Bab 23

Romance Series 35227

RAFIQ membuka matanya dan melihat sekeliling bilik itu. Kini dia berada di dalam bilik Nuha. Dia melihat tubuhnya yang berselimut. Jadi malam itu bukan mimpi? Perlahan-lahan Rafiq tersenyum gembira. Dia menutup wajahnya dengan bantal. Betapa gembiranya dia ketika itu!

Wajah Nuha pada malam itu masih lagi bermain-main di dalam fikirannya. Nuha sangat berbeza ketika itu. Senyuman manja Nuha, Renungan dan kelembutan gadis itu..

Cukup membuatkan hidup Rafiq tak tentu arah!

Dia melihat Nuha yang tiada di sebelahnya. Rafiq mengerutkan sedikit dahinya. Ke mana isterinya itu pergi?

Rafiq menyarung semula pakaiannya ke tubuh dan terus keluar dari bilik. Dia mencari-cari kelibat gadis itu.

“Nuha?” Panggil Rafiq. Dia mencari Nuha di dapur, namun tiada. Rafiq mula tak sedap hati. Adakah Nuha telah membencinya hanya kerana malam itu?

“Nuha?!” Panggil Rafiq. Dia kerisauan dan tidak mahu gadis itu pergi.

Tiba-tiba Nuha muncul dari luar rumah mereka.

“Ya? Awak cari saya ke?” Soal Nuha sambil duduk di atas sofa. Isterinya hanya bertindak seperti biasa.

Rafiq menarik nafasnya. Sangkanya Nuha telah pergi. Kemudian dia memandang wajah isterinya dengan lama.

“Err, awak okey ke?” Soal Rafiq keliru.

Nuha menoleh sekilas. Dia mengangkat keningnya dan mengangguk.

“Hm? Saya okey aje.” Balas Nuha tanpa melihat Rafiq.

Rafiq mengetap bibirnya. Adakah malam itu tidak memberi apa-apa makna pada isterinya?

“..About last night..” Rafiq memandang gadis itu.

Nuha terus bangun dari sofa dan tersenyum ke arah Rafiq.

“Oh! Let’s NOT talk about that.” Kata Nuha dan beredar ke dapur.

“Awak nak lunch apa harini?” Soal Nuha dan membuka peti ais.

“Hmm.. barang dapur macam nak habis ni. Nanti jom kita keluar beli barang sikit? Boleh?” Soal Nuha. Seperti tiada apa-apa yang berlaku antara mereka pada malam itu.

Rafiq terpinga-pinga.

Nuha tidak menghiraukan Rafiq sebaliknya dia terus mengemas kabinet dapur.

“Nuha, kejap.” Rafiq terus mendekati isterinya.

Nuha terhenti. Jantungnya berdebar.

“Kenapa awak buat macam tak ada apa-apa yang berlaku antara kita semalam?” Soal Rafiq dengan kerutan.

Nuha mengetap bibirnya. Bukannya dia tidak memikirkan tentang hal itu, lagipula dia sudahpun menjalankan tanggungjawabnya yang sebenar sebagai seorang isteri kepada Rafiq. Tapi dia mula sedar siapa dirinya dalam hidup lelaki itu. Mana mungkin Rafiq mencintainya.

“Semalam? Haha. Awak cakap apa ni? Saya.. tak faham.” Nuha pura-pura ketawa. Dia masih lagi mengemas pinggan-pinggan di situ.

“Huh?” Rafiq terkedu. Dia mula keliru.

Siapa dirinya pada Nuha? Jika benar Nuha tidak mempunyai apa-apa perasaan padanya, mengapa malam itu Nuha melayannya dengan ikhlas?

“Kenapa..” Belum sempat Rafiq menghabiskan kata-katanya, telefon bimbit Nuha berbunyi.

Nuha terus mendapatkan telefonnya. Dia menarik nafas lega kerana ada yang menelefonnya ketika itu. Jauh di sudut hatinya, dia masih lagi tidak bersedia untuk memandang Rafiq setelah apa yang terjadi antara mereka semalam.

Nuha menjawab panggilan dari Datin Haida lalu dia menoleh ke arah Rafiq.

“Mama call. Kejap eh.” Nuha tersenyum sedikit.

“Assalamualaikum, Mama. Kenapa call Nuha ni? Mama rindu eh?” Usik Nuha dengan senyuman riang. Rafiq masih lagi melihatnya.

Datin Haida ketawa sedikit.

“Mestilah rindu. Sebab tu la mama nak ajak kamu dengan Rafiq makan-makan kat rumah Mama malam ni. Datang lah sini. Ajak Rafiq sekali. Kak Ilya dengan Abang Emir pun ada juga.” Kata Datin Haida

Nuha menoleh sekilas ke arah Rafiq.

“Oh ya ke? Ada apa-apa ke, Mama?” Soal Nuha pula.

Datin Haida tersenyum.

“Kak Ilya kamu ni haa, katanya nak bagitahu something kat kita semua. Kononnya surprise.. Entah apa lah agaknya. Kamu dengan Rafiq datang tau malam ni.” Ujarnya lagi.

Nuha tersenyum. “Baik, Ma. InshaAllah..”

“Okey lah. Mama nak tengok Papa kejap. Malam nanti kita jumpa ya? Assalamualaikum.” Ujar Datin Haida.

“Waalaikumsalam..” balas Nuha.

Talian dimatikan.

Nuha tersenyum sedikit dan melihat ke arah Rafiq.

“Mama ajak pergi rumah diorang malam ni. Katanya ada makan-makan sikit.” Kata Nuha.

Rafiq mengangguk perlahan.

“Oh.. i see.” Jawab Rafiq.

Nuha berdehem. Dia menarik nafas dan tersenyum nipis.

“Emm. Saya.. nak masuk dulu.” Kata Nuha dengan kekok. Dia terus menutup pintu biliknya dan tersandar di sebalik pintu.

Fuhhh.. tarik nafas Nuha, tarik nafas..

Rafiq yang melihat terus menghela nafas berat. Tidak tahu apa yang difikirkan oleh isterinya ketika itu.

****

SEPANJANG makan malam di rumah Datin Haida, Nuha dan Rafiq masih lagi mendiamkan diri. Sehingga kelakuan mereka itu disedari oleh Datin Haida dan juga Kak Ilya.

Kak Ilya menyuap spaghetti bolognese ke dalam mulutnya sambil melihat ke arah Rafiq dan Nuha yang sedang menikmati makanan bersama.

Datin Haida dan Kak Ilya berpandangan sesama sendiri.

Kak Ilya mengangkat bahunya dan berasa musykil dengan hubungan Nuha serta Rafiq.

Datin Haida menarik nafasnya.

“Nuha? Rafiq? Kenapa diam aje ni? Tak sedap ke Mama masak?” Soal Datin Haida.

Nuha dan Rafiq tersentak.

“Eh! Tak lah! Mama masak sedap sangat. Dah lama Fiq tak rasa masakan Mama ni..” kata Rafiq sambil ketawa sedikit.

Datin Haida tersenyum.

“Eleh. Ya la tu. Sekarang ni dah ada isteri yang masakan, mesti dah lupa masakan Mama kan?” Usik Datin Haida pula.

Rafiq berdehem dan ketawa sedikit.

“Haha.. Mana ada. Masakan Mama tetap sedap macam dulu tau.” Balas Rafiq dengan senyuman.

Datin Haida tersenyum-senyum.

Datuk Ilham menghirup air oren di dalam gelasnya itu.

“Macam mana dengan company, Rafiq? Papa dengar ada banyak tender baru masuk. Syukur lah macam tu.” kata Datuk Ilham.

Rafiq tersenyum.

“Alhamdulillah, Pa. Semuanya berjalan lancar.“ balas Rafiq.

“Ish, Abang ni. Tengah-tengah makan pun sibuk nak tanya pasal kerja. Cuba la tanya anak kita ni bila nak bagi kita cucu ke apa ke. Ni tak, asyik tanya pasal kerja aje.” Bebel Datin Haida.

Nuha tersedak. Cucu?

Rafiq terus berdehem dan melihat ke arah lain.

Kak Ilya meletakkan sudunya di atas pinggan sambil menarik nafas dengan senyuman. Dia mengenggam erat tangan Abang Emir di sebelahnya.

Datin Haida melihat ke arah anaknya itu.

“Hah. Apa yang tersenyum-senyum tu, Lya?” Soal Datin Haida pada anak perempuannya itu.

“Hehe.. Sebenarnya,, Ilya ada surprise nak bagitahu kat korang semua ni.” Kata Kak Ilya. Dia tersenyum ke arah Abang Emir.

Abang Emir hanya mengangguk.

“Surprise? Apa dia tu?” Soal Datuk Ilham. Mereka semua sudahpun selesai makan malam bersama.

Kak Ilya tersengih. Dia mengeluarkan sekeping gambar ultrasound dari beg tangannya.

“I’m pregnant!” Kata Kak Ilya ceria.

Mereka semua yang berada di situ terus terkejut dan berasa teruja.

“Hah?! Ya Allah! Betul ke?” Datin Haida begitu gembira lalu dia bangun dan memeluk anak perempuannya itu.

“Alhamdulillah. Syukur.. Anak Mama ni nak dapat baby dah..” kata Datin Haida sebak. “Dah berapa minggu?” Soalnya lagi.

Kak Ilya tersenyum ceria.

“Dah 2 minggu, Ma. Doakan Ilya dengan baby selamat tau?” Kata Kak Ilya gembira. Dia mendapat tahu keputusan itu semalam. Jadi dia ingin membuat kejutan pada keluarganya.

“Seronok lah Mama dengan Papa lepasni. Boleh main dengan cucu pula.” Kata Datuk Ilham sambil ketawa ke arah isterinya.

“Alhamdulillah. Tak lama lagi Fiq nak jadi Pak Su lah.” Kata Rafiq sambil ketawa.

“Yaa.. Make sure kau kena beli macam-macam barang mainan untuk anak aku nanti.” Kata Kak Ilya pula.

Rafiq terus ketawa.

