Bab 9

Romance Series 35227

SEBAIK saja mereka tiba di rumah, Nuha terus menyuruh Rafiq duduk di atas sofa sementara dia mengambil first aid kit.

Rafiq hanya menurut. Takut juga kalau Nuha tiba-tiba berubah menjadi singa.

Nuha terus datang ke arahnya sambil membawa first aid kit. Dia duduk di hadapan Rafiq. Mereka hanya mendiamkan diri.

Rafiq memandang ke arah lain.

“Tengok sini.” Kata Nuha. Dia menarik pipi Rafiq supaya melihatnya.

Rafiq terkejut. Seram!

“Baik, bos!” Balas Rafiq dengan laju. Dia memandang wajah Nuha.

Nuha mencuci luka di tepi bibir Rafiq dengan perlahan. Wajahnya serius.

“Boleh pula main tumbuk-tumbuk macam tu. Buat orang risau aje. Ingat butik saya tu tempat gusti ke apa.” Bebel Nuha

Rafiq menyembunyikan senyuman. Betul lah apa yang dikatakan Naufal. Nuha memang kuat membebel.

“I’m so sorry.. Jangan lah marah..” balas Rafiq lagi sambil membuat wajah sedih.

Nuha mencebik.

“Sorry naik lori lah.” Bidas Nuha.

Rafiq terus mati kutu.

Nuha terus-terusan membebel sepanjang dia mencuci luka Rafiq.

“Okey done. Nasib baik lah tak teruk sangat luka tu.” Ujar Nuha dengan senyuman.

Rafiq tersenyum sedikit.

“Thank you..” balas Rafiq segan.

Nuha mengangkat wajahnya. Dia terkejut kerana kedudukan mereka agak rapat ketika itu.

Wajahnya terlalu dekat dengan Rafiq! Alamak!

Mereka berpandangan lama.

Nuha terus bangun. Pipinya membahang.

“Emm, awak tunggu kejap. Saya nak siapkan makanan dulu. Dah lah awak tak lunch lagi.” Ujar Nuha dan bergegas menuju ke dapur.

Rafiq turut bangun.

“Eh tak payah lah, awak. Kita boleh aje order food delivery.” Ujar Rafiq.

“Jangan nak membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Tak lama pun saya masak. Kejap aje ni. Tunggu aje kat sofa tu.” Bebel Nuha dari dapur.

Rafiq menahan tawanya. Garang betul isterinya itu.

Rafiq terus duduk semula.

“Yes. Ma’am.” Balas Rafiq. Dia terus membuka laptop dan membuat kerjanya.

Dia mendail nombor telefon Hadif untuk memberitahu rakannya itu yang dia tidak akan masuk kerja petang nanti.

Hadif menjawab panggilannya.

“Hello bos. Macam mana lunch dengan bini? Seronok la tu..” Usik Hadif di corong telefon.

Rafiq mencebik. Dia memegang pipinya yang masih sakit.

“Ya. Seronok sangat sampai aku tak boleh nak masuk kerja petang nanti.” Balas Rafiq. Semua ni salah Irfan kerana menumbuk pipinya hingga lebam.

Hadif ketawa.

“Huish. Tak boleh nak berpisah dengan bini ke tu bos?” Usiknya lagi.

Wajah Rafiq membahang.

“Eh. Biarlah aku nak berkepit dengan bini aku pun. Apa salahnya?” Getus Rafiq geram.

Hadif ketawa kuat. Dia memang suka menyakat Rafiq.

“Ya lah, ya lah.. Noted bos. By the way kenapa kau tak masuk office kejap lagi? Ada problem ke?” Soal Hadif.

Rafiq menyandarkan tubuhnya di sofa.

“Ada hal sikit. Oh ya, meeting untuk petang ni kita postpone pada hari esok. Apa-apa hal nanti, boleh inform aku, ya?” Soal Rafiq

“Baik bos. Selamat dating dengan bini!” Usik Hadif lagi.

“Ish. Kau ni.” Getus Rafiq dan meraup wajahnya. Dengan cepat, dia terus mematikan talian. Makin dilayan, makin kuat lah Hadif mengusiknya.

Setelah Rafiq siap membuat kerja. Dia terus bangun untuk mendapatkan Nuha yang sedang memasak lauk tengah hari.

“Boleh saya tolong?” Soal Rafiq dari belakang.

“Wah.. sedapnya bau..” puji Rafiq dengan senyuman lebar. Dia mengintai lauk yang dimasak oleh Nuha.

Nuha telah membuat lauk ayam masak kicap dan juga sotong goreng kunyit.

Nuha hanya tersenyum. Dia begitu fokus memasak.

“Lauk simple aje ni..” balas Nuha.

Rafiq senyum.

“Simple pun nampak sedap.” Ujar Rafiq. Dia tersengih.

“Do you need help?” Soal Rafiq lagi. Ingin membantu gadis itu.

Nuha menggeleng. Dia senyum.

“It’s okay. Nak siap dah pun.” Balas Nuha. Setelah dia siap memasak, Rafiq membantunya dengan meletakkan hidangan itu di atas meja makan.

Rafiq begitu teruja dengan masakan Nuha. Kalau hari-hari Nuha memasak makanan yang sedap, gemuklah dia nanti. Hehehe..

“Awak nak tahu tak, masakan awak ni sedap sangat sama macam Mama. Kalau macam ni, boleh dah lah nak masuk masterchef terus.” Usik Rafiq

Nuha terus ketawa.

“Ish. Tak ada lah sampai ke situ.” Balas Nuha.

Mereka terus menikmati makanan tengah hari itu sambil berbual bersama.

Rafiq kelihatan agak susah untuk mengunyah lauk itu kerana pipinya masih berasa sengal setelah ditumbuk oleh Irfan.

Nuha melihat ke arah Rafiq.

“Boleh ke nak kunyah tu?” Soal Nuha risau.

Rafiq membuat wajah sedih.

“Sakit..” balas Rafiq.

“Makan lah slow-slow. Nanti baik lah tu.” Kata Nuha.

Rafiq memandang wajah Nuha dengan penuh kesedihan.

“Ma’am besar..” panggil Rafiq

Nuha mendongak. Ma’am besar?

“Kenapa?” Soal Nuha dan menyambung kunyahannya.

Rafiq tersengih.

“Boleh tolong suapkan?” Soal Rafiq mengada.

Nuha menjegilkan matanya.

“Jangan nak mengada. Yang sakit tu pipi awak. Bukannya tangan.” Bebel Nuha

Rafiq memuncungkan bibirnya. Dia terus berpura-pura membuat tangannya menjadi lemah longlai.

“Aduh, sakitnya. Mesti sebab saya tumbuk dia juga tadi.. sakit betul tangan ni. Macam nak patah pun ada..” getus Rafiq dengan wajah sedih. Dia memegang tangannya dengan lemah.

Ya Allah. Mengadanya!

Nuha menarik nafas panjang.

“Meh sini. Mengada betul.” Getus Nuha. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut Rafiq.

Betapa malunya dia ketika itu. Mereka kelihatan seperti pasangan suami isteri yang sebenar pula!

Rafiq mengunyah nasi itu dengan ceria.

“Hehe. Thank you my chingu..” balas Rafiq dengan sengihan.

“Mengada.” Balas Nuha

“Mengada dengan wifefriend saya aje..” balas Rafiq pula.

Nuha menyembunyikan senyuman. Lelaki itu sering menghiburkan hatinya.

****

KEESOKAN harinya, Rafiq telah terkena demam panas. Dia melihat jam di sisi katilnya. Sudah menunjukkan pukul 8 pagi.

“I need.. to go.. to work..” Rafiq cuba untuk turun dari katil dan akhirnya dia terjatuh dan berbaring di atas lantai. Tanpa sedar dia terlena semula.

“Zzzzz…” Rafiq berdengkur. Selesa pula dia tidur di atas lantai yang sejuk itu.

Nuha yang ketika itu baru saja selesai membersihkan dirinya terus keluar dari bilik sambil memakai mask di wajahnya.

Dia pelik kerana Rafiq tiada di ruang tamu mahupun di dapur. Nuha sudahpun menyediakan sarapan pagi untuk lelaki itu.

“Eh tak pergi kerja ke dia ni?” Soal Nuha sendiri. Dia berjalan ke bilik Rafiq dan mengetuk pintu bilik suaminya itu.

“Awak? Dah bangun ke belum? Bukan ke awak kerja harini?” Soal Nuha dari luar bilik Rafiq.

Tiada sahutan.

‘Eh? Tidur lagi ke?’ Soal hati Nuha. Dia terus memulas tombol bilik Rafiq.

“Awak?” Soal Nuha.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Rafiq berbaring di atas lantai sambil memeluk erat bantal peluknya.

“Ya Allah, Rafiq Zuhayr! Kenapa tidur kat lantai ni? Awak tak masuk office ke harini?” Soal Nuha. Dia menggerakkan bahu lelaki itu.

Rafiq masih lagi memeluk bantal peluk dengan erat. Dia mengerutkan wajah kerana tidurnya terganggu.

“Awak, bangun lah.” Gerak Nuha lagi.

“Hm..” balas Rafiq. Tubuhnya terasa panas.

Nuha mula risau. Dia melekapkan tangannya ke dahi Rafiq.

“Lah, demam rupanya..” Nuha menarik nafas dalam. Dia melihat wajah Rafiq. Lelaki itu masih lagi memejamkan mata.

“Awak, bangunlah. Tidur kat atas katil ni. Nanti sakit badan pula tidur kat lantai ni.” Kata Nuha.

“Hm..” Rafiq masih lagi memejamkan matanya.

Nuha menghela nafas berat. Dia cuba untuk memapah tubuh Rafiq tetapi lelaki itu lagi berat darinya.

Belum apa-apa, dia sudahpun terjatuh ke dalam dakapan Rafiq.

Rafiq yang masih lagi tidak menyedari kehadiran Nuha terus memeluk erat tubuh isterinya itu.

“Bestnya bantal peluk ni..” balas Rafiq dengan mata yang terpejam. Dia tersenyum sendiri. Terasa lembut pula bantal peluk itu.

Wajah Nuha berubah merah padam. Dia cuba untuk melepaskan dirinya dari pelukan Rafiq. Tetapi lelaki itu begitu erat memeluknya.

“Awak.. lepas lah. Saya bukannya bantal.” Getus Nuha dan cuba untuk melepaskan dirinya.

Tiba-tiba telefon bimbit Rafiq berbunyi.

Nuha terus mencapai telefon bimbit Rafiq walaupun pergerakkannya agak sukar memandangkan Rafiq masih lagi memeluknya.

Nuha terus menjawab panggilan itu. Mungkin hal kerja?

“Hello? Woi, Rafiq. Kau kat mana?” Soal Hadif

Nuha melihat Rafiq yang masih lagi nyenyak tidur. Wajah Rafiq juga kelihatan pucat.

“Hello.. Err. Ni wife dia.. Rafiq mungkin tak boleh masuk office harini. Tiba-tiba aje dia demam..” kata Nuha dengan keluhan.

Hadif tersentak. Isteri Rafiq?

“Ooo! Awak lah gadis bertuah tu ya?” Soal Hadif ceria.

Nuha mengangkat keningnya. “Hah?”

Hadif tersengih.

“Rafiq selalu juga cerita pasal awak. Semoga korang sentiasa happy, ya?” Kata Hadif dengan tawa.

Nuha hanya ketawa kekok. Dia melihat ke arah Rafiq lagi. Suaminya itu masih lagi memeluk erat pinggangnya.

“Terima kasih.. Err. Maaf ya? Nanti saya bagitahu Rafiq yang awak call ni.” Ujar Nuha.

“Eh, tak apa! Bukan selalu dia nak bermanja dengan wife dia. Hehe. Okey lah bye!” Kata Hadif dan mematikan talian.

Nuha mengetap bibir. Dia terus menggerak-gerakkan tubuh Rafiq.

“Awak, bangun lah. Dah pukul berapa ni..” tegur Nuha.

Rafiq membuka matanya dengan perlahan. Setelah dia melihat Nuha di dalam pelukannya, dia terus melepaskan pelukan dan mengundurkan tubuhnya dengan laju.

“Eh! Kau siapa?!” Jerit Rafiq. Dia terkejut setelah melihat Nuha yang hanya memakai mask putih seluruh wajah dan juga kain tuala yang diasrung pada kepala.

Nuha menghela nafas. Dia membuka masknya itu.

“Awak tu demam, saya risau lah. Kot ya pun breakfast la dulu lepastu makan ubat.” Jelas Nuha.

Rafiq mula faham. Dia memegang kepalanya yang sakit.

Nuha terus bangun.

“Okey lah. Saya tunggu awak kat luar.” Kata Nuha. Dia langsung tidak melihat Rafiq.

Rafiq mengetap bibirnya. Dia melihat Nuha yang berjalan ke arah pintu.

“Nuha..” panggil Rafiq.

Nuha tidak menoleh. Dia masih malu dengan lelaki itu.

Rafiq mengetap bibirnya.

“Err.. saya peluk awak ke tadi?” Soal Rafiq dengan rasa bersalah.

Nuha diam. Dia tidak menoleh ke arah Rafiq sebaliknya dia berasa sangat malu ketika itu.

Nuha masih lagi boleh merasa kehangatan tubuh Rafiq ketika lelaki itu memeluknya tadi.

“Entah. Fikirlah sendiri.” Balas Nuha tanpa melihat Rafiq. Dia masih berasa malu dan beredar keluar.

Rafiq terbaring semula dan mengetuk dahinya.

“Aduh.. kau ni buat hal lagi lah, Rafiq..” getus Rafiq sendiri.

****

“HAH? Korang nak pergi Cameron ke hujung minggu ni? Nak ikut!” Kata Kak Ilya di corong telefon.

Rafiq hanya berbaring di atas katil sambil memakai cool fever di dahinya.

“Boleh aje. Tapi Abang Emir free ke hujung minggu ni?” Soal Rafiq pula.

Kak Ilya yang ketika itu berada di salon rambut terus ketawa.

“Mesti lah dia kena ikut. I’m her wife. Okey..” Balas Kak Ilya dengan tawa.

Rafiq hanya tersenyum.

Kak Ilya terus teringatkan Nuha.

“Oh ya, Nuha macam mana? Korang okey ke?” Soal Kak Ilya.

Rafiq mengetap bibir.

“Err.. kitorang okey aje.” Balas Rafiq.

Kak Ilya tersenyum nakal.

“Takkan lah tak ada apa-apa lagi…” usik Kak Ilya.

Rafiq mengerutkan dahinya.

“Maksud akak apa?” Soal Rafiq pelik.

Kak Ilya tersengih.

“Korang kan dah sebulan kahwin.. takkan lah si Nuha tu tak ada isi lagi kot..” usik Kak Ilya.

Rafiq terkedu. Dia terus ketawa kuat.

“Hah! Soalan makcik bawang dah muncul. Okey lah bye!” Kata Rafiq dengan malu.

Kak Ilya turut ketawa kuat sehingga amoi yang sedang menggunting rambutnya terkejut.

“Alah, chil lah, Fiq.. Akak bukannya apa.. akak ni teringin juga nak tengok muka anak saudara akak nanti. Mesti comel macam akak kan?” Soal Kak Ilya bangga.

Rafiq mencebik.

“Dah la, Fiq tengah demam ni. Apa-apa Fiq call lain. Bye” balas Rafiq geram. Dia terus mematikan talian.

“Request anak macam kat Shopee aje diorang ni.” Getusnya sendiri.

Dia terus baring semula di atas katil sambil memejamkan matanya.

Tiba-tiba Nuha mengetuk pintu biliknya. Gadis itu muncul di muka pintu.

Kelihatan Nuha sedang membawa semangkun bubur untuk Rafiq.

“Awak.. dah okey sikit ke demam tu?” Soal Nuha.

Rafiq membuka mata. Apabila dia melihat Nuha, matanya terus segar.

“Eh, Nuha?” Rafiq tersenyum. Dia memegang lehernya.

“Rasanya.. dah okey sikit kot. Hehe. Thanks.” Ujar Rafiq.

Nuha tersenyum sedikit. Dia berjalan ke arah Rafiq dan duduk di sebelah katil itu.

“Ni saya ada buatkan bubur. Awak makan lah. Bagi tambah sikit tenaga tu.” Ujar Nuha.

Rafiq mengangguk. Di tersenyum segan.

“Thanks..” jawab Rafiq. Dia ingin mengambil sudu itu tetapi Nuha menghalang.

Nuha terus menyuakan sudu itu ke mulut Rafiq.

Rafiq terkedu. Eh? Dia bermimpi ke ni?

Rafiq mencubit pipinya sendiri. Sakit. Nampaknya dia tidak bermimpi. Nuha memang ingin menyuapnya makan!

“Eh, Ta.. tak apa, Nuha. Saya boleh aje makan sendiri..” kata Rafiq dengan malu.

Nuha tidak mengendahkan jawapan Rafiq sebaliknya dia terus menyuap bubur itu ke mulut Rafiq.

“Lepasni awak kena makan ubat. Susahlah saya kalau Mama tahu yang awak demam.” Kata Nuha.

Rafiq menghentikan kunyahan. Dia merenung isterinya itu.

“Awak risau sebab Mama ke..” soal Rafiq perlahan. Baru saja hatinya berbunga-bunga kerana Nuha risau tentang dirinya. Tetapi kenapa tiba-tiba dia berasa sedih pula selepas Nuha berkata begitu?

Nuha tersentak. Dia memandang Rafiq dengan lama.

Jauh di sudut hatinya, dia memang risau tentang kesihatan Rafiq. Kerana itulah dia begitu semangat menbuat bubur ayam untuk suaminya itu.

Nuha menundukkan wajahnya.

“Mesti lah saya risau juga.. Awak kan suami saya.” Kata Nuha perlahan. Namun boleh didengari oleh Rafiq.

Rafiq tersenyum gembira. Dia terus memakan bubur itu dengan laju. Dengan sekelip mata, bubur itu sudahpun habis dari mangkuk.

Nuha terkejut.

“Hm.. Sedapnya! Thank you.” Kata Rafiq dengan senyuman.

Perlahan-lahan Nuha turut tersenyum.

“You’re welcome..” balas Nuha dengan segan.

Mereka berpandangan lama sambil tersenyum sesama sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience