MIRA begitu fokus menonton K-Drama di televisyen rumahnya sambil mengunyah kerepek. Sedang dia asyik melihat pelakon kegemarannya di kaca tv iaitu Ji Chang Wook, telefon bimbitnya terus berbunyi.
“Aduh. Kacau daun betul lah.” Getus Mira. Dia menekan pause pada remote control dan mengambil telefon bimbitnya di atas meja hadapan sofa itu.
Dia melihat nama di skrin telefon. Matanya membulat. Eh??? Dia terus bangun dari sofa sambil memandang skrin telefon itu lagi.
“Is???” Soal Mira sendiri.
Isqandar, iaitu kawan baik Mira dan juga Nuha semasa di kolej dahulu. Lelaki itu telahpun menyambung pengajian master di United Kingdom.
“Hello? Is!?” Kata Mira teruja.
Isqandar tersenyum sebaik saja Mira menjawab panggilannya.
“Hi, Mira.” Katanya sambil ketawa.
Mira tersenyum lebar.
“Ya Allah, Is! Kau apa cerita weh? Sejak-sejak dah sambung master ni terus lupa member eh??” Gurau Mira.
Isqandar ketawa.
“Haha. Sorry lah. Lately ni aku busy sikit. Disebabkan aku tak lupa member lah aku nak jumpa kau dengan Nuha ni.” Ujar Isqandar
Mira mengerutkan dahinya.
“Eh kejap, kejap. Maksudnya? Kau dah balik Malaysia ke?!” Soal Mira terkejut.
Isqandar hanya tersenyum. Dia kini berada di KLIA sambil menolak beg luggagenya.
“Yup. I’m home.. Hehe.” Balas Isqandar sambil ketawa.
Mira terus terlopong. Huish. Kena bagitahu Nuha ni!
“Ya Allah! Seriuslah?! Kau ni buat aku terkejut beruk lah. Aku ingatkan kau balik Malaysia bulan depan!” Bebel Mira. Mereka bertiga memang rapat sejak berada di kolej. Tambah-tambah lagi, Isqandar sering mengambil berat tentang hal Nuha.
Isqandar ketawa lagi.
“Saja nak buat surprise. Lagipun aku nak sampai Malaysia sebelum birthday Nuha esok.” Kata Isqandar sambil tersenyum.
Mira turut tersenyum. Dia menghirup air coklat di dalam cawannya.
“Oh.. Aku ingatkan kau dah lupa birthday dia..” gurau Mira.
“Nope. Never.” Balas Isqandar. Mana mungkin dia boleh lupa tentang hari jadi Nuha? Dia tersenyum lagi lalu dia berhenti di sebuah kafe dan membeli air latte. Kemudian dia teringat tentang bekas tunang Nuha.
“Oh ya? By the way, Nuha okey ke? Irfan tu tak ganggu dia dah kan?” Soal Isqandar lagi. Dia memang tidak menyukai bekas tunang Nuha itu. Baginya, Irfan sangat menjengkelkan dan juga seorang yang panas baran.
Mira terdiam. Dia menarik nafasnya. Isqandar masih lagi belum mengetahui tentang status Nuha. Jika lelaki itu tahu yang Nuha sudahpun berkahwin, pasti dia terkejut.
“Alhamdulillah.. si malaun tu tak ganggu dah Nuha. Cuma..” kata-kata Mira terhenti.
Isqandar mengangkat keningnya.
“Cuma?” Isqandar pelik.
Mira menarik nafas.
“Actually.. Banyak sangat benda dah jadi masa kau tak ada. Kau tanya lah Nuha sendiri. Dia aje yang boleh bagitahu kau pasal tu.” Kata Mira. Menghormati status hubungan Nuha dengan Rafiq.
Isqandar mengerutkan dahinya.
“Kenapa, Mira? Mamat tu ada buat benda tak elok ke kat Nuha?” Soal Isqandar tegas.
Mira menarik nafas lagi.
“Bukan pasal Irfan. Tapi kalini lebih mengejutkan.” Balas Mira.
“Hah?” Isqandar mula risau.
Mira memicit dahinya dan tidak mahu bercerita lebih tentang perkahwinan Nuha serta Rafiq pada rakannya itu.
“Nanti lah kau tanya Nuha sendiri.. By the way, kau sihat ke weh? Dah lama betul kita tak lepak sekali.” Soal Mira. Mengubah topiknya.
