“I LOVE YOU. I love you. I love you.” Bisik Rafiq sambil dia memeluk Nuha dari belakang. Ketika itu Nuha sedang memasak.
Nuha tersenyum. Sejak dia sudah pulang ke rumah mereka semalam, Rafiq dari tadi menyebut perkataan itu padanya. Bak kata Rafiq, kalau boleh hari-hari dia ingin menyebutnya.
“Awak ni.. tak bosan ke asyik sebut ‘i love you’ aje kat saya?” Soal Nuha sambil memasak.
Rafiq menggeleng. Dia memeluk Nuha dengan erat.
“Tak. Saya nak sebut perkataan tu setiap hari juga. Kalau boleh setiap masa, setiap saat.” Ujar Rafiq lagi.
Nuha ketawa. Dia mencubit pipi suaminya itu. “Mengadanya.”
Rafiq tersengih. Kemudian dia melihat isterinya.
“Tapi.. sejak awak balik sini semalam, awak langsung tak balas perkataan tu kat saya.. awak tak sayang saya ke?” Soal Rafiq dengan sedih.
Nuha terus menutup api dan mencuci tangannya. Dia memusingkan tubuhnya dan berhadapan dengan Rafiq. Suaminya itu masih lagi tidak melepaskan pelukan antara mereka.
“Tengok mata saya.” Arah Nuha. Dia merenung lama mata Rafiq dengan senyuman.
Rafiq tersengih dan merenung mata isterinya itu. “Hehe.. okey.”
Nuha mengucup pipi Rafiq dengan lama. Dia tersenyum.
“Saya pun cintakan awak, wahai suami. Setiap masa. Setiap saat. Dan takkan pernah berhenti. Hati saya ni cuma milik awak seorang aje, Rafiq Zuhayr.” Kata Nuha lembut.
Rafiq tersenyum gembira. Dia memeluk erat tubuh Nuha.
“Yeayy!! Happynya saya!” Rafiq mencium-cium wajah isterinya itu.
Nuha ketawa lagi. Mereka terus berjalan bersama di halaman rumah.
“Kalau lah saya tahu yang awak pun cintakan saya, mesti dah lama kita bersama, kan?” Getus Rafiq. Dia masih memeluk bahu isterinya.
Nuha mencubit lengan Rafiq.
“Awak lah yang tak luahkan dari dulu. Asyik main tarik tali aje dengan saya.” Bebel Nuha.
“Mana ada! Awak pun sama. Asyik pendam aje.” Getus Rafiq sambil ketawa.
Mereka ketawa lagi. Rafiq terus mencium pipi Nuha.
“I love you, sayang.” Rafiq meletakkan dagunya di atas bahu Nuha. Tangannya melingkar di pinggang Nuha.
“Saya minta maaf, ya? Saya janji takkan buat awak menangis lagi.” Pujuk Rafiq dan memegang kedua-dua pipi Nuha. Mereka berpandangan lama.
Nuha tersenyum. “Betul ni?”
Rafiq mengangguk. Dia menunjukkan jari kelingkingnya pada Nuha.
“Betul. Saya janji!” Rafiq berjanji.
Nuha tersenyum lagi. Dia menyatukan jari kelingking mereka.
“Hehe. I love you so much!” Kata Nuha dan mencium pipi Rafiq lagi. Kemudian dia berasa malu dan menundukkan wajahnya.
Rafiq ketawa dengan tindakan isterinya itu. Dia mengangkat dagu Nuha dan mengucup bibir isterinya.
Nuha tersenyum. Dia membalas kucupan suaminya itu sambil memejamkan mata.
“I love you so much more, cinta hati.” Bisik Rafiq dan mencempung tubuh isterinya itu.
Nuha terus ketawa di dalam dukungan Rafiq.
“Awak nak bawa saya ke mana ni?!” Nuha terjerit kecil dan ketawa lagi.
“Somewhere only we know..” Rafiq mencium lagi bibir Nuha.
Nuha ketawa. “Awak tak nak lunch dulu ke? Saya kan dah masak tadi?”
Rafiq tidak mengendahkan Nuha sebaliknya dia membawa isterinya ke dalam bilik mereka. Kini mereka sudahpun berkongsi satu bilik.
Rafiq terus membaringkan Nuha ke atas katil. Dia mengusap wajah isterinya itu dengan lembut.
“Saya nak bermanja dengan isteri saya dulu.. Nanti baru kita lunch. Boleh kan?” Soal Rafiq dengan senyuman nakal.
“Saya takkan lepaskan awak lagi, Nuha Alisya. You’re mine..” Bisik Rafiq dan mengenyitkan matanya. Dia menyentuh leher Nuha dengan jarinya.
Wajah Nuha merah padam. Terus dia menutup mukanya dengan tangan. Habislah dia!
Rafiq ketawa dan mengucup dahi Nuha sambil memeluk isterinya itu.
****
KEESOKAN harinya..
Encik Kalil merenung tajam wajah anak dan menantunya itu silih berganti. Dia mengeluarkan senapangnya dan berdiri di hadapan Rafiq. Nuha serta Rafiq sudahpun menjelaskan segalanya pada dia. Mulanya, memang dia agak kecewa dengan semua yang terjadi itu.
Rafiq terkejut dan terus bersembunyi di belakang Nuha.
“Sayang..” rengek Rafiq. Teringat semula Ayah mertuanya itu pernah membawa senapang ketika dia ingin melamar Nuha dahulu.
Nuha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih ke arah Encik Kalil dan memegang lengan ayahnya itu.
“Ayah.. Janganlah macam ni.. Nuha dengan Rafiq betul-betul minta maaf. Kitorang tak ada niat pun nak tipu Ayah..” kata Nuha. Mereka sudahpun menjelaskan hal yang sebenar pada Encik Kalil dan juga Naufal.
“Tak ada niat? Habis selama ni kamu berdua cuma berlakon aje depan kami semua? Cuma berpura-pura?” Soal Encik Kalil dengan geram.
Rafiq terus menarik nafasnya dan melihat ayah mertuanya itu.
“Ayah, Fiq boleh jelaskan.. Memang betul pada mulanya kitorang cuma berlakon aje depan Ayah dan semua orang. Tapi sekarang ni dah lain, Ayah. Fiq betul-betul sayangkan Nuha. Fiq tak boleh nak hidup tanpa Nuha. Dan Fiq janji.. Takkan sia-siakan Nuha lagi.” Kata Rafiq dengan meminta simpati.
“Fiq minta maaf, Ayah..” kata Rafiq lagi dengan serba salah.
Nuha mengenggam erat tangan suaminya itu. Dia memandang ayahnya semula.
“Please, Ayah.. Kitorang minta maaf..” pujuk Nuha lagi.
Encik Kalil menghela nafas berat.
“Kamu berdua ni lah.. tahu tak berdosa bila main-main dalam perkahwinan? Nasib baik lah tak jadi cerai-berai. Kalau tidak, pening kepala Ayah dibuatnya.” Bebel Encik Kalil.
“Kami minta maaf, Ayah..” kata Nuha dan Rafiq serentak. Mereka menunduk.
Naufal masih lagi memeluk tubuhnya dan berdiri di tangga.
Rafiq menelan liur. Adik iparnya itu kelihatan masih belum lagi memaafkannya.
“Err, Naufal.. Abang minta maaf ya?” Soal Rafiq dengan takut-takut.
“Berani betul Abang main-mainkan hati Kak Nuha? Hati kitorang semua ni?” Soal Naufal serius.
Nuha dan Rafiq berpandangan. Mereka terus menundukkan wajah.
Naufal menarik nafasnya dan membawa seekor kucing peliharaannya ke arah Rafiq. Setahunya, Rafiq sangat takut dengan binatang berbulu itu.
“Okey. Naufal boleh maafkan Abang. Tapi sebagai denda, Abang kena pegang Miko.” Kata Naufal dengan sinis.
Hah??!?
Nuha terlopong.
Rafiq menelan liurnya. Oh no! Sudahlah dia tidak sukakan kucing atau mana-mana binatang yang berbulu!
Naufal ketawa sinis.
“Kenapa? Takut ke? Kalau betul Abang sayangkan Kak Nuha. Peluk Miko cepat.” Arah Naufal.
“Naufal! Apa kau nak buat ni.” Getus Nuha sambil melihat ke arah Rafiq yang masih terkedu.
Rafiq menarik nafasnya.
“Eh, Mestilah Abang sayang Kak Nuha! Setakat pegang Miko ni, tak ada hal lah.” Kata Rafiq dan terus memejamkan matanya. Dia mengambil kucing itu dan menahan geli.
Encik Kalil hampir ketawa. Namun dia masih lagi menayang wajah serius.
“Awak.. boleh pegang ke tu?” Soal Nuha risau. Dia menyentuh tangan suaminya.
Naufal tersenyum sinis. Pasti dalam masa 5 saat, Rafiq akan menyerah kalah.
5 saat..
10 saat..
5 minit!
Rafiq terus membelai kucing itu dengan lembut sambil berbual dengan kucing itu.
“Hi, Miko.. comelnya awak…” Kata Rafiq sambil mengusap kepala kucing itu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh jadi seberani begini. Mungkin kerana dia terlalu sayangkan Nuha.
Mereka semua terlopong. Terkejut.
Rafiq tersenyum sinis ke arah adik iparnya.
“So macam mana? Naufal maafkan Abang tak?” Soal Rafiq.
Wajah Naufal berona merah. Dia terus berlari ke atas.
“Hmph! Naufal nak naik atas dulu lah! Bye.” Katanya malu. Walhal dia sudahpun memaafkan abang iparnya itu. Baginya, Rafiq merupakan lelaki yang sangat baik pada kakaknya.
Nuha ketawa ke arah Rafiq sambil melentokkan kepala di bahu suaminya itu. Mereka membelai kucing itu bersama.
Encik Kalil menggeleng-gelengkan kepala sambil melihat Nuha yang sedang berbual bersama Rafiq itu.
Apabila dia melihat senyuman anaknya, sudah cukup membuatkan hatinya senang. Dia yakin yang Rafiq pasti boleh membahagiakan Nuha sampai bila-bila.
“Senang hati Ayah bila tengok kamu berdua macam ni..” kata Encik Kalil.
Rafiq dan Nuha menoleh.
Encik Kalil terus memeluk Rafiq.
“Terima kasih ya, Rafiq. Sebab kamu selalu sangat gembirakan anak ayah.. Dan Ayah tak nak harap apa-apa lagi.. Ayah cuma nak tengok kamu berdua bahagia aje sampai akhir hayat.” Kata Encik Kalil.
“Amin. Terima kasih Ayah.” Balas Rafiq sambil tersenyum. Dia melihat Nuha di sebelah.
Nuha membalas senyuman suaminya. Dia terus memeluk pinggang suaminya dengan erat.
“Terima kasih.. sebab hadir dalam hidup saya.” Bisik Nuha sambil tersenyum melihat Rafiq.
Rafiq ketawa sedikit. Dia mencuit hidung Nuha.
“Terima kasih juga.. sebab awak jadi cinta hati saya..” Balas Rafiq sambil mengucup pipi Nuha sedikit. Mereka ketawa bersama.
****
MALAM itu, Rafiq membawa Nuha untuk melihat pertunjukan bunga api. Dia turut mengupah orang untuk membuat persiapan romantis di tepi laut itu.
Nuha ketawa kerana Rafiq sedang menutup matanya.
“Awak nak bawa saya pergi mana ni?” Soal Nuha dengan senyuman riang.
Rafiq hanya tersengih. Dia terus membuka mata Nuha. Tiba-tiba..
BOOM!
Bunga api itu kelihatan sangat cantik di langit dan membuatkan Nuha terleka seketika.
“Wah… cantiknya! Saya ingat lagi awak pernah buat surprise macam ni masa birthday saya..” Sebaik saja Nuha berpaling untuk melihat Rafiq, suaminya itu sedang melutut di hadapannya dan mengelurkan sekotak cincin yang bertatahkan batu svarovski.
Nuha tergamam.
Rafiq merenung mata isterinya itu.
“Nuha Alisya..” Rafiq tersenyum manis.
Mata Nuha berkaca. Dia menutup mulutnya.
“Sudi tak awak jadi isteri dan kekasih hati saya sampai bila-bila? Sampai ke hujung nyawa saya?” Lamar Rafiq sambil melihat Nuha dengan lama.
Air mata Nuha terus mengalir. Dia mengangguk dan tersenyum gembira.
“Ya Allah..” Nuha sebak. Dia ketawa sedikit.
“Mesti lah saya sudi.. saya sudi sangat-sangat!” Jawab Nuha gembira. Dia terus memeluk Rafiq dengan erat.
Rafiq turut tersenyum gembira dan menyarungkan cincin itu ke jari manis Nuha.
Nuha tersenyum. Dia mengucup cincin itu dan memeluk Rafiq erat.
“Oh ada lagi..” Rafiq tersedar sesuatu.
Nuha terpinga-pinga. “Hm? Apa dia?”
Rafiq terus menyarungkan rantai leher yang diberi pada Nuha semasa hari jadi gadis itu dahulu.
Nuha sebak. Dia menyentuh rantai itu dengan mata yang berkaca.
“Awak.. saya minta maaf.” Nuha serba salah kerana menanggalkan rantai itu semasa mereka hampir saja berpisah.
Rafiq menyentuh bibir Nuha dengan jari telunjuknya. Dia menggeleng.
“Tolong jangan tanggalkan lagi.. Saya cuma nak awak tahu yang hati saya ni hanya milik awak aje, Nuha Alisya. Sampai bila-bila.” Ujar Rafiq.
Nuha tersenyum dan mengangguk.
“Terima kasih.. terima kasih untuk segalanya.. I love you so much, husband.” Jawab Nuha di dalam dakapan Rafiq. Dia tersenyum bahagia.
Rafiq turut tersenyum dan mengucup lembut dahi isterinya itu. Betapa bahagianya dia ketika ini kerana Nuha sudahpun menjadi miliknya seorang!
“And i love you so much more, Nuha Alisya. Ever.” Bisik Rafiq dengan senyuman.
Betapa dia mengharapkan kebahagiaan yang mereka rasakan itu kekal selamanya.
Share this novel