Bab 8

Romance Series 35227

SEBAIK saja selesai makan tengah hari dan juga solat zohor, Rafiq terus mengajak Nuha dengan melawat kubur arwah Puan Laila. Sudah tentu Nuha terlalu merindui arwah ibunya. Mereka juga turut bercadang mahu melawat Encik Kalil dan juga Naufal nanti.

Rafiq hanya tenang menunggu Nuha di dalam kereta. Tak lama selepas itu, Nuha terus datang ke arahnya dengan senyuman.

Rafiq terpaku seketika setelah melihat Nuha yang begitu ayu memakai baju kurung. Nampak cantik dan manis.

‘Cantiknya..’ Getus hati Rafiq.

Nuha terus masuk ke dalam kereta dan senyum sedikit ke arah Rafiq.

“Sorry lambat. Saya bawa buah tangan sikit kat Ayah dengan Naufal.” Kata Nuha dengan sengihan.

Rafiq senyum.

“It’s okay. Awak dah ready ke?” Soal Rafiq

Nuha mengangguk. Dia menarik nafasnya dengan senyuman.

“Haah. Tak sabar nak jumpa dengan ibu.” Kata Nuha sambil bermain-main dengan jemarinya sendiri.

Rafiq hanya senyum.

“Arwah ibu pun mesti rindu kat awak juga.” Ujar Rafiq dengan lembut.

Nuha senyum dan mengangguk. Dia terus memandang Rafiq.

“Thank you, awak..” Kata Nuha dengan senyuman.

Rafiq yang sudahpun membawa keretanya menoleh ke arah Nuha sekilas.

“Hm? Kenapa?” Soal Rafiq

Nuha menundukkan wajahnya. Dia berdehem.

“Thank you sebab.. awak selalu faham saya.” Ujar Nuha dengan ikhlas

Rafiq hanya senyum.

“It’s okay lah. Awak kan wifefriend saya?” Balas Rafiq sambil menjentik dahi Nuha dengan lembut.

Nuha hanya ketawa kecil. Dia sangat selesa dengan lelaki itu. Rafiq sentiasa memahami dan selalu membantunya.

Sebaik saja mereka tiba di tanah perkuburan itu, Nuha dan Rafiq terus melawat kubur arwah Puan Laila. Mereka menyiram air dan juga sedekahkan Al-Fatihah pada arwah Puan Laila sambil Nuha melepaskan rasa rindu pada arwah ibunya.

Rafiq melihat Nuha di sebelah yang kelihatan sebak sambil mengusap kubur Puan Laila. Perlahan-lahan dia mengusap bahu Nuha untuk memberikan kekuatan pada gadis itu.

Nuha mengusap batu nisan Puan Laila. Dia senyum tawar.

“Assalamualaikum ibu, Nuha dengan Rafiq datang ni.” ujar Nuha dengan sebak

“Nuha rindu sangat kat ibu.. Setiap malam Nuha sentiasa mimpi Ibu. Ibu pun rindu Nuha juga eh?” Nuha ketawa kecil sambil mengesat sedikit air matanya.

“Tapi ibu jangan risau tau? Nuha happy aje kat sini.. dengan Ayah. Dengan Naufal.. Dengan Rafiq. Alhamdulillah. Nuha bersyukur sangat.” Kata Nuha dengan senyuman.

Rafiq memandang Nuha dengan lama. Adakah Nuha bahagia dengannya? Hatinya terus bergetar seketika dengan kata-kata gadis itu.

“Ayah dengan Naufal pun selalu rindukan ibu.. Nuha doakan, Ibu sentiasa tenang kat sana ya? InshaAllah.. ada masa nanti, Nuha datang lagi melawat ibu kat sini dengan Ayah dan Naufal sekali.. Kami semua sayang sangat kat ibu.” Kata Nuha dengan air mata yang menitis sedikit. Dia mengusap kubur arwah ibunya itu dengan lembut.

Begitu lama dia melepaskan rasa rindunya pada arwah Puan Laila dan selepas itu mereka berdua terus bersedia untuk pulang ke rumah Encik Kalil.

“Kami balik dulu ya ibu? I will miss you.. Bye. Assalamualaikum.” Kata Nuha dengan senyuman. Dia mengusap batu nisan itu dan terus bangun bersama dengan Rafiq.

