USAI saja sarapan pagi, mereka meneruskan percutian dengan menikmati keindahan ladang teh di Cameron Valley Tea House 1. Sebelum itu, mereka sekeluarga singgah di sebuah cafe dan menikmati scone yang sedap dan menyelerakan.
Kak Ilya melihat Nuha dan Rafiq yang sedang berbual bersama Encik Kalil. Dia melihat adik lelakinya itu kelihatan sangat gembira.
Adakah Rafiq mencintai Nuha? Kak Ilya terus menyuap scone ke dalam mulutnya sambil melihat adiknya itu.
“Orang cakap, kalau tengok tumbuhan hijau ni memang tenang. Seronok Ayah tengok. Ramai juga orang datang sini.” Kata Encik Kalil sambil menghirup air teh panas itu.
Nuha mengangguk.
“Tulah, Ayah. Mungkin sebab cuti sekolah sama. Tu yang ramai.” Ujar Nuha pula dengan senyuman.
Kak Ilya berdehem. Dia melihat Rafiq yang menikmati dessert di situ. Kak Ilya mula tersenyum mengusik. Dia berbisik sesuatu di telinga suaminya.
“Biy. Izinkan Lya kacau Rafiq boleh? Alah, kali ni aje..” bisik Kak Ilya sambil tersengih.
Abang Emir mencubit hidung isterinya itu. Eleh. Nak minta izin pula.
“Sayang ni. Bukan ke semalam sayang dah janji taknak menyakat diorang?” Bisik Abang Emir pula.
Kak Ilya hanya mencebik.
“Lya boring lah. Krik krik aje diorang ni..” bisik Kak Ilya lagi.
Nuha hanya melihat Kak Ilya yang sedang berbisik bersama Abang Emir.
“Kak Ilya okey? Sedap kan scone tu? Kalau boleh, Nuha nak rasa semua makanan kat sini. Banyak pula tu pilihan.” Ujar Nuha dengan senyuman.
Kak Ilya menoleh. Dia ketawa.
“Haah. Betul tu Nuha. Rambang mata kalau datang sini.” Balas Kak Ilya pula. Dia melihat Rafiq yang sedang melihat pemandangan luar bersama Naufal.
“Ehem. Rafiq taknak suap Nuha scone tu ke? Tu favorite Nuha tau?” Soal Kak Ilya sengaja.
Abang Emir hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dengan usikan isterinya itu.
Nuha terkejut.
Rafiq menoleh. Dia turut terkejut.
Hah? Suap Nuha di hadapan mereka semua ni?
“Hahaha!” Rafiq dan Nuha pura-pura ketawa.
“Ish. Malu lah, Kak. Orang tengok nanti.” Kata Rafiq dengan wajah memerah.
Encik Kalil tersenyum-senyum.
“Suap aje lah. Isteri kamu juga kan?” Soal Encik Kalil.
Kak Ilya terus menahan tawa. Yes! Good Job Pakcik!
Rafiq berdehem. Dia melihat Nuha yang cuba bertindak seperti biasa.
Aduh..
Perlahan-lahan Rafiq menyuap scone itu ke mulut Nuha sambil dia memandang ke arah lain. Jantung mereka berdebar kuat.
“Wah.. So sweet! I like!” Kata Kak Ilya sambil menepuk tangannya.
Nuha dan Rafiq terus menoleh ke arah lain.
“Wow. Kakak Naufal ni dah makin sweet lah depan kitorang.” Gurau Naufal sambil ketawa.
Nuha terus mencubit lengan Naufal. Adiknya itu mengaduh kesakitan.
Tak lama selepas itu, mereka menaiki buggy ride dan melihat keindahan ladang teh di situ. Terdapat air terjun di tengah-tengah bukit.
Mereka turut mengambil gambar bersama sebagai kenangan.
Nuha begitu terpegun dengan keindahan alam itu. Betapa dia kagum dengan ciptaan yang Maha Esa.
Rafiq melihat Nuha dari jauh. Dia begitu gembira apabila melihat senyuman gadis itu. Perlahan-lahan Rafiq datang ke arahnya.
“Awak okey?” Soal Rafiq.
Nuha menoleh. Dia membalas senyuman Rafiq.
“Yup. Cantik juga tempat ni. Rasa tenang aje.” Balas Nuha.
“Baguslah macam tu..” Ujar Rafiq sambil berdiri di sebelah Nuha.
Rafiq melihat Kak Ilya yang sedang selfie bersama dengan suaminya serta Encik Kalil dan Naufal.
“Awak perasan tak yang Kak Ilya cuba nak kenakan kita?” Soal Rafiq
Nuha berdehem. Dia melihat Kak Ilya yang sedang ketawa itu.
“Haah.. Kak Ilya dah mula syak something ke pasal kita? Kalau kantoi macam mana?” Soal Nuha.
Rafiq terdiam seketika. Dia terus tersenyum.
“Hmm.. Kalau macam tu.. kita kena pastikan yang kak Ilya tak syak apa-apa.” Kata Rafiq.
Nuha terpinga-pinga.
“Huh? Awak nak buat apa?” Soal Nuha.
Rafiq terus merangkul pinggang Nuha dan memeluk isterinya itu.
Nuha tergamam dalam pelukan Rafiq.
“Wah!! Cantiknya tempat ni kan, sayang? Lepasni sayang nak pergi mana lagi?” Soal Rafiq sambil memegang kedua-dua pipi Nuha. Dia sengaja bercakap dengan kuat supaya Kak Ilya boleh mendengar suara mereka.
Kak Ilya menoleh. Dia memandang ke arah Nuha dan Rafiq dengan syak wasangka. Amboi..
“Kenapa sayang cantik sangat harini? You so cute like a little pumpkin!” Kata Rafiq lagi sambil memeluk bahu Nuha dengan erat.
Nuha masih lagi terkedu. Jantungnya macam nak meletup!
“Apa yang awak buat ni?” Soal Nuha dengan gigi diketap. Dia ketawa dan memeluk pinggang Rafiq.
“Ni yang orang cakap lakonan laki bini.” Balas Rafiq sambil tersenyum lebar pada Kak Ilya.
“Kenapa awak diam aje? Do something..” bisik Rafiq sambil ketawa lagi ke arah Kak Ilya.
Nuha menelan liurnya. Dia melihat Kak Ilya yang masih lagi melihat mereka dengan memeluk tubuh.
Nuha terus memeluk pinggang Rafiq dengan erat. Dia ketawa.
“Hm.. Suami saya ni pun kenapa handsome sangat? Susah la saya kalau macam ni hari-hari.” Kata Nuha sambil mencubit pipi Rafiq dengan kuat.
“Hmmmm. So cute!” Kata Nuha dan Rafiq serentak. Mereka berpelukan dan melagakan pipi bersama.
Kak Ilya membuat wajah jengkel.
“Ugh.” Getus Kak Ilya. Cringe.
Dia terus datang ke arah Nuha dan Rafiq dari belakang. Dengan kuat Kak Ilya menampar bahu Rafiq.
“Kau tak payah nak menunjuk sangat lah depan aku. Aku dengan laki aku pun tak macam ni.” Kata Kak Ilya dengan geli. Dia beredar pergi sambil mendapatkan suaminya.
Rafiq dan Nuha berdehem. Wajah mereka berona merah lalu mereka melepaskan pelukan dan terus mengikut langkah Kak Ilya serta keluarga mereka.
“Awak lah ni. Kan dah malu.” Kata Nuha sambil menolak bahu Rafiq.
“Apa?” Rafiq mencebik.
Mereka meluangkan masa bersama dengan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Floral Park dan beberapa destinasi yang lain.
Sambil itu mereka singgah menikmati makan tengahari bersama di Opah Strawberry dan juga membeli buah tangan pada Datin Haida dan juga Datuk Ilham di Kea Farm.
Naufal begitu teruja dengan makanan di situ. Dia turut membeli beberapa buah tangan pada rakan-rakan sekelasnya.
Sebaik saja mereka pulang ke hotel untuk berehat, kaki Nuha terus kebas.
“Adoi. Sakitnya.” Nuha terus terduduk di atas sofa dan mengurut kakinya dengan perlahan.
Rafiq membuka jam tangannya dan di letakkan di atas kabinet meja.
“Awak okey?” Soal Rafiq. Dia mendekati isterinya itu.
Nuha melihat Rafiq dengan wajah yang kesakitan.
“Entah. Tiba-tiba aje kaki ni cramp.” Kata Nuha
Rafiq terus duduk di hadapan Nuha.
“Bak sini kaki tu.” Ujar Rafiq. Dia mengeluarkan minyak urut yang dibawanya bersama.
Nuha mengangkat kening.
“Ha? Nak buat apa? Awak nak potong kaki saya ke?” Soal Nuha sambil ketawa.
Rafiq menjentik dahi Nuha lalu dia menarik kaki gadis itu dan diletakkan di atas pahanya.
“Bukan lah.. Duduk diam-diam.” Kata Rafiq. Dia meletakkan minyak urut di telapak tangannya dan perlahan-lahan Rafiq mengurut kaki isterinya itu.
Nuha yang pada mulanya terkejut terus melihat Rafiq. Kakinya tidak sekebas tadi.
“Wow.. tak sangka awak boleh mengurut?” Soal Nuha.
Rafiq tersenyum sedikit.
“Arwah Tokba dulu pernah urut kaki saya. Masa tu kaki saya terseliuh. So dia lah yang ajar teknik mengurut tu macam mana.” Ujar Rafiq.
Nuha terpegun lagi. Dia turut tersenyum.
“Wah.. bagusnya. Boleh buka spa ni.” Gurau Nuha.
Rafiq terus ketawa. Dia begitu fokus mengurut kaki Nuha.
Nuha memandang Rafiq dengan lama. Dia berasa sangat selesa dengan lelaki itu.
Rafiq mengangkat wajah. Mata mereka bertentangan.
Nuha tersenyum.
“Boleh saya tanya sikit?” Soal Nuha.
Rafiq terus melihat ke arah lain. Dia ketawa.
“Tanya lah..” Soal Rafiq sambil mengurut pergelangan kaki Nuha.
Nuha terdiam seketika. Dia berdehem.
“Kalau.. awak jatuh cinta lagi sekali.. apa awak nak buat?” Soal Nuha
Rafiq terhenti. Dia memandang Nuha dengan lama lalu dia tersenyum sedikit.
“Mungkin.. saya takkan lepaskan gadis tu lagi.” Kata Rafiq perlahan.
Nuha terdiam. Adakah Rafiq masih teringatkan Nadia? Gadis pertama yang Rafiq jatuh cinta dahulu?
Rafiq memandang Nuha lagi.
“Kalau awak pula?” Soal Rafiq.
Nuha terdiam. Dia menundukkan wajahnya.
“Kalau saya.. mungkin saya nak bersama dengan lelaki tu. Sampai bila-bila..” ujar Nuha.
Rafiq terdiam lama. Dia tahu, Nuha akan jatuh cinta juga pada mana-mana lelaki lain. Dan yang pasti, lelaki itu bukanlah dia.
“Oh.. I see.. baguslah macam tu.” Kata Rafiq dan tersenyum kelat. Dia menghentikan urutan di kaki Nuha lalu dia bangun.
Belum sempat Rafiq beredar, Nuha terus memeluknya.
Rafiq terkejut.
Nuha tidak memandang Rafiq. Tetapi dia tidak mahu Rafiq pergi.
“Thank you. For everything.” Ujar Nuha dalam pelukan.
Rafiq terkedu. Dia dapat merasakan jantungnya berdegup laju. Kenapa gadis itu sering membuat hatinya tidak tentu arah?
Share this novel