PAGI itu, Rafiq membuka pintu biliknya dengan perlahan-lahan. Dia melihat sekeliling rumah namun kelibat Nuha tiada di dapur mahupun di ruang tamu.
Rafiq terus mengetuk pintu bilik Nuha.
“Nuha?” Panggil Rafiq. Setelah dia membuka pintu itu, Nuha tiada di dalam bilik.
Rafiq mengerutkan dahi. Kemana gadis itu pergi? Dia yang ketika itu sudah bersedia mahu ke tempat kerja terus meluru ke dapur. Dia melihat ada bihun goreng dan juga air teh panas di atas meja makan.
Terdapat satu nota di situ.
Rafiq membaca nota itu.
- Sorry tak dapat nak teman awak breakfast sekali.. Saya kena pergi butik dulu sebab ada hal sikit. Ni saya dah buatkan bihun goreng. Before awak pergi kerja, makan dulu tau? Jangan cuba nak skip breakfast! See you at home. Bye. :) - Nuha Alisya
Rafiq menarik nafas dan terus duduk di atas kerusi. Dia termenung seketika.
“Dia marah aku ke pasal semalam?” Getus Rafiq sendiri. Dia mengetap bibirnya apabila teringatkan tentang malam itu.
“Aduh.. macam mana ni?” Getus Rafiq perlahan. Dia terus membaca doa makan dan menjamah bihun goreng buatan isterinya itu.
‘Hm! Sedapnya!’ Bisik hati Rafiq. Dia makan bihun itu dengan penuh selera.
Usai sarapan pagi, Rafiq terus bersedia untuk ke tempat kerjanya. Sempat lagi dia menghantar mesej pada Nuha.
- Thank you for another great breakfast! I will treat you next time. Jumpa kat rumah nanti! :) - Rafiq Zuhayr
Rafiq terus menekan butang send. Dia mengetap bibirnya.
Kenapa rasa awkward pula ni? Mereka berdua hanya bertindak seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku antara mereka semalam.
“Patut ke aku minta maaf kat dia pasal semalam? Tapi.. nanti lagi awkward pula.” Getus Rafiq lagi. Dia mengetuk dahinya sendiri.
“Ke buat macam biasa aje?” Rafiq berjalan ulang-alik.
“Aduh.. Kenapa kau kiss dia, Rafiq??” Marah Rafiq sendiri. Rasa menyesal dengan tindakannya semalam. Dia berjalan ulang-alik lagi.
Tiba-tiba mesejnya masuk.
- Sama-sama. Jumpa kat rumah nanti. :)- Nuha Alisya
Rafiq meraup wajahnya. Kenapa gadis itu hanya bertindak seperti biasa saja? Adakah Nuha okey?
Aduh..
Rafiq menarik nafasnya dan terus membuka pintu kereta. Tidak mahu berfikir banyak lagi pasal itu.
****
NUHA meletakkan telefon bimbitnya ke dalam handbag setelah dia membalas pesanan mesej dari Rafiq. Perlahan-lahan dia meraup wajah.
Walaupun dia hanya bertindak biasa seperti tiada apa yang berlaku antara mereka malam semalam tapi dia masih lagi tidak boleh melupakan perkara itu. Kerana itulah dia pergi ke butiknya dengan begitu awal sekali. Dia malu sekiranya bersemuka dengan Rafiq.
“One kiss won’t ruin our friendship, right?”
“I think it does..” getus Nuha sendiri. Nuha terus menepuk-nepuk pipinya.
“Okey Nuha. Chill! Buat biasa aje, okey?” Kata Nuha sendiri. Dia terus menguruskan butiknya itu.
Tiba-tiba dua orang pekerjanya Aisya dan juga Anne masuk ke dalam butik. Mereka terkejut apabila melihat Nuha di situ.
“Assalamualaikum.. Morning Kak Nuha” kata mereka berdua pada Nuha yang sedang sibuk melakar busana baju pada kertas lukisan.
