MALAM itu, Nuha memandang dirinya ke arah cermin bilik. Dia menarik nafasnya dengan dalam sambil menyentuh rantai leher yang diberi oleh Rafiq padanya.
Ya. Dia perlu meluahkan perasaannya pada Rafiq! Malam itu juga!
Nuha mengikat rambutnya dengan tinggi lalu dia mengambil satu bola keranjang. Sekiranya dia menang dan dapat kalahkan Rafiq. Dia akan memberitahu Rafiq tentang perasaan sebenarnya itu.
Nuha keluar dari biliknya dan terus mengetuk pintu bilik Rafiq.
Rafiq yang ketika itu sedang membaca buku karya Nicholas Spark terus tersentak. Dia meletakkan buku itu di atas katil dan membuka pintu biliknya. Matanya terhenti ke arah Nuha. Wajah isterinya kelihatan sangat serius.
“Nuha?” Soal Rafiq.
Nuha membaling bola keranjang itu ke arah Rafiq.
Rafiq menyambut bola itu. Dia masih lagi terpinga-pinga.
Mereka berpandangan lagi.
Nuha menarik nafas dan mengetap bibirnya.
“Saya nak kalahkan awak. Malam ni.” Kata Nuha.
Rafiq masih lagi memandang Nuha. Tangannya memegang kuat bola itu.
“Tapi kenapa?” Soal Rafiq.
Nuha mengetap bibirnya kuat. Matanya berkaca.
“Saya… kena kalahkan awak juga.” Ujar Nuha lagi dengan getaran.
Rafiq terdiam seketika dan melihat gadis itu.
“Baiklah.. Deal.” Balas Rafiq. Tenang.
Nuha tidak berkata apa-apa lalu dia turun ke tingkat bawah.
Rafiq hanya melihat dan menghela nafasnya. Apa yang menganggu fikiran isterinya itu? Dia turut mengikut langkah Nuha dari belakang.
Sebaik saja mereka tiba di gelanggang bola keranjang pada tingkat bawah, Nuha terus melantun-lantunkan bola itu dan memandang Rafiq dengan lama.
Rafiq mula risau. Kenapa Nuha seperti ingin mengatakan sesuatu?
Nuha terus melantunkan bola itu dan mengelilingi Rafiq.
“Come on! Come and get it!” Kata Nuha
Rafiq mengetap bibirnya. Dia terus merampas bola itu dan mendekati Nuha.
Mereka bertentangan mata dengan lama.
“Kenapa awak buat semua ni?” Soal Rafiq. Ingin tahu.
Nuha merampas semula bola itu.
“Macam yang saya cakap. Saya nak kalahkan awak malam ni.” Jawab Nuha. Serius.
Rafiq mengetap bibirnya dan mengambil bola itu dari tangan Nuha. Dia terus melantunkan bola itu dengan cepat dan berjaya menjaringkannya.
Nuha tergamam.
Rafiq terus berbisik di telinga Nuha.
“Rule number one. Don’t get distracted.” Bisik Rafiq.
Nuha mengenggam tangannya. Setiap kali dia ingin merampas bola itu dari Rafiq. Dia tetap tidak berjaya. Rafiq lebih tangkas darinya.
Ketika Nuha sedang berlari ke arah Rafiq untuk merampas bola itu, dia telah tersadung dan jatuh.
Langkah Rafiq terhenti. Dia terus mendapatkan Nuha.
“Ya Allah. Awak okey tak ni?” Soal Rafiq dan memegang kaki Nuha.
Nuha menahan air matanya dari jatuh. Dia perlu menang game itu! Sekiranya dia menang, dia akan meluahkan perasaannya pada Rafiq.
Nuha terus memaksa dirinya untuk bangun. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah bola itu. Air matanya jatuh sedikit.
‘Do not fall in love with each other. Deal?’
Nuha mengetap bibirnya dengan kuat. Tanpa dia sedari, dia telah melanggar perjanjian mereka itu.
Nuha terus berlari dan melantunkan bola itu tanpa menghiraukan kakinya yang sakit.
“Nuha!” Jerit Rafiq. Mengapa gadis itu masih lagi memaksa dirinya?
Nuha tidak menghiraukan suaminya itu. Dia terus lompat untuk menjaringkan bola itu. Namun di tersilap langkah dan pergelangan kakinya itu terasa sangat sakit. Nuha terasa ingin rebah namun Rafiq sempat menyambutnya.
“Nuha!” Rafiq terus memegang gadis itu dari jatuh.
Nuha membuka matanya dan melihat Rafiq. Kini dia berada di atas tubuh lelaki itu.
“Awak ni dah kenapa? Awak tahu kan yang kaki awak tu sakit!” Marah Rafiq.
Nuha tersentak. Dia menunduk sedikit. Air matanya mengalir perlahan.
“Saya..” Nuha terus menangis. Dia telah kalah dengan lelaki itu.
Rafiq keliru. Dia menyeka sedikit air mata Nuha.
“Bagitahu saya.. Kenapa awak buat semua ni?” Soal Rafiq. Dia merenung mata isterinya itu.
Nuha diam dan menggeleng. Dia mengesat air matanya.
“I can’t.. i can’t do this anymore.” Balas Nuha dan menangis lagi. Dia terus bangun dan beredar pergi.
Rafiq mengerutkan wajahnya. Apa maksud gadis itu?
“Nuha..” getusnya sendiri. Dia menarik nafasnya dengan dalam.
Dengan cepat dia berjalan ke arah Nuha dan mendukung gadis itu.
Nuha terkejut. Hah??
“Kaki awak tu sakit! Jangan nak banyak bergerak pula.” Bebel Rafiq.
Nuha terdiam lama sehinggalah Rafiq tiba di biliknya.
Perlahan-lahan Rafiq meletakkan Nuha di atas katil gadis itu dan terus mengurut pergelangan kaki Nuha yang terseliuh tadi.
Nuha memandang suaminya itu dengan lama. Dia mengusap rambut Rafiq dengan mata yang berkaca. Jika dia meluahkan perasaannya pada Rafiq, adakah lelaki itu akan menerimanya?
Tangan Rafiq terhenti dengan usapan lembut Nuha di rambutnya itu.
Jantungnya berdegup laju sehinggakan dia tidak mampu memandang wajah Nuha.
“Nuha..” ketika Rafiq mengangkat wajahnya, Nuha telah mengucup dahi Rafiq dengan lama.
Rafiq terkedu.
Mereka berpandangan lama.
“Why are we doing this?” Soal Nuha dengan perasaan yang bercampur-baur.
Rafiq terdiam. Dia sudah tidak boleh berselindung lagi. Dengan cepat dia memeluk tubuh Nuha dengan lama.
Nuha membalas pelukan Rafiq dengan air mata yang bergenang.
Tiba-tiba Rafiq tersedar dengan perjanjian mereka dahulu. Dia terus meleraikan pelukan dan ingin pergi dari situ.
“I’m sorry…” balas Rafiq dan terus bangun.
Namun Nuha menarik tangannya.
“Jangan pergi..” kata Nuha sambil memandang Rafiq dengan lama. Rafiq tersentak apabila melihat air mata Nuha mengalir.
“Please.. jangan pergi..” kata Nuha lagi.
Perlahan-lahan Rafiq duduk di atas katil bersebelahan dengan Nuha.
Mereka berpandangan lagi.
Rafiq mengelus lembut pipi Nuha.
“Tell me what you want, Nuha Alisya.” Kata Rafiq.
Nuha menundukkan wajahnya.
“Tell me.” Seru Rafiq lagi.
Nuha masih lagi menundukkan wajahnya.
“You.” Balas Nuha.
Rafiq menarik nafasnya. Jantungnya berdebar hebat.
“Are.. are you.. sure?” Soal Rafiq
Nuha mengangguk lagi.
“No regrets?” Soal Rafiq lagi.
Nuha menggeleng.
Rafiq menarik nafasnya lagi. Dengan dalam. Dia memegang pipi Nuha dengan lembut.
Nuha memejamkan matanya.
Rafiq merenung isterinya itu. Perlahan-lahan dia mengucup dahi Nuha. Kemudian bibirnya jatuh ke pipi Nuha.
Nuha memejamkan matanya. Jantungnya mula berdegup laju.
Rafiq menyentuh bibir Nuha dengan jarinya. Dia melihat Nuha masih lagi memejamkan matanya.
Rafiq menarik nafasnya dan mencubit pipi gadis itu.
“Auch.” Nuha membuka matanya dan mengusap pipinya itu. “Kenapa..”
Rafiq terus berdiri.
“Not now. Nuha Alisya. Awak dah lupa ke apa perjanjian kita dulu?” Soal Rafiq. Dia tidak mahu Nuha memaksa dirinya. Tetapi dalam masa yang sama, dia juga telah menolak peluang itu untuk bersama dengan isterinya.
Nuha tersentak. Dia langsung tidak rasa terpaksa dengan semua itu..
“Saya taknak awak paksa diri awak.. Lagipun awak tak cintakan saya kan?” Soal Rafiq.
Belum sempat Nuha berkata apa-apa, Rafiq telah berjalan ke arah pintu biliknya.
“Goodnight, Nuha.” Ujar Rafiq dan menutup pintu bilik isterinya.
Nuha terus meraup wajahnya yang membahang. Jauh disudut hatinya, dia berasa menyesal kerana membuat perjanjian itu.
“Huwaaaaaa!!” Nuha menjerit di sebalik bantalnya.
****
RAFIQ tidak boleh tidur malam itu, wajah Nuha menganggu fikirannya. Dia hampir kalah dengan perasaannya tadi.
Dia hampir mahu membuat Nuha menjadi miliknya seorang.
Rafiq memegang dadanya yang berdegup laju.
Jika dia tidak menolak.. apa yang akan terjadi antara mereka tadi?
Rafiq mula tak tentu arah. Setiap kali dia cuba memejamkan matanya, wajah Nuha muncul.
Setiap kali dia mengiring ke sebelah kanan, wajah Nuha muncul lagi.
Rafiq terus duduk di atas katilnya dan meraup wajahnya. Sukar untuk dia melelapkan matanya apabila teringatkan Nuha.
“Nuha! You drives me crazy lah!” Rafiq menggosok-gosok rambutnya dengan geram.
Dia terus bangun dan meluru ke bilik gadis itu. Dengan bibir yang diketap, dia mengetuk pintu bilik Nuha.
Nuha masih lagi belum tidur kerana teringatkan Rafiq. Dia terus bangun dari katil dan membuka pintu biliknya.
Mereka berpandangan lagi.
Rafiq terus memeluk Nuha dengan erat dan mengucup isterinya itu. Perlahan-lahan dia menolak Nuha ke atas katil.
Nuha terkejut.
“Tell me if you want me to stop.” Bisik Rafiq.
Nuha mengangguk dan merenung lelaki itu. Jantungnya berdegup laju. Dia terbaring di atas katil dan melihat Rafiq.
“Ta.. tapi.. macam mana dengan perjanjian kita?” Soal Nuha sambil menyentuh pipi Rafiq.
“I don’t care.” Balas Rafiq sambil merenung Nuha.
Nuha menelan liurnya. Jauh di sudut hatinya, dia sudah mula mahu menerima Rafiq di dalam hidupnya.
“Awak okey ke dengan semua ni?” Soal Rafiq inginkan kepastian.
Nuha mengangguk. Dia tersenyum manis ke arah suaminya.
Rafiq mengelus lembut pipi Nuha.
“I warned you, Nuha Alisya. There’s no turning back.” Kata Rafiq sambil merenung mata Nuha.
Jantung Nuha berdegup lagi. Dia mengusap rambut Rafiq.
“I don’t care..” balas Nuha pula.
Rafiq terus mengucup dahi Nuha dengan lembut.
Nuha memejamkan mata dan merelakan saja dirinya pada malam itu. Dia ingin Rafiq mengerti tentang perasaan sebenarnya. Dia ingin Rafiq tahu tentang hatinya.
Dia sudahpun jatuh cinta dengan Rafiq Zuhayr. Suaminya sendiri.
Share this novel