Bab 11

Romance Series 35227

PAGI itu, Nuha membuka matanya dengan perlahan. Dia melihat sekeliling ruang bilik itu. Kini dia berada di dalam bilik Rafiq. Wajah Nuha berona merah. Dia melihat Rafiq yang sedang tidur di atas sofa bilik.

Hati Nuha rasa tersentuh. Dia merenung lama wajah Rafiq lalu perlahan-lahan Nuha bangun dari katil suaminya dan berjalan ke arah lelaki itu sambil membawa selimut.

Nuha meletakkan selimut itu ke tubuh Rafiq dengan berhati-hati. Tidak mahu mengejutkan lelaki itu. Setelah itu, dia melihat lagi wajah Rafiq.

Memang dia akui, Rafiq memiliki wajah yang sangat tampan. Hidung mancung lelaki itu elok terletak. Rambut Rafiq pula berwarna hitam dan juga ikal beralun lembut. Kini mata Nuha jatuh pula pada mata Rafiq yang terpejam rapat itu. Rafiq memiliki bulu mata yang panjang, kening yang lebat dan cantik.

Nuha tersenyum sendiri. Dia melihat pula bibir Rafiq. Lelaki itu memiliki bibir nipis dan merah. Tanda seperti tidak merokok. Entah apa yang Nuha fikirkan ketika ini, dia terus menyentuh bibir lelaki itu jarinya.

Wajah Nuha membahang lagi apabila teringatkan ciuman pertama mereka dahulu..

Dengan cepat Nuha berdiri. Argh! Malunya!
Ketika Nuha ingin berlalu pergi, Rafiq terus menarik tangannya.

Nuha terekejut. Bukankah lelaki itu sedang tidur? Adakah Rafiq sedar yang dia meneliti wajah lelaki itu dari tadi?

“Did you just touch my lips?” Soal Rafiq yang masih lagi berbaring di atas sofa. Tangannya mengenggam erat pergelangan tangan Nuha.

Nuha terlopong. “Err… tak! Ma.. mana ada!”

Rafiq tersenyum sinis. Dia terus menarik Nuha sehingga Nuha terjatuh ke dalam dakapannya.

Nuha tergamam. Hah!!! Situasi apakah ini?!!

Rafiq sengaja ingin mengusik Nuha. Dia memejamkan mata dan masih lagi merangkul pinggang Nuha yang berada di dalam dakapannya.

“Bagitahu saya apa yang awak buat tadi?” Soal Rafiq lagi.

Nuha mengetap bibirnya. Kepalanya berada di atas dada Rafiq, sehinggakan telinganya boleh mendengar degupan jantung lelaki itu.

Kini Nuha pula yang tersenyum sinis. Laju betul jantung lelaki tu! Tapi acah-acah cool pula!

Nuha berdehem. Dia terus ketawa.

“Mana ada saya buat apa-apa! Tadi ha, ada nyamuk kat muka awak, tu yang saya ingat nak tampar aje tadi.” Balas Nuha selamba.

Rafiq menjegilkan matanya pada Nuha.

“Berani awak nak tampar muka saya yang mahal ni?” Soal Rafiq sambil mencebik.

Nuha membuat wajah jengkel.

“Eleh, mahal lah sangat. Tadi tu cuma ada nyamuk aje, bukannya saya saja-saja nak usya muka awak tu.” Dalih Nuha.

“Hello? Rumah saya ni kalis nyamuk tau? Awak ingat kita ni kat kampung ke nak ada nyamuk bagai? ” Soal Rafiq pula sambil memejamkan matanya semula.

Nuha hanya menayangkan wajah selamba.

“Manalah tahu kan? Kadang-kadang kat bandar ni ada banyak aje jenis nyamuk. Nyamuk tiruk, nyamuk gangster, nyamuk gatal pun ada juga tau!” Bidas Nuha. Sengaja dia menekankan perkataan ‘gatal’ itu.

Rafiq memandang Nuha dengan laju.

“Saya ke nyamuk yang gatal tu?” Soal Rafiq terkejut.

Nuha bersiul sendiri dan mengerling ke arah Rafiq dengan sekilas.

“Siapa yang makan cili dia yang rasa pedas.” Balas Nuha selamba.

Ehhhhh!!!

Rafiq terus meleraikan pelukan di pinggang Nuha. Dia berdehem dan terus bangun dari sofa.

“Ehem! Tu cuma tindakan refleks ya? Jangan nak berangan pula.” Kata Rafiq dan berlalu keluar. Dia berasa malu dengan Nuha.

Aduh, kini giliran dia pula yang terkena.

Nuha terus terbaring di atas sofa Rafiq sebaik saja lelaki itu bangun. Dia melihat lelaki itu keluar dari bilik.

“Ceh, ingatkan cool sangat lah dia tu.” Kata Nuha sendiri sambil menahan tawa. Dia membetulkan duduk dan melihat sekeliling bilik Rafiq yang sangat luas. Terdapat televisyen berhadapan katil king itu dan juga perabot yang cantik dan minimalist.

Dia melihat computer desk lelaki itu. Jika waktu cuti, Rafiq memang suka bermain video game di dalam computer itu pada waktu malam.

Nuha tersenyum sendiri. Dia berjalan-jalan di ruang bilik itu dan matanya terpandang satu frame gambar di kabinet lelaki itu. Nuha mengerutkan wajah apabila melihat frame itu.

Gambar Rafiq ketika belajar di universiti dahulu bersama dengan seorang gadis cantik.

Nuha mengetap bibirnya. Oh.. pasti gadis itu adalah Nadia. Gadis yang disukai oleh Rafiq sejak dulu lagi.

Nuha mengundurkan tubuhnya dan kini dia bertembung dengan Rafiq dari belakang.

Nuha terkejut. Dia mendongakkan wajahnya ke arah Rafiq.

Rafiq yang ketika itu baru saja selesai mandi dan berkain tuala hanya tenang melihat Nuha.

Nuha menelan liurnya.

“Err..” Nuha mengetap bibir.

Rafiq mengambil frame gambar itu dan melihat gambarnya dengan Nadia dahulu.

“Ni lah Nadia. Gadis yang saya cerita kat awak dulu.” Ujar Rafiq.

Nuha terdiam. Kenapa hatinya sakit pula ni?

“Oh...” Nuha getus perlahan.

“.. You still have her picture..” Kata Nuha perlahan. Sedikit cemburu. Tapi kenapa dia perlu ada perasaan itu?

Rafiq menarik nafasnya dan ketawa sedikit.

“Well.. i was planning to throw it anyway. Tapi saya lupa.” Rafiq ketawa dan dia terus membuang frame itu ke dalam tong sampah biliknya.

Nuha terkejut.

“Macam tu aje ke? Kenapa awak buang?” Soal Nuha pula.

Rafiq mengambil pakaiannya di dalam almari.

“Hm? Kenapa saya nak kena simpan lagi?” Soal Rafiq pula.

Nuha terdiam. Dia mengetap bibirnya. Rasa bersalah pula. Nuha terus mengambil gambar itu namun dihalang oleh Rafiq.

“Don’t. Saya dah ada isteri. Buat apa saya nak simpan lagi gambar perempuan lain kat rumah ni?” Soal Rafiq lagi.

Nuha terdiam lama.

“Tapi.. kita kahwin pun bukannya disebabkan..” Nuha berdehem.

“Cinta?” Soal Rafiq. Dia melihat Nuha.

Nuha membalas pandangan Rafiq.

Rafiq tersenyum sendiri.

“Ya. Memang betul saya kahwin dengan awak sebab wasiat arwah Tokba dan awak pula kahwin dengan saya sebab nak lindungi diri awak dari mamat tu. Tapi, saya nak awak tahu, Nuha.. Saya hormat perkahwinan ni dan saya akan hormat perasaan awak sebagai isteri saya.” Balas Rafiq.

Nuha menarik nafasnya. Dia tidak mahu terlalu pentingkan diri sendiri.

“Tapi.. kenapa awak perlu concern pasal perasaan saya? Awak boleh aje nak jatuh cinta dengan siapa-siapa. Saya takkan halang awak, Rafiq. Tu hak awak. Lagipun kita kan dah janji untuk tak ada apa-apa perasaan sepanjang perkahwinan ni.” kata Nuha perlahan. Dia menundukkan wajahnya.

Rafiq terdiam. Dia juga keliru dengan perasaannya sendiri. Namun, jauh di sudut hatinya, dia senang dengan kehadiran Nuha di sisinya. Apabila melihat Nuha gembira dia turut rasa bahagia.

Bagaimana kalau dia jatuh cinta dengan Nuha? Adakah gadis itu akan menolak?

Rafiq mendekati tubuh Nuha dengan perlahan lalu dia mengangkat dagu Nuha supaya gadis itu memandangnya.

“Okey then..” kata Rafiq.

“What if.. one of us is falling for each other?” Soal Rafiq dan melihat mata Nuha.

Nuha tergamam. Apa maksud lelaki itu?

“Yo.. you can’t..” Soal Nuha pula. Dia menelan liur.

“Why?” Soal Rafiq serius.

Jantung Nuha berdegup laju dan menoleh ke arah lain. Why? Bolehkah mereka langgar perjanjian itu dan saling jatuh cinta sesama sendiri?

Rafiq menarik nafas dan tersenyum. Dia melepaskan dagu Nuha.

“I’m just kidding. Just forget it..” kata Rafiq sendiri. Dia perlu memahami hatinya sendiri sebelum dia meluahkan perasaan sebenarnya pada Nuha.

Nuha menoleh dan menarik nafas lega. Risau pula jika Rafiq ada perasaan padanya. Dia masih lagi belum bersedia.

“Oh, by the way..” Rafiq memegang t-shirtnya.

Nuha terpinga-pinga.

Rafiq tersenyum nakal.

“Awak nak tengok saya tukar baju ke?” Soal Rafiq.

Nuha terkedu. Dia melihat Rafiq yang hanya mengenakan tuala separas pinggang. Terserlah tubuh sasa lelaki itu.

Oh my..

Dengan cepat Nuha berlari keluar.

“Alamak! Sorry! Sorry! Bye!” Jerit Nuha malu.

Rafiq terus ketawa dengan telatah gadis itu. Esok mereka akan ke Cameron Highlands, jadi dia sudahpun membuat persediaan untuk bercuti di sana selama 3 hari.

****

KAK Ilya menikmati aiskrim chocolate and chip cream sambil berbual dengan Datin Haida di telefon. Dia begitu santai duduk di atas sofa dan membiarkan suaminya mengurut kakinya yang cramp.

“Kamu dengan Emir ikut juga ke diorang pergi Cameron esok ni?” Soal Datin Haida. Rafiq ada mengajaknya untuk pergi bersama tetapi dia hanya mahu berehat saja di rumah.

Kak Ilya memasukan lagi satu suap aiskrim ke dalam mulutnya. Dia turut menyuap aiskrim itu ke mulut Abang Emir.

“Haah. Mama dengan Papa betul ke taknak join sekali ni?” Soal Kak Ilya

Datin Haida ketawa. Dia begitu fokus melihat pokok bunganya di luar rumah.

“Tak apalah, Ilya. Mama dengan Papa pun ingat nak rehat aje kat rumah.. Dah tua-tua ni rasa tak larat pula nak berjalan.” kata Datin Haida. Kemudian dia teringat sesuatu.

“Eh, Mana ada tua. Mama tu still maintain lagi tau. Always gorgeous!” puji Kak Ilya.

Datin Haida ketawa.

“Ish kamu ni, ada aje nak menjawab.” Balasnya.

Kak Ilya tersengih.

“Tapi kan.. Mama rasa ada something wrong lah dengan hubungan diorang tu.” Datin Haida mengetap bibirnya. Dia berasa syak wasangka dengan hubungan Nuha dan juga Rafiq. Kerana tak mungkinlah anak lelakinya itu pernah bercinta dengan Nuha dalam diam sebelum ini.

Kak Ilya membetulkan duduknya. Tiba-tiba Abang Emir tersalah urut kakinya.

“Aduh! Sakit Biy!” Kata Kak Ilya sambil memegang kakinya.

“Biy urut dengan penuh dendam ke ni…” rengek Kak Ilya sambil mencubit pipi suaminya.

Abang Emir gelabah. “Alamak! Sorry sayang, Biy tak sengaja.”

“Dah kenapa tu?” Soal Datin Haida di corong telefon.

Kak Ilya memuncungkan bibirnya. Lalu dia berbual semula dengan ibunya.

“Hehe. Tak ada apa lah, Mama. Oh ya, tadi Mama cakap apa?” Soal Kak Ilya pula.

Datin Haida menarik nafasnya.

“Kamu tak rasa pelik ke dengan hubungan diorang tu?” Soal Datin Haida lagi.

Kak Ilya mengangkat kening.

“Hm? Kenapa Mama rasa macam tu?” Soal Kak Ilya pula.

Datin Haida teringat semula pertemuan Rafiq dengan Nuha di butik dahulu.

“Entahlah.. Mama rasa Rafiq tu.. tak pernah pun bercinta dengan Nuha sebelum ni. Ya lah. Lepas-lepas kita bagitahu pasal wasiat arwah Tokba tu, terus aje Rafiq nak kahwin dengan Nuha. Sebelum ni, dia bukan main lagi taknak kahwin.” Ujar Datin Haida sambil duduk di atas buaian di luar rumahnya.

Kak Ilya berfikir seketika. Betul juga apa yang dikatakan oleh ibunya itu.

“Haah lah, Mama.. Betul juga. Lagipun Ilya tengok relationship diorang nampak awkward aje. Macam tak pernah bercinta langsung.” Kata Kak Ilya pula.

Mereka terdiam dan berfikir seketika.

“Hmm.. Something fishy…” kata mereka serentak.

Tiba-tiba Datin Haida tersenyum lebar.

“Hah! Mama ada idea!” Datin Haida bersuara kuat.

Kak Ilya terkejut dan menjauhkan sedikit telefon bimbitnya itu dari telinga.

“Huish. Apa dia, Ma?” Soalnya pelik.

Datin Haida tersenyum lebar.

“Alang-alang kamu dengan Emir nak pergi sana. Bolehlah kamu spy diorang berdua tu. Mama nak pastikan yang Rafiq tu betul-betul cintakan Nuha. Mama taknak dia permainkan si Nuha tu. Kamu tahu kan yang Nuha tu penting juga bagi Mama?” Kata Datin Haida dengan keluhan.

Dia tidak mahu Rafiq mempermainkan perasaan Nuha memandangkan Nuha adalah anak arwah kawan baiknya. Dia perlu menjaga perasaan gadis itu.

Kak Ilya mengangguk faham. Dia tersenyum.

“Mama jangan risau. Segala aktiviti diorang, Ilya akan update kat Mama secepat yang mungkin!” Kata Ilya sambil tersengih. Dia memang suka menyakat Rafiq dari mereka kecil lagi.

Datin Haida tersenyum lebar.

“Bagus! Ni yang Mama sayang ni..” pujinya.

Kak Ilya tersengih.

Datin Haida terfikir lagi.

“Oh. Mama ada dengar Ayah dengan adik Nuha ikut sekali kan?” Soal Datin Haida lagi.

Kak Ilya mengunyah lagi aiskrim itu.

“Haah. Betul.”

Datin Haida mengangguk faham. Dia perlu mencari idea untuk memastikan Rafiq betul-betul cintakan Nuha.

“Hm…” Datin Haida berfikir sesuatu. Kemudian dia senyum lagi.

“Mama ada idea! Kalini mesti menjadi.” Katanya.

Kak Ilya ketawa. “Idea apa lagi, Mama?”

Datin Haida tersenyum sendiri lalu dia memberitahu idea yang ada dalam fikirannya pada Kak Ilya.

Kak Ilya hanya tersengih apabila mendengar idea ibunya itu.

“Alright, Ma! Ditanggung beres!” Katanya dengan tawa.

Talian ditamatkan. Kak Ilya tersenyum sendiri. Dia melihat suaminya yang duduk di sebelahnya.

“Eh kejapnya urut?” Soal Kak Ilya sambil mengusap rambut suaminya.

Abang Emir menghela nafas.

“Tangan Biy dah lenguh la sayang.” Balas Abang Emir.

Kak Ilya mencebik.

“Alah, urut sikit aje pun dah lenguh. Tu lah, siapa suruh Biy ajak Lya pergi hiking semalam? Kan dah jadi tukang urut.” Bebel Kak Ilya.

Abang Emir tidak mengendahkan isterinya dan memeluk erat pinggang Kak Ilya.

“Sayang plan apa dengan Mama tadi?” Soalnya.

Kak Ilya tersenyum lagi.

“Hehe.. kami dah plan nak kenakan Rafiq dengan Nuha.” Katanya dengan sengihan.

Abang Emir mendongak.

“Eh? Sayang nak buat apa?” Soal Abang Emir pelik.

Kak Ilya tersenyum bangga.

“Ada lah.” Balas Kak Ilya bersahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience