Bab 30

Romance Series 35272

BEBERAPA bulan kemudian..

Nuha menarik nafas dalam dan hanya membiarkan saja Mak Andam merias wajahnya untuk majlis resepsi nanti. Walaupun dia dan Rafiq sudahpun berkahwin, tetapi dia masih lagi berdebar-debar untuk majlis itu.

Majlis persandingan mereka akan diraikan di sebuah hotel yang terkemuka iaitu Equatorial Hotel di Kuala Lumpur.

Mira terus datang ke arahnya dan memegang bahu Nuha.

“Nuha.. cantiknya kau! Aku yang perempuan ni pun boleh cair tau? Kalau Rafiq tengok, boleh pengsan terus kot.” Usik Mira. Dia begitu gembira kerana rakan baiknya itu sudah menemui kebahagiaannya bersama Rafiq.

Nuha ketawa sedikit.

“Kau ni.. mengarut aje lah.” Dia turut melihat dirinya di cermin.

Lain betul wajahnya ketika itu. Memang tangan Mak Andam ni berseni sungguh. Dia turut mengenakan busana songket yang direka khas oleh seorang pereka fesyen yang terkenal. Kata Datin Haida, dia ingin melihat Nuha kelihatan berseri semasa di atas pelamin nanti.

“Aku nervous lah. Macam tak sedap badan pun ada.” Ujar Nuha. Dari tadi dia berasa mual.

Mira menampar lengan Nuha.

“Kau jangan nak buat hal, eh? Ni majlis penting korang. Jangan tiba-tiba nak sakit pula. Risau aku.” Kata Mira.

Nuha tersenyum sedikit. Dia teringatkan Isqandar.

“Eh? Is ada datang juga kan?” Soal Nuha.

Mira tersenyum. “Dia ada aje. Kau jangan risau lah.”

Nuha tersenyum. Sekurang-kurangnya Isqandar sudah boleh menerima tentang status hubungannya bersama Rafiq.

Tiba-tiba Kak Ilya masuk ke dalam bilik persalinan itu dengan senyuman.

“Nuha dah ready ke? Rafiq dari tadi tak sabar nak tengok isteri dia ni.” Usik Kak Ilya. Usia kandungannya juga sudah hampir 5 bulan.

Nuha tersenyum malu. Dia mengangguk.

Mereka terus berjalan keluar bersama dengan Nuha.

Rafiq terkedu apabila melihat kecantikan isterinya itu. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Nuha sepanjang hari persandingan mereka.

Semasa Nuha dan Rafiq berjalan seiringan untuk menuju ke arah pelamin, Rafiq sempat lagi membisikkan sesuatu pada Nuha.

“Cantiknya isteri saya ni.” Bisik Rafiq dengan senyuman gembira.

Nuha tersenyum malu. Dia hanya merangkul lengan Rafiq sambil mereka bergambar bersama.

“T.. thank you..” jawab Nuha segan.

Rafiq tersenyum lagi. Betapa beruntungnya dia kerana memiliki gadis itu sebagai isterinya.

Encik Kalil kelihatan sebak apabila melihat Nuha yang sedang duduk di atas pelamin bersama Rafiq. Air matanya mengalir perlahan.

‘Alhamdulillah. Anak Ayah ni dah bahagia..’ bisik hati Encik Kalil.

Tiba-tiba Datuk Ilham mengusap bahu besan nya itu dengan senyuman. Datin Haida turut ada bersama. Dia juga berasa sebak setelah melihat hari persandingan anak menantunya.

Encik Kalil menoleh. Dia tersenyum sedikit.

“Ayah jangan lah nangis. Naufal ada aje ni.” Kata Naufal di sebelah ayahnya. Dia juga berasa gembira apabila melihat kakaknya yang kelihatan bahagia bersama Rafiq.

Begitu ramai tetamu dan rakan-rakan mereka yang hadir sambil mengucapkan tahniah kepada Nuha serta Rafiq.

“Tahniah bos, aku doakan semoga kau bahagia dengan Nuha sampai sampai bila-bila.” Ucap Hadif yang ketika itu datang bersama dengan Mira serta keluarga mereka. Hadif juga bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Mira tak lama lagi.

Rafiq ketawa. Dia memeluk rakan baiknya itu.

“Amin.. Thanks, Dif. Kau dah banyak bagi nasihat kat aku pasal hubungan kitorang. Nanti aku naikkan gaji kau ya?” Ujar Rafiq dengan tawa.

Hadif terus ketawa. “Huish! Untung besar ni.”

Mereka ketawa lagi.

Isqandar melihat Nuha dari jauh yang ketika itu sedang bergambar bersama Rafiq. Walaupun hatinya terluka. Tetapi dia tetap mahu menjadi sahabat kepada gadis itu. Nuha Alisya sangat penting dalam hidupnya.

'Semoga kau bahagia, Nuha..' bisik hati Isqandar.

Nuha dan Rafiq terus berbual bersama dengan ahli keluarga serta rakan-rakan mereka. Rafiq juga langsung tidak lepas dari memegang tangan Nuha.

Nuha menyuap kek kepada Rafiq sambil tersenyum gembira. Entah kenapa dia berasa malu untuk memandang wajah suaminya itu.

Rafiq dari tadi mengusik Nuha kerana isterinya itu masih malu-malu dengannya.

“Tengok la saya.. kenapa? Tak handsome ke suami awak ni?” Usik Rafiq. Dia mencuit-cuit pipi Nuha.

“Tak nak lah..” Wajah Nuha berona merah. Dia ketawa dan menundukkan wajah.

Rafiq tersenyum mengusik.

“Alaa, sayang tengok la saya..” kata Rafiq lagi. Suka betul dia ingin menyakat Nuha ketika itu.

Nuha terus memandang Rafiq. Betapa terkejutnya dia sebaik saja Rafiq mencium dahi Nuha.

“Comel.” Kata Rafiq ceria.

“Kenapa sayang cantik sangat ni?” Soal Rafiq geram. Nasib baik lah mereka belum ada di rumah. Kalau tidak, sudah lama dicium-cium wajah isterinya itu.

Nuha terus mencubit lengan Rafiq.

“Ish. Awak ni kan..” Nuha tersenyum segan.

Rafiq tersengih. Dia merangkul erat tubuh Nuha.

Tak lama selepas itu, Encik Kalil datang ke arah mereka sambil memeluk Nuha serta Rafiq.

“Alhamdulillah. Ayah doakan kamu berdua bahagia selalu ya?” Encik Kalil menahan sebaknya.

“Amin.. Terima kasih, Ayah.” Nuha terus memeluk ayahnya itu.

Encik Kalil tersenyum dan melihat ke arah menantunya. “Rafiq..”

“Ya, Ayah?” Soal Rafiq sambil memegang tangan ayah mertuanya.

“Tolong jaga anak ayah ni dengan baik. Nuha satu-satunya anak perempuan ayah. Permata Ayah.. Ayah cuma harapkan kamu seorang aje.” Ujar Encik Kalil. Dia tidak mampu menahan air matanya lagi.

Nuha mengesat air matanya.

Rafiq memeluk ayah mertuanya itu.

“Rafiq janji ayah. Rafiq akan selalu bahagiakan Nuha. Rafiq sayangkan dia sangat-sangat.” Kata Rafiq.

Encik Kalil tersenyum. Dia menepuk-nepuk belakang tubuh Rafiq. Senang hatinya dengan sikap Rafiq itu.

Nuha menyalam dan mencium pipi Encik Kalil.

“Terima kasih, Ayah. Sebab jadi ibu dan ayah kepada Nuha. Nuha sayang sangat kat ayah.” Ujar Nuha sebak.

Encik Kalil menyeka air mata Nuha.

“Nuha anak ayah sampai bila-bila.. Sudah. Jangan nak menangis. Dah elok-elok make up ni. Nanti cair pula.” Usik Encik Kalil.

Nuha hanya ketawa. Dia memandang Rafiq sambil mereka tersenyum bersama.

Datin Haida turut bergambar bersama Nuha dan Rafiq. Dia begitu gembira sepanjang hari persandingan mereka berdua.

“Cantik sungguh menantu Mama ni.” Puji Datin Haida sambil mencuit pipi Nuha.

Nuha hanya ketawa. “Terima kasih, Mama..”

Dia memegang tangan ibu mertuanya itu dengan erat.

“Tengoklah isteri siapa?” Rafiq tersenyum bangga.

“Eleh.. Kalau tak, muka tu dah macam kucing hilang bini masa Nuha tak ada.” Celah Kak Ilya. Yang kini sedang sarat hamil.

Rafiq terus mencubit kakaknya itu.

“Ish, Akak ni kenapa, hah?” Rafiq memuncung.

“Ilya.. sudah-sudah lah tu nak menyakat adik kamu ni.” Tegur Datin Haida.

Mereka ketawa lagi.

Rafiq terus merangkul pinggang Nuha dengan erat. Mereka tersenyum bahagia.

Setelah majlis persandingan mereka selesai, Nuha mula berasa tidak sedap badan. Tekaknya mual dan loya.

Rafiq menoleh. “Sayang? Awak okey?”

Nuha memejamkan matanya. Dia menggeleng.

“Tak tahu lah. Rasa macam nak muntah..” jawab Nuha.

Rafiq mula risau. “Ya Allah.. kenapa ni? Jom lah kita pergi klinik.”

Nuha menggeleng. “Tapi..”

“Tak ada tapi-tapi. Jom. Saya bawa awak pergi klinik. Awak ada sakit perut juga ke?” Soal Rafiq risau.

“Nuha? Kenapa ni? Macam tak sihat aje Mama tengok.” Datin Haida melihat wajah menantunya itu.

Nuha berasa nak pitam. Nasib baik lah tetamu sudah mula pulang.

“Sayang..” Rafiq mula risau.

Nuha terus rebah. Namun sempat lagi Rafiq menyambut tubuh Nuha.

“Ya Allah, Nuha!” Rafiq terus mencempung tubuh isterinya itu.

Mereka semua terkejut.

“Rafiq. Nuha kenapa?” Soal Mira risau.

“Entahlah. Fiq nak bawa Nuha pergi hospital kejap.” Dia terus membawa Nuha dan keluar dari situ.

“Ayah nak ikut!” Encik Kalil mula kerisauan.

“Mama dengan Papa pun nak ikut!” Datin Haida terus mengambil beg tangannya. Mereka mengikut langkah Rafiq.

“Ilya ikut juga! Biy. Jom kita tengok Nuha tu.” Ujar Kak Ilya risau.

Abang Emir terus mengangguk.

Mereka semua berasa terkejut setelah melihat Nuha pengsan tiba-tiba.

****

Rafiq berjalan ulang-alik di hadapan bilik wad itu. Kenapa dengan Nuha? Kenapa tiba-tiba saja Nuha pengsan?

“Sabarlah, Rafiq.. Doktor tengah check keadaan isteri kamu tu.” Pujuk Datuk Ilham.

“Mesti lah Fiq risau, Pa. Fiq taknak apa-apa jadi kat Nuha..” Mata Rafiq berkaca. Dia tidak sanggup kehilangan Nuha lagi.

“InshaAllah, Nuha baik-baik aje. Kita doa ya?” Pujuk Datin Haida pula.

Rafiq meraup wajahnya. Dia masih lagi belum menyalin baju pengantinnya itu.

Hadif serta Mira baru saja tiba di situ. Mereka memandang Rafiq.

“Weh, Nuha macam mana?” Soal Hadif.

Rafiq melihat rakannya itu sambil meraup rambutnya. “Entah lah, doktor tak keluar lagi..”

Tak lama kemudian, seorang doktor wanita keluar dari bilik itu.

“Boleh saya berjumpa dengan suami Puan Nuha?” Soal Doktor itu.

Rafiq terus mendekatinya. “Ya, saya. Kenapa dengan isteri saya, doktor?” Soal Rafiq laju. Wajahnya kerisauan.

“Jangan risau. Puan Nuha tak apa-apa. Cumanya.. Puan Nuha perlu lebih banyak berehat lepasni.” Kata doktor itu dengan senyuman.

Rafiq menarik nafas lega lalu dia melihat doktor itu lagi.

“Tapi.. kenapa ya?” Soal Rafiq lagi.

Datin Haida terus bangun dan mendekati mereka.

Doktor itu tersenyum.

“Tahniah, Encik. Puan Nuha sekarang dah hamil 2 minggu.” Kata Doktor itu.

Rafiq terkedu. “Hah?”

Datin Haida terkejut lalu dia tersenyum gembira.

“Ya Allah! Menantu kita tu dah mengandung bang!” Kata Datin Haida teruja. Dia melihat Encik Ilham.

Kak Ilya turut berasa teruja. “Wah.. Alhamdulillah..”

Encik Kalil dan Naufal turut terkejut sambil tersenyum gembira.

“Alhamdulillah. Syukur..” kata Encik Kalil sambil memeluk Rafiq yang masih terkejut.

Rafiq rasa seperti bermimpi. Nuha mengandung? Anak aku ke? Eh, mesti lah anak aku. Tapi.. biar betul?!

Datin Haida terus menampar lengan Rafiq.

“Patutlah Nuha tu pengsan. Rupa-rupanya terkena buatan suami sendiri..” usik Datin Haida pada anaknya itu.

Rafiq hanya ketawa dan mengerutkan dahinya.

“Kau ni kan, Rafiq. Kesian kat Nuha tu. Tak menyempat-nyempat. Nasib baik lah majlis dah selesai”. Bebel Kak Ilya.

Rafiq hanya tersengih. Dia terus melihat doktor itu.

“Err. Doktor. Saya nak tengok isteri saya kejap, boleh ke?” Soal Rafiq.

Doktor itu terus mengangguk. “Boleh. Kejap ya.” Dia membuka pintu bilik wad.

Sebaik saja Rafiq masuk ke dalam bilik itu, dia melihat Nuha sudahpun duduk di aats katil.

“Sayang..” Rafiq terus memeluk Nuha.

Nuha tersenyum. Dia membalas pelukan Rafiq.

Rafiq mengucup dahi Nuha.

"Awak okey ke? Rasa pitam lagi tak?" Soal Rafiq risau.

Nuha hanya tersenyum. Dia menggeleng.

"Saya dah okey lah, awak. Jangan lah risau.." ujar Nuha sambil mengusap pipi Rafiq.

Rafiq tersenyum. Dia memeluk Nuha lagi.

“Terima kasih sayang.. Saya happy sangat. Tak lama lagi saya nak jadi Papa.. Ya Allah.. happynya!” Rafiq berasa terharu dan gembira dengan berita itu.

Nuha tersenyum lagi. Dia mengusap wajah Rafiq.

“Anak kita ni.. tanda cinta saya pada awak.” Balas Nuha gembira. Matanya berkaca.

Rafiq turut tersenyum. Dia terus mencium pipi isterinya itu. “Alhamdulillah.. Thank you so much, sayang.”

Keluarga mereka terus masuk sambil mendapatkan Nuha.

“Tahniah ya, Nuha.. kami semua happy sangat dengan berita ni.” Kata Datin Haida sambil memeluk menantunya itu.

Nuha tersenyum ceria. “Terima kasih ya, semua. Sebab selalu ada dengan kitorang.”

Mira sebak. “Omoo, chingu aku dah pregnant. Happynya..”

Nuha hanya ketawa. Dia melihat Rafiq yang sedang duduk di sebelahnya. Lelaki itu berasa sangat gembira kerana bakal bergelar bapa tak lama lagi.

“Thank you, Nuha Alisya.. I love you so much.” Bisik Rafiq sambil memegang tangan Nuha dengan erat. Dia berasa sangat gembira ketika itu. Betapa cintanya dia pada Nuha.

“Sama-sama kasih.. And i love you so much more, husband.” Balas Nuha dengan senyuman. Dia mengucup tangn Rafiq lembut.

Mereka berdua tersenyum bahagia dan tidak sabar untuk melihat cahaya mata mereka nanti.

'Semoga cinta Nuha Alisya dan Rafiq Zuhayr kekal selamanya.' Bisik hati Nuha.

Share this novel

ina @ sabariah
2024-06-12 13:14:32 

xde sambungan ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience