LANGKAH Rafiq terhenti sebaik saja dia tiba di butik Nuha. Matanya terpandang ke arah seorang lelaki yang sedang ketawa bersama isterinya itu.
Manakala Nuha sedang memegang sejambak bunga dari lelaki itu.
Rafiq mengerutkan dahinya. Kenapa Nuha nampak begitu mesra dengan lelaki itu? Apa hubungan mereka?
Hati Rafiq berasa sakit tiba-tiba. Dia mula sedar.. yang dia bukanlah sesiapa bagi Nuha. Mana mungkin Nuha mempunyai perasaan yang sama padanya.
Perlahan-lahan Rafiq mengundurkan langkahnya dan menuju ke arah keretanya. Apabila melihat senyuman Nuha bersama lelaki itu, hatinya terluka. Dia berasa sangat marah dan juga cemburu. Tapi.. dia tidak mampu melakukan apa-apa kerana dia dan Nuha hanyalah rakan dari kecil dan sekadar suami isteri di atas kertas saja.
Rafiq menarik nafasnya. Dia terus memecut kaju keretanya itu. Matanya berkaca.
“Do not fall in love with each other, Deal?”
Kata-kata Nuha dahulu menyentak hatinya. Dia sedar yang dia sudahpun melanggar perjanjian itu.
Dia cintakan Nuha. Sangat-sangat cinta.
Air mata Rafiq mengalir tiba-tiba.
Dia telah jatuh cinta dengan Nuha Alisya. Isterinya sendiri.
Dia memegang dadanya.
“Kenapa.. sakit sangat ni?” Soal Rafiq sendiri. Hatinya terluka apabila melihat kemesraan Nuha dengan lelaki tadi.
****
NUHA memandang Isqandar. Dia tersenyum sedikit.
“Sorry, Is.. Tapi aku dah janji dengan suami aku nak keluar makan malam nanti..” Kata Nuha.
Isqandar terkejut.
“Suami? Apa maksud kau?” Soal Isqandar. Hatinya hancur dengan kata-kata gadis itu.
Nuha terdiam lama.
Isqandar memandang wajah Nuha lagi.
“Nuha. Kau dah kahwin ke? Dengan siapa?” Soal Isqandar. Kecewa.
Nuha menarik nafasnya. Dia sudah agak, pasti Isqandar terkejut dengan berita itu.
“Nama dia Rafiq.. Kawan aku masa kecil dulu.. Maaf sebab aku tak bagitahu kau pasal hal ni.” Kata Nuha dengan senyuman.
Wajah Isqandar berubah. Dia menundukkan wajahnya dan ketawa kecil. Cuba menahan air matanya dari gugur. Sungguh. Dia terkejut dengan berita itu.
“Kenapa.. kenapa kau tak bagitahu aku..” Isqandar mengetap bibir kuat.
Nuha terdiam lama. Dia menarik nafas.
“Panjang cerita dia.. InshaAllah, nanti ada masa aku bagitahu kau.. Tapi kau jangan risau lah. Aku happy aje dengan Rafiq. Dia dah banyak tolong aku..” Kata Nuha sambil tersenyum.
“Rafiq.. dia baik sangat.. And i’m so glad that i met him..” Ujar Nuha dengan senyuman. Wajah Rafiq bermain di fikirannya.
Isqandar pura-pura ketawa. Dia melihat Nuha.
“Haha. Wow..” Isqandar melepaskan lelah. Dia menarik nafasnya. Cuba menenangkan hatinya itu.
“Jadi.. aku tak ada peluang langsung lah ni?” Soal Isqandar dengan tawa. Hatinya terluka.
“Is..” Nuha memandang lelaki itu.
“Untuk kali kedua.. aku kalah lagi sekali. Haha..” Isqandar menundukkan wajah. Dia mengetap bibir. Hatinya begitu sakit.
Nuha melihat Isqandar.
“Apa maksud kau?” Soal Nuha pula.
Isqandar melihat gadis itu.
“Kau cintakan dia ke?” Soal Isqandar. Memandang tepat wajah Nuha. Wajah yang dia rindui itu.
Nuha tergamam.
Isqandar ketawa lagi. Matanya berkaca.
“Bagitahu aku yang kau cintakan dia, Nuha.. So, aku boleh move on.” Kata Isqandar dan menarik nafasnya. Nadanya bergetar.
Nuha terpinga-pinga. Masih keliru dengan kata-kata Isqandar.
“Kau cakap apa ni..” Nuha keliru.
“Bagitahu aku, Nuha! Kau cintakan dia ke?” Soal Isqandar. Kali ini dengan nada yang mendesak.
Nuha tersentak. Wajah Rafiq hadir di fikirannya.
Isqandar mengetap bibir kerana gadis itu masih diam.
“Jujur dengan aku, Nuha!” Kata Isqandar lagi.
“Ya! Aku cintakan dia. Aku sayang sangat kat dia.” Kata Nuha sebak. Dia menundukkan wajahnya.
Isqandar mengetap bibir. Hatinya seperti disiat-siat dengan pisau yang tajam.
Dia pura-pura ketawa dan melihat Nuha.
“Ohh.. i see..” Isqandar menarik nafas dalam. Dia tersenyum kelat. Matanya sudah mula merah.
“That’s.. literally hurt.” Isqandar ketawa lagi. Dia tidak memandang Nuha.
“..Tahniah.. Aku doakan kau happy dengan dia..” ujar Isqandar dengan perlahan. Dia tersenyum hambar.
Nuha memandang Isqandar dengan risau.
“Is..” Nuha memandang lelaki itu.
Isqandar tersenyum kelat dan melihat Aisya datang ke arah mereka.
“Aku.. blah dulu. Take care, Nuha..” Kata Isqandar dan terus berlalu keluar dari butik itu dengan hati yang kecewa.
Nuha terkejut.
“Is!!” Panggil Nuha namun lelaki itu terus masuk ke dalam keretanya.
Tiba-tiba Mira menelefonnya.
Nuha terus menjawab panggilan itu.
“Nuha! Is ada datang jumpa kau ke harini?” Soal Mira.
Nuha melihat ke arah luar. Kereta lelaki itu sudahpun menghilang.
“Haah.. tapi.. aku tak faham.. Kenapa dia..” Nuha mengerutkan dahinya.
Mira memicit kepalanya.
“Dia sukakan kau, Nuha. Sejak kita kat kolej lagi!” Kata Mira.
Nuha tergamam. Maknanya Isqandar sudah lama menyukainya sebelum dia bertunang dengan Irfan dahulu?
Nuha terduduk. “Hah?”
“Aku.. aku tak tahu pula yang dia..” Nuha serba salah.
Mira menarik nafasnya.
“Relax, Nuha. Tak apa. Kau jangan risau lah. Aku yakin, suatu hari nanti dia akan faham juga.. sekarang ni, kau fokus pada hubungan kau dengan Rafiq. Dia tu suami kau. Ingat tu.” Kata Mira.
Nuha terdiam. Dia menundukkan wajahnya. Perasaan bersalah menyelubungi hatinya. Talian dimatikan. Dia termenung jauh sehinggalah Aisya datang ke arahnya.
“Kak Nuha okey?” Soal Aisya.
Nuha tersentak. Dia senyum ke arah Aisya dan berdehem.
“Hm? Ya.. Kak Nuha okey aje.” Nuha terus berlalu ke bilik pejabatnya.
Anne datang ke arah Aisya sambil membawa gaun pengantin di dalam plastik.
“Eh? Kenapa dengan Kak Nuha?” Soal Anne.
Aisya mengangkat bahu.
“Entahlah.” Balasnya pendek. Mereka meneruskan kerja semula.
****
NUHA melihat Rafiq di sebelahnya. Suaminya itu hanya diam sebaik saja lelaki itu mengambil Nuha pulang dari butik.
“Awak okey?” Soal Nuha.
Rafiq hanya diam. Dia masih lagi teringatkan kejadian tengah hari tadi. Nuha nampak begitu mesra dengan lelaki itu.
Nuha masih lagi melihat Rafiq. Adakah dia ada buat salah apa-apa pada Rafiq?
“Awak marah saya ke?” Soal Nuha.
Rafiq tidak memandang isterinya itu.
“Untuk apa saya nak marah?” Soal Rafiq dingin.
Nuha terdiam seketika. Dia menundukkan wajah.
Rafiq melihat gadis itu.
“Siapa lelaki tu?” Soal Rafiq. Cuba mengawal rasa cemburunya.
Nuha mengangkat wajah. Dia memandang Rafiq.
“Huh?” Soal Nuha
Rafiq menarik nafasnya.
“Tengah hari tadi.. saya nampak awak dengan lelaki tu.. boleh saya tahu siapa dia?” Soal Rafiq perlahan.
Nuha tersedar. Dia melihat wajah Rafiq.
“Oh. Dia kawan saya dengan Mira masa kat kolej dulu. Nama dia Isqandar.” Jelas Nuha.
Rafiq diam. Dia menarik nafasnya.
Mereka terus mendiamkan diri sehinggalah mereka tiba di rumah.
Nuha keluar dari kereta dan melihat Rafiq yang berlalu masuk ke dalam rumah. Kenapa Rafiq seolah-olah marah?
Nuha menundukkan wajah dan menutup pintu kereta. Wajahnya suram.
Rafiq menghentikan langkahnya. Dia tidak mahu melihat wajah Nuha yang suram itu. Sedangkan hari itu adalah hari yang bermakna buat Nuha.
Rafiq terus berjalan ke arah Nuha dan memeluk gadis itu.
Nuha terkejut.
“Saya minta maaf.. saya cuma tak suka bila tengok awak dengan dia.” Kata Rafiq sambil memeluk Nuha erat.
“I don’t know why, but.. it hurts me.. So bad.” Kata Rafiq lagi.
Nuha terdiam. Dia membalas pelukan Rafiq.
“Saya minta maaf, Nuha.” Kata Rafiq.
Nuha terdiam.
“Kenapa awak rasa macam tu?” Soal Nuha. Ingin mengetahui isi hati suaminya.
Rafiq terdiam. Dia ingin meluahkan perasaannya pada gadis itu tapi dia takut dengan jawapan yang akan diberi oleh Nuha nanti.
“Saya..” Rafiq meleraikan pelukan. Dia merenung wajah Nuha dengan lama.
Nuha tersenyum.
“Tak apa.. saya okey aje. Yang penting, awak tak marah dah..” balas Nuha dengan senyuman.
Rafiq menarik nafasnya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
“Oh! Kejap!” Rafiq terus berlari ke arah keretanya dan mengambil beg kertas yang terdapat gaun cantik untuk Nuha.
“I want you to wear this. For tonight.” Kata Rafiq. Dia menghulurkan beg kertas itu.
Nuha mengambilnya. Dia tersenyum.
“Oh. Thanks..” Nuha melihat Rafiq.
Rafiq berasa malu dengan pandangan Nuha. Dia terus berlalu masuk ke dalam banglo miliknya.
Nuha melihat Rafiq dari jauh. Jantungnya berdegup laju. Semakin hari, perasaannya pada Rafiq semakin kuat. Dia perlu meluahkan juga perasaannya pada lelaki itu!
Share this novel