“Waalaikumsalam. Morning.” Jawab Nuha dan menyambung lakarannya. Dia hanya berbuat seperti biasa.
“Awalnya Kak Nuha datang?” Soal Aisya sambil meletakkan begnya.
Nuha hanya tersenyum. Dia terus bangun dan mencari fabrik yang sesuai untuk baju pengantin.
“Biasalah.. bukan selalu Kak Nuha nak buat overtime.” Kata Nuha dan pura-pura ketawa.
Anne tersenyum sendiri. Dia duduk di sebelah Nuha.
“Macam mana Kak Nuha? Best tak kahwin? Tahniah tau. Kitorang harap Kak Nuha happy dengan husband.” Kata Anne dengan senyuman.
Aisya mengangguk.
Nuha tersenyum sedikit.
“Thank you.. Alhamdulillah.. Kitorang okey aje.” Kata Nuha bersahaja. Dia berpura-pura tersenyum.
Tiba-tiba Nuha teringat lagi pasal malam itu..
“One kiss won’t ruin our friendship, right?”
Nuha terus berdiri dengan laju.
“Ish! Apahal kau asyik fikir pasal tu aje?!” Kata Nuha sambil menepuk-nepuk pipinya kuat.
Aisya dan Anne terkejut dengan tindakan Nuha itu. Tidak pernah mereka melihat Nuha tak tentu arah sebegitu. Selalunya Nuha seorang yang tenang walaupun berada di butik.
“Kak Nuha okey ke?” Soal Aisya risau.
Nuha memandang mereka. Dia tersengih.
“Ha? Err.. Okey aje! Kak Nuha okey.. Tak ada apa yang perlu dirisaukan..” kata Nuha sambil memandang lakarannya semula. Dia mengetap bibir dengan kuat.
Tiba-tiba pintu butik dibuka dari luar. Nuha serta mereka berdua menoleh serentak.
“Mana dia Nuha Alisya Binti Mohamad Kalil???” Laung Mira. Rakan baiknya.
Nuha membulatkan matanya. Alamak! Dia terlupa mahu memberitahu Mira tentang hari pernikahannya dengan Rafiq dahulu. Dengan cepat Nuha berjalan ke arah Mira.
“Chingu! Kenapa kau datang? Rindu aku eh??” Kata Nuha sambil memeluk Mira.
Mira meleraikan pelukan dan terus mencekak pinggang ke arah Nuha. Boleh pula rakannya itu bertindak biasa? Mira terus menarik tangan Nuha supaya keluar dari butik.
“Meh sini. Mommy Mira nak marah ni!" Bebel Mira sambil mencubit pipi Nuha.
“Aku dengar yang kau dah kahwin? Kenapa kau tak bagitahu aku pasal tu? Dah lah kahwin mengejut.” Marah Mira.
Nuha mengetap bibir. Dia memintal-mintal hujung tudungnya.
“Si.. siapa bagitahu kau?” Soal Nuha.
“Nasib baik lah Naufal yang bagitahu. Kalau tak sampai ke sudah lah aku tak tahu yang kau tu dah kahwin. Silap-silap kau dah berbadan dua baru lah aku tahu.” Marah Mira lagi sambil mencubit lengan Nuha.
Nuha mengaduh kesakitan. Ish Naufal ni! Mulut tempayan betul.
Nuha dan Mira terus berbual di sebuah kafe yang berdekatan dengan butiknya.
Mira memeluk tubuh. Dia memandang tajam wajah Nuha.
“Sila jelaskan dalam masa 5 minit.” Kata Mira serius.
Nuha mengetap bibir.
“Sorry la Mira.. Bukannya aku taknak bagitahu kau.. tapi aku tak bersedia lagi.. Aku takut bila aku cerita pasal semua tu.. kau takkan setuju. Lagipun aku kahwin dengan dia bukannya disebabkan cinta..” jelas Nuha perlahan.
Mira terkejut.
“Nuha? Kau dah fikir masak-masak ke sebelum kau berkahwin dengan dia? Siapa lelaki tu?” Soal Mira.
Nuha mengetap bibir.
“Rafiq Zuhayr. Kawan aku masa kecil dulu..” kata Nuha perlahan.
Mira terlopong. Tidak menyangka yang Nuha mempunyai rakan lelaki sejak kecil? Wah. Interesting.
“Okey then. Kenapa kau kahwin dengan dia?” Soal Mira lagi. Dia mula risau dengan keadaan Nuha. Bagaimana kalau Nuha tak bahagia?
“Aku nak lari dari Irfan.” Kata Nuha sambil menghirup air latte di dalam cawannya itu.
Mira mengerutkan dahi.
“Mamat tu kacau kau lagi ke?” Soal Mira dengan geram. Memang sejak dulu lagi dia tidak sukakan bekas tunang Nuha itu. Baginya Irfan seorang lelaki yang panas baran dan juga sombong.
Nuha mengangguk.
“Sebab tu lah aku kahwin dengan Rafiq.. aku tak nak Irfan ganggu aku lagi..“ kata Nuha.
Mira menarik nafasnya. Dia terus menyandarkan tubuh pada kerusi.
“Nuha.. kenapa kau tak bagitahu aku langsung pasal mamat sombong tu? Kalau tak, siaplah si Irfan tu kena tumbuk dengan aku haa..” Kata Mira dengan geram.
Nuha tersenyum sedikit. Mira memang nampak garang tapi rakannya itu seorang yang sangat baik dan protective. Sebab itulah Nuha senang mempunyai sahabat baik seperti Mira.
“Sorry. Aku taknak lah libatkan masalah aku dengan kau lagi..” kata Nuha perlahan.
Mira menghela nafas.
“Nuha.. Kau tu member aku tau? Masalah kau tu pun masalah aku juga. Aku kan nak yang terbaik aje untuk kau.” Kata Mira sambil melihat Nuha yang rasa bersalah.
Nuha tersenyum kelat.
Mira membetulkan duduknya.
“Okey, sekarang ni aku dah faham kenapa kau kahwin dengan Rafiq. Tapi kau patut bagitahu aku dari awal, Nuha. Kau tahu kan yang aku akan sentiasa sokong kau? Aku taknak kau terluka lagi disebabkan seorang lelaki. Aku taknak tengok kau menangis lagi.” Kata Mira. Cukuplah dia pernah melihat Nuha menangis dengan teruk sejak rakannya itu putus tunang dengan Irfan.
Nuha mengangguk. Dia menarik nafas dengan dalam.
“Okey.. sorry chingu..” kata Nuha sambil membuat wajah sedih.
Mira tersenyum sedikit. Dia memeluk tubuh.
“Tapi kan.. yang aku pelik? Kenapa Rafiq tu terima juga nak kahwin dengan kau?” Soal Mira sambil mengerutkan dahi.
Nuha tersengih. Dia mengusap-usap keningnya.
“Err..” Nuha berdehem.
Mira mengangkat kening. Apa pula kalini?
“Dia kahwin dengan aku pun sebab wasiat arwah Tokba dia.” Kata Nuha sambil memandang ke arah lain.
Mira terlopong lagi. Apa mereka berdua fikir yang kahwin tu cuma olok-olok aje ke??
“What? Jadi korang kahwin sebab ada tujuan masing-masing?” Soal Mira. Dia sangkakan yang Rafiq turut mencintai rakannya itu.
Nuha bersiul sedikit.
Mira memicit kepalanya.
“Nuha… kau ingat perkahwinan ni macam kontrak aje ke? Kalau boleh.. kita nak dalam perkahwinan tu kekal sampai bila-bila tau?” Pesan Mira.
