MALAM itu, Nuha terus bersiap-siap dengan mengenakan gaun cantik yang diberi oleh Rafiq petang tadi. Nuha menelan liur. Kemana lelaki itu ingin membawanya?
Dia merias sedikit wajahnya sambil melihat dirinya ke arah cermin. Shawl satin yang berwarna maroon dililit kemas, menaikkan lagi seri di wajahnya. Nuha menarik nafas dengan dalam. Hatinya rasa berdebar pula. Dia terus mencapai beg tangannya dan keluar dari bilik.
Langkahnya terhenti sebaik saja Rafiq menunggunya di ruang tamu. Mereka berpandangan lama.
Rafiq kelihatan begitu kacak mengenakan suit hitam dan juga kemeja putih di dalamnya, rambutnya yang hitam dan beralun itu menambahkan lagi ketampanannya.
Nuha terus menelan liurnya.
Rafiq melihat ke arah isterinya dengan lama. Dia begitu terpegun dengan kecantikan Nuha pada malam itu.
“You look stunning..” Kata Rafiq sambil menarik nafas dalam.
Nuha menunduk. Wajahnya berona merah.
“Th.. thanks..” balas Nuha perlahan.
Rafiq menghampiri Nuha dan menghulurkan tangan ke arah isterinya itu.
“We have three more hours to celebrate your birthday.” Kata Rafiq dan melihat ke arah jam di dinding rumah.
Nuha turut melihat ke arah jam di dinding. Sudah pukul 9 malam.
“Saya nak jadi orang terakhir yang sambut birthday awak.” Ujar Rafiq. Dia merenung lama wajah Nuha.
Nuha tergamam.
“Oh..” Jantung Nuha seolah-olah ingin melompat keluar.
“Shall we?” Soal Rafiq dengan senyuman.
Nuha memandang suaminya lalu dia tersenyum. Dia menyambut huluran tangan Rafiq dan mereka keluar bersama.
Sepanjang perjalanan, Nuha berasa tidak senang duduk. Kemana mereka akan pergi? Kenapa Rafiq begitu romantis dengannya?
“Ki.. kita nak pergi mana?” Soal Nuha.
Rafiq menoleh ke arah Nuha. Dia mengenyitkan mata ke arah isterinya itu.
“Rahsia.” Balas Rafiq.
Nuha mengetap bibir. Tak lama selepas itu, mereka telah tiba di tepi laut yang cantik dan diterangi dengan lampu di situ. Lebih mengejutkan, terdapat meja yang dihias cantik bersama lilin serta beberapa kelopak bunga ros. Terdapat belon yang banyak serta perkataan ‘Happy Birthday’ yang berada di situ.
Nuha tergamam. Dia menoleh ke arah Rafiq.
“A.. apa semua ni..” Mata Nuha berkaca. Sangkanya, Rafiq tidak mengambil tahu tentang hari lahirnya.
Rafiq tersenyum. Dia mendekati Nuha dan menjentik dahi gadis itu.
“Happy Birthday, My Wifefriend Nuha Alisya.” Bisik Rafiq.
Air mata Nuha menitis sedikit. Dia berasa sangat terharu dan juga begitu gembira sekali.
Rafiq terkejut apabila melihat air mata Nuha yang mengalir itu.
“Nuha? Awak okey? Saya minta maaf sebab dah buat awak terkejut.” Ujar Rafiq risau.
Nuha ketawa dan menggeleng. Dia melihat suaminya itu.
“No it’s okay.. Saya cuma happy. Tak pernah saya rasa happy macam ni..” jawab Nuha gembira.
Rafiq merenung gadis itu lagi.
Nuha tersenyum ke arah Rafiq.
“Terima kasih, awak.. It means so much to me.” kata Nuha sambil tersenyum manis.
Rafiq terpaku dengan senyuman gadis itu.
Ya.. dia sudah kalah dengan perasaannya sendiri.
Dia cintakan Nuha Alisya.
Rafiq menundukkan wajahnya. Dia menarik nafas dan tersenyum ke arah Nuha. Perlahan-lahan dia mencapai tangan Nuha dan terus menarik kerusi untuk gadis itu.
Nuha tersenyum dan duduk di atas kerusi itu.
Tiba-tiba datang 3 orang pelayan sambil membawa kek dan juga sejambak bunga ros merah pada Nuha.
“Happy birthday to you, Happy birthday dear Nuha Alisya. Happy birthday to you..” mereka menyanyi sambil bertepuk tangan dan mengucapakan tahniah.
Nuha begitu gembira ketika itu sambil mengucapkan terima kasih pada mereka. Setelah itu mereka semua beransur pergi dan memberikan ruang pada Rafiq dan Nuha.
Rafiq tersenyum apabila melihat isterinya yang gembira itu. Dia terus mengambil bunga ros yang diberi oleh mereka dan matanya memandang ke arah Nuha.
“Untuk awak.. Happy Birthday.” Ujar Rafiq dengan senyuman. Dia menghulurkan bunga ros itu pada Nuha.
Nuha mengambil bunga itu dengan senyuman. Dia memandang Rafiq.
“Thank you..” kata Nuha ceria.
Rafiq tersenyum.
Nuha melihat lelaki itu.
“Tapi… kenapa awak buat semua ni?” Soal Nuha ingin tahu.
Rafiq membalas pandangan Nuha.
“Because.. i wanna make you happy, Nuha.” Kata Rafiq.
Nuha memandang Rafiq lagi.
Rafiq mengetap bibirnya.
“And i want you in my life.” Kata Rafiq.
Nuha terkedu. Apa maksud Rafiq?
Rafiq menarik nafasnya. Dia mengeluarkan kotak rantai itu dan membukanya pada Nuha.
“Here. Your birthday present.” Ujar Rafiq dan membuka kotak rantai itu.
Nuha terpegun. Dia berasa tidak layak untuk menerima semua itu kerana dia bukanlah sesiapa bagi Rafiq. Mereka hanyalah rakan dari kecil saja.
“Tapi.. saya tak tak rasa yang saya layak untuk terima..” Nuha serba salah.
“Nuha..” Rafiq terus bangun dan mendekati isterinya.
“Anggap aje ni hadiah perkahwinan saya untuk awak. Selama ni, awak dah berkorban macam-macam untuk saya. Awak sudi terima perkahwinan ni dan awak sudi terima saya sebagai suami awak. Jadi..” Rafiq mengeluarkan rantai itu.
“Saya nak awak terima rantai ni.. This necklace, It made for you.” Ujar Rafiq.
Nuha terkedu lagi. Matanya berkaca. Dia melihat rantai itu dan mengangguk dan tersenyum ke arah Rafiq.
Rafiq tersenyum gembira. Perlahan-lahan dia menyarungkan rantai itu di leher Nuha.
Nuha membetulkan sedikit tudungnya dan memegang rantai itu.
“Cantik.. terima kasih.” Kata Nuha dan melihat Rafiq.
Rafiq membalas senyuman Nuha.
“You’re welcome.” Balas Rafiq lembut. Dia duduk semula di hadapan Nuha.
Tak lama selepas itu, seorang pelayan lelaki datang sambil membawa makanan pada mereka.
Nuha menelan liur apabila melihat steak serta desert yang sedap di situ.
“Wahh. Nampak sedap” kata Nuha terliur.
Rafiq hanya ketawa.
“Today is your day.” Balas Rafiq sambil memotong steak itu.
Usai mereka menikmati steak itu, Rafiq ada membuat kejutan lagi pada Nuha.
Rafiq melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah hampir pukul 12 malam.
“Nuha..” Rafiq melihat gadis itu.
Nuha yang ketika itu sedang memandang ke arah laut terus menoleh. Dia tersenyum.
“Hm?” Soal Nuha
Rafiq merenung mata isterinya dengan lama.
1.. 2.. 3…
“I love you.” Ucap Rafiq.
BOOOM!!!
Nuha tergama apabila melihat bunga api yang cantik itu di atas langit. Tidak mendengar luahan Rafiq tadi.
“Wah! Cantiknya..” kata Nuha dengan senyuman lebar.
Rafiq tersenyum. Walaupun Nuha tidak mendengar luahannya tadi, namun dia sengaja mahu meluahkan perkataan itu.
Dia ingin Nuha jatuh cinta dengannya tanpa ada apa-apa paksaan dan dia akan tetap menunggu Nuha sehingga lah gadis itu terima cintanya dengan ikhlas.
Nuha menoleh ke arah Rafiq. Dia tersenyum gembira.
“Awak nak cakap apa tadi?” Soal Nuha.
Rafiq tersenyum. Dia menggeleng.
“When the right times come.. I will tell you. Everyday.” Balas Rafiq.
Nuha terpinga-pinga.
Rafiq hanya tersenyum dan menyuap steak itu ke dalam mulutnya.
****
SEBAIK saja mereka tiba di rumah, Nuha terus baring di atas sofa.
Rafiq hanya ketawa melihat telatah isterinya itu.
Nuha menyandarkan tubuhnya pada sofa sambil tersenyum ke arah Rafiq.
“Awak nak tahu tak?” Soal Nuha.
Rafiq membuka suitnya itu dan memandang ke arah Nuha.
“Hm?” Soal Rafiq.
Nuha tersenyum.
“Bagi saya.. ni lah hari jadi yang paling saya happy sekali..” kata Nuha sambil menopang dagu ke arah Rafiq.
“Sebab?” Rafiq turut duduk di hadapan Nuha dan menongkat dagu ke arah gadis itu.
Nuha tersenyum.
“Sebab.. saya ada awak.” Ujar Nuha ceria.
Rafiq terkedu. Dia cuba memproses maksud di sebalik ayat isterinya itu.
Nuha bangun perlahan-lahan dan mendekati Rafiq. Dia memegang dada lelaki itu.
Jantung Rafiq mula berdegup pantas apabila Nuha mendekatkan wajah dengannya.
“Thank you.. for everything.” Ucap Nuha. Dia mengucup pipi Rafiq dengan lama.
Rafiq tergamam dengan tindakan isterinya. Dia terus memegang bahu Nuha dan melihat gadis itu dengan lama.
“Wh.. what are you doing..” Rafiq memandang gadis itu dengan debaran.
Wajah Nuha berona merah. Dia berasa sangat malu ketika itu. Dengan cepat dia berlari masuk ke biliknya.
“Emm.. goodnight!” Jerit Nuha dan menutup pintu biliknya. Argh! Malunya!
Rafiq yang masih lagi terkejut terus memegang pipinya. Dia tersandar pada sofa dan menahan nafasnya.
‘Nuha.. You drives me crazy.’ Bisik hati Rafiq. Dia meraup wajahnya dan cuba menenangkan dirinya itu.
Share this novel