan saya untuk kahwin sebaik saja saya berumur 27 tahun. Dan saya tak ada calon. Saya tak ada girlfriend. Dan saya tak pernah bercinta. Awak faham kan?” Jelas Rafiq dan melihat Nuha.

Nuha terdiam. Masih lagi terkejut dengan permintaan lelaki itu. Tiba-tiba dia teringat semula bualan telefon antara dia dan Irfan.

“This month! Saya akan kahwin dengan dia!”

Ha, sudah. Kata-katanya mula memakan dirinya sendiri.

“Oh my god. Irfan” ujar Nuha.

Rafiq teringat semula lelaki yang bersama Nuha pada seminggu yang lalu.

“Yes. Irfan. So that’s what we called compromised right? Awak nak bebas dari Irfan dan saya pula untuk family saya.” Kata Rafiq dan melihat wajah Nuha. Sempat lagi dia mengerling ke arah Datin Haida yang masih lagi memandang mereka dari jauh.

Nuha memandang Rafiq.

“Tapi.. kita kan baru aje kenal. Memanglah kita ni childhood friends… Tapi... Kita tak rapat sangat pun. Saya pun tak kenal awak betul-betul lagi.  And we not love each other. Macam mana nak kahwin? This.. this is not make sense..” kata Nuha dengan perasaan yang sukar dia gambarkan.

Rafiq terdiam.

“Maaf.. Saya tahu pasal tu.. Tapi.. apa aje pilihan yang saya ada?” Kata Rafiq perlahan.

Nuha melihat wajah Rafiq yang berubah keruh lalu dia menarik nafas dengan dalam. Cuba memproses apa yang berlaku. Segalanya berlaku dengan begitu pantas dan dia masih lagi terkejut serta tidak menyangka yang Rafiq adalah rakannya semasa kecil dulu.

Nuha merenung lama wajah Rafiq. Patutkah dia membuat keputusan itu sekarang? Lelaki itu kelihatan seperti orang yang baik. Dia teringat semula kejadian minggu lepas dimana Rafiq membantunya dari diganggu oleh Irfan.

Irfan.. Nuha mengetap bibir kegeraman.

Rafiq memandang Nuha.

“Nuha? Awak okey ke? Saya minta maaf sangat sebab bagi awak terkejut dengan permintaan saya ni. Tapi tak apa.. saya takkan paksa awak.” Kata Rafiq dengan rasa bersalah. Dia tidak patut melibatkan Nuha dengan wasiat arwah Tokbanya itu.

Nuha tersedar. Dia menarik nafas dengan dalam.

“Rafiq.” Ujar Nuha sepatah.

Rafiq memandang Nuha.

“Ya?” Soal Rafiq dengan debaran.

Nuha membalas pandangan Rafiq lalu tersenyum.

“Sudi tak awak kahwin dengan saya?” Soal Nuha dengan senyuman.

Rafiq terpana sebaik saja dia dilamar oleh gadis itu.

“Ya. Saya sudi. Eh? Sepatutnya saya yang cakap macam tu! Sudi tak awak kahwin dengan saya?” Soal Rafiq dengan gelabah.

Nuha ketawa sedikit. Di dalam fikirannya sekarang hanya mahu Irfan tahu yang dia akan berkahwin dalam masa yang terdekat ni!

Ya! Irfan takkan ganggu dia lagi sebaik saja dia berkahwin!

“Sudi tak awak kahwin dengan saya? Sebab Irfan tu?” soal Nuha sambil merenung lama wajah Rafiq.

Rafiq meraup wajahnya dengan malu. Seperti dia pula yang kena lamar oleh gadis itu.

“Ya saya sudi.” katanya lalu menunduk. Malu betul!

Nuha senyum.

“Jom masuk. Mama awak dah pandang kita lain macam dah tu.” Kata Nuha sambil ketawa sedikit.

Rafiq hanya menurut. Wajahnya berona merah.

