NUHA terpegun sebaik saja dia berada di rumah ibu bapa Rafiq yang begitu besar dan mewah itu.
Datin Haida tersenyum. Dia terus memeluk bahu menantunya.
“Sekarang ni, Nuha dah jadi sebahagian dari keluarga Mama. Ini pun dah dikira sebagai rumah Nuha juga.” Ujar Datin Haida dengan senyuman gembira.
Nuha berasa sangat terharu. Dia terus memeluk Datin Haida dengan erat. Datin Haida telah mengingatkannya pada arwah ibunya.
“Terima kasih Mama.. Tiba-tiba aje Nuha teringatkan arwah Ibu..“ kata Nuha sambil ketawa sedikit. Matanya mula berkaca.
Datin Haida tersentuh dengan kata-kata Nuha. Dia juga turut merindui sahabatnya itu. Perlahan-lahan Datin Haida mengusap wajah Nuha.
“Pengantin baru tak boleh menangis banyak. Nanti sembap muka tu. Tak cantik dah.” usik Datin Haida sambil ketawa.
Nuha ketawa sedikit.
“Mulai hari ini.. Nuha pun dah jadi macam anak mama. Mama sayang kamu macam anak mama sendiri tahu?” Kata Datin Haida sambil mencuit pipi Nuha.
Nuha tersenyum lalu mengangguk.
“Nuha pun sayang mama.” Kata Nuha dengan ceria. Dia memeluk bahu Datin Haida dengan erat.
“Rafiq kamu sayang tak?” soal Datin Haida lalu ketawa.
Rafiq yang ketika itu sedang mengangkat bagasi Nuha terus terhenti. Nuha turut terkedu. Mereka berpandangan serentak.
Datin Haida melihat Nuha dan Rafiq yang terdiam .
“Hmm? Kenapa kamu berdua diam aje ni?” Datin Haida mengangkat keningnya.
Nuha terus pura-pura ketawa. Dia mendekati Rafiq lalu dia memeluk lengan suaminya itu. Rafiq terkejut.
“Mestilah Nuha sayang.. Rafiq kan.. Err.. Suami kesayangan Nuha. Kan awak?” Kata Nuha sambil pura-pura ketawa.
Datin Haida melihat Rafiq.
“Hah, Rafiq? Kamu pula macam mana?” Soal Datin Haida dengan nada mengusik.
Rafiq dapat merasakan debaran yang kuat di dadanya. Mereka perlu berpura-pura bahagia di hadapan keluarganya. Perlahan-lahan Rafiq tersenyum kelat.
Perkataan sayang itu sangat sukar untuk dia luahkan. Takut untuk dia menyebut perkataan itu. ‘Cinta’ dan ‘Sayang’. Dua perkataan itu benar-benar memberi maksud yang sangat dalam.
“Erm…” Rafiq mengetap bibirnya.
Nuha mula menggaru keningnya.
Rafiq berdehem.
“Samayangmang ( Sayang ). Bye.” Kata Rafiq dan terus berlalu.
“Hah? Apa tu?” Soal Datin Haida pelik.
“Bahasa ‘M’.” jawab Rafiq selamba sambil mengangkat bagasi Nuha ke biliknya.
Nuha menahan tawa. Dia bersiul sedikit.
Tiba-tiba Kak Ilya datang bersama Datuk Ilham. Kak Ilya terus mendekati Nuha.
“Alhamdulillah, syukur semuanya dah selesai.. Kak Ilya happy sangat bila tengok Nuha dengan Rafiq dah kahwin. Diam-diam eh korang berdua ni bercinta? Kenapa tak bagitahu kat kitorang dari awal?” Kata Kak Ilya pada adik iparnya itu.
Nuha hanya tersengih. Habislah..
“Dah la bercinta mengejut. Kahwin pun mengejut. Lepastu korang yang nikah dulu dari Kak Ilya. Buat suspens aje lah korang berdua ni.” Bebel Kak Ilya.
Nuha tersengih lagi. Mana Rafiq ni? Cepatlah selamatkan dia…
Rafiq terus turun dan mendapatkan mereka semua.
“Eh, Mana ada? Kakak yang asyik sibuk dengan Abang Emir aje. Mana lah nak ambil tahu hal Rafiq kan?” Celah Rafiq sambil memeluk bahu Nuha.
Nuha terus tersenyum-senyum di hadapan keluarga mertuanya itu.
Kak Ilya mencebik.
“Eleh. Dia tu yang selalu sangat nak berahsia. Kata kat orang pula.” Bebel Kak Ilya.
Mereka semua terus ketawa dengan bebelan Kak Ilya sambil berbual bersama.
Datuk Ilham memandang ke arah Nuha.
“Buatlah macam rumah sendiri ya, Nuha? Sekarang ni pun kamu dah jadi isteri Rafiq. Apa-apa hal, kamu boleh aje bagitahu kat kami semua. Okey?” Kata Datuk Ilham pada menantunya itu.
Nuha mengangguk segan.
“Terima kasih, Papa..” jawab Nuha dengan senyuman.
Rafiq hanya melihat Nuha. Adalah gadis itu dalam keadaan baik-baik saja? Tanpa sedar dia merenung lama wajah Nuha.
Nuha tersenyum lagi. Dia berasa sangat bersyukur, sekurang-kurangnya keluarga mertuanya itu begitu baik dengannya.
Usai makan malam dan berbual bersama keluarga Rafiq, Nuha meminta diri untuk berehat kedalam bilik Rafiq. Sebaik saja dia masuk ke bilik lelaki itu, Dia terus tergamam setelah melihat belon berhuruf pada dinding bilik “Happy Newlyweds” serta terdapat kelopak bunga ros merah di atas katil bersaiz king itu.
Aduh…
Nuha meraup wajahnya. Dia baru teringat yang mereka berdua sudah berkahwin dan akan berkongsi segalanya. Adakah mereka berdua patut tidur sekatil? Atau dia tidur di bilik sebelah saja?
“Mana boleh tidur bilik sebelah. Mahunya kena bahan dengan mama nanti.” Kata Nuha sambil mengetap bibirnya.
“Macam mana ni?” Nuha menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Aku kena tidur sekali dengan dia ke?” Soalnya sendiri. Nuha menelan liur.
Dia terus mengampiri cermin di bilik lelaki itu.
“Okey Nuha. You can do it. Buat biasa aje. Okay? You can do it!” Ujar Nuha lalu dia membuka tudung yang dipakainya. Hampir seharian dia memakai tudung, dia masih lagi berasa segan dengan keluarga mertuanya itu.
Nuha menyisir rambutnya yang ikal melepasi bahu. Tiba-tiba dia terpandang gambar-gambar serta piala milik Rafiq. Kebanyakan piala itu dari zaman sekolah dan juga ketika lelaki itu di universiti.
Nuha tersenyum setelah melihat gambar Rafiq semasa kecil sehinggalah dewasa. Gambar Rafiq dengan seorang lelaki tua telah menarik perhatiannya.
“Itu gambar arwah Tokba saya.” ujar Rafiq dari belakangnya.
Nuha terkejut. Dia terus menoleh ke arah Rafiq.
“Err, Maaf! Saya tak perasan awak ada kat belakang.” Kata Nuha dengan terkejut.
Mereka berpandangan seketika.
Rafiq tergamam melihat Nuha yang tidak mengenakan tudung.
‘Cantik’ getus hati Rafiq. Tidak menyangka yang gadis itu memiliki rambut yang sangat cantik dan mempunyai mata yang sangat indah.
Nuha menelan liur apabila dipandang oleh Rafiq dengan begitu lama. Jantungnya berdegup laju.
Rafiq berdehem. Cuba menghilangkan rasa kekok antara mereka. Dia terus tersenyum sedikit.
“Sorry kalau awak tak selesa dengan decoration bilik ni.. Lagipun Mama dengan Kak Ilya yang semangat sangat nak buat semuanya.” Kata Rafiq segan.
Nuha mengangguk dengan rasa kekok.
“Eh tak apa.. saya okey aje. Cantik juga diorang hias.” Kata Nuha sambil tersengih sedikit. Dia melihat ruang bilik itu.
Mereka terdiam lagi.
“Err..” mereka berkata serentak.
Rafiq dan Nuha ketawa sedikit.
“You first..” Kata Rafiq sambil tersenyum segan.
Nuha mengetap bibir.
“Jadi.. macam mana dengan kita?” Soal Nuha dengan polos. Dia bermain dengan jari-jemarinya. Jauh di sudut hatinya, dia masih lagi tidak bersedia untuk menjadi seorang isteri. Tambah-tambah lagi apabila berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cintai.
Rafiq mengangkat kening. Dia cuba menahan tawanya dari meletus. Oh. Itu yang dirisaukan oleh gadis itu rupanya.
Rafiq tersenyum dan duduk di atas katil. Dia menepuk-nepuk katil itu sambil memandang Nuha.
“Come here.” Panggil Rafiq. Dia merenung wajah Nuha.
Nuha membulatkan matanya. Eh? Adakah Rafiq ingin menuntut haknya sebagai suami?
“Ma.. Maaf.. tapi.. saya tak bersedia lagi..” Nuha menundukkan wajahnya.
Rafiq terus ketawa setelah melihat wajah Nuha yang cuak.
“Nuha..” panggil Rafiq.
Nuha mengangkat wajahnya.
“Duduk dulu. Ada benda yang saya nak bincang dengan awak.” Kata Rafiq dengan lembut.
Oh! Nak berbincang rupanya! Nuha terus meraup wajahnya yang membahang.
“Oh.. okey!” Nuha terus duduk di sebelah Rafiq walaupun agak jauh kedudukannya.
Rafiq hanya tersenyum.
“Macam yang awak tahu.. kita kahwin ni pun bukannya disebabkan cinta.. tapi kita kahwin atas alasan sendiri dan juga wasiat arwah Tokba saya. Betul kan?” Soal Rafiq.
Nuha mengangguk. Mengakui kata-kata lelaki itu.
Rafiq melihat Nuha. Dia perlu memikirkan tentang masa depan dan kebahagiaan gadis itu juga. Pasti jauh di sudut hati Nuha, gadis itu ingin bertemu dengan kebahagiaan sendiri bersama dengan lelaki yang dia cinta nanti. Kerana itulah, Rafiq telah menyiapkan beberapa dokumen sebelum mereka berkahwin dahulu. Dia tidak mahu Nuha berasa terikat dengan perkahwinan itu. Lagipun mereka berkahwin bukanlah atas dasar cinta.
Rafiq mengambil dokumen itu dari laci sebelah katilnya. Dia menghulurkan dokumen itu pada Nuha.
Nuha membaca isi di dalam surat itu.
Mereka berdua akan berpisah sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju dengan perkara itu.
Nuha melihat Rafiq.
“Jadi.. sekiranya kita berdua setuju untuk berpisah. Kita akan.. bercerai dan pilih haluan masing-masing?” Soal Nuha sambil memandang Rafiq.
Rafiq turut memandang Nuha. Walaupun mereka berkahwin hanyalah disebabkan alasan tersendiri, tetapi dia juga perlu mengutamakan tentang perasaan dan masa depan Nuha.
Lagipula.. Nuha tidak mencintainya..
Rafiq melihat wajah Nuha.
“Sebenarnya saya ada fikir pasal hal ni.. kebahagiaan dan masa depan awak penting sangat bagi saya.. Saya taknak awak rasa terikat dengan perkahwinan kita..” jelas Rafiq
Nuha hanya memandang. Dia tidak menyangka yang Rafiq begitu mengambil berat tentang kebahagiaan dan masa depannya nanti.
“Jadi buat masa sekarang.. Kita akan teruskan perkahwinan ni sampailah urusan wasiat arwah Tokba saya selesai dan juga keselamatan awak terjaga dari Irfan.” Jelas Rafiq
Nuha mengangguk faham.
Rafiq tersenyum. Dia melihat Nuha lagi.
“Sepanjang perkahwinan kita ni.. saya takkan sesekali sekat kebebasan awak, Nuha. Saya akan hormat segala hal peribadi awak dan awak boleh buat apa aje yang awak nak. Tapi yang penting.. Awak tahu batas awak sebagai isteri saya sepanjang kita bersama..” kata Rafiq lagi.
Nuha mengangguk faham. Dia tersenyum mendengar penjelasan lelaki itu. Nampaknya Rafiq terlalu memikirkan tentang dirinya.
“Lagi satu, saya nak pastikan yang awak sentiasa dalam keadaan yang baik.. Saya nak awak tahu, kalau ada apa-apa yang buat awak rasa tak selesa. Just tell me. Okay? I’m here.” Kata Rafiq dengan senyuman.
Nuha membalas senyuman Rafiq. Dia mengangguk lagi. Mereka akan terus bersama sehinggalah masa perpisahan itu tiba. Dan saat itu, mereka berdua akan memilih haluan masing-masing atas persetujuan sesama mereka nanti.
Rafiq membalas senyuman Nuha. Kemudian senyumannya mula pudar.
“Bila dah tibanya masa tu.. Saya harap kita boleh berpisah dengan cara yang baik. Dan saat itu, kita akan pilih jalan kita sendiri..” kata Rafiq dengan perlahan.
Perpisahan untuk kebaikan dan masa depan mereka bersama.
Mereka terdiam seketika.
Rafiq mengetap bibir. Kenapa hatinya rasa begini? Dia seolah-olah mempermainkan erti perkahwinan sedangkan perkahwinan merupakan perkara yang suci..
Tetapi..
Rafiq memandang Nuha. Dia perlu memikirkan kebahagiaan dan masa depan Nuha. Pasti Nuha ingin menemui kebahagiannya sendiri. Rafiq tidak mahu mementingkan dirinya sendiri dan mengabaikan perasaan Nuha.
Nuha menundukkan wajahnya. Mereka berkahwin bukanlah disebabkan rasa cinta tetapi hanyalah disebabkan wasiat arwah Tokba Rafiq dan juga untuk mengelakkan dirinya dari diganggu oleh Irfan. Nuha menarik nafasnya. Dia menoleh ke arah Rafiq sambil tersenyum.
“Baiklah. Saya setuju.” Kata Nuha.
Rafiq melihat wajah Nuha.
“Tapi ada syaratnya.” Kata Nuha
Rafiq tersenyum sedikit.
“Syarat?” Soal Rafiq
Nuha terdiam. Dia pernah jatuh cinta. Dia juga pernah rasa terluka. Jadi dia tidak mahu rasa terluka lagi disebabkan perkataaan itu.
“Do not fall in love with each other. Deal?” Kata Nuha. Dia menghulurkan jari kelingkingnya pada Rafiq.
Rafiq memandang Nuha dengan lama. Perlahan-lahan dia tersenyum. Dia perlu menghormati setiap keputusan gadis itu.
“Deal.” Jawab Rafiq. Dia menyatukan jari kelingking mereka.
Nuha dan Rafiq tersenyum.
Nuha kemudian berdehem dan mendiamkan diri.
Rafiq turut diam dan menarik nafasnya.
“Nuha..” Rafiq melihat Nuha
Nuha menoleh. “Hm?”
Rafiq menarik nafasnya.
“Actually.. untuk hilangkan rasa kekok between us..” Rafiq melihat Nuha.
“Will you be my friend?” soal Rafiq dengan senyuman.
Nuha ketawa. Dia terus menangguk.
“Mestilah boleh. Bukan ke kita dah berkawan dari kecil?” Kata Nuha dengan senyuman.
“Yeaa. We did.” Balas Rafiq dengan tawa.
Mereka tersenyum sendiri.
Rafiq memandang Nuha dengan senyuman.
“Well, you can take the bed. Saya boleh aje tidur kat sofa.” Kata Rafiq sambil mengambil bantal dan berjalan ke arah sofa biliknya.
Nuha terus bangun.
“Err. Tapi ni kan katil awak? Tak apa ke?” Soal Nuha risau.
Rafiq ketawa.
“It’s okay lah. Yang penting Mama takkan syak apa-apa.” Kata Rafiq lagi.
Nuha mengetap bibir. Dia rasa bersalah sekiranya membiarkan Rafiq tidur di atas sofa sedangkan katil itu milik suaminya.
“Awak.” Panggil Nuha
Rafiq terus menoleh.
“Ya?” Soal Rafiq. Dia merenung wajah Nuha yang kemerahan itu.
“Awak.. boleh aje tidur.. kat sini.. kat atas katil ni.” Kata Nuha perlahan.
Rafiq terkedu. Betul ke apa yang dia dengar tadi?
“Apa dia?” Soal Rafiq dan mendekati Nuha.
Nuha terus mengambil bantal itu dari tangan Rafiq dan meletakkan semula bantal itu ke atas katil.
Rafiq menyembunyikan senyuman.
“Saya buat semua ni pun sebab saya kasihankan awak.. Tak bermaksud apa-apa pun.” Kata Nuha tanpa memandang wajah Rafiq. Yang penting wajahnya sudah membahang ketika ini.
Nuha meletakkan bantal yang panjang di tengah-tengah mereka.
“Dah malam ni. Jom tidur.” ujar Nuha perlahan lalu dia baring di atas katil dan membelakangi Rafiq. Namun dia sedar sesuatu lalu dia memusingkan tubuhnya ke arah Rafiq.
‘Berdosa tidur membelakangi suami.’ bisik hatinya. Nuha memejamkan matanya dengan kuat.
Rafiq cuba menahan tawanya.
“Terima kasih.. sebab jadi isteri saya. Goodnight Nuha.” bisik Rafiq.
Nuha mendiamkan diri. Namun jauh di sudut hatinya, dia berasa sangat bersyukur kerana Rafiq yang menjadi suaminya dan bukannya Irfan.
****
NUHA begitu ralit melukis gambar keluarganya dengan krayon. Setelah lukisannya siap dia berlari ke arah Puan Laila yang ketika itu sedang melipat baju.
“Ibu! Ibu! Cantik tak Nuha lukis ? yang kiri ni ibu. yang ni pulak ayah! Nuha dengan adik kat tengah ni” kata Nuha dengan wajah yang ceria.
Puan Laila tersenyum. Dia mengambil lukisan dari anak perempuannya itu.
“Wah cantiknya anak ibu ni lukis.” Dia terus memeluk Nuha yang sedang tersengih.
Nuha merangkul leher Puan Haida.
“Ibu. Lama lagi ke adik kat rumah Nenek? Nuha rindu lah nak main dengan adik.” Kata Nuha dengan manja.
Puan Laila menarik Nuha ke ribanya.
“Esok adik balik lah sayang. Baru aje semalam adik kat rumah Nenek dah rindu ke?” Usik Puan Laila.
Nuha memuncung.
“Yalah. Nuha bosan lah. Tak ada kawan nak main. Ayah pula asyik kerja aje. Lepastu kawan Nuha yang Zuhayr tu pun dah pergi sekolah jauh dah.” petah Nuha berkata-kata walhal umurnya baru saja menginjak 9 tahun.
Puan Laila mencuit hidung Nuha.
“Ibu kan ada? Nuha janganlah sedih-sedih.” Pujuk Puan Laila.
Nuha terus bangun dari riba ibunya. Wajahnya terus bertukar ceria.
“Ibu! Jom kita pergi taman! Nuha nak main dengan ibu!” Ajak Nuha
Puan Laila mengangkat kening lalu melihat jam di dinding. Pukul 5 petang.
“Sekarang?” soalnya lalu ketawa.
Nuha terus menarik tangan Puan Laila.
“Jom lah ibu! Ibu kata nak main dengan Nuha! Jomlah!”
Puan Laila mengeleng-gelengkan kepalanya lalu tersenyum.
“Haih. Ya lah. Ya lah.. Jom kita pergi.” Kata Puan Laila.
Nuha tersenyum ceria.
“Yay! Cepatlah ibu!” dia terus berlari ke arah kereta.
Puan Laila mengambil shawl di sisi katil.
“Ya. Ibu nak pakai tudung kejap.” Setelah dia siap memakai tudungnya, dia terus berjalan ke arah kereta.
Semasa perjalanan, Nuha begitu teruja untuk bermain bersama ibunya kerana Naufal tidak bersama dengan mereka sekali. Jika tidak, ibunya pasti akan memberi sepenuh perhatian pada Naufal.
Nuha menyanyi dan ikut rentak lagu di radio sambil menari-nari di seat sebelah.
Puan Laila menoleh sedikit.
“Duduk diam-diam sayang.” Tegur Puan Laila.
Nuha terus duduk sambil tersengih kemudian dia membuka dashboard.
“Apa dalam tu?” Soal Nuha pelik.
Sebaik saja dia buka dashboard kereta, barang-barang Puan Laila mula terjatuh.
“Nuha. Kan dah jatuh barang ibu tu.” kata Puan Laila.
Nuha mengambil buku Puan Laila di bawah namun dahinya terhantuk pada dashboard.
“Argh! Sakit!” Jerit Nuha.
Puan Laila terkejut. Dia memandang ke arah Nuha.
Nuha terus menangis.
“Nuha?!” Soal Puan Laila dengan risau.
Puan Laila cuba melihat kepala Nuha yang mula lebam. Ketika dia sibuk melihat keadaan Nuha, tiba-tiba ada sebuah kereta mula membunyikan hon ke arah mereka dan ketika itu pandangan Nuha terus gelap.
“Ibu!” jerit Nuha lalu dia bangun dari tidurnya.
Rafiq terkejut lalu dia membuka matanya. Dia melihat Nuha yang sedang duduk di atas katil sambil meraup wajah.
Dahi Nuha mula berpeluh. Wajahnya pucat.
Rafiq terus duduk di sebelah Nuha lalu dia memegang bahu isterinya itu.
“Nuha? Awak okey?” Soal Rafiq.
Nuha terus menutup mukanya sambil menangis. Kenapa? Kenapa mimipi itu muncul semula? Adakah kerana dia terlalu merindui arwah ibunya itu?
“Ibu..” kata Nuha perlahan lalu dia menangis teresak-esak. Disebabkan kesalahannya yang lalu, Puan Laila telah pergi meninggalkan Nuha buat selamanya.
Rafiq terkejut apabila melihat Nuha mula menangis.
“Nuha. Awak okey tak ni?” Soal Rafiq dengan risau.
Nuha menutup telinganya. Seolah-olah bunyi hon kereta dan suara ibunya masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.
“Ibu.. Nuha minta maaf.. Nuha minta maaf..” kata Nuha sambil memejamkan matanya. Air matanya terus mengalir laju.
Rafiq yang melihat terus menarik Nuha ke dalam pelukan. Isterinya itu kelihatan seperti trauma.
“Shh.. it’s okay. Saya ada ni.” Ujar Rafiq lalu dia mengusap rambut Nuha.
Nuha memejamkan matanya. Dia berasa sangat tenang apabila berada di dalam dakapan Rafiq.
Rafiq menundukkan kepalanya untuk melihat wajah Nuha. Kelihatan Nuha sudahpun tertidur sambil memeluk Rafiq dengan erat.
Rafiq menarik nafasnya dengan dalam. Dia terus membaringkan Nuha semula lalu dia menyelimutkan isterinya itu. Rafiq masih lagi melihat wajah Nuha.
Dia mengerutkan dahi. Apa yang dimimpikan Nuha agaknya? Adakah ianya berkaitan dengan arwah ibunya?
Rafiq mengusap kepala Nuha dengan lembut. Terlintas di hatinya untuk melindungi gadis itu.
****
RAFIQ terus membuka matanya sebaik saja dia mendengar azan subuh berkumandang. Dia melihat Nuha yang sedang nyenyak tidur sebelahnya. Dia tersenyum. Entah kenapa dia merasakan yang gadis itu kelihatan comel dimatanya.
Dia terus bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Nuha membuka matanya. Adakah lelaki itu melihatnya sedang tidur? Dia terus duduk sambil berlari melihat ke arah cermin.
‘Ada air liur ke? Muka sememeh ke?’ Nuha membelek mukanya sendiri. Sedang dia membelek mukanya. Rafiq keluar dari bilik air dengan hanya bertuala.
Nuha terkedu. Wajahnya terus bertukar merah padam. Rafiq turut terkejut.
“Err.. Maaf. saya ingat awak tak bangun lagi..” ujar Rafiq dengan malu. Dia terus mengambil bajunya di dalam almari dan menyarungkannya ke tubuh.
Nuha meraup wajahnya. Malunya!
Rafiq berdehem.
“Awak mandilah dulu. Kita solat sekali?” Ajak Rafiq dengan senyuman.
Nuha memandang ke arah Rafiq. Dia tersenyum.
“Okey. Tunggu kejap ya?” Kata Nuha dan bersiap-siap untuk solat subuh bersama.
Rafiq hanya senyum dan berasa lega kerana keadaan Nuha kelihatan lebih baik dari semalam.
Usai solat subuh bersama, Nuha terus menyalam tangan Rafiq. Rafiq yang melihat tersenyum. Hatinya berasa sejuk apabila melihat isterinya itu.
Nuha berasa malu apabila dipandang sebegitu oleh Rafiq. Dia berdehem sedikit lalu melipat kain telekungnya.
“Saya.. nak turun bawah dulu..” ujar Nuha lalu bangun namun tangannya sempat ditarik oleh Rafiq.
Nuha terkejut.
Rafiq memandang lama wajah Nuha.
“Awak okey?” Soal Rafiq.
Nuha mengangguk.
“Hm? Saya okey aje. Kenapa?” Soal Nuha dengan senyuman.
Rafiq diam. Dia ingin menanyakan tentang ibu Nuha, tapi.. mungkin dia perlu memberikan Nuha masa untuk gadis itu menceritakan semuanya
“Nothing. Apa-apa hal nanti, awak boleh aje bagitahu kat saya, okey?” Kata Rafiq.
Nuha mengangguk. Lelaki itu begitu baik dengannya.
“Baik bos.” Kata Nuha dengan senyuman manis.
Rafiq membalas senyuman Nuha.
“Emm. Jomlah kita turun bawah.” Ajak Rafiq.
Nuha terus bangun dan menghulurkan tangannya ke arah Rafiq.
Rafiq ketawa. Dia terus menyambut tangan Nuha.
“Wow beratnya awak. Hahaha” gurau Nuha.
Rafiq turut ketawa.
“Yang penting saya tak berat macam Giant tau!” Gurau Rafiq pula.
Mereka berdua terus ketawa lalu turun ke bawah bersama.
****
NUHA ketawa apabila Datin Haida menunjukkan gambar-gambar Rafiq ketika lelaki itu masih kecil.
“Comelnya.” kata Nuha dengan senyuman lebar.
“Ha, ni lah gambar Rafiq masa baby. Time ni Rafiq menangis sebab Kak Ilya dia ambil dia punya anak patung.” Ujar Datin Haida sambil ketawa. Dia menyelak lagi album keluarganya.
Rafiq yang baru keluar dari dapur terus menuju ke arah Nuha dan ibunya yang sakan ketawa
“Apa yang kelakar tu?” soal Rafiq sambil memegang cawan berisi air coklat kegemarannya. Dia terus duduk di sebelah Nuha yang sedang memegang gambarnya ketika dia masih bayi yang langsung tidak berpakaian sambil menangis.
Rafiq terlopong.
“Mama! Kenapa mama tunjuk gambar ni!” Marah Rafiq dengan malu.
Nuha terus ketawa.
“Masa kecil, awak lah yang paling kuat menangis eh? Anak manja..” kutuk Nuha selamba.
Rafiq menjegilkan matanya ke arah Nuha lalu dia mencubit pipi isterinya itu.
Nuha terkedu.
“Amboi. Kutuk suami sendiri eh?” kata Rafiq lalu ketawa.
Datin Haida yang melihat terus tersenyum.
“Sukanya mama bila tengok korang berdua ni. Cepat-cepat lah bagi mama cucu ya?” usik Datin Haida
Rafiq dan Nuha terus tergamam setelah mendengar kata-kata Datin Haida itu.
“Cucu..?” soal Rafiq dan Nuha serentak.
Datin Haida tersenyum lebar.
“Ya lah. Mana lah tahu kan? Kalau rezeki kamu berdua lagi cepat dari Kak Ilya nanti? Mama rindu pula nak main dengan baby ni.” Kata Datin Haida sambil melihat album gambar itu.
Nuha mengetap bibir. Macam mana dia nak bagi Datin Haida cucu? Kalau dia sendiri pun tak cintakan Rafiq.
Rafiq yang perasan riak wajah Nuha terus memegang bahu isterinya. Dia tersenyum ke arah Datin Haida.
“Inshaa Allah ma. Lagipun Fiq nak buat family planning dulu. Tak puas lagi nak manja-manja dengan isteri Fiq ni.” ujarnya dengan ketawa yang dibuat-buat.
Nuha memandang tajam wajah Rafiq.
Datin Haida mencubit lengan Rafiq dengan geram.
“Mama tak kira! Tahun ni juga mama nak cucu!” Bentak Datin Haida.
Nuha dan Rafiq terus mati kutu.
Alamak..
Share this novel