Isqandar menarik nafasnya. Dia tersenyum.
“Alhamdulillah. Aku sihat aje. Esok jom lah kita jumpa? Boleh ajak Nuha sekali.” Kata Isqandar dengan senyuman. Tidak sabar dia mahu berjumpa dengan Nuha.
Jauh di sudut hatinya, dia memang sudah lama menyukai gadis itu dan dia hanya mampu memendamkan perasaannya saja. Namun setelah Nuha memutuskan pertunangnannya dengan Irfan, Isqandar terus yakin yang dia akan memiliki peluang itu untuk mendapatkan hati Nuha semula.
“Aku rindu sangat kat dia.” Ujar Isqandar. Dia tersenyum.
Mira terdiam. Dia mengerutkan dahi.
“Kau.. ada perasaan kat Nuha lagi ke?” Soal Mira. Sangkanya Isqandar telah melupakan perasaannya itu.
Isqandar duduk di sebuah kerusi sambil tersenyum.
“Maybe. Mana lah tahu kan? Kalau dia dah terbuka hati nak terima aku pula?” Balas Isqandar bersahaja.
Mira tersentak. Dia tidak boleh membiarkan Isqandar menyukai Nuha kerana gadis itu sudahpun berkahwin!
“Kau jangan..” Mira mengetap bibirnya.
Isqandar mengangkat keningnya.
“Jangan apa?” Soal Isqandar sambil ketawa.
Mira menghela nafas berat.
Isqandar ketawa lagi.
“Okey lah. Aku nak gerak dulu. Bye, Mira.” Ujar Isqandar dan mematikan talian.
Mira melihat telefonnya itu. Dia berasa tidak sedap hati. Bagaimana jika Isqandar mengetahui tentang status perkahwinan Nuha? Pasti lelaki itu akan terluka lagi buat kali kedua. Dia perlu menjaga hati kedua-dua rakannya itu.
****
PAGI itu, Nuha bersarapan bersama Rafiq sebelum dia berangkat ke butik. Hari ini merupakan hari jadinya. Pada mulanya, Nuha sendiri tidak mengingati tentang hal itu, namun setelah dia mendapat panggilan hari jadi dari Naufal dan juga Encik Kalil, dia terus tersedar. Kak Ilya serta Abang Emir turut mengucap hari jadi padanya.
Nuha mengerling ke arah Rafiq yang sedang menghirup air sambil melihat tabletnya. Dia perasan, kali ini Rafiq kerap sibuk di pejabat dan jarang berada di rumah. Dia berasa rindu mahu meluangkan masa bersama suaminya itu.
Nuha turut menghirup airnya. Hanya Rafiq seorang saja yang belum mengucapkan perkataan itu. Adakah Rafiq tidak ingat atau.. langsung tidak mengambil tahu tentangnya? Nuha hanya menarik nafas.
‘Jangan nak berharap apa-apa, Nuha. Kau tu cuma isteri kat atas kertas aje.’ Bisik hati Nuha.
Usai mereka sarapan pagi, Rafiq memandang Nuha yang sempat lagi membetulkan tudung di cermin ruang tamu. Isterinya itu kelihatan sangat cantik dengan mengenakan wide pants berwarna khaki berserta batwing sleeve shirt. Nampak sangat elegan dan bergaya.
Hari ini merupakan hari jadi Nuha. Dia masih lagi belum mengucapkan perkataan itu. Namun, dia sudahpun rancang untuk membawa gadis itu keluar makan malam bersama. Dia ingin memberikan rantai leher itu pada Nuha. Rafiq tersenyum sendiri.
‘She’s so.. pretty.’ Bisik hati Rafiq. Matanya masih lagi ke arah Nuha.
Nuha perasan yang dirinya diperhatikan dari tadi oleh Rafiq. Dia terus menoleh ke arah suaminya.
“Hm? Awak tak pergi kerja lagi ke?” Soal Nuha.
Rafiq tersentak. Dia terus berdehem dan melihat ke arah lain.
“Ermm.. Harini biar saya aje lah yang hantar awak pergi butik? So, awak tak perlu lah nak drive.” Ujar Rafiq. Risau dengan keselamatan gadis itu.
Nuha tersenyum. Dia melihat Rafiq.
“Tak apa ke? Tak susahkan awak ke nanti?” Soal Nuha.
Rafiq menggeleng. Dia senyum sedikit.
“Nope. Awak tak pernah pun susahkan saya.” Balas Rafiq dan berlalu keluar.
Nuha tersenyum lagi. Hatinya rasa berbunga-bunga pula.
Sebaik saja Rafiq menghantarnya ke butik, dia terus melihat suaminya itu.
“Terima kasih.. sebab awak dah tolong hantarkan.” Soal Nuha sambil ketawa kecil.
Rafiq tersenyum.
“Malam ni.. awak free ke?” Soal Rafiq segan.
Nuha mengangkat keningnya. Dia hanya mengangguk.
“Ya.. kenapa?” Soal Nuha hairan.
Rafiq mengetap bibirnya. Dia menarik nafas dan melihat ke arah Nuha.
“Can we.. go out tonight?” Soal Rafiq dengan getaran.
Nuha membalas pandangan Rafiq. Jantungnya berdegup laju. Dia terus tersenyum.
“Pergi mana?” jawab Nuha dengan ceria.
Rafiq turut tersenyum.
“Saya ingat, nak ajak awak keluar makan malam sekali.. boleh ke?” Soal Rafiq perlahan.
Nuha tersenyum. “Hm! Okey.”
Rafiq membalas senyuman Nuha.
“Jaga diri. Kalau Irfan cuba ganggu awak lagi, bagitahu aje saya.” Kata Rafiq.
Nuha mengangguk dan tersenyum lagi. Dia semakin tidak faham dengan perasaannya itu. Sikap prihatin yang diberikan oleh Rafiq membuatkan hatinya berasa sesuatu.
“Okey. Thanks..” ujar Nuha dan tersenyum.
“Okey..” Rafiq senyum ke arah Nuha.
Mereka berpandangan lagi. Nuha menarik nafasnya dan senyum. Ketika dia ingin membuka pintu kereta, gerakkannya terhenti. Dia mengetap bibir dan menoleh ke arah Rafiq.
Perlahan-lahan, Nuha mengambil tangan Rafiq dan menyalam tangan suaminya itu dengan lembut.
Rafiq hanya memandang. Hatinya berasa sejuk dengan tindakan Nuha.
Nuha mengangkat wajahnya dan melihat ke arah Rafiq. Dia berdehem.
“Sa.. saya pergi dulu.” Kata Nuha dengan wajah yang memerah, dia terus membuka pintu kereta.
“Nuha!” Panggil Rafiq.
Nuha yang ketika itu berada di luar kereta, terus melihat Rafiq.
Rafiq terdiam seketika. Dia senyum.
“Take care.” Ujar Rafiq.
Nuha mengangguk dan senyum.
“Awak pun. Hati-hati drive.” Balas Nuha.
Rafiq hanya mengangguk dan memegang stereng keretanya.
“Bye..” kata Rafiq.
Nuha terus melambaikan tangan pada suaminya itu.
“Bye..” balas Nuha pula. Dia tersenyum.
Rafiq menarik nafasnya dan terus membawa keretanya pergi.
Nuha hanya melihat kereta Rafiq yang mula hilang dari pandangan, dia memegang dadanya yang berdegup laju itu. Bagaimana jika dia sudah mula mencintai suaminya itu? Nuha menarik nafas.
Apa yang harus dia lakukan? Mereka sudahpun berjanji untuk tidak mempunyai perasaan itu.
“Do not fall in love with each other. Deal?”
Dia teringat kata-katanya itu pada Rafiq dahulu. Nuha mengetuk dahinya sendiri.
“I’m so stupid..” bisiknya kesal dan melangkah masuk ke dalam butik. Sebaik saja dia membuka pintu butik, lampu terus terbuka.
Nuha terkejut.
“Happy birthday to you, happy birthday to Kak Nuha.. Happy birthday to you..” Aisya dan Anne menyanyi serentak. Mereka membawa kek sambil tersenyum lebar ke arah Nuha.
Nuha tergamam.
“Ya Allah, korang ni.. Buat susah-susah aje lah.. Thank you tau..” kata Nuha terharu.
Aisya ketawa sambil memegang kek itu.
“Make a wish dulu!” Katanya ceria.
Nuha ketawa kecil dan memejam matanya. Tiba-tiba wajah Rafiq muncul di fikirannya.
Nuha membuka matanya.
“Kak Nuha wish apa?” Soal Anne dengan senyuman.
Nuha terdiam lama. Wajah Rafiq masih lagi di fikirannya.
Nuha mengetap bibir. Jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan perkahwinannya dengan Rafiq akan kekal sampai bila-bila..
Nuha memejamkan matanya semula dan tersenyum.
“Rahsia.” Balas Nuha sambil ketawa kecil. Dia meniup lilin itu.
****
KETIKA Nuha sedang membuat kerjanya, pintu butik telah dibuka dari luar. Kelihatan Pak Daud iaitu driver milik keluarga Datin Haida datang sambil membawa beberapa beg kertas padanya.
Nuha terus bangun dan mendekati Pak Daud.
“Eh? Pak Daud datang seorang aje ke?” Soal Nuha.
Pak Daud tersenyum. Dia menghulurkan beg baju serta hadiah dari Datin Haida pada Nuha.
“Haah. Pak Daud datang pun sebab Datin suruh bagi hadiah ni pada Nuha.” Ujar Pak Daud.
Nuha tersenyum lebar. Dia melihat hadiah itu. Terdapat beg tangan yang berjenama serta beberapa pakaian yang cantik.
“Ya Allah.. Mama ni..” kata Nuha sendiri. Dia ketawa lalu dia memandang Pak Daud.
“Mama sihat ke? Pak Daud?” Soal Nuha. Belum sempat Pak Daud menjawab, telefon bimbitnya terus berbunyi.
Nuha tersenyum dan menjawab panggilan dari ibu mertuanya itu.
“Selamat hari jadi, Nuha sayang! Kamu dah dapat ke hadiah yang Mama bagi tu?” Soal Datin Haida. Sekarang dia berada di rumah rakan baiknya.
Nuha tersenyum.
“Haah. Pak Daud datang sini. Thank you tau, Mama.. Tapi banyak sangat lah..” kata Nuha segan.
Datin Haida ketawa.
“Tak ada apa lah, Nuha. Kamu tu satu-satunya menantu perempuan yang Mama ada. Lagipun, Mama sayang sangat kat kamu tau? Nuha macam mana? Sihat ke? Maaf ya Mama tak dapat pergi sana sekali.. Mama ada hal sikit dengan kawan Mama ni.” Ujar Datin Haida. Dia melihat rakan-rakannya yang sedang berbual.
Nuha senyum.
“Alhamdulillah. Nuha sihat aje. Mama sihat ke? Rindu pula kat Mama..” kata Nuha ceria.
Datin Haida tersenyum.
“Alhamdulillah. Mama pun sihat juga. Kalau Nuha rindu sangat, ajak lah Rafiq datang rumah. Dah lama kamu berdua tak datang sini. Sedih tau Mama dengan Papa.” Gurau Datin Haida.
Nuha ketawa.
“InshaAllah.. nanti Nuha bagitahu Rafiq. Mama dengan Papa jaga diri tau?” Balas Nuha dengan senyuman.
Datin Haida senyum.
“Ya lah.. kamu berdua pun sama. Jaga diri tu. Hah, Rafiq macam mana? Dia sambut tak birthday kamu? Maklumlah, Isteri kesayangan katakan..” usik Datin Haida.
Nuha terdiam. Suaminya itu langsung tidak mengucapkan perkataan itu padanya. Dia melihat seorang pelanggan lelaki masuk ke dalam butiknya.
“Err, okey lah Mama. Nuha ada customer ni. InshaAllah, nanti Nuha ajak Rafiq pergi sana ya? Terima kasih tau Mama untuk hadiah ni. Buat susah-susah aje..” Ujar Nuha dengan senyuman.
Datin Haida tersenyum.
“Tak seberapa pun hadiah Mama tu, Nuha. Kamu dah jadi isteri Rafiq pun, Mama rasa happy sangat. Elok-elok kerja tu.” Pesannya.
Nuha tersenyum sendiri.
“Baiklah. Terima kasih, Mama. Kirim salam kat Papa ya? Assalamualaikum.” Kata Nuha.
Datin Haida hanya mengangguk.
“Waalaikumsalam.” Katanya dan talian pun dimatikan.
“Okey lah, Nuha. Pak Daud balik dulu ya? Selamat hari jadi.” Ucap Pak Daud.
Nuha mengangguk. Dia tersenyum.
“Baiklah. Terima kasih banyak ya, Pak Daud.” Balas Nuha dengan ceria. Dia melihat Pak Daud yang berlalu pulang.
Nuha terus mendekati pelanggan lelaki itu. Yang lebih mengejutkan, pelanggan lelaki itu sedang memegang sejambak bunga.
“Ya, Encik? Nak cari apa ya?” Soal Nuha.
Lelaki itu menoleh ke arah Nuha.
Nuha terkejut.
Isqandar tersenyum.
“Happy birthday, Nuha Alisya.” Kata Isqandar sambil menghulurkan sejambak bunga tulip yang dipegangnya pada Nuha.
Nuha mengerutkan dahinya. Dia memegang bunga itu dengan tanda tanya.
“Is? Bila kau balik Malaysia?” Soal Nuha terkejut.
Isqandar tersenyum.
“Semalam. Lagipun aku dah bagitahu kat Mira pasal ni. Saja lah aku nak buat surprise kat kau. Terkejut tak?” Soal Isqandar sambil ketawa.
Nuha mengerutkan wajah dan ketawa kecil. Kenapa Mira langsung tidak memberitahunya tentang kedatangan lelaki itu?
“Wow. Mesti lah terkejut.” Kata Nuha sambil ketawa.
Isqandar tersenyum ke arah Nuha.
“Aku rindu kau, Nuha.” Ujar Isqandar serius.
Nuha terdiam. Dia melihat lelaki itu.
Isqandar tersenyum.
“Malam ni.. boleh tak kau luangkan masa dengan aku?” Kata Isqandar sambil merenung gadis itu.
Nuha terkedu.
****
RAFIQ melihat kotak rantai leher itu di tangannya. Dia menarik nafas dengan dalam.
Hadif mengetuk pintu biliknya dan masuk sambil membawa fail. Dia meletakkan fail itu ke atas meja Rafiq.
“Nah Bos, ni tender dari Diamond.Co.” Ujar Hadif.
Rafiq mendongak dan mengambil fail itu.
“Okey. Thanks.” Ujar Rafiq.
Hadif mengerutkan wajah.
“Kau okey tak ni? Jauh benor termenungnya?” Soal Hadif.
Rafiq terdiam seketika.
“Harini birthday Nuha.” Kata Rafiq.
Hadif mengangguk faham. Mira ada memberitahunya tentang hal itu semalam.
“Ooh, okey? Then? Kau tak celebrate birthday dia ke?” Soal Hadif.
Rafiq tersenyum kelat.
“Aku.. tak wish apa pun kat dia lagi.” Balas Rafiq.
Hadif terlopong. “Kejam..”
Rafiq membaling pen ke arah Hadif.
“Ish kau ni.. Malam ni lah. Aku ajak dia keluar.” Kata Rafiq sambil mencebik.
Hadif ketawa.
“Okey lah tu. Mesti dia dah fikir macam-macam sebab kau tak wish kat dia. Sedangkan kau tu dah lah suami dia.” Balas Hadif.
Rafiq terdiam. Dia melihat kotak rantai itu.
“Apa patut aku buat, Dif? Makin lama.. aku tak boleh nak kawal perasaan aku ni kat dia.” Kata Rafiq.
“Aku nak.. dia jadi milik aku seorang.” Kata Rafiq sendiri.
Hadif terus duduk di hadapan Rafiq.
“Kau tu suami dia. Dah memang Nuha tu milik kau seorang. Kau nak takut apa? Confess aje lah kat dia.” Kata Hadif.
Rafiq menarik nafasnya.
“Kau ingat senang ke..” kata Rafiq perlahan.
“Then, make it easy.” Celah Hadif.
Rafiq terdiam.
Hadif melihat jam di tangannya.
“Hm. Okey lah. Dah nak masuk lunch time ni. Kau taknak lunch dengan bini kau tu ke? Cuba lah curi hati dia.” Kata Hadif sambil tersenyum. Dia beredar pergi.
Rafiq hanya melihat. Dia memegang erat kotak rantai leher itu. Dia tersenyum sendiri. Dengan cepat, Rafiq bangun dari kerusinya. Dia mencapai kunci kereta dan berlalu keluar. Mahu menuju ke butik isterinya itu.
Share this novel