“Kami dah buat perjanjian.. akan setuju untuk berpisah bila masanya tu dah tiba.. dan buat haluan masing-masing. Untuk kebaikan kami berdua juga.” Kata Nuha.
Mira terus menarik nafas dengan dalam.
“Kenapa korang buat semua tu?” Soal Mira
Nuha terdiam seketika. Dia teringatkan Rafiq. Lelaki itu begitu baik dengannya. Rafiq layak bersama dengan orang yang dia cinta nanti.. dan bukannya dia.
“Aku cuma nak yang terbaik aje untuk Rafiq.. Aku taknak bila dia kahwin dengan aku, akan buat dia rasa terhalang untuk jatuh cinta dengan orang lain.. aku taknak semua tu. Aku taknak dia rasa terkongkong. So aku takkan halang dia untuk jatuh cinta dengan sesiapa nanti.. Lagipun, kami berdua kahwin ni.. bukannya sebab cinta.” Jelas Nuha perlahan
“Dan aku.. tak kisah pun pasal semua tu..” kata Nuha sambil memandang ke arah lain.
Mira mengeluh.
“Betul ke kau tak kisah?” Soal Mira dan melihat reaksi Nuha yang berubah.
“Babe. Dia tu suami kau tau? Dah memang jadi milik kau seorang. Kenapa kau nak fikir pasal orang lain? Korang berdua patut bagi peluang pada cinta tu.. Kenal cinta tu semula..” bebel Mira
“Dan kau, Nuha..” Mira memandang Nuha lagi.
Nuha memandang rakannya itu.
“Bagi peluang tu pada Rafiq untuk kenal cinta kau. Mana lah tahu.. kalau suatu hari nanti, dia boleh cintakan kau lebih dari si Irfan tu?” Kata Mira.
Nuha tergamam setelah mendengar kata-kata sahabatnya itu.
Mira tersenyum.
“Aku doakan yang terbaik untuk korang. Apa-apa hal. Kau bagitahu aje kat aku okey?” Kata Mira.
Nuha terdiam lama. Dia terus mengangguk perlahan.
Mira bangun.
“Okey lah. By the way, aku dah lambat ni. Ada hal sikit. Saja la nak jumpa kau dulu. Bye, chingu. Next time kita jumpa lagi, okey?” Kata Mira sambil mereka berpelukan.
Nuha tersenyum.
“Bye, Mira. Drive safe.” Pesan Nuha. Dia melihat kereta Mira berlalu dari situ.
“Korang berdua patut bagi peluang pada cinta tu.. Kenal cinta tu semula..”
Nuha meraup wajahnya. Patutkah dia memberi peluang pada Rafiq untuk jatuh cinta dengannya? Sedangkan mereka sudah pun berjanji untuk tidak saling jatuh cinta. Dia teringat semula janjinya pada Rafiq dahulu.
“Do not fall in love with each other.”
Nuha mengetuk dahinya sendiri.
“Apa lah kau ni, Nuha..” getus Nuha sendiri.
****
MALAM itu, Nuha dan Rafiq menonton televisyen seperti biasa. Mereka hanya mendiamkan diri.
Nuha mengerling ke arah Rafiq di sebelahnya. Kedudukan mereka pada sofa itu agak jauh.
Rafiq turut mengerling ke arah Nuha.
Nuha terus menoleh ke arah lain.
Rafiq mengetap bibir. Dia berdehem. Nampaknya Nuha masih marah lagi pasal malam itu! Rafiq tak boleh tahan lagi! Dia perlu berkata sesuatu.
“Nuha..”
“Awak..”
Mereka berdua berkata serentak.
Rafiq dan Nuha terkejut.
Nuha berdehem.
Rafiq menarik nafas.
“A.. awak cakap lah dulu.” Kata Rafiq dengan segan.
Nuha menundukkan wajahnya.
“Sorry.. pasal semalam. Saya tak sedar apa yang saya buat masa tu.” Kata Nuha malu.
Wajah Rafiq terus membahang. Tidak menyangka yang Nuha turut memikirkan tentang hal itu.
“Oh..“ Rafiq berdehem.
Mereka terdiam seketika.
“I’m sorry too.. i shouldn't make you feel uncomfortable about last night.” Kata Rafiq perlahan.
Nuha terus bangun dari sofa. Dia menghulurkan tangannya pada Rafiq. Ingin bersalaman.
“So.. kosong-kosong?” Kata Nuha dengan wajah yang berona merah.
Rafiq ketawa sedikit. Dia bersalam dengan Nuha.
“Okey. Kosong-kosong.” Balas Rafiq dengan senyuman.
Nuha mengangguk. Dia duduk semula.
“So let’s pretend it doesn’t happen between us.” Kata Nuha sambil memandang televisyen.
Rafiq hanya memandang. Dia mengangguk. Asalkan Nuha sudah okey dengannya, itu yang penting.
“Okey.” Balas Rafiq lagi. Tapi.. jauh di sudut hatinya, memang agak sukar untuk dia melupakan kucupannya pada bibir Nuha malam itu.
Rafiq terus menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia perlu menghormati Nuha dan patut melupakan tentang hal itu!
Mereka terdiam.
Rafiq mengerling ke arah Nuha. Dia perlu buat sesuatu supaya Nuha tidak kekok dengannya.
“Emm.. By the way, do you know how to play basketball?” Soal Rafiq pada Nuha.
Nuha mengangguk.
“Tahu. Saya pernah main masa kat sekolah dulu.” Kata Nuha sambil melihat Rafiq yang sudahpun bangun.
Rafiq tersenyum. “Okey then.”
“Tunggu sini kejap.” Kata Rafiq. Dia terus berlalu dan mengambil bola keranjang di dalam biliknya.
Nuha terpinga-pinga.
Rafiq muncul semula sambil membawa bola keranjang itu. Dia melemparkan bola itu pada Nuha.
Nuha menyambut bola itu. Dia turut bangun dari sofa.
“Saya cabar awak untuk kalahkan saya malam ni.” Kata Rafiq dengan senyuman sinis.
Nuha terlopong. Kemudian dia mengetap bibir.
Wah! Ini Nuha Alisya lah! Pantang dicabar!
Nuha terus mengikat rambutnya dengan tinggi.
Dia membaling semula bola itu pada Rafiq.
“Siapa yang menang game ni, kena belanja makan.” Kata Nuha pula. Dia tersenyum sinis.
“Deal.” Balas Rafiq dengan senyuman.
Nuha memeluk tubuh.
“Tapi.. kita nak main kat mana?” Soal Nuha.
Rafiq tersenyum.
“Let’s go downstairs.” Kata Rafiq. Dia menarik tangan Nuha supaya turun ke bawah. Terdapat court bola keranjang di tingkat bawah.
Nuha terlopong. Rumah lelaki itu sudah lah besar. Siap ada court basketball lagi.
Rafiq terus melantun-lantunkan bola itu ke lantai court. Dia memandang Nuha dengan senyuman sinis.
“Are you ready, Nuha Alisya?” Soal Rafiq membaling bola itu pada Nuha.
Nuha mengetap bibirnya. Nampaknya Rafiq belum kenal lagi siapa dirinya yang sebenar. Ini Nuha Alisya lah!
“More than ready.” Balas Nuha. Dia terus melantun-lantukan bola itu. Rafiq menghalang gerakan Nuha, Nuha terus menarik kolar baju Rafiq lalu dia mengenyitkan matanya.
Rafiq tergamam setelah Nuha mengenyitkan mata ke arahnya.
‘Comel betul..’ Rafiq terleka seketika.
Lalu dengan cepat Nuha menjaringkan bola keranjang itu.
Nuha = 1 Rafiq = 0
“What?! That’s not fair!” Kata Rafiq sambil ketawa.
Nuha mengangkat kening.
“Kenapa pula? Saya bukannya buat apa-apa pun.” Dalih Nuha.
Rafiq merampas bola itu dari Nuha.
“Awak baru aje kenyit mata kat saya tadi tau? Mana adil macam tu.” Bebel Rafiq.
Nuha ketawa.
“Siapa suruh awak cepat distract?” Soal Nuha dengan sinis.
Rafiq mendekati Nuha dan merenung mata gadis itu.
Nuha terkedu dengan pandangan Rafiq yang serius itu. Hatinya mula bergetar.
“We’ll see about that.” Kata Rafiq dengan senyuman sinis sambil melantun-lantunkan bola itu.
Nuha tersedar semula. Dia terus menghalang Rafiq. Tetapi gerakan lelaki itu terlalu pantas. Tambahan pula Rafiq lebih tinggi darinya.
Dengan sekali lompatan, Rafiq berjaya menjaringkan bola itu. Dia ketawa ke arah Nuha sambil bersiul-siul.
Nuha mula geram.
Ketika Nuha ingin merampas bola itu, dia telah tersadung dan terlanggar tubuh Rafiq. Mereka berdua terjatuh bersama.
“Auchh.” Getus Nuha. Dia melihat Rafiq yang turut mengaduh kesakitan.
Mereka berpandangan.
Tiba-tiba mereka berdua ketawa.
“Haha. What are you doing?” Soal Rafiq dengan tawa. Dia terus bangun dan menghulurkan tangannya pada Nuha.
Nuha melihat bola itu di tangan Rafiq. Dengan cepat Nuha bangun dan merampas bola itu.
Rafiq terkejut. Dia ketawa lagi
“Nuha!” Rafiq terus berlari ke arah Nuha.
Nuha melantun-lantunkan bola itu lalu dia menjaringkannya.
Nuha = 2 Rafiq = 1
“Yes!!” Kata Nuha sambil tersengih. Dia memeluk tubuh.
Rafiq tersenyum sedikit. Mereka terus duduk dan berehat di situ.
“Saya bagi chance aje tu.” Kata Rafiq selamba.
Nuha mencebik.
“Eleh. Ingatkan pro sangat.” Kata Nuha.
Rafiq terus menjentik dahi Nuha.
Nuha ketawa kuat.
“Selalunya awak main dengan siapa?” Soal Nuha.
Rafiq terus membaringkan tubuhnya di atas lantai itu.
“Biasanya saya akan ajak kawan-kawan saya main kat sini sekali.” Kata Rafiq dengan senyuman.
Nuha mengangguk faham.
Rafiq menoleh ke arah Nuha yang duduk di sebelahnya.
“Tapi sekarang ni awak dah ada.. saya main dengan awak ajelah.” Kata Rafiq sambil ketawa sedikit.
Nuha tersentak. Wajahnya berona merah.
“Oh..” getus Nuha malu.
Rafiq tersedar sesuatu. Alamak. Kau buat hal lagi lah Rafiq..
Mereka terdiam lama.
Nuha terus bangun dan melihat suaminya yang masih lagi berbaring.
“Jom lah kita naik atas. Esok kan awak kerja?” Soal Nuha. Ketika dia ingin berlalu, Rafiq telah menarik tangannya.
“Thank you..” kata Rafiq sambil melihat Nuha.
Nuha mengangkat kening.
“For?” Soal Nuha.
Rafiq terus bangun dan memandang lama wajah Nuha. Perlahan-lahan dia mengusap kepala Nuha.
“For everything..” balas Rafiq dengan senyuman. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Nuha yang terkedu.
Nuha memegang kepalanya yang diusap oleh Rafiq tadi. Jantungnya mula berdegup laju. Kenapa dia rasa begini?
Share this novel