DATIN Haida membuka matanya dan melihat jam di sisi katil. Sudah pukul 2 pagi. Namun dia tidak boleh tidur kerana teringatkan arwah rakan baiknya. Perlahan-lahan dia turun dari katil dan melihat sekilas ke arah Datuk Ilham yang sedang nyenyak tidur.
Datin Haida terus mengambil album gambar miliknya dan duduk di atas sofa ruang tamu. Dia menyelak satu persatu helaian gambar di dalam album itu.
Matanya terhenti ke arah gambar arwah rakan baiknya iaitu ibu kepada Nuha. Dia tersenyum sedikit dan mengusap gambar itu.
Ketika itu dia dan arwah Laila sedang bergambar bersama dengan anak-anak mereka sebelum dia sekeluarga berpindah ke New Zealand.
Betapa dia rindukan arwah kawan baiknya itu. Namun dia bersyukur kerana janji mereka untuk menyatukan Nuha dan Rafiq sudahpun tercapai.
“Aku rindu kau, Laila..” getus Datin Haida perlahan. Dia berasa sebak dan mengusap gambar itu.
“Kau nak tahu tak? Nuha dengan Rafiq pun dah bahagia sekarang. Aku gembira sangat bila tengok diorang berdua tu. Tercapai dah impian kita kan?” Soal Datin Haida sendiri. Matanya berkaca.
“Kau jangan risau ya, Laila? Aku janji akan selalu tengok-tengokkan Nuha.. Rafiq pun nampak sayang sangat kat anak kau tu.” Datin Haida menyeka air matanya perlahan. Dia teringatkan perbualan terakhirnya bersama arwah rakan baiknya dulu..
****
LAILA memandang ke arah Nuha yang ketika itu sedang berlari berkejaran bersama Rafiq di taman permainan itu.
Kedengaran riuh suara kanak-kanak yang bermain di taman permainan itu. Melihat senyuman anaknya saja sudah cukup membuatkan dia gembira. Laila yang sedang duduk di sebuah kerusi berhampiran taman itu terus menoleh ke arah Haida, sahabat baiknya yang merupakan ibu kepada Rafiq.
“Bila pula kau nak balik Malaysia?” soal Laila dengan wajah yang suram. Dia mendapat tahu bahawa Haida serta suami dan anak-anaknya akan berpindah ke New Zealand kerana suaminya itu terpaksa bertugas di sana. Sungguh dia berasa sedih kerana rakan baiknya akan berpindah ke tempat yang jauh.
Haida menghela nafas dan tersenyum hambar.
“Hmm, aku pun tak boleh nak janji lagi.. Aku kena ikut semua keputusan Ilham. InshaAllah, ada masa nanti kita jumpa lagi, ya?” Soal Haida dengan berat hati.
Laila tersenyum kelat. Dia melihat lagi ke arah anak-anak mereka yang sedang bermain di taman permainan itu.
Haida mengeluh.
“Lepasni aku sunyi lah bila kau tak ada. Nak lepak macam sekarang ni pun susah dah.. Tapi yang paling aku sedih sangat, Si Rafiq tu.” Bibirnya menjuih ke arah Rafiq, anak lelakinya yang sedang ketawa riang bersama Nuha.
“Rafiq punya la menangis semalam bila dapat tahu yang dia tak boleh nak jumpa dengan Nuha lepasni. Susah betul aku nak pujuk dia. Nasib baik lah Kak Ilya dia ada. Kalau tak, pening kepala aku.” kata Haida sambil ketawa.
Laila tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
Haida merupakan rakan baiknya sejak mereka sekolah menengah lagi. Sikap Haida yang ceria itu membuatkan Laila senang berkawan dengannya.
Haida tersenyum ke arah Laila.
“Laila, kau janganlah sedih. Berat hati aku nak tinggal korang ni. Yang penting kita berdua jangan lost contact, tau? InshaAllah ada rezeki nanti, aku balik lah Malaysia jumpa kau, jumpa dengan Nuha sekali. Lagipun aku sayang sangat kat Nuha tu. Dia pun macam anak aku sendiri dah.” pujuk Haida sambil memegang bahu Laila.
Laila hanya ketawa sedikit.
“Aku tak sedih pun lah.” nafinya sambil menyeka air matanya
Haida mencubit pipi rakannya itu.
“Eleh. Kau jangan nak tipu aku. Kita ni kawan bukannya setahun dua. Dah nak dekat 15 tahun tahu tak?” Usik Haida.
Laila ketawa sedikit. Dia menarik nafasnya.
“Aku bukannya apa.. aku takut kalau kita takkan jumpa lagi. Mana lah tahu, ajal yang jemput aku dulu. Sempat ke kita nak jumpa?” Soal Laila dengan sedih.
Haida tak sedap hati.
“Laila. Kau cakap apa ni? Aku tak suka lah bila kau cakap macam tu. Ajal maut semua kat tangan Allah tau?” Ujar Haida
Laila tersenyum. Dia memeluk bahu rakannya itu.
“Hehe. Sorry.” Balas Laila dengan tawa.
Haida mencebik.
“Jangan cakap macam tu dah. Aku tak suka.” Balas Haida serius.
Laila ketawa lagi. Dia mengangkat tangannya.
“Baiklah Datin Haida. Saya berjanji.” Usik Laila. Untung betul rakannya berkahwin dengan lelaki berstatus ‘Dato’ itu.
“Tak payah nak Datin, Datin sangat lah. Aku ni tetap juga kawan kau dari dulu lagi. Takkan pernah berubah.” Balas Haida dengan tawa.
Laila ketawa lagi. Dia begitu senang dengan sikap rendah diri rakannya itu.
Haida tersenyum lalu dia melihat ke arah Nuha
“Kau jangan risau lah, Laila. Aku memang kena balik Malaysia juga nanti.” Ujar Haida dengan senyuman.
Laila mengangkat keningnya. “Kenapa? Ada hal penting ke?”
Haida menjegilkan matanya ke arah Laila.
“Laila! Kau lupa ke? Kita kan dah plan nak kahwinkan Rafiq dengan Nuha bila diorang besar nanti! And i’m gonna make sure! That our plan will be successful!” ujarnya dengan penuh semangat
Laila terus ketawa dan menampar bahu Zulia.
“Ish kau ni.. Macam mana kalau diorang dah besar nanti, si Rafiq tu suka kat orang lain? Kau nak buat apa?” Soal Laila.
Haida tersengih.
“Putuskan ajelah, aku nak Nuha Alisya yang jadi menantu aku. Aku taknak orang lain.” ujarnya sambil ketawa.
Laila ketawa lagi. Dia menolak bahu Haida sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Mengada lah kau ni. Kalau ada jodoh diorang tu ada lah.. Lagipun diorang berdua ni kan baru aje 5 tahun.“ kata Laila sambil ketawa.
Haida hanya tersenyum sambil melihat Rafiq yang sedang menolak buaian pada Nuha.
“Apa salahnya kalau kita plan dari awal kan?” Soal Haida. Dia tersengih.
Laila tersenyum dan terus mengangguk.
“Itulah. Aku pun teringin juga nak tengok Nuha dengan Rafiq nanti bila dah besar..” kata Laila dengan senyuman.
Haida turut mengangguk dengan senyuman gembira.
Laila ketawa. Dia terus bangun dari kerusinya dan berdiri di hadapan Haida.
“Okey lah! Disebabkan hari ini last day kita jumpa! Jom kita ambil gambar banyak-banyak!” kata Laila sambil berjalan mendapatkan Nuha dan Rafiq.
Haida turut bangun dan berjalan ke arah anak-anak mereka.
“Okey, Kids! Jom kita tangkap gambar ramai-ramai.” Laung Haida sambil mendapatkan Nuha dan Rafiq.
Usai mengambil gambar, Rafiq meletakkan origami yang berbentuk mahkota di atas kepala Nuha.
“Wah.. awak ke yang buat paper crown ni?” soal Nuha lalu meletakkan mahkota kertas itu di kepala Rafiq pula. Dia terus ketawa.
Rafiq mencebik.
“Ya lah. Awak jangan buang tau? Penat saya buat semalam dengan Mama. Saya taknak awak lupakan saya bila saya dah pindah nanti.” ujar Rafiq perlahan sambil meletakkan mahkota kertas itu ke tangan Nuha.
Laila dan Haida hanya tersenyum melihat anak mereka itu.
Nuha tersengih lalu dia menghulurkan jari kelingkingnya pada Rafiq.
“Hehe. Best friend forever?” Soal Nuha sambil tersenyum ceria.
“Best friend forever!” Balas Rafiq dengan senyuman.
Haida tersenyum. Dia mengusap rambut Nuha dengan lembut..
Namun siapa sangka, selang beberapa tahun dia tinggal di luar negara, dia telah mendapat tahu bahawa rakan baiknya itu sudahpun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
“Laila dah meninggal?” Soal Haida di corong telefon. Tangannya menggeletar sehinggalah telefon itu terlepas dari tangannya.
Rafiq yang ketika itu baru saja selesai bermain bola bersama rakan sekolahnya terus mendapatkan ibunya.
“Mama? Kenapa ni? Apa dah jadi?” Soal Rafiq.
Haida tidak menjawab soalan anaknya namun dia terus menangis dengan kuat sambil memeluk anak lelakinya itu.
Rafiq masih lagi terpinga-pinga namun dia membalas pelukan ibunya itu.
Haida menangis lagi. Aku janji Laila. Aku akan pastikan Nuha bahagia. Demi kau. Demi persahabatan kita..
****
“IDA? Jauh betul termenung? Awak okey ke?” Soal Datuk Ilham dan duduk di sebelah isterinya yang mengesat air mata.
Datin Haida tersenyum sedikit. Dia menutup album gambar itu.
“Eh? Kenapa Abang bangun? Tak mengantuk ke?” Soal Datin Haida pula.
Datuk Ilham menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Saya tanya awak, awak tanya saya balik. Kenapa? Awak teringatkan arwah Laila lagi?” Soal Datuk Ilham.
Datin Haida terdiam.
“Saya cuma rindu aje kat arwah.. Entah lah bang. Bila saya tengok si Nuha tu, terus saya teringat kat arwah. Muka diorang pun saling tak tumpah.” Ujar Datin Haida.
Datuk Ilham mengusap bahu isterinya itu.
“Tak apa lah, Ida.. kita doakan arwah selalu. Ada hikmah semua ni berlaku. Sekarang pun Nuha dah bahagia dengan Rafiq. Itu yang
awak sentiasa harapkan, betul tak?” Soal Datuk Ilham.
Datin Haida tersenyum sedikit. Dia mengangguk. Apabila dia mendapat tahu yang Rafiq sudahpun berbaik dengan Nuha, hatinya berasa sangat lega.
“Betul.. tak ada apa yang saya nak harapkan kecuali tengok anak-anak kita tu bahagia aje.” Jawab Datin Haida dengan senyuman.
Datuk Ilham tersenyum. Dia memeluk bahu Datin Haida.
“Dah. Jom tidur. Tengah malam dah ni. Pagi nanti, Nuha dengan Rafiq nak datang sini pula.” Kata Datuk Ilham dan bangun dari sofa.
Datin Haida hanya menurut. Dia memegang erat album gambar itu.
Share this novel