Nuha turut mengucap syukur dengan senyuman. Kemudian wajahnya berubah suram.

Mengapa dia perlu rasa begini? Nuha memegang perutnya sendiri. Jauh di sudut hatinya, dia juga ingin merasai semua itu. Tapi..

Mana mungkin ianya akan berlaku.

Kak Ilya tersenyum ke arah Nuha sambil memegang tangan adik iparnya itu.

“InshaAllah, Nuha.. mungkin akan ada rezeki Nuha dengan Rafiq nanti ya?” Kata Kak Ilya gembira.

Nuha tersentak. Dia terus pura-pura ketawa dan tidak memandang ke arah Rafiq.

“Eh, tak ada apalah.. Haha..” Dalih Nuha. “Nuha doakan Akak dengan Baby sentiasa selamat..” balas Nuha dengan senyuman.

“Amin.” Mereka semua mengaminkan doa Nuha.

Rafiq melihat Nuha dengan lama.

****

SEBELUM Nuha dan Rafiq pulang, Datin Haida sempat lagi berbual dengan Nuha.

“Nuha tak apa-apa ke? Mama tengok Nuha dari tadi banyak termenung aje? Rafiq ada buat masalah ke?” Soal Datin Haida pada menantunya itu.

Nuha terkejut dan terus menggeleng.

“Eh, tak ada lah Mama. Kitorang berdua okey aje. Mama jangan risau ya?” Nuha tersenyum tawar.

Datin Haida menarik nafas dan mengusap bahu Nuha dengan lembut.

“Mesti lah Mama risau. Kamu tu kan dah macam anak Mama sendiri. Kalau boleh Mama nak tengok Rafiq sentiasa bahagiakan kamu tau?” Ujar Datin Haida lagi.

Nuha menunduk. Sekiranya Datin Haida tahu tentang rahsia di sebalik perkahwinan mereka, pasti ibu mertuanya itu berasa sangat kecewa.

Datin Haida merenung wajah menantunya itu. Dia mula berasa sesuatu yang tidak kena dalam hubungan rumah tangga anak lelakinya itu.

“Mama nak tanya Nuha sikit, boleh?” Soal Datin Haida.

Nuha tersentak. Dia terus mengangguk.

“Ya. Apa dia, Ma?” Soal Nuha.

“Nuha betul-betul ikhlas ke cintakan anak Mama?” Soal Datin Haida.

Nuha terkedu. Jantungnya berdegup laju. Dia terdiam lama dan perlahan-lahan dia mengangguk.

“Ya.. Nuha cintakan Rafiq.” Balas Nuha perlahan.

Datin Haida tersenyum dan mengerling ke arah Rafiq yang sedang berbual dengan Datuk Ilham serta Kak Ilya.

“Mungkin Mama tak tahu apa-apa pasal hubungan kamu berdua. Tapi Mama cuma nak tengok kebahagiaan kamu dengan Rafiq aje. Kalau boleh, sampai ke akhir hayat. InshaAllah.” Ujar Datin Haida dengan penuh harapan.

Nuha sebak. Dia menundukkan wajahnya. Dapatkah dia bersama dengan Rafiq seperti apa yang diharapkan oleh Datin Haida?

Tanpa Nuha sedar, Rafiq dari tadi melihat ke arahnya.

****

SEBAIK saja mereka tiba di perkarangan rumah, Nuha terus turun dari kereta Rafiq.

“Okey lah. Goodnight.” Kata Nuha dan ingin berlalu.

“Nuha.” Rafiq terus menarik tangan isterinya.

Nuha menghentikan langkahnya. Dia menoleh.

Rafiq terdiam. Dia menarik nafasnya.

“Awak cuba nak jauhkan diri dari saya ke?” Soal Rafiq

Nuha mengetap bibirnya.

“Saya keliru, Nuha.. Apa niat awak untuk kalahkan saya malam tu? Dan masa kita bersama.. langsung tak beri apa-apa makna pada awak ke?” Soal Rafiq lagi.

Nuha tergamam.

Rafiq masih lagi menantikan jawapan isterinya itu.

Nuha memegang dadanya yang sesak dengan semua itu. Kalau lah Rafiq tahu yang malam itu merupakan malam terindah dalam hidupnya juga.

“Err.. sa.. saya..” Nuha menunduk. Patutkah dia meluahkannya? Tapi bagaimana jika Rafiq tidak mencintainya juga?

Dia takut dengan jawapan lelaki itu.

“Saya.. minta maaf.” Nuha terus berlari masuk ke biliknya dengan perasaan yang bercelaru.

Rafiq mengeluh dan menyandarkan tubuhnya di pintu kereta.

Nuha pula terus baring di atas katilnya sambil menarik nafas. Perlahan-lahan dia mengambil surat perjanjian mereka di dalam laci mejanya.


Nuha melihat surat itu dengan lama. Sekiranya mereka berdua berpisah, mereka perlu membuat haluan masing-masing dan perlu melupakan perasaan yang bercambah di dalam hati mereka itu.

Nuha terus meraup wajahnya.

“Huwaaa! Macam mana ni!” Luah Nuha dengan dengan mata yang berkaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience