KAK ILYA dan juga Abang Emir selamat diijabkabulkan bersama dan kini mereka sekeluarga telah mengadakan majlis malam berinai yang berlangsung dengan begitu meriah sambil dihadiri oleh ahli keluarga Rafiq serta keluarga Abang Emir dan rakan-rakan mereka.
Encik Kalil dan Naufal turut datang serta untuk memeriahkan lagi majlis itu.
Kak Ilya kelihatan sangat cantik dan berseri-seri apabila menggayakan sari berwarna kuning dan merah pada malam itu. Kata Kak Ilya, dia ingin membuat tema bollywood pada majlis berinainya.
Nuha begitu fokus melukis inai di atas tangan Kak Ilya sambil berbual bersama ahli keluarga suaminya. Rafiq memiliki keluarga yang besar, jadi Nuha mengambil kesempatan itu dengan berkenalan bersama mereka semua.
“Nuha ni pun pengantin baru kita juga.. Kita raikan sama-sama ya?” Usik Puan Maznah, ibu saudara Rafiq. Mereka terus berbual bersama Nuha.
Nuha hanya tersenyum malu. Dia turut berbual bersama keluarga lelaki itu.
Kak Ilya sangat gembira apabila melihat adik iparnya yang kelihatan sangat ramah dengan keluarganya. Nuha sudah pandai membawa diri walaupun baru saja seminggu dia berada di rumah keluarga Rafiq.
Nuha juga kelihatan begitu cantik dengan mengenakan sari berwarna emerald green dan juga gold. Make up yang dirias juga mengikut ala-ala bollywood.
“Untung betul Kak Ilya dapat adik ipar yang serba boleh ni. Baju pengantin akak pun, Nuha yang design. Sekarang ni pun Nuha pula yang lukiskan inai. Memang Nuha ni ada banyak bakat terpendam eh?” Puji Kak Ilya gembira.
Nuha hanya tersenyum segan kerana dipuji begitu.
“Tak ada lah, Kak Ilya. Biasa-biasa aje ni.. Lagipun, ni kan majlis penting Kak Ilya. Nuha harap semuanya berjalan lancar esok.” Kata Nuha pula. Esok adalah majlis resepsi kakak iparnya itu.
Kak Ilya tersenyum. “Amin.”
Dia melihat ke arah Nuha yang begitu fokus melukis inai.
“Nuha nak tahu something tak?” Kata Kak Ilya.
Nuha mengangkat kening. “Hm?”
Kak Ilya tersengih. Dia mengerling ke arah Rafiq yang dari tadi mencuri pandang ke arah Nuha.
“Rafiq dari tadi asyik tengok Nuha aje. Mesti dia pun terpegun tengok Nuha cantik macam ni.” Usik Kak Ilya.
Wajah Nuha merah padam. Dia menoleh ke arah Rafiq.
Dengan cepat Rafiq menoleh ke arah lain sambil berbual dengan keluarganya.
Nuha berdehem. Tak mungkin lah Rafiq melihatnya..
“Haha.. mana ada.” Kata Nuha sendiri.
Rafiq menoleh lagi ke arah Nuha yang sedang berbual dengan keluarganya. Dia ingin memastikan Nuha dalam keadaan yang selesa dan baik-baik saja. Risau jika dia membiarkan gadis itu keseorangan. Tapi.. jantungnya dari tadi berdegup laju setelah melihat penampilan Nuha yang cantik seperti gaya bollywood itu.
‘Cantiknya..’ getus hati Rafiq sambil melihat Nuha. Dia terus menarik nafas dan memandang ke arah lain.
“Nuha dengan Rafiq taknak buat majlis reception juga ke? Kak Ilya teringin nak tengok korang berdua bersanding kat atas pelamin nanti.” Kata Kak Ilya.
Nuha tersentak. Dia terdiam seketika.
Perlukah mereka membuat semua itu? Sedangkan dia dan Rafiq hanyalah sekadar suami isteri di atas kertas saja.
Nuha berdehem. Dia memaksa senyuman.
“Emm.. Buat masa sekarang ni.. mungkin tak lagi kot. Sebab minggu depan Nuha nak kena pergi butik balik. Ada banyak tempahan baju nak kena buat..” dalih Nuha. Dia perlu mengelak dari soalan-soalan sebegitu.
Kak Ilya mengangguk faham dengan tugas adik iparnya itu.
Datin Haida terus duduk di sebelah menantunya itu.
“Tak apalah, yang penting sekarang ni Nuha dengan Rafiq dah pun jadi suami isteri. Reception tu bila-bila pun boleh buat. Cuma lain kali, mama teringin juga nak tengok menantu mama ni kat atas pelamin. Kalau boleh, dalam perkahwinan ni cuma sekali aje seumur hidup.” Ujar Datin Haida sambil mengusap bahu Nuha. Dia melihat anaknya yang sedang berbual bersama Datuk Ilham dan juga Encik Kalil.
Nuha tersenyum kelat. Dia sendiri tidak pasti sampai bila mereka berdua akan meneruskan perkahwinan ini..
Nuha memandang lagi ke arah Rafiq yang sedang ketawa bersama tetamu yang hadir. Apabila melihat senyum dan tawa dari lelaki itu membuatkan hati Nuha berasa tenang.
Suaminya itu begitu segak mengenakan kurta berwarna emerald green sama sepertinya serta selendang yang disangkut ke leher berwarna gold.
‘Handsomenya..’ bisik hati Nuha. Dia mengetap bibir.
Rafiq dan Nuha berpandangan.
Perlahan-lahan bibir mereka terukir satu senyuman.
Majlis malam berinai itu berlangsung dengan begitu meriah dengan pelbagai lagu bollywood yang dimainkan. Rakan-rakan mereka yang hadir turut membuat persembahan tarian bollywood sambil mengikut rentak lagu itu.
Nuha tersenyum sambil duduk di atas kerusi. Dia menggoyang-goyangkan tubuhnya dan mengikut rentak muzik itu. Tiba-tiba dia terkedu setelah melihat Rafiq turut serta dengan tarian itu bersama rakan-rakannya.
Lagu ‘Mehndi Laga Ke Rakhna’ dimainkan.
“Mehandi laga ke rakhana
Doli saiaa ke rakhana”
Sempat lagi Rafiq mengenyitkan mata ke arah Nuha.
Nuha tergamam. Dia melihat lelaki itu menari bersama rakan-rakannya.
“Mehandi laga ke rakhana
Doli sajaa ke rakhana
Lene tuje o gori aayenge tere sajnaa
Mehandi laga ke rakhana
Doli saiaa ke rakhana”
Kak Ilya turut menari bersama Abang Emir dengan gembira.
Kak Ilya melihat Nuha yang sedang duduk di atas kerusi lalu dia menarik tangan adik iparnya itu untuk turut serta.
Nuha terus ketawa. Tetapi tawanya tidak lama sebaik saja Kak Ilya membawanya ke arah Rafiq.
“Saharaa sajaa ke rakhana
Cheharaa cchopa ke rakhana
Saharaa sajaa ke rakhana
Cheharaa cchopa ke rakhana
Ye dil kee baath apane
Dil mein dabaa ke rakhana
Saharaa sajaa ke rakhana
Cheharaa cchopa ke rakhana”
Kak Ilya menolak Nuha ke dakapan Rafiq. Kini dengan sekelip mata Nuha berada di dalam dakapan suaminya itu.
Rafiq turut tergamam.
Mereka berpandangan lama. Tarian di situ masih lagi diteruskan sehinggalah lagu itu tamat.
Mereka semua yang berada di situ terus menepuk tangan.
Dengan cepat Rafiq melepaskan dakapannya pada Nuha lalu mereka menjarakkan tubuh masing-masing.
Nuha dan Rafiq tersenyum segan dan melihat ke arah lain.
“Sorry.” Kata Rafiq dengan segan. Dia tidak memandang wajah Nuha.
Nuha memegang pipinya yang membahang.
Tanpa mereka sedari ada seorang kanak-kanak lelaki mengikat selendang mereka berdua. Budak lelaki itu terus berlari sambil tersengih.
Nuha ingin berlalu namun langkahnya terhenti sebaik saja ada sesuatu yang tersangkut pada selendangnya itu.
Eh?????
Rafiq turut terkejut. Siapa yang mengikat selendang mereka berdua ni?
Nuha dan Rafiq membuka ikatan itu bersama sehingga dahi mereka terhantuk.
“Auch.” Nuha mengaduh kesakitan.
“Eh! Sorry! Sakit ke?” Rafiq terus melihat dahi Nuha.
Nuha memegang dahinya lalu mereka bertatapan lagi.
Rafiq menelan liurnya.
Pandangan Nuha cukup melemahkan hati lelakinya. Kenapa dia rasa berdebar pula ni?
Nuha membalas pandangan Rafiq.
Tanpa sedar, Rafiq telah mengusap pipi Nuha dengan lembut.
Nuha turut hanyut dengan pandangan suaminya itu.
Tiba-tiba Kak Ilya menepuk bahu Nuha.
“Jom, Nuha! Kita ambil gambar sekali.” Ajak Kak Ilya sambil menarik tangan Nuha.
Rafiq hanya memandang. Dia melihat tapak tangannya sendiri. Kelembutan di pipi Nuha masih lagi terasa.
Perlahan-lahan Rafiq memegang dadanya. Jantungnya itu berdegup laju. Tapi kenapa?
Rafiq memandang Nuha yang sedang bergambar dengan Kak Ilya serta rakan-rakan mereka sambil ketawa. Tak lama selepas itu, Nuha meminta diri untuk menghirup udara segar di luar.
Rafiq hanya mengikut langkah Nuha. Kelihatan gadis itu sedang melihat ke arah water fountain dengan leka.
“It was a bit chaotic, i guess.” Kata Rafiq di belakangnya. Lelaki itu tersenyum.
Nuha menoleh. Dia turut tersenyum ke arah suaminya itu.
“But it was fun. Kak Ilya pun nampak cantik sangat malam ni.” Kata Nuha pula.
Rafiq tersenyum. Dia berdiri di sebelah Nuha.
“Awak pun.. nampak cantik juga..” Kata Rafiq perlahan.
Nuha menoleh. Tidak dengar apa yang dikatakan oleh suaminya itu.
“Hm? Apa dia?” Soal Nuha.
Rafiq terus menggeleng.
“Tak.. tak ada apa.” Kata Rafiq dengan laju.
Nuha tersenyum.
“Thank you..” kata Nuha sambil melihat Rafiq.
Rafiq menoleh. Dia membalas senyuman Nuha.
“Kenapa?” Soal Rafiq pula.
Nuha tersenyum.
“Tak pernah saya rasa happy macam ni.. family awak pun baik sangat dengan saya. Semuanya sporting pula tu.” Kata Nuha dengan gembira.
Rafiq ketawa sedikit.
“At least awak dalam keadaan yang okey.. tu paling penting.” Kata Rafiq. Dia melihat wajah Nuha.
Nuha mengangguk. Dia memandang ke arah lain dengan senyuman. Lelaki itu sering mengambil berat tentangnya.
Rafiq masih lagi memandang Nuha.
“Tapi.. awak memang nampak cantik sangat malam ni.” Kata Rafiq tanpa melihat Nuha.
Nuha tersentak. Dia menoleh ke arah Rafiq. Adakah lelaki itu memujinya?
“Pretty..” Kata Rafiq lagi. Dia tidak mempunyai keberanian untuk melihat reaksi Nuha setelah dia puji kecantikan gadis itu.
Wajah Nuha berona merah.
“Oh.. tha..thank you.” Jawa Nuha dengan malu.
Rafiq tersenyum. Dia menghulurkan tangannya pada Nuha.
“Jom kita masuk dalam? Sejuk kat luar ni. Nanti awak demam pula.” Kata Rafiq dengan lembut.
Nuha mengangguk sambil tersenyum. Dia menyambut huluran tangan Rafiq lalu mereka masuk ke dalam villa milik keluarga suaminya itu.
***
SEBAIK saja majlis itu selesai, tetamu serta rakan-rakan mereka yang hadir pada malam itu terus beransur pulang dan mengucapkan tahniah pada Kak Ilya dan juga Rafiq.
Usai Nuha membersihkan dirinya, dia terus menuju ke balkoni bilik suaminya sambil melihat ke arah langit gelap namun masih lagi terang dek cahaya bulan. Nuha tersenyum sedikit.
“Subhanallah.” ucapnya. Sungguh cantik ciptaan Yang Maha Kuasa. Sedang dia termenung jauh. Telefon bimbitnya berdering. Nuha terus mengambil telefon bimbitnya di atas meja sebelah katil lalu melihat siapakah yang menelefonnya.
Nuha membuntangkan matanya setelah melihat nombor itu. Irfan! Nuha sangkakan yang lelaki itu akan berputus asa sebaik saja dia berkahwin dengan Rafiq namun sangkaannya salah.
Nuha mendengus. Dia menjawab panggilan lelaki itu.
“Awak nak apa lagi, Irfan?!” Marah Nuha
Irfan terus ketawa.
“Wah, garangnya? Sejak dah jadi isteri orang ni terus garang ya?” Sindir Irfan.
Nuha mengenggam jari-jemarinya dengan kuat.
Irfan terus baring di atas katil sambil tersenyum sinis.
“Awak tak rindu saya ke, Nuha? Saya tahu yang awak masih lagi tak boleh lupakan saya. You still love me, right?” Soal Irfan.
Nuha mengetap bibir.
“Awak dengar sini ya? Sekarang ni saya dah berkahwin! Saya dah ada suami! Jangan nak ganggu hidup saya lagi boleh tak?!” marah Nuha.
Rafiq yang ketika itu ingin masuk ke dalam biliknya terus terhenti. Dia membuka sedikit pintu bilik. Kelihatan Nuha sedang bercekak pinggang sambil bercakap di telefon.
Irfan ketawa dengan kuat.
“Sayang.. Awak ingat saya akan give up macam tu aje ke? Saya tak kisah la awak tu dah kahwin ke apa? Saya tetap akan dapatkan awak semula! You’re mine, Nuha!” jerkah Irfan.
Nuha terpana apabila mendengar tempikan Irfan di corong telefon. Tubuhnya terus menggeletar ketakutan. Dia mematikan terlefon lalu melemparkan telefon itu ke atas katil. Nuha duduk di atas katil sambil meraup wajahnya. Tanpa sedar dia terus menangis.
Kenapa lelaki itu masih lagi mahu mengganggu hidupnya? Apa lagi yang dia perlu lakukakan untuk membuat Irfan tidak lagi menganggunya?
Nuha terus memicit kepala.
Rafiq mengerutkan dahi. Dia terus mendapatkan Nuha dan duduk di sebelah isterinya itu.
“Nuha? Kenapa ni?” soal Rafiq dengan risau. Dia menarik tangan isterinya yang sedang menutup wajah itu.
Nuha terkejut. Dia menggeleng sambil tersenyum.
“Tak.. tak ada apa. Saya okey aje.” Dalih Nuha. Dia memandang ke arah lain. Dia tidak mahu melibatkan Rafiq dalam hal ini.
Rafiq menarik sedikit pipi Nuha supaya gadis itu memandangnya.
Nuha membalas pandangan Rafiq. Wajahnya sudah lencun dengan air mata.
Rafiq mengerutkan dahinya. Mula berasa risau dengan gadis itu.
“No. You’re not okay. Bagitahu saya. Apa dah jadi? Irfan ganggu awak lagi ke?” Soal Rafiq.
Nuha terus meraup wajahnya dan menggangguk.
“Saya benci sangat kat dia! Kenapa dia nak ganggu hidup saya lagi? Sedangkan dulu.. dia sendiri yang curang dengan saya. Dia sendiri yang permainkan hati saya.. lepastu kenapa dia kena muncul balik?” soal Nuha dengan suara yang tersekat-sekat.
Rafiq mengetap bibir. Hatinya mula panas apabila mengingati lelaki yang bernama Irfan itu. Kemudian dia melihat Nuha yang masih lagi menangis teresak-esak.
Rafiq terus duduk di hadapan Nuha. Dia menyentuh lembut tangan isterinya itu.
“Nuha.. Please jangan nangis lagi. He’s not worth it. Awak tak patut pun bazirkan air mata awak untuk lelaki macam tu.. Awak tak perlu lagi rasa sakit disebabkan dia..” pujuk Rafiq. Dia merenung mata isterinya itu.
Nuha membalas pandangan Rafiq. Perlahan-lahan Nuha menyeka air matanya.
Rafiq terdiam seketika.
“Saya taknak tengok menangis lagi, Nuha. Kalau boleh.. Saya cuma nak awak rasa selamat aje bila dengan saya.” Kata Rafiq lagi.
Nuha memandang wajah Rafiq. Dia mula rasa bersalah.
“Saya minta maaf.. Saya tak patut cakap pasal lelaki lain dekat awak.” Kata Nuha sambil menundukkan wajahnya. Walau apapun, dia perlu menghormati Rafiq sementara mereka masih lagi bergelar suami isteri.
Rafiq hanya tersenyum. Dia menyeka air mata Nuha.
“It’s okay.. Lepasni, kalau dia cuba nak ganggu awak lagi, just tell me. Tahu lah saya nak ajar dia macam mana.” Kata Rafiq dengan geram.
Nuha ketawa sedikit.
Rafiq berasa lega setelah melihat senyuman gadis itu. Perlahan-lahan dia menarik nafas. Irfan memang sudah melampau. Dia takkan sesekali biarkan Nuha menangis lagi disebabkan lelaki itu.
“Nuha.” Rafiq memandang gadis itu.
Nuha tersenyum. “Ya?”
“Bagi kat saya number telefon dia.” Soal Rafiq perlahan.
Nuha mengangkat keningnya. “Hm?”
“Irfan. Biar saya sendiri yang bercakap dengan dia.” ujar Rafiq dengan wajah yang serius. Dia tidak mahu lelaki itu terus-terusan menganggu Nuha.
Nuha terus memberikan telefon bimbitnya pada Rafiq.
Rafiq mengambil nombor telefon Irfan lalu dia memandang Nuha.
“Awak tak block number dia ke?” Soal Rafiq.
Nuha menarik nafas.
“Dah banyak kali dah. Even saya tukar nombor telefon pun, dia still boleh cari.” Ujar Nuha sambil menghela nafas berat.
Rafiq menarik nafasnya lalu diamemandang wajah polos isterinya itu.
“Awak jangan risau okey? Saya janji akan jaga awak. Tapi awak pun kena janji dengan saya.” Kata Rafiq.
Nuha membalas pandangan Rafiq.
Rafiq tersenyum.
“If anything happens, awak kena bagitahu terus dekat saya. Saya taknak apa-apa jadi dekat awak lagi. Okey?” Soal Rafiq dengan lembut.
Nuha tersenyum lalu dia memeluk Rafiq dengan erat.
“Terima kasih.” Kata Nuha gembira.
Rafiq terkedu dalam pelukan isterinya. Jantungnya berdegup dengan begitu laju.
“Sama-sama..” Rafiq hanya kaku. Dia ingin membalas pelukan Nuha tapi dia tidak mahu gadis itu berasa tidak selesa.
Nuha tersedar sesuatu. Dia terus meleraikan pelukan.
“Eh, Maaf!” Kata Nuha dengan wajah yang berona kemerahan.
Rafiq berdehem.
“Ta.. tak apa..” kata Rafiq dengan nada bergetar.
Mereka terdiam seketika.
“Em, awak dah okey?” Soal Rafiq. Cuba menghilangkan rasa kekok antara mereka.
Nuha mengangguk. Dia tersenyum.
“Yup. Betul lah apa yang awak cakap tadi. Saya tak patut bazirkan air mata saya untuk lelaki macam tu. He’s not worth my tears at all.” Kata Nuha sambil mencebik. Dia terus menyeka air matanya yang masih bersisa.
Rafiq ketawa sedikit.
“Baguslah macam tu. Yang penting, saya nak tengok awak happy aje.” Kata Rafiq dengan senyuman.
Nuha tersenyum. Dia melihat Rafiq dengan lama.
“Kenapa awak baik sangat dengan saya?” Soal Nuha dengan kepala yang disengetkan.
Rafiq tersentak. Mereka berpandangan lagi.
“Err..” Rafiq mengetap bibir.
Nuha tersenyum.
Rafiq menoleh ke arah lain. Dia berdehem.
“There’s no reason..” dalih Rafiq
Nuha ketawa kecil.
“Ya ke?” Soal Nuha lagi dengan nada mengusik.
Rafiq terus bangun. Dia tidak boleh merenung lama wajah Nuha. Setiap kali dia bersama dengan gadis itu, jantungnya akan berdegup laju.
“Ya lah.. Lagipun.. awak kan kawan saya?” Kata Rafiq perlahan.
Dia terus berjalan menuju ke arah sofa sambil membawa bantalnya. Dia perlu menjauh dari Nuha. Mereka sudahpun berjanji untuk tidak mempunyai perasaan itu.
Nuha mengerutkan dahi. Adakah lelaki itu ingin tidur di atas sofa?
“Hm? Awak tidur kat sofa ke?” Soal Nuha polos.
Rafiq menoleh. Dia tersenyum mengusik ke arah Nuha.
“Kenapa? Awak nak tidur dengan saya lagi ke malam ni?” Soal Rafiq pula.
Wajah Nuha berona merah.
Dia terus baring dan menyelimuti tubuhnya.
“Ma.. Mana ada! Okeylah, Goodnight!” Kata Nuha di dalam comforter.
Rafiq terus ketawa. Dia turut membaringkan tubuhnya di atas sofa. Matanya memandang ke arah Nuha yang berselebung dengan comforternya.
“Goodnight, Nuha.” Kata Rafiq dengan senyuman.
****
SUDAH hampir 2 minggu Nuha tinggal bersama keluarga mertuanya sejak majlis perkahwinan Kak Ilya berlangsung. Nuha berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga mertua yang baik dan sangat sayang padanya. Hari ini dia akan mula berpindah kerumah Rafiq.
Nuha yang ketika itu sedang melipat baju terus menghentikan perbuatannya. Dia memandang ke arah tingkap bilik.
“Pindah rumah dia.. maksudnya.. aku dengan dia ajelah kat rumah tu nanti?” Soal Nuha sendiri lalu dia menelan liur. Nuha terus memegang pipinya sendiri.
“Dia suami kau lah, nak takut apa?” Marah Nuha sendiri lalu dia tersenyum dan menyambung semula lipatannya tadi.
“Nuha..” panggil Rafiq.
Tiba-tiba Rafiq masuk kedalam bilik dan duduk di hadapan isterinya.
Nuha terkejut lalu dia melihat Rafiq.
Rafiq tersenyum.
“Ada apa-apa yang boleh saya tolong awak ke?” Soal Rafiq.
Nuha menarik nafas dengan dalam. Cuba menghilangkan getaran di hatinya.
“Tak ada apa dah ni. Cuma nak lipat-lipat sikit lepastu habis lah.” Balas Nuha sambil ketawa kecil.
Rafiq tersenyum sedikit.
“Oh. By the way Nuha, saya ingat nak beli barang dapur sikit lepastu kita balik rumah saya. Okey?” Kata Rafiq.
Nuha memandang Rafiq lalu tersenyum mengusik.
“Awak mesti tak reti masak kan?” Usik Nuha.
Rafiq ketawa dan menarik hidung Nuha. Nuha terus terpana.
“Haha. Saya tahulah aje lah masak. Cuma sikit-sikit aje. Lagipun, saya sibuk kerja.. Tak sempat nak masak apa-apa. Selalunya beli makanan kat luar lah.” ujar Rafiq sambil tersenyum.
Nuha kelihatan comel apabila mengusap hidungnya sendiri.
Nuha mengangguk faham.
“Oh.. i see. Kalau awak pergi kerja selalu skip breakfast ke?” Soal Nuha.
Rafiq ketawa. “Yup.”
Nuha mengerutkan dahinya.
“Ish. Tak elok tau kalau selalu skip breakfast. Bahaya.” kata Nuha dengan serius.
Rafiq hanya ketawa.
“It’s okay lah. Saya dah biasa..” balas Rafiq bersahaja.
“Nope!” Celah Nuha
Rafiq mengangkat keningnya. Dia tersenyum.
“Lepasni biar saya yang buatkan breakfast kat awak. Jangan cuba nak skip dah.” Bebel Nuha.
Rafiq turut ketawa.
“Tak apa lah.. Saya taknak susahkan awak.” Kata Rafiq.
Nuha menggeleng.
“No excuse.” Balas Nuha lagi.
Akhirnya Rafiq mengalah. Dia terus tersenyum.
“Baiklah ma’am. Saya menurut perintah.” Balas Rafiq sambil menongkat dagu ke arah Nuha.
Nuha tersenyum.
“Good.” Kata Nuha dengan senang hati.
****
SEBAIK saja Nuha tiba di rumah banglo milik Rafiq , Nuha terus tergamam.
“Cantiknya..” getus Nuha dan melihat ruang di dalam rumah itu.
Rafiq tersenyum sambil meletakkan bagasi Nuha di tepi sofa.
“Tadaaa! Ni lah rumah kita! Hope you like it!” ujar Rafiq dengan senyuman lebar.
'Rumah kita..'
Nuha menarik nafas dan membalas senyuman suaminya.
“Terima kasih.. inshaAllah, saya akan cuba jadi isteri yang terbaik sepanjang kita bersama ni..” Kata Nuha dengan senyuman.
Rafiq terkedu apabila mendengar kata-kata isterinya itu. Wajahnya mula membahang.
‘Isteri yang terbaik..’
Nuha yang melihat perubahan wajah Rafiq terus menoleh ke arah lain lalu dia memegang pipinya sendiri.
Rafiq berdehem perlahan. Cuba menghilangkan suasana sepi antara mereka.
“Err. Jom saya tunjukkan bilik awak.” Kata Rafiq sambil melihat Nuha.
Nuha memandang ke arah Rafiq.
“Bilik saya?” Soal Nuha.
Rafiq tersenyum nakal.
“Kenapa? Awak nak tidur sebilik dengan saya lagi ke?” usik Rafiq.
Nuha terkedu. Lalu menggelengkan kepalanya dengan laju.
“Eh! Tak.. Taknak!” Nuha menundukkan wajah.
Rafiq ketawa kemudian dia mengangkat dagu Nuha lalu mereka berpandangan.
“Bukan ke awak cakap nak jadi isteri yang terbaik?” uji Rafiq dengan senyuman nakal.
Nuha dapat merasakan wajahnya berona merah.
“Tadi tu cuma...” Nuha mula gelabah.
Rafiq menahan tawanya. Nuha kelihatan sangat comel ketika itu.
“Saya test awak aje.” Usik Rafiq sambil ketawa.
Nuha terus mencubit lengan Rafiq.
“Awak ni kan! Haa..” marah Nuha dengan geram.
“Aduh. Cubit macam ketam.” Usik Rafiq lagi.
Nuha terus mencebik dan berlalu ke arah dapur. Rafiq dapat mendengar Nuha membebel sendirian.
Rafiq hanya ketawa apabila melihat telatah isterinya itu.
Share this novel