RAFIQ bangun dari tidurnya. Dia sendiri tidak sedar yang dia telah tertidur di bilik Nuha. Semalaman dia menunggu isterinya itu.
Rafiq terus mengeluh perlahan kerana Nuha masih lagi tiada di situ. Dia terus bersiap-siap dan menunaikan solat subuh. Sekaligus ingin menenangkan hatinya yang resah.
Usai solat subuh, Rafiq terus duduk di atas katil Nuha. Betapa dia rindukan isterinya itu. Kemana Nuha pergi? Mengapa Nuha telah meinggalkannya secara tiba-tiba?
Rafiq mengambil album gambar mereka semasa kecil dahulu.
Wajah ceria Nuha membuatkan Rafiq tersenyum sedikit. Dia mengusap gambar isterinya itu.
“Saya rindukan awak, Nuha..” getus Rafiq perlahan. Matanya berkaca.
“Balik lah, Nuha.. saya taknak awak pergi.. saya cintakan awak..” Rafiq menyeka lagi matanya.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Rafiq terus menjawab dengan laju.
“Nuha!” Rafiq tersenyum ceria.
“Ni aku lah, Hadif.” Kata Hadif. Dia tahu yang Rafiq sedang kegelisahan ketika ini.
Wajah Rafiq suram semula.
“Oh.. Kenapa kau call aku ni?” Soal Rafiq perlahan.
Hadif menarik nafasnya.
“Nuha ada kat rumah Mira.” Ujar Hadif.
Rafiq tersentak. “Hah? Betul ke?”
“Ya.. Mira yang bagitahu aku. Tapi aku nak kau selesaikan semuanya hari ni juga! Aku nak kau jelaskan perkara yang sebenar pada family korang berdua. Nuha pun layak juga untuk rasa bahagia.” Kata Hadif tegas.
Rafiq terdiam. Dia terus mengangguk.
“Baiklah.. tapi.. Nuha.. dia tak apa-apa kan? Dia sihat ke?” Soal Rafia risau.
Hadif menarik nafas.
“Dia okey. Cuma Mira cakap, semalam Nuha menangis teruk gila.”
Rafiq risau. “Nuha menangis? Jadi.. dia pun cintakan aku juga ke?”
Hadif memicit kepalanya.
“Kau ni tak nampak lagi ke? Dah memang ketara sangat lah yang Nuha tu cintakan kau!” Marah Hadif.
Rafiq menundukkan wajahnya. Dia memegang rantai leher isterinya itu.
“Aku pun.. cintakan dia. Aku taknak dia pergi.” Kata Rafiq.
“Ha, dah tu? Dapatkan dia semula dan jangan lepaskan lagi.” Kata Hadif.
Rafiq mengangguk laju.
“Ya, baiklah. Thanks, Dif.” Dia terus mematikan talian.
Hadif melihat telefonnya sambil tersengih.
“Fuh. Rasa macam aku pula yang jadi bos. Hahaha.” Katanya sendiri.
****
DATIN Haida memeluk tubuhnya sambil memandang Rafiq dengan tajam. Dia begitu terkejut dengan berita itu. Tidak menyangka yang Rafiq akan menceritakan hal yang sebenar pada mereka semua.
“Kamu sedar tak apa yang kamu dah buat ni, Rafiq?! Nuha tu anak arwah kawan Mama tau! Sanggup kamu permainkan hati dia selama ni? Sanggup kamu ikat dia dengan perkahwinan kontrak hanya semata-mata nak tutup mata kami semua? Apa yang kamu fikirkan ni?!” Marah Datin Haida.
Datuk Ilham terus menggeleng-gelengkan kepalanya. Kecewa dengan tindakan anaknya itu.
“Sampai hati kau tipu kami semua, Fiq? Kau kahwin dengan Nuha hanya sebab wasiat arwah Tokba? Kau ingat Nuha tu apa?” Marah Kak Ilya pula. Abang Emir terdiam di sebelahnya.
Rafiq terus memandang mereka.
“Fiq minta maaf.. Fiq tahu Fiq salah sebab buat Nuha macam ni.. Tapi Fiq betul-betul sayangkan dia, Ma. Fiq taknak kehilangan Nuha..” kata Rafiq lagi. Sebak.
Datin Haida menghela nafas berat.
“Nasi dah jadi bubur, Rafiq. Kamu kena terima lah semua ni. Lagipun, kamu dah main-mainkan erti perkahwinan. Sekarang ni baru kamu nak menyesal?” Soal Datin Haida. Kecewa. Tidak menyangka anaknya itu berkahwin dengan Nuha hanya kerana wasiat arwah Tokba.
Rafiq menundukkan wajahnya.
Abang Emir menepuk bahu adik iparnya itu.
“Tapi Rafiq memang betul-betul cintakan Nuha kan sekarang ni?” Soal Abang Emir.
Rafiq mengangkat wajahnya. Dia mengangguk.
Abang Emir tersenyum.
“Abang yakin yang Nuha pun cintakan Rafiq juga. Jadi sekarang ni, abang nak Rafiq pujuk dia semula. InshaAllah. Jodoh korang masih ada.” Kata Abang Emir.
Rafiq mengangguk. Dia menyalam tangan ibu dan ayahnya itu.
“Rafiq minta maaf Ma, Pa.. tapi Rafiq tetap nak Nuha jadi isteri Rafiq sampai bila-bila!” Kata Rafiq lagi.
Datin Haida menghela nafas. “Kamu ni lah.. suka sangat buat Mama sakit kepala tau?”
Datuk Ilham mengusap bahu isterinya itu.
“Pergilah, Rafiq.. pujuk isteri kamu semula.” Kata Datuk Ilham.
“Kamu kena selesaikan lah masalah kamu berdua tu cepat. Dan Mama taknak tengok kamu permainkan hati Nuha lagi. Faham tak?” Soal Datin Haida geram.
Rafiq mengangguk laju. Dia terus tersenyum lebar dan berlalu untuk mendapatkan Nuha.
“Baik Ma! Fiq janji!” Kata Rafiq dan berlari keluar.
Nuha sayang! Tunggu saya datang!
****
NUHA mengunyah kerepek di dalam mangkuk sambil menontong televisyen bersama dengan Mira.
Mira menoleh ke arah Nuha yang hanya diam.
“Nuha.. betul ke kau nak berpisah dengan Rafiq? Bukan ke kau sayang kat dia?” Soal Mira.
Nuha menunduk dan mengangguk perlahan.
“Ya.. aku dah buat keputusan nak hilangkan perasaan ni.” Jawab Nuha lemah.
Mira menarik nafas dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Degil sungguh rakannya itu.
Tiba-tiba pintu rumah Mira diketuk. Nuha terus bangun dan membukanya.
Dia terkejut kerana melihat maskot arnab yang besar berdiri di hadapannya. Hampir saja dia menjerit tadi.
Tanpa Nuha sedar, Rafiq yang berada di dalam maskot arnab itu.
Lelaki itu terus memberikan sebuah beg kertas dan juga sejambak bunga ros merah kepada Nuha.
“Hah? Untuk saya ke?” Nuha pelik.
Maskot arnab itu mengangguk.
Nuha mengambilnya dengan kerutan. Dia tersenyum ke arah maskot arnab itu.
“Thank you.” Kata Nuha dengan senyuman.
Rafiq yang berada di dalam maskot itu terus mengangguk dan berlalu pergi.
Nuha menutup pintu sambil melihat kad pada bunga itu.
“Siapa tu, weh?” Soal Mira sambil melihat ke arah televisyen.
Nuha mengangkat wajah.
“Hm? Entahlah. Ada orang pakai maskot arnab sambil bagi hadiah kat aku. Pelik betul. Birthday aku kan dah lepas.” Kata Nuha. Dia membaca kad itu.
+ I want to fit where you fit. Every pieces of me belongs to you, Nuha Alisya. I love you. + Rafiq Zuhayr.
Nuha terkedu. Air matanya mengalir. Dia terus membuka pintu itu semula dan berlari ke arah maskot arnab itu.
“Nuha? Kau nak pergi mana tu, woi!” Panggil Mira ke arah pintu.
Nuha mengejar maskot itu.
“Kejap!!!” Jerit Nuha.
Rafiq terhenti.
Nuha terus mendekati maskot itu dan berdiri dihadapannya.
Rafiq masih dapat melihat wajah Nuha di sebalik maskot yang dipakainya itu.
Nuha mengetap bibirnya. Dia membuka maskot itu untuk melihat wajah Rafiq.
Tepat sangkaannya. Rafiq memang berdiri di hadapannya ketika itu.
“Awak..” Air mata Nuha mengalir sedikit.
Mata Rafiq turut berkaca.
“Saya cintakan awak, Nuha Alisya. Please Jangan tinggalkan saya..” kata Rafiq sambil memegang pipi Nuha.
Nuha menangis dan terus memeluk tubuh Rafiq dengan erat.
Rafiq membalas pelukan isterinya. Dia mengucup dahi Nuha dengan lama.
“Saya ingatkan.. awak dah bersama dengan Nadia..” ujar Nuha dengan tangisan.
Rafiq menggeleng.
“Tak, Nuha.. Hati saya cuma untuk awak seorang.. Saya sayangkan awak..” Kata Rafiq pula. Dia masih lagi memeluk erat isterinya.
Mira yang melihat dari jauh terus tersenyum. Dia menutup sedikit pintunya. Untuk menberi privasi pada mereka.
Rafiq memegang pipi Nuha sambil mengusap wajah isterinya itu.
“Kita balik ya, sayang? Saya rindukan awak..” Ujar Rafiq lagi.
Nuha mengangguk dan tersenyum ceria. Dia memeluk Rafiq lagi.
“Hm! Okey.. Saya pun rindu sangat kat awak.” Kata Nuha dengan gembira.
Share this novel