SEMASA Nuha sedang bersiap-siap untuk ke butik, telefon bimbitnya telah berbunyi.
Dia terus menjawab panggilan Mira di telefon sambil memakai tudungnya.
“Ya, Mira?” Soal Nuha.
Mira yang ketika itu dalam perjalanan ke kafe dan mahu berjumpa dengan Isqandar terus menghela nafas.
“Nuha. Aku nak kau jumpa dengan Is dan jelaskan semuanya.” Ujar Mira.
Nuha mengerutkan dahinya. Dia teringatkan wajah suram Isqandar semasa di butiknya semalam.
“Aku..” Nuha menundukkan wajahnya. Dia memegang rantai leher yang diberi oleh Rafiq malam itu.
“Kau kena bagitahu Is tentang hubungan kau dengan Rafiq. Korang kahwin bukannya disebabkan cinta, betul tak? Lagipun.. perkahwinan korang hanya sementara kan?” Soal Mira
Nuha mengetap bibirnya. Dia memegang kuat rantai itu.
“Kalau aku bagitahu Is pasal Rafiq.. tetap takkan boleh ubah apa-apa, Mira..” ujar Nuha perlahan.
Mira terdiam seketika. Cuba memproses ayat Nuha itu.
“Bukan ke kau dengan Rafiq tu cuma..” Mira terlopong.
Nuha melihat ke arah tingkap biliknya dengan lama.
“Eh kejap.. Kau dah sukakan Rafiq ke?” Soal Mira terkejut.
Nuha melihat rantai yang dipegangnya itu.
“Kalau aku cakap yang aku nak teruskan perkahwinan ni sampai bila-bila.. macam mana?” Soal Nuha perlahan. Matanya berkaca.
Mira memusingkan sterengnya dan menuju ke kafe.
“Okey. Ni dah kes berat ni. Pasal kau dengan Rafiq, nanti kita bincang. Sekarang ni kita kena selesaikan masalah kau dengan Is. Mamat tu tunggu kau dari zaman kolej lagi kau tahu tak? Mahu tak kecewa dia tu bila dapat tahu yang kau dah kahwin!” Bebel Mira. Dia memicitkan kepalanya.
Nuha menarik nafasnya dengan dalam.
“Baiklah..” Nuha menyentuh lagi rantai di lehernya itu. Mereka terus mematikan talian.
Sebaik saja Nuha keluar dari biliknya, dia telah melihat Rafiq yang sedang menyediakan sarapan pagi di atas meja makan.
Nuha terkejut.
Rafiq mendongak ke arah Nuha sambil tersenyum.
“Good morning.” Kata Rafiq ceria. Dia menuangkan air oren ke dalam gelas.
Nuha terpinga-pinga.
“Mo.. morning.” Dia masih lagi berdiri di situ.
“Kenapa awak tak tunggu saya aje yang buat breakfast?” Soal Nuha dengan tanda tanya.
Rafiq terus menarik tangan Nuha supaya gadis itu duduk di atas kerusi.
Dia telah menyediakan roti bakar dan juga beberapa makanan yang lain untuk sarapan pagi itu.
“Sekarang ni awak duduk dulu and have a breakfast okey?” Rafiq terus meletakkan segelas air oren itu di hadapan Nuha.
Nuha memandang Rafiq dengan lama. Kenapa sejak akhir-akhir ini, Rafiq sering mengambil berat tentangnya?
“Kenapa..” Nuha memandang Rafiq.
“Shh..” Rafiq meletakkan jari telunjuknya di bibir Nuha.
Nuha terkedu. Mereka bertentangan mata dengan lama.
“Makan dulu, okey? Saya taknak awak pergi butik dengan perut yang kosong. Dulu kan awak pernah cakap kat saya, jangan skip breakfast, betul tak?” Soal Rafiq dengan senyuman.
Nuha tersenyum dan mengangguk sedikit.
Rafiq turut tersenyum. Dia terus menikmati roti bakar itu bersama dengan Nuha.
“Lagipun, bukannya selalu saya nak buatkan breakfast untuk awak..” Kata Rafiq dengan senyuman.
Nuha hanya tersenyum. Namun dia masih lagi diam. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Rafiq tentang perasaannya itu.
Lelaki itu berkahwin dengannya hanyalah disebabkan wasiat arwah Tokba dan bukanlah kerana cintakan dia.
Rafiq melihat isterinya yang hanya diam itu. Dia mula risau. Kenapa gadis itu tiba-tiba saja mendiamkan diri? Bukankah semalam Nuha nampak gembira saja?
“Nuha?” Panggil Rafiq dengan risau.
Nuha tersentak. “Ya?”
Rafiq memandang gadis itu dengan lama.
“Awak okey? Kenapa? Tak sedap ke?” Soal Rafiq.
Nuha terkejut dan terus menggeleng.
“Eh tak! Sedap aje. Maaf.. saya cuma fikir pasal butik tadi.” Dalih Nuha
Rafiq memandang Nuha dan terus mengangguk faham. Dia tersenyum sedikit.
“Oh.. saya ingatkan awak tak suka bila saya buat semua ni.. Maaflah kalau terlebih pula.” Rafiq terus menghirup airnya dan ketawa sedikit.
Nuha melihat lelaki itu. “Awak..”
Rafiq melihat ke arah Nuha. “Hm?”
Nuha terdiam seketika.
“Nanti awak tak perlu lah nak hantar saya pergi butik.. saya boleh aje pergi sendiri.” Kata Nuha
Rafiq melihat ke arah isterinya lagi.
“Oh...” Rafiq mula tersedar. Nuha cuma menganggap dirinya sebagai kawan sahaja.
“Okey.” Balas Rafiq dengan berat hati.
Usai sarapan pagi, Nuha terus bangun dan mengambil kunci keretanya.
“Saya pergi dulu.” Kata Nuha dan membuka pintu rumah.
Rafiq terus mendapatkan isterinya.
“Nuha, Kejap!” Panggil Rafiq.
Nuha menoleh.
Rafiq mengetap bibirnya. “Err..” Lidahnya kelu.
Nuha masih lagi menunggu kata-kata Rafiq.
Rafiq menarik nafasnya. Dia tersenyum sedikit.
“Hati-hati.” Kata Rafiq dengan senyuman.
Nuha memandang suaminya itu dengan lama. Semakin kuat dia menyimpan perasaan itu, semakin hatinya berasa sakit.
“Okey.” Balas Nuha dan cuba untuk mengukirkan senyuman. Matanya berkaca dan terus membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin. Dia mahu berjumpa dengan Isqandar dan menjelaskan semuanya pada lelaki itu.
Rafiq hanya melihat kereta isterinya itu berlalu dari perkarangan rumah mereka. Wajah Nuha yang suram itu menganggu fikirannya.
Perlahan-lahan dia menghela nafas berat. Dia melihat jam di tanggannya dan terus bersiap untuk ke tempat kerjanya.
****
MIRA hanya memandang ke arah Isqandar yang sedang termenung jauh di kafe itu.
Rakannya itu masih lagi menghirup air di dalam gelasnya tanpa berkata apa-apa. Mira mula rasa bersalah kerana tidak memberitahu Isqandar tentang perkahwinan Nuha dahulu.
“Is..” Mira menarik nafasnya. Sudah hampir 10 minit lelaki itu hanya mendiamkan diri.
“Kenapa kau tak bagitahu aku?” Soal Isqandar tanpa melihat Mira. Dia betul-betul terkejut dengan berita itu.
Mira mengetap bibirnya.
“Maaf lah, Is.. Bukannya aku taknak bagitahu kau. Tapi.. aku kena hormat dengan keputusan Nuha.” Balas Mira.
“Oh.. jadi selama ni korang sengaja lah nak rahsiakan semua ni dari aku?” Sinis Isqandar menyoal. “Bukan ke aku ni kawan korang juga?” Soal Isqandar geram.
Mira terdiam. “Ya aku tahu.. tapi..”
“Kau tahu kan yang aku ni dah lama sukakan Nuha? Tapi disebabkan si Irfan tu, aku terpaksa give up nak dapatkan dia.” Isqandar mengeluh. Dia memandang orang yang lalu lalang di kafe itu.
“Aku baru ingat nak lamar Nuha lepas aje aku balik Malaysia. Tapi aku tak sangka yang semuanya jadi macam ni. Kau tahu tak hati aku ni sakit sangat? Apa yang patut aku buat Mira?” Soal Isqandar dengan kecewa.
Mira serba salah.
“Korang ingat kelakar ke buat hati aku macam ni?” Soal Isqandar lagi dengan nada kecewa. Sangkanya setelah dia pulang ke Malaysia, dia akan mendapatkan Nuha. Tapi dia salah.
Mira menarik nafasnya. Tak lama kemudian, Nuha datang ke arah mereka.
“Korang..” Nuha mengetap bibirnya.
Isqandar menoleh ke arah Nuha.
Mira terus menarik nafas lega.
“Alhamdulillah, akhirnya kau datang juga, Nuha.” Mira terus tersandar.
“Okey, sekarang ni kau boleh explain kat Is pasal perkahwinan kontrak kau dengan Rafiq tu.” Kata Mira.
Isqandar mengerutkan dahinya.
“Hah? Kahwin kontrak?” Soalnya keliru.
Nuha terdiam. Dia terus duduk di hadapan Isqandar.
Isqandar memandang Nuha dengan kerutan.
“Betul ke apa yang Mira cakap tu?” Soal Isqandar.
Nuha menghela nafasnya dengan dalam.
“Ya.. Memang betul aku dengan Rafiq ada buat perjanjian dalam hubungan kami. Aku kahwin dengan dia sebab nak larikan diri dari Irfan. Dan Rafiq pula.. sebab wasiat arwah Tokba dia.” Jelas Nuha.
Isqandar tergamam.
“Nuha. Kau sedar tak apa yang kau dah buat ni?” Soal Isqandar tegas.
Nuha terdiam. Dia mengangguk perlahan.
Isqandar meraup wajahnya.
“Jadi.. yang kau cakap kau cintakan dia tu.. betul ke?” Soal Isqandar lagi.
Nuha mengangkat wajahnya dan terdiam lama.
“Ya..” balas Nuha sepatah.
“Macam mana dengan Rafiq? Dia cintakan kau juga tak?” Soal Isqandar
Nuha terdiam. Dia sendiri tidak mengetahui perasaan lelaki itu.
Isqandar mengetap bibir kuat. Dia terus bangun dari kerusinya.
“Is? Kau nak pergi mana?” Soal Nuha terkejut.
“Aku nak jumpa dengan dia!” Marah Isqandar.
Nuha tersentak. Isqandar mahu berjumpa dengan Rafiq?
“Is.. kau jangan la macam ni. Aku taknak lah keruhkan keadaan.” Kata Nuha.
Mira memicit kepalanya.
Isqandar memandang Nuha dengan kecewa. Dia terus duduk semula dengan hati yang sakit.
“Nuha.” Isqandar menundukkan wajahnya.
Nuha mula rasa bersalah.
Isqandar menarik nafasnya.
“Aku tak kisah tau kalau kau tak boleh balas perasaan aku sekalipun.. tapi sekurang-kurangnya aku nak tengok lelaki yang dapat hati kau tu sayang dan cintakan kau betul-betul. Bukan sekadar nak mempermainkan kau aje.” Ujar Isqandar.
Nuha terdiam.
“Bila kau cakap kau kahwin dengan dia hanya disebabkan benda tu aje.. aku rasa marah. Aku tak nak dia pergunakan kau dan ikat kau dalam perkahwinan.” Kata Isqandar lagi.
Nuha terus melihat Isqandar. “Is..”
Isqandar mengangkat wajahnya.
Nuha tersenyum. Wajah dan senyuman Rafiq bermain di fikirannya. Dia menyentuh rantai di lehernya itu.
“Kau salah, Is. Sepanjang aku kenal dengan Rafiq, dia bukan macam yang kau maksudkan tu. Selama aku jadi isteri dia, aku bahagia sangat. Dia selalu ada untuk aku. Dia selalu cuba untuk gembirakan aku.. dan dia selalu lindungi aku. Sebab tu lah, aku terima perkahwinan ni. Sebab aku rasa selamat.."
"Aku selamat bila dengan dia.” Air mata Nuha jatuh juga. Dia teringat semasa Rafiq melindunginya dari Irfan dan suaminya itu juga lah yang sentiasa menenangkannya ketika dia teringatkan arwah ibunya.
Isqandar tergamam.
Mira turut terdiam.
Mereka bertiga terdiam lama.
Wajah Nuha membahang.
“Jadi kau nak buat apa lepasni?” Soal Mira pula memecahkan suasana sunyi itu. Dia ketawa kekok.
Nuha melihat ke arah mereka.
“Aku akan bagitahu Rafiq pasal perasaan aku ni.” Kata Nuha dengan segan.
Isqandar memandang ke arah Nuha dan tersenyum hambar.
“Aku doakan kau.” Balas Isqandar. Dia tahu yang dia sudahpun kalah dengan lelaki yang bernama Rafiq Zuhayr itu.
Nuha memandang Isqandar.
“Aku minta maaf, Is.” ujar Nuha.
Isqandar tersenyum kelat.
“It’s okay. I let you go. Kita still kawan kan?” Soal Isqandar dan cuba untuk tersenyum. Dia hanya mahu melihat kebahagiaan gadis itu saja.
Nuha memandang ke arah Mira dan Isqandar serentak. Dia tersenyum lalu mengangguk.
“Ya.. korang kan bestie aku.” Balas Nuha sambil mereka ketawa bersama.
Share this novel