Rafiq berjalan di sebelah Nuha dan melihat wajah gadis itu.

“Awak dah okey?” Soal Rafiq.

Nuha menoleh. Dia mengangguk gembira.

“Much better.” Jawab Nuha dengan senyuman.

Rafiq turut tersenyum.

“Alhamdulillah. Baguslah macam tu.” Balas Rafiq lega. Sekurang-kurangnya Nuha dalam keadaan yang baik, itu sudah cukup baginya.

****

“ASSALAMUALAIKUM, Ayah.” panggil Nuha dengan gembira dari luar rumah.

Encik Kalil terus membuka pintu rumah dan akhirnya dia tersenyum lebar setelah melihat Nuha dan Rafiq di hadapan pintu rumah.

“Waalaikumsalam, Ya Allah, kamu berdua ni.. Kenapa datang tak bagitahu? Terkejut lah Ayah.” Kata Encik Kalil sambil mengusap kepala Nuha disebalik udung gadis itu.

Nuha hanya ketawa kecil dan menyalam tangan ayahnya itu sambil memeluk Encik Kalil dengan erat. Betapa rindunya dia pada Encik Kalil.

Rafiq turut menyalam tangan Encik Kalil.

“Ayah apa khabar? Sihat ke?” Soal Rafiq ramah.

Encik Kalil tersenyum. Dia mengusap bahu menantunya itu.

“Alhamdulillah.. Ayah sihat aje Rafiq. Cuma tu lah. Terkejut terus bila tengok kamu berdua datang.” Balas Encik Kalil sambil mencubit pipi Nuha.

Nuha tersengih.

“Maaflah Ayah, kami saja aje datang sini nak tengok Ayah dengan Naufal. Lagipun Nuha dengan Rafiq baru aje balik dari lawat kubur arwah ibu. Tu yang singgah sini kejap. Rindu pula kat Ayah. Hehe.” Jawab Nuha. Dia merangkul lengan Encik Kalil dengan manja.

Encik Kalil tersenyum sedikit. Rasa rindu pada arwah isterinya semakin menggunung

“Ayah pun rindu juga kat anak ayah ni. Sejak kamu dah kahwin sekarang, susah betul ayah nak tengok kamu.” Gurau Encik Kalil

Nuha hanya ketawa. Dia memeluk lengan Encik Kalil.

“Hehe. Mana ada lah.. Lagipun, Nuha dengan Rafiq kerja.. Kalau ada masa free, kami akan datang sini tengok Ayah.” Pujuk Nuha.

Encik Kalil mengusap kepala Nuha dengan lembut. Dia tersenyum saja.

“Ni kami ada bawa buah tangan sikit kat Ayah. Apa-apa hal nanti, Ayah bagitahu aje kat kitorang, ya?” Ujar Rafiq sambil memberikan sedikit buah-buahan dan juga lauk yang dimasak oleh Nuha tengah hari tadi pada Encik Kalil.

Encik Kalil senyum dan mengambil pemberian dari anak menantunya itu.

“Kamu berdua ni, buat susah-susah aje lah. Terima kasih banyak ya..” Kata Encik Kalil dengan senyuman.

Nuha tercari-cari kelibat adik lelakinya itu.

“Eh? Mana Naufal, Ayah?” Soal Nuha

“Macam biasa lah. Keluar lepak dengan kawan-kawan dia.” Balas Encik Kalil.

“Ish budak ni. Bukannya nak teman Ayah kat rumah.” Bebel Nuha

Encik Kalil ketawa.

“Alah, biasalah tu. Dia pun dah besar. Mestilah dia nak keluar dengan kawan-kawan dia juga.” Balas Encik Kalil.

Nuha mencebik.

“Kesian kat Ayah lah. Seorang-seorang aje kat rumah.” Kata Nuha

Encik Kalil ketawa lagi.

“Ish. Tak ada apa lah. Ayah dah biasa.. Eh, jom lah masuk. Kita minum-minum dulu.” Ajak Encik Kalil.

Nuha dan Rafiq terus masuk ke dalam rumah Encik Kalil.

Mereka terus berbual di atas sofa dan meluangkan masa bersama.

Nuha beredar ke dapur dan membuat air kepada mereka walaupun Encik Kalil menghalangnya.

“Biarlah Nuha buat. Ayah mesti rindu dengan air yang Nuha bancuh kan?” Soal Nuha sambil tersengih.

Encik Kalil hanya membiarkan saja anak gadisnya itu ke dapur.

Encik Kalil terus berbual dengan Rafiq.

“Kamu macam mana, Rafiq? Sejak dah jadi suami ni. Okey aje ke? Nuha tak buat apa-apa perangai kan?” Soal Encik Kalil risau. Kadang-kadang anaknya itu keras kepala juga.

Rafiq tersenyum. Dia melihat gadis itu di dapur lalu dia memandang Encik Kalil.

“Tak lah, Ayah. Selama Nuha jadi isteri saya, dia baik sangat. Kami berdua pun tak ada apa-apa masalah.” Kata Rafiq dengan senyuman.

Encik Kalil senyum puas.

“Baguslah macam tu. Ayah bukan apa, kalau si Nuha buat sesuatu yang tak menyenangkan kamu.. tolonglah tegur dan bimbing dia dengan baik ya?” Kata Encik Kalil.

Rafiq mengangguk.

“InshaAllah..” balas Rafiq sambil merenung isterinya itu dengan lama. Sepanjang Nuha menjadi isterinya, gadis itu begitu baik sekali. Nuha sentiasa berusaha untuk gembirakannya walapun mereka berkahwin bukanlah atas dasar cinta.

Rafiq melihat Nuha lagi. Jauh di sudut hatinya, dia rasa bersyukur dengan kehadiran Nuha dalam hidupnya.

Nuha terus berjalan ke arah mereka sambil membawa dulang minuman.

Rafiq bangun dan menolong isterinya itu dan meletakkan dulang minuman di atas meja.

“Buat susah-susah aje lah kamu ni, Nuha.” Kata Encik Kalil dengan segan.

Nuha hanya senyum.

“Tak ada susah apa pun lah, Ayah..” celah Nuha sambil menuang air pada ayahnya dan juga Rafiq.

Encik Kalil senyum. Dia minum air teh yang diberi oleh anak perempuannya itu.

Nuha terus duduk di sebelah Encik Kalil.

“Ayah okey aje kan? Tak sunyi ke? Kalau apa-apa Ayah bagitahu aje kat Nuha dengan Rafiq tau?” Soal Nuha

Encik Kalil ketawa. Anaknya itu sering mengambil berat tentangnya.

“Ayah okey ajelah. Kamu jangan risau.” Celah Encik Kalil

Nuha diam. Dia melentokkan kepalanya di bahu Encik Kalil sambil memeluk lengan Encik Kalil.

“Nuha risau lah. Ayah kan penting bagi Nuha.” Balas Nuha

Encik Kalil ketawa dan mengusap kepala Nuha.

Rafiq senyum melihat mereka. Gadis itu nampak begitu rapat dengan Encik Kalil.

Tiba-tiba Naufal pulang sambil membuka pintu rumah.

“Assalamualaikum..” Naufal terus terkejut melihat mereka.

“Waalaikumsalam” jawab mereka serentak.

Nuha terus memeluk tubuh.

“Aik? Sejak bila kakak dengan Abang Rafiq sampai?” Soal Naufal

“Baru aje tadi..” balas Rafiq dengan senyuman.

“Kau pergi mana tinggal Ayah seorang aje kat rumah?” Soal Nuha

Naufal terus duduk di sebelah Rafiq.

“Alah, akak ni.. Naufal keluar kejap aje pun. Kenapa Akak dengan Abang Rafiq datang? Rindu kat Naufal ke?” Soal Naufal sambil ketawa.

Nuha menjeling.

“Rindu tu memang lah rindu. Tapi kau kena tengok-tenggokkan Ayah. Kalau apa-apa jadi kat Ayah macam mana?” Bebel Nuha.

Naufal mencebik. Aduh.. dia membebel dah.

Naufal terus melihat Rafiq.

“Macam mana Abang Rafiq boleh tahan dengan Akak? Dia ni dah lah kuat membebel. Macam makcik-makcik.” Getus Naufal

Nuha mencekak pinggangnya.

“Hah, tukar topik.” Bebel Nuha lagi.

Rafiq hanya ketawa. Nemang sah Nuha dan Naufal tidak sebulu.

“Biasalah tu.. Kakak bebel pun untuk kebaikan Naufal dengan Ayah juga.” Bela Rafiq

Nuha tersenyum menang. Nasib baik lelaki itu back up dia.

Naufal mencebik. Dia memandang Nuha lagi.

“Akak tidur sini ke? Esok jom lah teman Naufal pergi mall?” Ajak Naufal

Nuha menarik nafasnya.

“Tak boleh lah, Naufal.. Lagipun esok Akak dengan Abang Rafiq kerja. Kami saja aje singgah sini nak tengok korang. Nanti bila dah free, kita keluar sama-sama ya?” Kata Nuha

Naufal memuncungkan bibirnya.

“Ya lah..” balas Naufal. Walaupun dia kerap bergaduh dengan Nuha, tapi mereka selalu juga keluar shopping bersama.

Rafiq melihat mereka dengan lama. Pasti Nuha juga rindu untuk meluangkan masa bersama dengan adik dan ayahnya.

“Apa kata hujung minggu ni kita pergi bercuti? Boleh bawa Ayah sekali?” Ajak Rafiq

Naufal terus senyum lebar. Dia memandang abang iparnya itu.

“Hah?? Bercuti? Betul ke? Nak pergi mana?” Soal Naufal teruja.

Nuha turut terkejut dan memandang lelaki itu. Dia mengangkat kening tanda keliru.

Rafiq senyum.

“Kita pergi Cameron Highlands. Lagipun dah lama juga Abang tak pergi sana.” Kata Rafiq

Naufal terus bersorak teruja.

“Yes! Bolehlah beli strawberry banyak-banyak!” Kata Naufal

Encik Kalil senyum pada mereka lalu dia menoleh ke arah Rafiq.

“Kamu ni lah, Rafiq. Tak susahkan kamu ke?” Soal Encik Kalil segan.

Rafiq hanya senyum.

“Eh, tak susah pun. Sekali-sekala kita keluar bercuti sekali. Apa salahnya.” Kata Rafiq sambil senyum ke arah Nuha.

Nuha menarik nafas. Dia turut tersenyum.

Mereka terus berbual bersama sambil ketawa.

Rafiq melihat Nuha yang begitu rancak berbual dengan Encik Kalil dan Naufal. Gadis itu nampak gembira.

Tanpa Nuha sedar, Rafiq dari tadi memandang ke arahnya dengan lama..

****

SEPANJANG perjalanan pulang, Nuha terus menoleh ke arah Rafiq.

“Awak ni memang suka buat saya terkejut kan?” Soal Nuha

Rafiq menoleh sekilas. Dia ketawa sedikit.

“Haha. Why? Saya buat apa?” Soal Rafiq pula

Nuha mencebik.

“Ya lah. Tiba-tiba aje ajak nak pergi Cameron hujung minggu ni.” Balas Nuha

Rafiq ketawa lagi.

“Alah, Bukannya selalu saya nak bawa family awak bercuti sekali.. Lagipun awak mesti rindu kat diorang kan? Boleh lah spend time lama sikit.” Kata Rafiq.

Nuha senyum. Kenapa lelaki itu begitu baik dengannya? Dia memandang Rafiq. Kadang-kadang dia keliru dengan perasaan lelaki itu. Mengapa Rafiq selalu mengambil berat tentangnya?

“Awak..” panggil Nuha.

Rafiq menoleh.

“Hm?” Soal Rafiq.

Nuha mengetap bibirnya dan bermain dengan jari-jemarinya sendiri.

“Kenapa awak baik sangat dengan saya?” Soal Nuha.

Rafiq hanya senyum.

“Like i said.. there’s no reason. Awak kan wifefriend saya?” Soal Rafiq

Nuha diam. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan Rafiq.

“You confused me.” Getus Nuha perlahan.

Rafiq menoleh. Tidak dengar apa yang dikatakan oleh gadis itu.

“Apa dia?” Soal Rafiq semula.

Nuha tersentak.

“Err. Nothing.” Balas Nuha.

Rafiq hanya senyum.

“Hm.. entahlah. Saya sendiri pun tak tahu. Tapi saya suka bila tengok awak happy.” Kata Rafiq sambil senyum ke arah Nuha.

Nuha terkedu apabila melihat senyuman Rafiq itu. Jantungnya berdegup laju.

Nuha berdehem. Sabarlah duhai hati..

“Oh.. Thank you.” Balas Nuha sambil memandang ke arah luar. Dia perlu sedar semula. Mereka bekahwin bukanlah sebab cinta.

Rafiq memandang Nuha yang diam. Mengapa gadis itu nampak sedih?

****

PETANG itu, Rafiq melihat Nuha sedang memberi makan pada ikan-ikan yang berada di dalam kolam ikan.

Gadis itu masih lagi tidak sedar dengan kehadirannya di belakang. Perlahan-lahan Rafiq tersenyum nakal.

Dia terus mencuit pinggang Nuha sehingga gadis itu terkejut.

“Hah! Buat apa tu?” Sergah Rafiq

Nuha yang terkejut terus menampar lengan Rafiq.

“Ya Allah, awak ni.. nasib baik lah tak terkeluar jantung saya.” Bebel Nuha. Dia menyambung semula beri makan pada ikan di situ.

Rafiq hanya ketawa dia memandang Nuha yang begitu fokus memberi makan pada ikannya.

“By the way.. awak free tak sekarang?” Soal Rafiq

Nuha menoleh sekilas.

“Kenapa? Awak nak ajak saya pergi dating ke?” Gurau Nuha

Rafiq senyum. “Haah.”

Nuha terkejut. Dia memandang Rafiq dengan lama.

“What?” Soal Nuha dengan riak terkejut.

Rafiq terus ketawa.

“I mean.. dating as a friend. Jom lah. Saya nak bawa awak pergi kat tempat best ni.” Ajak Rafiq.

Nuha mengerutkan dahinya. Tempat best?

“Pergi mana?” Soal Nuha malas.

“Ada lah.. kalau saya bagitahu, tak surprise la nanti.” Balas Rafiq

Nuha mencebik.

“Eleh. Nak surprise-surprise pula.” Getus Nuha.

Rafiq tersengih.

Akhirnya Nuha menurut saja kehendak Rafiq. Mereka terus bersiap-siap untuk keluar.

Nuha melihat Rafiq mengepam truck air matress. Lelaki itu terus meletakkan air matress itu di belakang pick up truck Ford miliknya. Kemudian Rafiq masuk ke dalam rumah sambil membawa dua bantal dan selimut.

“Where we going?” Soal Nuha pelik.

Rafiq tersenyum sedikit.

“Somewhere only we know..” balas Rafiq bersahaja.

Nuha ketawa.

“Macam-macam hal lah awak ni.” Getus Nuha. Lelaki itu sering membuat kejutan padanya.

Rafiq ketawa.

“Ermm, let’s grab our snacks first.” Kata Rafiq. Dia mahu pergi ke pasaraya dahulu.

Nuha mengangkat kening.

“Snacks? Dah macam nak pergi picnic aje.”

“Kinda.” Balas Rafiq. Setelah siap, mereka terus masuk kedalam pick up truck itu.

Sebaik saja mereka berada di pasar raya untuk membeli snek, Nuha begitu teruja dan mereka telah membeli pelbagai jenis snek di pasar raya itu. Rafiq menolak troli dan mengambil snek dan juga keropok di situ.

Mereka juga turut membeli air smoothie dari drive thru.

“This is fun. Tapi saya tak ada clue langsung kita nak pergi mana.” Kata Nuha sambil ketawa. Dia menghirup air smoothie itu.

Rafiq turut ketawa.

“Saya nak bawa awak pergi tengok sunset kat satu tempat yang best ni. Viral juga tempat tu.” Kata Rafiq.

Nuha angkat keningnya.

“Oh ya? Wahh. Mesti awak tengok kat TikTok kan?” Soal Nuha sambil ketawa

“Of course.” Jawab Rafiq dengan tawa.

Mereka telah tiba di Bukit Antarabangsa dan melihat sunset view di situ.

Nuha terpegun apabila melihat keindahan alam itu.

Mereka terus duduk di belakang pick up truck sambil menikmati pemandangan di situ.

“Cheers.” Rafiq dan Nuha melagakan air tin itu bersama.

“Cantiknya sunset kat sini..” kata Nuha dengan gembira.

“Haah. Orang kata kat sini memang best kalau nak tengok sunset.” Balas Rafiq dengan senyuman.

Nuha turut tersenyum.

“I see..” balas Nuha. Dia minum air tin dan menikmati makanan yang dibeli oleh Rafiq.

Nuha melihat Rafiq yang membuka laptop sambil mencari movie yang best untuk ditonton.

Rafiq terus memilih movie Twilight dan menontonnya bersama Nuha.

“Awak team siapa? Jacob ke Edward?” Soal Nuha

Rafiq mengunyah keropok itu sambil fokus melihat skrin laptop.

“Jacob.” Balas Rafiq.

Nuha mencebik.

“Why Jacob? Saya suka Edward.” Kata Nuha pula.

Rafiq menggeleng.

“Edward tu putih melepak sangat macam hantu.” Kata Rafiq pula

Nuha ketawa.

“Memang lah.. dia kan vampire. Tapi Edward handsome tau.” Kata Nuha.

“Nope. Saya handsome lagi.” Balas Rafiq.

Nuha ketawa lagi. Berani betul Rafiq mengutuk Robert Pattinson yang handsome gila tu!

“Eww! Perasan!” Balas Nuha.

Rafiq terus tersengih. Mereka menonton movie itu bersama.

Nuha melihat ke arah Rafiq dengan senyuman. Kebaikan yang diberi oleh Rafiq membuatkan dia keliru dengan perasaan sebenar lelaki itu.

Semakin hari, hatinya semakin berdebar apabila bersama Rafiq. Patutkah dia memberi peluang pada hatinya untuk mencintai Rafiq?

****

“SO how’s your married life, bestie?” Soal Mira di corong telefon.

Nuha yang ketika itu sedang membuat kerja di butiknya terus menarik nafas.

“So far, kitorang okey aje.” Jawab Nuha.

Mira mengerutkan dahi.

“Tak ada apa-apa progress ke? Kau still tak boleh nak terima dia dalam hati kau?” Soal Mira

Nuha menghela nafas.

“Mira.. kami kan kahwin sebab ada alasan sendiri. Aku tak nak lah ada perasaan tu kat dia.” Jawab Nuha.

Mira mencebik.

“Okey then.. habis tu sekarang kau dengan dia cuma act like a friend aje?” Soal Mira

“Yup.” Jawab Nuha

Mira menarik nafasnya lagi.

“Nuha.. sampai bila kau dengan dia jadi macam ni? Aku nak juga tengok kau happy.” Kata Mira

Nuha tersenyum sedikit.

“Aku happy lah. Rafiq pun baik aje dengan aku.” Balas Nuha

“Dah tu? Takkan lah kau tak ada apa-apa perasaan lagi kat dia?” Soal Mira lagi.

Nuha terdiam seketika.

“Em.. aku..” Nuha teragak-agak untuk menjawab.

Mira tersenyum nakal.

“Kau dah suka kat dia eh? Kat laki kau sendiri!” Kata Mira

Nuha tersentak. Suka? Dia suka kat Rafiq?

“Hah?!” Soal Nuha terkejut.

“Eleh, mengaku aje lah..” usik Mira

Jantung Nuha terus berdebar.

“Ma.. mana ada..” kata Nuha gelabah.

Mira mencebik.

“Kau kena cepat Nuha. Jangan sampai Rafiq tu suka kat orang lain, menangis kau nanti.” Ugut Mira.

Nuha mengetap bibirnya. Kenapa dia tidak mahu semua itu terjadi?

“Mana ada! Aku tak suka pun dia. Kitorang cuma kawan aje..” balas Nuha dengan wajah yang berona merah.

Mira ketawa.

“Ya lah tu kawan.. aku tak percaya.” Balas Mira.

Nuha mengetap bibir.

“Em, okey lah! Aku nak buat kerja ni. Nanti apa-apa aku call kau balik. Bye, Mira.” Kata Nuha lalu dia mematikan talian.

Nuha menghela nafas berat. Takkanlah dia sudah mula sukakan Rafiq?

Jantungnya dari tadi berdegup laju. Tak mungkin lah..

Tiba-tiba pintu butik dibuka dari luar. Kelihatan Irfan tersenyum sinis ke arahnya.

Irfan!

“Hai, Nuha Alisya. Long time no see. Sejak dah kahwin ni makin sombong eh?” Soal Irfan.

Nuha terus terkejut.

“Aw.. awak buat apa kat sini?” Soal Nuha dengan getaran. Lagipula tiada sesiapa di butik kerana Aisya dan juga Anne telah keluar rehat bersama.

Irfan menghampiri Nuha sambil ketawa sinis.

“Kenapa? Tak boleh ke saya datang sini nak tengok kekasih hati saya?” Soal Irfan sinis.

Nuha menelan liur.

“Baik awak keluar.” Kata Nuha dengan nada yang marah.

Irfan ketawa lagi.

“Wow garangnya isteri orang ni..” sindir Irfan.

Nuha mengetap bibir.

“Keluar!” Marah Nuha.

Irfan terus menarik tangan Nuha.

Nuha tersentak. Dia menarik-narik semula tangannya dari digenggam oleh Naufal.

“Ish! Apa awak ni! Lepaslah!” Marah Nuha. Dia mula takut.

Irfan memandang Nuha dengan tajam.

“Aku kan dah cakap.. sekali kau jadi milik aku, kau tetap akan jadi milik aku sampai bila-bila, Nuha! Aku takkan lepaskan kau! Sekarang ni kaj ikut aku!” Marah Irfan dan menarik gadis itu keluar.

Nuha meronta-ronta. Air matanya terus mengalir.

“Taknak! Tolonglah jangan buat saya macam ni! Lepas lah..” rayu Nuha.

“Kalau kau nak aku lepaskan kau, kau kena cerai dengan lelaki tu sekarang!” Marah Irfan.

Nuha menggeleng.

“Tak nak..” rayu Nuha.

Irfan mula bengang. Dia mengangkat tinggi tangannya. Mahu menampar gadis itu namun tangannya dipegang oleh Rafiq yang tiba di butik itu.

“Kau buat apa ni?” Soal Rafiq dengan wajah yang marah.

Nuha terus berlari ke arah Rafiq dan menangis di belakang tubuh suaminya itu.

Irfan tersentak. Bagaimana Rafiq boleh ada di sini?

Rafiq terus melepaskan tangan Nuha dari genggaman Irfan.

“Lagi sekali kau cuba nak apa-apakan isteri aku, aku tak teragak-agak nak heret kau ke balai.” Ugut Rafiq.

Irfan menelan liur.

“Aku nak kau lepaskan Nuha. Dia milik aku seorang.” Kata Irfan dengan bengang.

Rafiq terus mendekati Irfan dan mencerlung tajam wajah Irfan.

“Kau jangan cuba nak cabar aku.” Ugut Rafiq

Irfan mengetap bibir. Takut juga jika dia masuk penjara disebabkan hal ini.

“Kalau kau ganggu Nuha lagi, tahulah nasib kau nanti. Meringkuk lah kau kat dalam tu.” Kata Rafiq lagi.

Irfan mula marah. Dia memandang Rafiq dengan penuh benci.

“Tak guna betul!” Irfan terus menghayunkan sebiji penumbuk ke arah Rafiq.

Rafiq tersentak. Agak sengal dengan tumbukan itu.

“Awak!” Nuha terkejut dan memandang Rafiq. Dia mula risau dengan kejadian itu.

Irfan tersenyum sinis. Dia meluru lagi ke arah Rafiq, ingin menumbuk lelaki itu lagi. Namun dengan cepat, Rafiq menumbuk pipi Irfan pula dan menolak lelaki itu hingga jatuh.

“Argh!” Irfan meraung kesakitan.

“Sudahlah tu!” Halang Nuha lagi.

Rafiq terus mencengkam kolar baju Irfan.

“Aku dah cakap, jangan cuba nak ganggu isteri aku lagi. Kau ni tak faham bahasa ke?!” Marah Rafiq.

Irfan mula ketakutan. Dengan cepat dia terus berlari keluar sambil memegang pipinya.

Nuha terus mendapatkan Rafiq. Dia melihat wajah lelaki itu. Terdapat darah yang mengalir di tepi bibir Rafiq.

Nuha mula rasa bersalah.

“Ya Allah.. awak okey ke? Saya minta maaf sangat sebab awak jadi macam ni.” Nuha membelek-belek pipi lelaki itu.

Rafiq turut memegang pipinya yang bengkak.

“Tak ada apalah.. sikit aje ni..” kata Rafiq.

Nuha memandang Rafiq dengan linangan air mata.

“Kenapa awak buat semua tu? Saya taknak awak sakit disebabkan saya.” Kata Nuha dengan nada yang serak.

Rafiq tersenyum sedikit. Dia mengusap kepala Nuha.

“Awak kan isteri saya. Mestilah saya kena jaga awak.” Balas Rafiq. Dia mengaduh sedikit.

Nuha terdiam. Dia menarik nafas dengan dalam. Tiba-tiba dia pelik. Kenapa lelaki itu datang ke butiknya?

“Tapi kan.. kenapa awak datang sini?” Soal Nuha

Rafiq masih lagi memegang pipinya yang sengal.

“Oh.. saya ingat nak ajak awak keluar lunch sekali.. Tapi tak sangka pula si Irfan tu kacau awak. Nasib baik lah tak jadi apa-apa kat awak masa tu.” Kata Rafiq.

Nuha menghela nafas berat. Tiba-tiba Anne dan Aisya masuk ke butik.

“Eh, husband Kak Nuha pun ada?” Soal Aisya. Dia melihat Rafiq di sebelah Nuha.

Nuha mengangguk. Dia terus mengambil beg tangannya.

“Korang jaga butik kejap ya? Kak Nuha nak balik kejap.” Kata Nuha. Dia menarik tangan Rafiq dan menuju ke arah kereta.

Mereka mengangguk.

“Okey, Kak Nuha.” Balas Anne.

Rafiq mengerutkan dahi. Dia melihat Nuha yang duduk di kerusi memandu.

“Jom kita balik. Saya nak rawat luka awak tu.” Kata Nuha sambil menghidupkan enjin kereta.

“Eh tapi..” Rafiq memandang Nuha.

Nuha menoleh sekilas.

“Awak nak masuk office dalam keadaan macam ni ke?” Soal Nuha

Rafiq terdiam. “Em, sorry.”

Nuha hanya menarik nafas dan akhirnya mereka terus beredar pulang.

“Awak marah saya ke?” Soal Rafiq risau.

Nuha menoleh.

“Tak.” Jawab Nuha sepatah.

“Sorry lah pasal tadi.” Jawab Rafiq perlahan.

Nuha menghentikan keretanya dan memandang ke arah Rafiq.

“Ya. Memang saya marah! Saya risau kalau apa-apa jadi kat awak masa tu. Cuba kalau si Irfan tu bawa pisau ke apa? Tak ke bahaya?” Soal Nuha sambil meraup wajahnya. Tidak boleh dia bayangkan jika Irfan cuba melakukan sesuatu pada Rafiq.

Rafiq memandang Nuha dengan rasa bersalah. Dia menarik tangan gadis itu.

“Nuha.. Saya minta maaf..” pujuk Rafiq.

Nuha tidak mampu menahan sebaknya lagi. Dia terus menyeka air matanya.

“Saya taknak.. kalau apa-apa jadi kat awak.. awak penting bagi saya.” Kata Nuha perlahan.

Rafiq tersentak. Dia memandang Nuha dengan lama.

“Apa maksud awak..” Rafiq melihat gadis itu. Jantungnya mula berdebar.

Nuha hanya diam. Dia terus memandang ke arah luar tingkap.

Rafiq menarik nafasnya. Dia tidak mahu melihat Nuha bersedih sebegitu. Dengan cepat Rafiq terus memeluk Nuha.

Nuha terkejut di dalam pelukan suaminya itu.

“Saya minta maaf. Saya janji takkan buat awak risau lagi..” pujuk Rafiq.

Jantung Nuha berdegup laju. Hatinya mula terasa dekat dengan Rafiq.

“O..okey..” balas Nuha dengan malu.

Rafiq meleraikan pelukan. Dia melihat Nuha.

“Boleh saya request something?” Soal Rafiq.

Nuha mengangguk perlahan.

Rafiq tersenyum.

“Can you smile for me?” Soal Rafiq.

Nuha tersentak. Perlahan-lahan dia senyum ke arah Rafiq.

Rafiq mengusap kepala Nuha dengan lembut.

“Good girl.” Kata Rafiq sambil ketawa. Tiba-tiba dia mengaduh kesakitan. Dengan cepat dia memegang pipinya sendiri.

“Aduh. Sakit juga mamat ni tumbuk.” Getus Rafiq.

“Ish, awak ni.. Kan dah sakit balik pipi tu. Tunggu kejap. Kita nak sampai rumah dah.” Kata Nuha dan meneruskan perjalanan mereka.

Rafiq tersenyum ke arah Nuha di sebelahnya. Gadis itu sering mengambil berat tentangnya. Hatinya mula berbunga dengan sikap gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience