NUHA merias wajahnya di hadapan cermin sambil membetulkan blouse yang dipakainya. Rafiq masih lagi berada di dalam bilik air.
“Awak! Dah habis mandi ke belum tu? Nanti diorang semua tunggu kita pula.” Kata Nuha. Dia mencalitkan sedikit lipstick di bibirnya.
“Ya, kejap!” Laung Rafiq pula. Dia terus keluar dari bilik air dengan bertuala.
Nuha hanya mengerling.
'Hm.. Habis mandi pun handsome. Laki siapa lah ni.. Hehe.' Bisik hati Nuha bangga.
“Mandi macam orang perempuan. Lama betul.” Bebel Nuha.
Rafiq ketawa. Dia terus mencium pipi Nuha.
“Kenapa? Awak dah rindu saya ke?” Soal Rafiq
Wajah Nuha membahang. “Mengada.”
Dia terus menolak tubuh lelaki itu sambil ketawa.
“Ish. Awak tu bersiap lah cepat. Saya tunggu kat luar.” Kata Nuha dan berlalu keluar.
“Alaa, sayang ni tak sweet lah dengan suami sendiri.” Getus Rafiq.
Nuha mencebik. Makin dilayan, makin mengada.
Dia terus menunggu suaminya di ruang tamu. Namun sudah 10 minit berlalu, Rafiq masih lagi belum keluar.
Nuha menghela nafasnya dan berjalan ke arah bilik mereka.
“Rafiq Zuhayr. Apa yang lama sangat tu?” Soal Nuha dan membuka pintu bilik. Rafiq sudahpun bersiap namun dia terkedu setelah Rafiq memegang surat perjanjian mereka itu.
“Oh..” Nuha mendekati Rafiq.
Rafiq tersenyum ke arah Nuha. Dia terus mengoyak surat perjanjian itu.
“Kita dah tak perlukan semua ni lagi.. Saya nak perkahwinan kita ni kekal sampai bila-bila.” Ujar Rafiq. Dia rasa menyesal kerana memberi idea untuk meneruskan perkahwinan kontrak itu.
Nuha mengangguk. Dia tersenyum ke arah Rafiq.
Rafiq mengelus pipi Nuha dengan lembut.
“Awak isteri saya sampai ke akhir hayat. InshaAllah.” Ujar Rafiq lagi. Dia mengucup dahi Nuha.
“Dan awak.. suami saya sampai syurga.” Balas Nuha dan mengusap pipi Rafiq.
“Amin..” mereka mengaminkan doa itu dan tersenyum sesama sendiri.
Rafiq terus memeluk tubuh Nuha dengan erat.
“Saya sayang sangat kat awak, Nuha.” Kata Rafiq dengan ceria.
Nuha ketawa. Dia mencuit hidung Rafiq.
“Ya.. saya pun sayangkan awak. Sangat-sangat.” Balas Nuha sambil memegang kedua-dua pipi Rafiq.
Rafiq tersengih gembira.
Nuha terus mencubit pipi Rafiq.
“Jom lah awak.. Kita dah lewat ni.” Kata Nuha sambil menarik tangan Rafiq.
“Okey, okey. Baiklah ma’am besar.” Balas Rafiq dengan tawa. Dia terus mengikut langkah isterinya itu. Setiap hari dia berdoa supaya hubungan mereka akan kekal selamanya.
****
“MAMA dah upah wedding planner untuk korang. Kalini kamu berdua kena dengar cakap Mama.” Kata Datin Haida.
Nuha dan Rafiq berpandangan sesama sendiri.
“Impian Mama cuma nak tengok anak menantu Mama bersanding atas pelamin nanti. Tak kira lah kamu berdua ni pengantin lama ke apa. Kamu berdua tetap kena ikut kehendak Mama. Faham?” Soal Datin Haida.
“Patutlah dulu bukan main lagi tak nak buat majlis reception. Rupa-rupanya.. ada udang di sebalik batu. Boleh pula kahwin kontrak. Nasib baik lah dah bersama balik. Kalau tak, dah macam kucing hilang bini aje muka tu.” Bebel Datin Haida lagi.
Datuk Ilham menahan tawanya.
Kak Ilya tersenyum-senyum. Dia menjelirkan lidahnya ke arah Rafiq.
‘Padan muka.’ Kata Kak Ilya dari jauh. Rafiq mencebik.
“Mama! Tengok Akak ni.” Getus Rafiq dengan geram.
“Ilya.. jangan lah nak mengusik adik kamu tu.” Tegur Datin Haida.
“Apa? Lya tak buat apa pun.” Dalih Kak Ilya sambil ketawa. Abang Emir mencubit pipi isterinya.
Nuha rasa bersalah kerana meninggalkan Rafiq ketika itu.
“Nuha minta maaf.. sebab tinggalkan Rafiq masa tu.” Ujar Nuha.
Datin Haida memegang bahu menantunya.
“Tak apa, Nuha.. Kamu tak bersalah pun dalam hal ni.. Kamu cuma takut dengan perasaan kamu sendiri.. Tapi syukurlah kamu berdua dah berbaik balik. Lega sikit hati Mama ni.” Balas Datin Haida lembut.
Nuha terus memeluk bahu ibu mertuanya dengan erat.
Rafiq hanya tersenyum dan memegang tangan Nuha.
‘Saya janji takkan lepaskan awak lagi, Nuha.’ Bisik hati Rafiq.
Nuha tersenyum ke arah Rafiq dan membalas genggaman tangan suaminya.
****
Usai makan tengah hari bersama dengan keluarga mertuanya, Nuha terus duduk di atas gazebo halaman villa itu.
Rafiq datang menghampirinya sambil membawa beberapa helai kertas warna.
Nuha mengerutkan dahinya. Dia melihat Rafiq yang duduk di sebelahnya.
“Hm? Awak nak buat apa dengan kertas ni semua?” Soal Nuha.
Rafiq tersenyum. Dia menggunting kertas itu dan membuat origami paper crown.
“Awak ingat lagi tak? Masa kecil dulu saya pernah buat paper crown ni kat awak?” Soal Rafiq.
Nuha tersenyum. Dia masih lagi menyimpan paper crown itu.
“Ingat. Saya masih simpan lagi paper crown tu.” Kata Nuha dan ketawa.
Rafiq meletakkan paper crown itu di atas kepala Nuha.
“Comelnya permaisuri hati saya ni..” usik Rafiq.
Nuha mencubit lengan Rafiq.
“Ish. Awak ni..” Balas Nuha. Wajahnya berona merah.
Rafiq mengambil tangan Nuha dan mengucupnya lembut.
“Terima kasih, sayang.. sebab awak sudi terima saya semula dalam hidup awak. Kalau awak pergi masa tu.. Saya tak tahu lah macam nak teruskan hidup ni. Awak penting sangat bagi saya, Nuha.” Kata Rafiq dan merenung mata Nuha dengan lama.
Air mata Nuha bertakung.
“Meeting you was the best thing in my life.. And marrying you was the best choice that i’ve ever made.” Kata Rafiq lagi sambil mengucup jari-jemari Nuha.
Nuha turut mengucup tangan Rafiq.
“Terima kasih awak.. sebab jadi suami dan pelindung saya.. terima kasih untuk segalanya.” Balas Nuha sebak.
Rafiq tersenyum. Dia menyeka air mata Nuha yang mengalir sedikit.
“I love you.” Bisik Rafiq.
“Wah, wah.. sweetnya!” Usik Kak Ilya dari jauh.
Rafiq dan Nuha menoleh.
‘Ish, kacau daun betul lah Akak ni..’ getus hati Rafiq geram.
“Tahu lah tengah hangat bercinta. Sampai tak tengok kiri kanan ya..” usik Kak Ilya lagi.
Rafiq mencebik.
“Ish. Akak tu pergilah bermanja dengan Abang Emir sana! Kacau aje kitorang kat sini.” Bebel Rafiq.
Nuha hanya ketawa.
“Eleh. Mentang-mentang lah bini tu dah ada kat sebelah, seronok la. Kalau tak sebelum ni, muka tu dah macam kucing hilang bini.” Usik Kak Ilya dengan tawa.
“Akak! Apa ni? Malu lah.” Marah Rafiq dengan geram. Wajahnya berona merah.
“Hahaha! Okey, okey. Akak tak kacau korang dah. Sambung la balik kisah romantik korang tu ya? Cepat-cepat sikit bagi kat aku anak saudara. Boleh lah anak aku ada kawan nanti.” Kata Kak Ilya dengan tawa. Dia masuk semula ke dalam villa.
“Sejak-sejak dia pregnant ni kuat betul menyakat orang.” Bebel Rafiq.
Nuha terus ketawa. Dia memeluk pinggang Rafiq dengan erat. Betapa sayangnya dia pada suaminya itu.
Share this novel