Mereka berdua masuk kedalam butik lalu tersengih.

“Any explaination?” soal Datin Haida sambil memandang Nuha dan Rafiq silih berganti.

“Rafiq dah buat keputusan.. Rafiq akan kahwin dengan Nuha.” ujar Rafiq dengan tenang.

Datin Haida terkejut.

“Hah?????” Laung Datin Haida dengan kerutan di dahinya.

Rafiq menelan liur. Nuha mengetap bibir.

“Bila masa kamu berdua bercinta ni? Kenapa mama tak tahu apa-apa pun?” Soal Datin Haida pelik.

Nuha memandang ke arah Rafiq. Habislah..

“Fiq dengan Nuha.. We do silent relationship. Sebab tu lah. Hahaha.. surprise.“ Rafiq ketawa kekok. Dia tak sanggup menipu Datin Haida dengan lebih lagi.

“Hah? Ya Allah. Budak bertuah betul. Nuha.. kenapa tak bagitahu kat Aunty yang kamu dah bercinta dengan anak Aunty ni? Aunty ingat kamu berdua dah lost contact. Lagipun macam mana Rafiq boleh kenal kamu? Oh my god. I don’t understand!” Kata Datin Haida sambil memegang kepalanya.

Nuha rasa ingin meraung.

‘Saya pun baru tahu yang mamat ni anak Aunty!!!’ Jerit hati Nuha.

“Err.. Hehe. Surprise.” Nuha terus ketawa yang dibuat-buat.

Datin Haida terus menarik nafas dengan dalam.

“Kamu berdua ni. Macam-macam hal lah. Nak buat mama sakit jantung ke?” Bebel Datin Haida.

“Sorry, Mama. Balik nanti Rafiq explain.” kata Rafiq sambil tersengih.

Datin Haida tersenyum lalu dia memeluk tubuh.

“Baiklah memandangkan kamu berdua dah pun kenal. Wasiat arwah Tokba kamu pun dah selesai. Hujung tahun ni kamu berdua kahwin ya?” Kata Datin Haida dengan senyuman.

“This month.” ujar Nuha dengan wajah yang tebal. Dia mengenggam tangannya dengan kuat.

‘Argh! Semua ni sebab kau lah, Irfan!’ Jerit hatinya lagi.

Rafiq dan Datin Haida memandang Nuha dengan wajah yang terkejut.

“Hah?!” serentak suara Rafiq dan Datin Haida bergabung.

Nuha tersengih.

“Sebenarnya saya. Err.. Tak boleh kehilangan Rafiq.. Dia penting bagi saya.” Nuha mengetap bibirnya.

Rafiq terlopong.

“Wait. What is this? Kita tak plan pun pasal ni”bisik Rafiq pada Nuha dengan gigi yang diketap. Rafiq terus tersengih ke arah Datin Haida.

Nuha mengerling ke arah Rafiq.

“I’m sorry.. i’m sorry..” bisik Nuha pula dengan malu.

Datin Haida tersenyum nakal.

“Amboi anak muda sekarang ni.. Express betul ya? Kiranya Mama dapat dua menantu la dalam bulan ni? Kak Ilya pun akan kahwin dalam bulan ni juga. How coincidence.” Kata Datin Haida sambil ketawa.

Nuha dan Rafiq hanya mampu ketawa sambil memandang sesama sendiri.

****

Nuha menghantar Datin Haida dan Rafiq di kereta. Sebaik saja Datin Haida masuk ke dalam kereta. Nuha terus menarik lengan baju Rafiq.

Rafiq menoleh.

Nuha menelan liur.

“We have one more problem.” Kata Nuha dengan risau.

Rafiq menangkat keningnya.

“Apa dia?” Soal Rafiq sambil melihat Nuha yang kerisauan.

Nuha terus terbayang wajah Encik Kalil yang bengis sambil memegang senapang askarnya itu.

“Ayah saya.” ujarnya lalu memandang Rafiq.

Kini giliran Rafiq pula yang menelan liur.

****
 
KEESOKAN harinya, Rafiq telah datang ke rumah Nuha untuk mengenalkan dirinya pada Encik Kalil. Walaupun jauh di sudut hatinya, dia masih lagi berasa takut dengan bekas tentera itu. Tetapi dia sudah tidak mempunyai pilihan lain lagi.

Encik Kalil memeluk tubuh sambil memandang Rafiq dari atas ke bawah. Wajahnya kelihatan bengis seperti mahu menerkam mangsa di hadapannya itu.

Nuha menarik nafas.

“Ayah..” Nuha tersenyum. Dia menyalam tangan Encik Kalil.

“Siapa ni?” soal Encik Kalil garang.

Nuha mengusap bahu Encik Kalil untuk menenangkan ayahnya itu.

“A.. ayah kenalkan.. ni Rafiq.” Nuha terus mengetap bibir dengan kuat.

Rafiq menelan liur. Dia terus menyalam Encik Kalil.

“Assalamualaikum.. Pa.. pakcik. Pakcik sihat?” Soal Rafiq dengan nada yang bergetar.

Encik Kalil masih lagi tidak memberi sebarang senyuman.

Rafiq menarik nafas.

“Saya Rafiq Zuhayr. Sebenarnya.. saya ada hajat besar datang sini.” Kata Rafiq dengan jantung berdebar.

Encik Kalil mengangkat kening.

“Apa hajat?” Soal Encik Kalil garang.

Rafiq memandang Nuha. Nuha terus menangguk untuk memberikan Rafiq kekuatan.

“Saya nak jadikan Nuha sebagai isteri saya.” Kata Rafiq senafas.

Sebaik saja Encik Kalil mendengar ayat Rafiq itu, dia terus mengangguk dengan senyuman lalu Encik Kalil terus masuk ke dalam rumah.

Rafiq dan Nuha terlopong.

“Errrr..” mereka berkata serentak.

Encik Kalil muncul semula sambil membawa senapangnya.

Rafiq terkejut.

"Alamak." Rafiq terus cuba untuk melarikan diri ke arah keretanya.

“Berani betul budak ni! Datang sini terus nak minta kahwin dengan anak aku!” Kata Encik Kalil dengan kuat.

Nuha tergamam.

“Ayah!” Nuha terus memegang tubuh Encik Kalil.

Encik Kalil memandang Nuha yang terkejut.

“Apa? Ayah bukan nak bunuh dia pun. Hah Rafiq.” dia terus memandang Rafiq yang sudahpun memegang pintu pagar.

Rafiq memegang dadanya. Jantungnya seolah-olah ingin terhenti. Dasyat betul!

Rafiq terus mengampiri Encik Kalil dengan perlahan-lahan.

“Apa yang terhegeh-hegeh tu. Jom masuk. Kita berbual kat dalam.” Encik Kalil terus masuk ke dalam rumah.

Rafiq memandang Nuha dengan pucat.

“Ayah awak.. garangnya..” Rafiq memegang dadanya. Jantungnya berdegup begitu laju.

Nuha tersenyum kelat.

“Ya i know.. Sorry.” Balas Nuha sambil mereka masuk ke dalam rumah.
 
Encik Kalil memandang Rafiq dengan wajah yang serius. Kini mereka sudah berada di atas sofa ruang tamu.

“Nuha buat air dulu ya?” Nuha terus memgang bahu ayahnya.

“Ayah.. Jangan lah garang sangat.” bisik Nuha lalu dia berjalan ke arah dapur.

Suasana sepi di ruang tamu. Rafiq membetulkan duduknya. Dahinya sudahpun berpeluh. Tiba-tiba dia berasa takut dengan bekas tentera ini.

“So… Rafiq?” Encik Kalil memeluk tubuh.

Rafiq mengangkat wajah dengan laju

“Ya?” Soal Rafiq laju.

“Berapa lama kamu dah kenal dengan anak pakcik?” Soal Encik Kalil serius.

Rafiq tersenyum.

“Sejak kecil lagi.” kata Rafiq dengan bangga.

Encik Kalil memandang Rafiq dengan bengis.

“Kamu ingat sekarang ni masa untuk kamu bergurau?” Bentak Encik Kalil.

Rafiq mengetap bibir.

“Ma.. Maaf Pakcik.. sebenarnya Mama saya kawan baik dengan arwah ibu Nuha. Pakcik tak ingat saya juga ke?” Soal Rafiq pula.

Wajah Encik Kalil berubah. Selama ini, dia langsung tidak mengambil tahu mengenai keluarganya. Bahkan dia sendiri tidak ambil peduli mengenai kawan-kawan arwah isterinya. Namun sejak arwah Laila pergi, dia mula memberikan sepenuh perhatian terhadap kedua-dua anak mereka.

“Maaf. Pakcik tak ingat.” ujar Encik Kalil perlahan.

Rafiq memandang Encik Kalil lalu tersenyum.

“Tapi saya betul-betul ikhlas nak jadikan Nuha sebagai isteri saya.” Ujar Rafiq dengan yakin.

Encik Kalil menarik nafas lalu membalas pandangan Rafiq.

“Kamu tahu kan yang Nuha tu baru saja putus tunang? Pakcik taknak dia bersuamikan lelaki yang tak langsung tak ikhlas untuk dia.” Kata Encik Kalil.

Rafiq mengangguk. Berasa simpati dengan nasib gadis itu. Dia mula rasa bersalah kerana libatkan gadis itu dengan dirinya.

“Ya saya tahu. Tapi saya akan cuba untuk jaga Nuha dengan baik.” Kata Rafiq perlahan.

Nuha yang sedang memegang dulang air terhenti seketika apabila mendengar kata-kata Rafiq. Entah kenapa dia merasakan satu perasaan aneh mula muncul di hatinya.

Encik Kalil menghela nafas.

“Macam tu juga lah si Irfan tu cakap dekat pakcik. “Saya takkan sia-siakan Nuha, saya akan jaga Nuha”. Tapi sekarang ni? Tengok apa dah jadi? Dia tinggalkan anak pakcik sebab perempuan lain!” Marah Encik Kalil.

Nuha menundukkan wajah. Dia terus berjalan ke arah mereka lalu meletakkan dulang air di atas meja.

“Ayah.. Rafiq. Minumlah dulu.” ujar Nuha perlahan

Rafiq memandang wajah Nuha yang keruh. Ya, dia tahu lelaki seperti Irfan langsung tidak layak untuk bersama dengan gadis sebaik Nuha. Adakah dirinya juga tidak layak untuk bersama dengan gadis itu? Tambahan pula, mereka berdua saling tidak mencintai antara satu sama lain. Layakkah dia untuk mempertahankan gadis itu?

Rafiq menoleh ke arah Encik Kalil.

“Pakcik.. saya tahu yang saya ni mungkin tak layak untuk Nuha, tapi saya akan cuba bahagiakan dia. InshaAllah saya takkan lukakan hati dia..” ujar Rafiq dengan serius.

“Bagi saya, Nuha perempuan yang sangat baik.. sejak dia muncul.. saya berterima kasih sangat dengan dia.. Jadi saya akan cuba.. untuk lindungi dia.” Kata Rafiq lagi.

Nuha tergamam. Dia melihat ke arah Rafiq dengan terkejut.

Encik Kalil tersenyum mendengar kata-kata Rafiq. Lelaki muda di hadapannya ini cukup berani. Tidak seperti Irfan.

"Baiklah.." Encik Kalil tersenyum puas.

“Kamu betul-betul cintakan anak pakcik?” Soal Encik Kalil.

Rafiq dan Nuha terkedu. Cinta?

Nuha memandang Rafiq. Perkataan itu cukup besar maknanya. Mampukah Rafiq mengatakan perkataan itu tanpa mempunyai makna apa-apa?

Rafiq menelan liur. Cinta? Dia sendiri tidak faham apa itu cinta. Yang dia tahu dia pernah menyukai sahabatnya ketika di univeristi dahulu. Adakah itu cinta?

“Cinta..?” soal Rafiq perlahan.

Encik Kalil mengerutkan dahi.

“Ya lah. Kamu tak cintakan anak pakcik ke? Kalau tak ada rasa cinta macam mana kamu berdua nak kahwin? Betul tak?” usik Encik Kalil

Rafiq memandang Nuha. Nuha cuba mengukir senyuman. Namun kelihatan sangat kekok.

Rafiq menarik nafas lalu tersenyum sedikit. Dia perlu meyakinkan Encik Kalil tapi.. mampukah dia mengucapkan perkataan itu tanpa sebarang makna di sebaliknya?

“Ya… Saya.. Saya cintakan Nuha.” luah Rafiq dengan perasaan yang sukar digambarkan. Seolah-olah dia menipu Encik Kalil dengan perkataan azimat itu. Rafiq mengetap bibir. Hatinya mula rasa bersalah.

Nuha terus menghela nafas. Dia memandang ke arah halaman luar rumahnya. Bagaimana agaknya kehidupan mereka berdua apabila mereka sudah berkahwin nanti?

Berkahwin tanpa rasa cinta?

****
 
NUHA memandang inai yang merah di jarinya. Hari yang ditakutinya itu telah tiba. Dia melihat Rafiq yang tenang memegang tangan tok kadi. Adakah dia bermimpi? Segalanya berlaku dengan begitu pantas.

“Rafiq Zuhayr bin Ilham. Aku nikahkan dikau dengan Nuha Alisya Binti Mohamad Kalil dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai”

Rafiq menarik nafas.

“Aku terima nikahnya Nuha Alisya Binti Mohamad Kalil dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz Nuha telahpun menjadi isteri Rafiq yang sah.

“Alhamdulillah.” Kata mereka semua.

Rafiq dan Nuha terus berpandangan.

Mereka tersenyum sedikit.

Selesai semuanya, Nuha dan Rafiq diminta untuk menyarungkan cincin antara satu sama lain.

“Assalamualaikum..” bisik Rafiq sambil berdehem sedikit.

“Wa.. walaikumsalam.” Nuha menundukkan wajahnya.

Ketika Rafiq ingin menyarungkan cincin ke jari manis Nuha, dia menghentikan perbuatannya. Risau jika Nuha berasa tidak selesa.

“Ca.. can i touch your hand?” Soal Rafiq. Meminta izin dari Nuha.

Nuha menelan liur. Dia mengangguk perlahan

Rafiq memegang tangan Nuha dengan lembut.

Nuha terkedu. Dia hampir saja menarik tangannya dari Rafiq. Namun dia sedar yang dia sudahpun menjadi isteri lelaki itu. Nuha memandang Rafiq lalu dia menelan liur.

“Hei.. it’s okay..” bisik Rafiq cuba untuk menenangkan Nuh.

Nuha menarik nafas. Dia melihat Rafiq menyarungkan cincin ke jari manisnya. Nuha tersenyum. Namun sekali lagi dia terpana sebaik saja Rafiq mengucup dahinya dengan lembut.

Jantung Nuha terus berdegup laju. Ini merupakan kali pertama seorang lelaki mengucup dahinya selain dari Encik Kalil.

“Nuha.. Giliran kamu pula. Salam tangan suami kamu tu.” bisik Puan Hannan. Ibu saudaranya.

Nuha sekali lagi memandang ke arah Rafiq yang masih lagi tersenyum padanya.

Nuha menyarungkan cincin ke jari Rafiq dengan terketar-ketar lalu dia menyalam tangan suaminya itu.

Rafiq yang melihat berasa tersentuh. Dia menyentuh lembut kepala Nuha. Lalu mereka bertatapan lama sambil berbalas senyuman.

“Terima kasih sebab jadi isteri saya..” Kata Rafiq dengan lembut.

Nuha mengangguk.

“Terima kasih juga.. sebab.. awak terima saya.” Kata Nuha dengan segan.

Mereka tersenyum lagi.

Tanpa Nuha sedari, Kelibat Irfan yang muncul di luar masjid terus memandang kearah mereka berdua.

“Siap lah kau, Nuha.” Ujar Irfan dengan geram lalu beredar dari situ.

Encik Kalil terus mengampiri Nuha yang sedang berbual dengan tetamu yang hadir.

“Nuha..” panggil Encik Kalil.

Nuha menoleh.

“Ayah..” Nuha terus memeluk Encik Kalil.

Encik Kalil meleraikan pelukan. Dia tersenyum melihat Nuha yang kelihatan sangat cantik dengan baju kurung tradisional berwarna putih milik arwah ibunya.

“Macam tak percaya aje.. Yang anak ayah ni dah jadi isteri orang. Kamu janji dengan ayah yang kamu akan jadi isteri yang solehah, ya? Dengar cakap suami kamu tau? Ingat tu?” Pesan Encik Kalil.

Nuha mengesat air matanya yang mengalir.

“Baik ayah.. lepasni Nuha akan rindukan ayah selalu.” Kata Nuha sebak.

Encik Kalil mengesat air matanya. Terlalu sekejap dia dapat menjaga anak gadisnya itu.

“Maafkan ayah, Nuha.. Sebelum ni, ayah selalu abaikan kamu semua. Ayah doakan kamu bahagia. Ayah.. sayang kamu, nak.” kata Encik Kalil dengan sebak. Dia memeluk lagi tubuh Nuha.

Nuha tersenyum lalu dia menggelengkan kepalanya.

“Tak. Ayah tak buat salah apa pun. Nuha pun sayang sangat kat ayah.” Kata Nuha dengan sebak.

Encik Kalil terseyum lalu menyeka air mata anak perempuannya itu.

“Kalau arwah ibu kamu ada, mesti dia seronok sangat bila tengok kamu dah berkahwin. You just look like her.” kata Encik Kalil perlahan.

Nuha memgang tangan Encik Kalil.

“Ayah janganlah sedih.. Nuha janji akan selalu tengok ayah dengan Naufal. Ayah dengan Naufal jaga diri baik-baik tau?” Pesan Nuha pula.

Rafiq yang sedang berbual dengan Datin Haida serta keluarganya terus menghampiri ke arah Nuha dan Encik Kalil.
 
Encik Kalil memandang Rafiq lalu dia menepuk bahu menantunya itu.

“Hah, Rafiq. Kamu kena ingat.. sekarang ni kamu dah jadi suami orang. Jaga anak Ayah ni elok-elok ya? Ayah serahkan Nuha untuk kamu. Jangan sia-siakan dia.” Pesan Encik Kalil.

Rafiq memandang ke arah Nuha yang hanya mendiamkan diri. Dia tersenyum sedikit.

“InshaAllah, Ayah.. Rafiq akan jaga Nuha dengan baik.” Kata Rafiq sambil menarik nafasnya.

Nuha terdiam. Benarkah apa yang dikatakan oleh Rafiq itu?

Datin Haida serta keluarganya terus menghampiri mereka.

“Nuha…” Datin Haida terus memeluk tubuh Nuha.

“Akhirnya Nuha dah jadi menantu mama. Mama happy sangat sayang.” Kata Darin Haida dengan sebak.

Nuha tersenyum. Dia membalas pelukan Datin Haida.

“Terima kasih mama.” Jawab Nuha dengan gembira.

Rafiq yang melihat hanya tersenyum kemudian dia melihat Datin Haida seolaah-olah memberi isyarat supaya dia membawa Nuha pergi dari situ.

Rafiq memandang Encik Kalil yang mengesat air matanya.

“Nuha, jom ikut saya.” Ajak Rafiq. Dia terus menarik tangan Nuha dan pergi ke arah kakaknya, Ilya.

Datin Haida tersenyum lalu dia berdiri di sebelah Encik Kalil sambil memandang Rafiq dan Nuha yang sedang berbual bersama keluarganya.

“Dah besar mereka berdua ni.. Wajah Nuha pun saling tak ubah macam arwah Laila..” kata Datin Haida perlahan.

Encik Kalil menoleh ke arah Datin Haida. Ini merupakan pertama kali dia mengenali kawan baik arwah isterinya. Arwah isterinya dulu merupakan seorang yang sangat pendiam dan jarang bercerita mengenai kehidupannya atau rakan-rakannya.

Encik Kalil tersenyum.

“Ya.. awak ni kawan baik Laila kan?” Soal Encik Kalil.

Datin Haida tersenyum memandang Encik Kalil.

“Dulu pun awak tak ambil tahu langsung ke pasal Laila? Sampaikan kawan baik dia pun awak tak kenal?” soal Datin Haida.

Encik Kalil terpana. Dia mendukkan wajah dengan kesal.

Datin Haida tersenyum sedikit.

“Maaf. Cuma dulu.. Laila selalu cerita dekat saya. Yang awak ni suami yang baik dan seorang ayah yang penyayang. Saya cuma terkilan.. sebab masa arwah meninggal. Saya tak ada kat sisi dia.” Kata Datin Haida perlahan. Ketika itu, dia bersama keluarganya berada di luar negara.

Encik Kalil menundukkan wajahnya. Rasa bersalah pada arwah isterinya mula muncul.

“Saya.. bukan suami yang baik.” ujarnya perlahan lalu dia tersenyum memandang ke arah Nuha yang sedang ketawa bersama Rafiq.

Datin Haida hanya memandang Encik Kalil.

“Tapi.. saya cuba nak jadi ayah yang baik. Untuk Nuha dan Naufal. Satu-satunya harta yang arwah tinggalkan untuk saya..” kata Encik Kalil lagi.

Datin Haida tersenyum lalu mengangguk.

“Betul tu..” kata Datin Haida sambil melihat wajah Nuha yang berseri. Dia melihat Encik Kalil.

“Eh , Jom lah. Kita berbual dengan suami saya semua.” Ajak Datin Haida lalu dia berjalan ke arah Datuk Ilham yang sedang berbual dengan ahli keluarga mereka yang lain.

Encik Kalil menarik nafas lalu tersenyum. Dia memandang lagi ke arah Nuha yang kelihatan gembira bersama Rafiq.

“Ayah harap kamu bahagia, Nuha..” ucap Encik Kalil sendiri.

Naufal yang baru saja selesai berbual dengan kawan-kawannya terus dia menghampiri ke arah Rafiq. Dia menepuk bahu Rafiq.

Rafiq menoleh. Dia tersenyum melihat adik iparnya itu.

“Hai? Naufal kan?” Soal Rafiq dengan ramah.

Naufal memeluk tubuhnya sendiri sambil mencebikkan bibir.

“Jaga kakak saya tu elok-elok. Jangan bagi dia menangis. Cuma saya seorang aje yang boleh buat dia nangis.” ujarnya sambil memakai kaca mata hitamnya lalu dia berjalan ke arah rakan-rakannya tadi.

Rafiq mengangkat kening lalu ketawa kecil. No wonder lah Nuha dan Naufal tidak sebulu.
 
Nuha memandang ke arah Rafiq dengan perasaaan yang sukar untuk dia gambarkan. Benarkah dengan keputusan yang mereka pilih ini?

Sampai bila mereka akan bersama?

Nuha menghela nafas sambil termenung jauh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience