PAGI ITU, Rafiq terus bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerjanya. Sudah menjadi tanggungjawabnya sejak dia mengambil alih syarikat ayahnya itu. Datuk Ilham telah menyerahkan segalanya pada Rafiq untuk dia menguruskan syarikat itu. Setelah Rafiq selesai bersiap, dia terus keluar dari biliknya dan mendengar bunyi orang memasak di dapur.
Rafiq tersenyum apabila melihat Nuha yang begitu rajin membuat sarapan pagi.
Rafiq berjalan perlahan-lahan ke arah Nuha lalu mencuit pinggang isterinya itu.
“Morning!” Kata Rafiq.
Nuha terkejut. Hampir saja dia terlepas memegang sudip.
“Ya Allah, awak ni! Terkejut lah saya.” marah Nuha namun seketika dia tersenyum semula.
Rafiq tersengih.
“Hehe. Fokus betul.” Usik Rafiq lalu dia melihat masakan Nuha.
“Wah nasi goreng! Sedapnya!” Kata Rafiq dengan teruja.
Nuha mencebik.
“Macam mana awak boleh tahu sedap? Makan pun belum lagi?” Soal Nuha dengan senyuman. Dia menggaul nasi itu.
Rafiq memeluk tubuh.
“Saya tahulah. Saya ni ada magik tau? Bau aje pun dah tahu, memang sedap.” Kata Rafiq dengan sengihan.
Nuha turut ketawa.
“Dah, jom. Awak pergi duduk sana. Saya nak buat air kejap.” Nuha menolak tubuh suaminya ke arah meja makan.
Rafiq menggeleng. Dia menolak Nuha supaya duduk di atas kerusi.
“Nope. Biar saya yang buatkan air. Awak duduk dan tengok ya?” Kata Rafiq. Dia terus mengambil uncang teh dan juga susu tin.
Dia ingin membuat air teh tarik.
Nuha hanya tersenyum sambil memeluk tubuh. Dia melihat Rafiq yang menarik air teh itu dengan tinggi. Pergh dah macam style kedai mamak.
Setelah siap, Rafiq meletakkan air teh arik yang panas itu ke dalam gelas.
“Siap! Teh tarik in the house!” Kata Rafiq dengan senyuman lebar. Dia menghulurkan segelas air teh tarik pada Nuha.
Nuha mengambil gelas itu dengan senyuman.
“Wah! Thank you, chef.” Kata Nuha sambil ketawa. Mereka terus berlalu ke meja makan.
Rafiq tersenyum. Dia melihat Nuha yang meletakkan nasi goreng ke dalam pinggan.
“Thank you juga. Sebab dah buatkan nasi goreng untuk saya.” Kata Rafiq pula. Dia tersenyum.
Nuha tersenyum.
“Sama-sama.” Kata Nuha dengan ceria. Dia menghulurkan pinggan berisi nasi goreng pada Rafiq.
“Awak jangan risau. Lepasni saya akan masak banyak lagi lauk untuk awak.” Kata Nuha sambil tersengih.
Rafiq terdiam. Dia melihat Nuha dengan lama. Hatinya berasa sesuatu. Sekiranya mereka sudah berpisah nanti dan memilih haluan masing-masing.. pasti dia akan merindui masakan isterinya itu.
Nuha melihat Rafiq yang termenung.
“Awak? Awak okey?” Soal Nuha.
Rafiq tersentak. Dia melihat Nuha.
“Ya? Haah. Saya okey..” Rafiq membaca doa makan dan terus menyuap nasi itu ke dalam mulut.
Matanya membulat ke arah Nuha.
“Ya Allah, sedapnya! Awak ni pernah jadi chef ke dulu?” Soal Rafiq dengan terkejut. Dia menyuap nasi itu dengan laju. Kemudian dia tambah lagi nasi goreng itu.
Nuha hanya ketawa.
“Tak adalah.. biasa aje.” Kata Nuha dengan rendah diri.
Rafiq memandang Nuha lagi.
“Betul la! Sedap sangat. Meh sini.” Rafiq terus menghulurkan sudu itu ke mulut Nuha. Mahu menyuap gadis itu.
Nuha ketawa lagi. Dia terus makan nasi goreng itu dari sudu Rafiq.
Kemudian Nuha tersedar sesuatu..
Eh? Sudu Rafiq? Bukan ke tu… indirect kiss?
Wajah Nuha terus membahang.
Rafiq tersenyum.
“Sedap kan? Lepasni gemuk la saya kalau hari-hari awak masak makanan sedap..” Kata Rafiq dan mengunyah nasi goreng itu.
Nuha berdehem. Dia terus menghirup air teh tarik buatan Rafiq. Huish sedapnya terangkat!
“Pergh. Teh tarik awak ni pun sedap la. Macam kat kedai mamak. Tapi awak punya lagi power!” Puji Nuha pula.
Rafiq ketawa.
“Mana ada lah.. biasa aje..” katanya malu.
Nuha menjentik dahi Rafiq.
“Eleh.” Getus Nuha sambil ketawa.
Rafiq hanya tersenyum melihat Nuha.
Sebaik saja mereka berdua selesai menikmati sarapan pagi, Rafiq terus bersedia untuk pergi ke tempat kerjanya.
Nuha menghantar Rafiq ke muka pintu.
Rafiq terus melihat Nuha. Dia mengeluarkan kad kreditnya pada gadis itu.
“Oh! In case kalau awak mahu beli apa-apa barang yang awak nak, awak boleh aje guna kad kredit ni. Saya tak benarkan awak berbelanja guna duit awak. Okey?” Kata Rafiq.
Nuha terkedu. Dia memandang black card itu lalu dia memandang Rafiq.
“Ta.. tapi banyak sangat ni. Saya bukannya kaki shopping…” kata Nuha dengan riak terkejut.
Rafiq ketawa. Dia mengambil tangan Nuha dan meletakkan kad kredit itu ke tangan isterinya.
“Do it as you want. Okey lah. Saya nak pergi kerja dah ni.” Kata Rafiq sambil mengusap kepala Nuha.
Nuha akhirnya menurut juga.
“Terima kasih..” kata Nuha dengan segan.
Belum sempat Rafiq membuka pintu rumah. Nuha menarik lengan Rafiq, Lalu dia membetulkan tali leher suaminya.
“Tie awak ni.. tak kemas.” Kata Nuha dengan malu.
Rafiq memandang lama wajah Nuha. Mereka hanyalah suami isteri di atas kertas.. Tetapi apabila melihat Nuha berbuat begitu, seolah-olah mereka berdua seperti pasangan suami isteri yang sebenar. Pasangan yang saling mencintai.
Jantung Rafiq berdegup lagi. Dia begitu leka memandang wajah Nuha.
Nuha mendongak namun tiba-tiba Rafiq mengucup pipinya.
Nuha terpana.
“Saya pergi dulu. Bye, Assalamualaikum!” ujar Rafiq lalu dia berlari masuk kedalam keretanya.
Nuha memandang kereta suaminya yang hilang dari pandangan. Dia memegang pipinya. Masih terasa lagi kucupan dari Rafiq.
Jantung Nuha turut berdegup dengan laju.
“Kenapa….” Getusnya perlahan.
****
RAFIQ tekun membelek fail-fail di atas meja kerjanya sehinggalah Hadif, rakan baiknya masuk ke dalam bilik.
“Hai, pengantin baru? Busy nampak?” Soal Hadif sambil mengangkat keningnya.
Rafiq hanya ketawa.
“Ya lah. Baru 2 minggu cuti dah bertimbun kerja.” Kata Rafiq sambil melihat komputernya itu.
Hadif duduk di hadapan Rafiq dan menopang dagu. Dia tersenyum nakal ke arah Rafiq.
“Macam mana? Best tak kahwin? Angin tak ada ribut tak ada. Tiba-tiba aje kahwin. Aku ingatkan Kak Ilya seorang yang kahwin bulan ni, last-last kau pun sama. Terkejut aku masa tengok kau nikah haritu. Sejak bila kau ni ada girlfriend hah?” marah Hadif dengan geram. Sampai hati Rafiq tidak memberitahunya tentang perkara itu. Tiba-tiba kahwin mengejut!
Rafiq tersenyum. Dia menaip sesuatu di komputernya.
“Silent relationship orang kata..” Balas Rafiq bersahaja.
Hadif mencebik.
“Silent lah sangat. Hei, aku ni kawan kau tau? Sampai hati kau tak bagitahu.. Kau dah tak sayang aku ke?” Rajuk Hadif.
Rafiq ketawa lagi.
“Tak ada sayang-sayang. Aku ni straight.” Kata Rafiq sambil mengetuk kepala Hadif dengan pen.
Hadif mencebikkan bibir lalu dia menumbuk bahu Rafiq pula.
“Tapi kan? Kau ni untung lah. Dapat bini punya lah cantik. Hmm siapalah nak kat aku ni..” Kata Hadif dengan memuncung.
Rafiq menjentik dahi Hadif.
“Kau tu yang jual mahal. Ada aje yang nak kat kau. Tapi kau yang tolak.” Kata Rafiq.
Hadif tersengih. “Eh yeke? Siapa?”
Rafiq melihat ke arah setiausahanya yang bermekap tebal itu.
“Tu ha.. Mary setiap hari curi-curi pandang kau.” Kata Rafiq.
Hadif menoleh. Dia terkejut. Alamak! Gadis opera cina bermake up tebal tu!
“Aduh kau ni.. Mary ni bukannya tak lawa, lawa aje.. tapi tu lah. Make up dia tu tebal sangat. Ni kalau ada bantal tekap kat muka dia ni, mau melekat make up dia tu.” Kutuk Hadif.
Rafiq terus ketawa.
“Ish. Kau ni. Tak baiklah.” Rafiq menggeleng-gelengkan kepalanya sambil ketawa. Dia kenal sangat dengan perangai kawan baiknya itu. Suka bergurau.
“Okey lah. By the way selamat pengantin baru, bro. Aku doakan kau dengan bini kau tu happy selalu. Tak sabar pula aku nak tengok muka anak korang nanti.” Kata Hadif sambil ketawa.
“Ish, Haritu Mama aku minta cucu. Sekarang ni kau pula. Korang ingat anak tu boleh beli ke? Dok request-request macam tu.” Bebel Rafiq.
Hadif tersenyum nakal.
“Mana lah tahu kan? Tiba-tiba aje dapat kembar 4.” Usik Hadif. Dia tersengih nakal.
Rafiq terus membaling segumpal kertas ke arah Hadif.
“Ish! Pergi buat kerja tu! Aku ni bos kau, tau!” Marah Rafiq. Wajahnya berona merah kerana malu.
Hadif terus ketawa kuat.
“Sorry bos.” Kata Hadif sambil ketawa lagi. Dia berlalu keluar.
Rafiq menggeleng-gelengkan kepalanya. Tiba-tiba saja dia teringatkan Nuha. Walau apapun dia perlu menghormati Nuha, lagipun mereka berkahwin bukanlah kerana cinta..
****
SEBAIK saja Rafiq bersedia untuk pulang ke rumah, dia telah melihat sebuah kedai bunga. Apabila dia melihat kedai bunga itu, sekaligus membuatkan dia teringat pada Nuha.
Dulu dia pernah memberikan sebatang bunga ros pada gadis itu..
Rafiq tersenyum. Dia berjalan ke arah kedai bunga itu. Tapi langkahnya terhenti..
Bagaimana kalau Nuha salah faham dengan pemberiannya itu nanti?
Rafiq mengetap bibir. Ya. Mereka berkahwin bukanlah kerana cinta tapi..
Dia melihat bunga ros berwarna kuning di situ. Rafiq tersenyum.
Yang dia tahu, maksud bunga ros kuning adalah erti persahabatan. Jadi dia sudah jumpa bunga untuk diberikan pada Nuha nanti.
Rafiq terus masuk ke dalam kedai bunga itu dan membeli sejambak bunga ros kuning pada Nuha.
Rafiq tersenyum sendiri. Dia masuk ke dalam keretanya.
“Okey. This will do.” Kata Rafiq dengan senyuman.
****
RAFIQ tiba di rumahnya dan membuka pintu.
“Assalamalaikum, Nuha. Saya dah balik.” Kata Rafiq dengan senyuman. Dia menyorokkan bunga itu di belakang badannya.
Nuha yang baru saja keluar dari biliknya terus berjalan ke arah Rafiq. Lelaki itu berada di muka pintu.
“Waalaikumsalam. So, how was your day?” Soal Nuha dengan senyuman.
Rafiq terpegun melihat Nuha. Hilang rasa penatnya sebaik saja dia melihat wajah gadis itu.
“Semuanya okey. Alhamdulillah.” Kata Rafiq dengan senyuman.
“Baguslah macam tu.” Kata Nuha sambil tersenyum. Dia mengambil briefcase Rafiq lalu dia bersedia untuk beredar.
“Awak penat ke? Saya buat air ya?” kata Nuha namun tangannya ditarik oleh Rafiq.
“Err, kejap!” Panggil Rafiq.
Nuha menoleh ke arah suaminya itu.
Rafiq berdehem. Dia menghulurkan sejambak bunga ros kuning pada Nuha.
“Untuk awak.. Masa balik tadi.. saya ada nampak kedai bunga. So, saya beli aje lah.” Kata Rafiq tanpa melihat mata Nuha.
Nuha tergamam. Dia mengambil bunga ros kuning itu. Tiba-tiba dia teringat semula yang lelaki itu pernah memberikannya sebatang bunga ros.
Nuha tersenyum dan menghidu bunga ros kuning yang masih segar itu. Nuha melihat wajah Rafiq.
“Thank you.” Ucap Nuha dengan senyuman.
Rafiq terkedu melihat senyuman isterinya itu.
“Y..you’re welcome.” Balas Rafiq dengan malu. Dia terus beredar masuk ke biliknya.
Nuha tersenyum sendiri. Dia melihat kad pada bunga ros itu.
- Yellow roses to my Wifefriend, Nuha Alisya! :D - Rafiq Zuhayr
Nuha ketawa sedikit. Wifefriend? Kelakar betul suaminya itu. Dia menghidu lagi bunga ros itu sambil berjalan ke arah biliknya.
*****
RAFIQ menyandarkan tubuhnya di atas kerusi setelah dia menyiapkan kerja yang dibawa balik ke rumahnya itu. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
Rafiq terus bangun dan membuka pintu biliknya. Kelihatan Nuha mengetap bibirnya.
“Nuha?” Soal Rafiq.
Nuha memandang wajah Rafiq.
“Awak dah habis buat kerja ke? Lagipun, awak tak makan malam lagi.. Risau pula saya.” Kata Nuha dengan wajah yang polos.
Rafiq melihat jam di dinding. Sudah pukul 11 malam. Tidak menyangka yang masa berlalu dengan begitu pantas. Dia tersenyum ke arah Nuha.
“Sorry. Saya tak sedar pula dah lewat macam ni..” Rafiq ketawa. Tiba-tiba perutnya mula berbunyi.
“Oops.” Rafiq tersengih ke arah Nuha. Lapar la pula.
Nuha meghela nafasnya. Dia menarik tangan Rafiq.
“Jom. Saya temankan awak makan. Lagipun saya ada buat lauk ketam masak lemak nenas. Tu pun kalau awak suka lah.” Kata Nuha.
Rafiq menghentikan langkah.
“Awak dah makan ke? Sorry sebab tak dapat teman awak makan sekali.” Kata Rafiq dengan rasa bersalah.
Nuha ketawa sedikit.
“Tak ada apalah. Saya faham aje yang awak tu sibuk. Saya tak nak lah ganggu.” Kata Nuha dengan senyuman.
Rafiq menarik nafasnya. Dia melihat Nuha dengan lama lalu dia menundukkan wajah.
“Sorry again.” Kata Rafiq.
Nuha tersenyum. Dia mengusap rambut Rafiq.
“Jom. Saya temankan awak makan.” Kata Nuha sambil menarik tangan suaminya ke meja makan. Dia meletakkan nasi dan lauk yang dimasaknya pada Rafiq.
Rafiq tersenyum lebar apabila melihat lauk itu.
“Wah. Sedapnya! Awak macam tahu-tahu aje yang saya suka makan ketam.” Kata Rafiq dengan teruja.
Nuha mengangkat kening.
“Oh, ya ke? Baguslah macam tu. Nanti saya buat lagi lauk ketam.” Kata Nuha dengan senyuman. Gembira apabila lelaki itu sangat sukakan masakannya.
Rafiq menjamah makanan di hadapannya itu dengan penuh selera.
Nuha tersenyum. Dia menongkat dagu ke arah Rafiq.
“So macam mana? Okey ke?” Soal Nuha.
Rafiq melihat isterinya itu. Mulutnya sudah penuh dengan nasi. Dia menunjukkan thumbs up.
“Perfect.” kata Rafiq dengan mulut yang penuh.
Nuha ketawa.
Selesai makan malam, Rafiq membantu Nuha dengan membasuh pinggan mangkuk.
Nuha terus masuk ke dalam biliknya dan mengambil album gambar milik keluarga mereka.
Nuha menghampiri ke arah Rafiq yang baru saja selesai mecuci pinggan. Perlahan-lahan Nuha berjalan ke arah Rafiq sambil memegang album gambar yang diberi oleh Datin Haida padanya dahulu.
Rafiq melihat album di tangan Nuha.
“Hm? Apa ni?” Soal Rafiq.
Nuha tersenyum.
“Mama yang bagi. Dia cakap ni gambar-gambar kita masa kecil dulu.” Kata Nuha. Mana lah tahu, setelah dia melihat gambar itu dia akan teringat semula memori mereka bersama.
Rafiq tersenyum lalu dia menarik tangan Nuha dan menuju ke arah sofa ruang tamu.
“Jom kita tengok sekali?” Soal Rafiq dengan lembut.
Nuha dan Rafiq terus duduk di atas sofa lalu mereka membuka album itu. Mata Nuha terbuntang sebaik saja gambar pertama yang dia lihat adalah saat dia memeluk Rafiq yang sedang menangis.
Nuha memandang Rafiq disebelah yang terus ketawa melihat gambar itu.
“Saya tak ingat lah kenapa saya menangis. Awak buli saya ke dulu?” soal Rafiq sambil ketawa.
Nuha turut ketawa.
“Mana ada! Saya ni baik tau. Awak tu yang suka nangis masa kecil dulu!” Getus Nuha.
Rafiq mencebikkan bibirnya.
“Eleh. Ya lah tu.” Balas Rafiq pula.
Nuha tersengih lalu dia membelek gambar yang seterusnya. Senyuman Nuha terus mati apabila melihat gambar ibunya yang ketika itu sedang memeluknya.
Nuha mengusap gambar itu dengan perlahan. Rasa rindu terhadap ibunya semakin menggunung.
“Ibu..” getus Nuha perlahan.
Rafiq menoleh ke arah isterinya. Dia terkejut apabila melihat air mata Nuha mengalir.
“Nuha.. awak okay? Kenapa ni?” Soal Rafiq lalu dia memegang bahu Nuha.
Nuha mengesat air matanya lalu tersenyum.
“Hm! Saya okey.. Cuma tiba-tiba aje teringat kat arwah ibu.” Kata Nuha sambil ketawa sedikit.
Rafiq memandang lama wajah Nuha.
“Nanti kita lawat kubur arwah ibu sama-sama, ya?” Kata Rafiq sambil mengusap bahu isterinya itu.
Nuha terus mengganguk. Dia tersenyum ke arah Rafiq.
“Okey. Thanks..” kata Nuha dengan gembira.
Rafiq mengusap lembut rambut Nuha. Kenapa dia rasa begini? Dia hanya mahu melihat Nuha gembira. Dia hanya mahu melihat senyuman Nuha apabila gadis itu bersama dengannya. Dia hanya ingin melihat Nuha bahagia dengannya. Adakah dia mula mementingkan diri dan hanya ingin Nuha memandangnya saja?
Nuha terkedu. Jantungnya mula bergetar lagi. Dia terus menolak lembut tangan Rafiq.
“Err..” Nuha berdehem.
Rafiq tersentak. Dia terus menjauhkan sedikit tubuhnya dari Nuha.
Nuha menelan liur lalu dia menarik nafas dengan dalam.
“Awak rasa.. sampai bila perkahwinan kita ni?” soal Nuha dengan menundukkan wajahnya. Mereka sudah berjanji untuk tidak jatuh cinta. Tetapi kenapa semakin hari hatinya semakin bergetar apabila melihat Rafiq.
Rafiq mengetap bibir.
“Kenapa awak tanya macam tu?” Soal Rafiq pula.
Nuha memandang Rafiq.
“Kita kan cuma childhood friends aje. Tapi.. bila awak pandang saya macam tu. Saya rasa lain.. Awak tak suka saya pun kan?” Kata Nuha sambil merenung wajah Rafiq. Ingin mengetahui perasaan lelaki itu.
Rafiq terdiam lama. Dia menoleh ke arah televisyen sambil menarik nafasnya.
“Awak nak tahu tak, Nuha? Sejak saya dengan family saya pindah ke New Zealand.. saya sedih sangat sebab terpaksa tinggalkan awak.. Awak seorang aje kawan yang selalu faham saya masa tu.. Pujuk saya bila saya nangis dulu..” kata Rafiq tanpa melihat Nuha.
Nuha hanya melihat Rafiq di sebelahnya.
“Saya fikir.. kita takkan berjumpa lagi lepas saya dah balik Malaysia. Tapi takdir Allah kan? Saya tak tahu pula yang awak ni kawan saya masa kecil dulu. Saya happy sangat lepas Mama bagitahu saya pasal tu.” Dia terus menoleh ke arah Nuha yang merenungnya.
“Selama ni.. saya tak pernah lupakan awak.” kata Rafiq dengan nada yang serius. Dia memandang mata Nuha.
Nuha dapat merasakan matanya mula berkaca.
Rafiq mengambil tangan Nuha lalu dia mengenggam erat. Dia sendiri tidak faham dengan perasaanya pada Nuha sekarang. Tapi, dia sentiasa berasa senang apabila bersama dengan gadis itu. Dia gembira sejak Nuha mula muncul dalam hidupnya. Hatinya sering berdebar apabila bersama dengan Nuha.
“Jujur saya cakap.. saya..” Rafiq mengetap bibirnya.
Nuha berdebar.
Rafiq melihat Nuha dengn jantung yang berdegup laju.
“Saya sukakan awak, Nuha.. i like you. I mean.. it’s not that kind of ‘like.. It just..” Rafiq tidak mahu Nuha rasa salah faham dengan perasaannya itu.
“I like your personality, Nuha. I like you because you’re kind to others even with my family.. and you also funny. Lepastu awak comel.. So yeah.. That’s my real feelings for you.” Kata Rafiq sambil berdehem. Wajahnya berona merah.
Nuha tergamam. Wajahnya turut membahang.
“Oh..” Nuha mula berasa malu.
“But.. we’re already promised.. not to fall in love with each other.” Kata Nuha lagi.
Rafiq terdiam lama. Dia mengangguk.
“Ya.. i’m aware of that. Saya takkan sesekali langgar perjanjian kita.” Kata Rafiq. Dia menundukkan wajahnya.
Nuha turut terdiam. Kenapa tiba-tiba hatinya berasa sakit? Kenapa dia bagaikan berharap yang perkahwinan mereka akan kekal sampai bila-bila?
Adakah dia mula mementingkan diri dan hanya inginkan Rafiq melihatnya seorang?
Rafiq menundukkan wajahnya.
Nuha terdiam lama. Tiba-tiba dia teringatkan Irfan. Jika dia berkahwin dengan lelaki itu, pasti nasibnya akan menjadi lebih teruk. Rafiq seolah-olah penyelamat yang datang dalam hidupnya secara tiba-tiba. Nuha tahu, mereka berkahwin bukanlah atas dasar cinta.. Tapi, patutkah dia memulakan hidup baru dengan Rafiq? Dan cuba memupuk perasaan cinta itu bersama?
Adakah mereka akan melanggar perjanjian itu?
Nuha melihat Rafiq yang masih lagi menunduk.
‘Please look at me..’ getus hati Nuha.
‘I want you to look at me. Only me.’ Bisik hati Nuha.
Rafiq mengangkat wajah. Dia memandang Nuha. “Nuha..”
Nuha terus mengucup bibir Rafiq sesaat.
Chup!
Rafi tergamam. Tidak menyangka yang gadis itu mengucupnya buat pertama kali.
Nuha turut terkejut. Apa yang dia buat tadi?? Nuha terus bangun dari sofa. Wajahnya membahang.
Rafiq turut terkejut dengan tindakan gadis itu.
“Err.. saya minta maaf! Saya betul-betul minta maaf! That was.. that was a mistake!” Kata Nuha dengan gelabah. Pasti lelaki itu akan berfikir yang bukan-bukan padanya. Dia rasa ingin berlari jauh dari situ.
Rafiq memandang Nuha dengan lama. Jantungnya berdegup laju. Kucupan Nuha masih lagi terasa. Perlahan-lahan Rafiq mendekati Nuha.
Dia memegang pipi Nuha dengan lembut. Nuha memandang mata Rafiq.
Rafiq merenung bibir merah milik Nuha lalu dia merenung mata Nuha pula. Dengan perlahan, Rafiq mengucup bibir Nuha.
Nuha terkejut.
Rafiq terus menjauhkan tubuhnya tanpa melihat Nuha.
“One kiss won’t ruin our friendship, right?” Soal Rafiq dan berlalu pergi.
“Goodnight, Nuha.” Kata Rafiq lagi sambil masuk ke dalam biliknya. Dia tidak mampu melihat wajah Nuha ketika ini. Dia takut sekiranya dia tidak boleh mengawal dirinya apabila bersama dengan gadis itu.
Nuha terus terduduk di atas sofa semula. Dia menyentuh bibirnya.
‘Arghh… we already crossed the line!’ Jerit hati Nuha.
Nuha terus meraup wajahnya dan berlari masuk ke dalam billiknya. Malu melihat wajah Rafiq nanti.
Share this novel