Bab 16

Romance Series 18843

BALA tentera aku beraksi hari ini. Keenam-enam termasuklah pekerja baru yang menggantikan Sumitha berjalan di belakangku sambil menjinjit plastik makanan yang akan dibahagikan buat pekerja di sini sekejap lagi.

Kami masuk ke dalam lif, sebelum terus ke aras tiga. Di sini ramai kerani. Aku sebenarnya sedang mencari kelibat pak cik yang menemui aku dulu. Selepas lebih setahun setengah, aku masih belum berpeluang untuk menemuinya.

Aku terus menuju ke meja berdekatan.

"Eh, Cik Adara!" Wanita bertudung yang duduk di meja itu lantas menegur aku.

"Hai, kak. Boleh saya tanya kalau dekat sini ada pak cik yang ayah sendiri interview dulu?" Jangan tanya namanya. Aku dan nama sudah tentu tak sebati. Yang pasti orang akan tahu siapa kerana ayah tak pernah menemu duga sesiapa kecuali pak cik.

Wanita itu terus terdiam sebelum memandang ke sekelilingnya. Seperti baru teringatkan sesuatu, terus dia kembali memandang aku.

"Saya rasa orang yang cik cari tengah bercuti. Saya dengar dia ada masalah keluarga. Anak bongsu dia dibunuh."

Astaghfirullah haladzim!

"Anak bongsu? Yang lelaki itu?" Aku masih ingat semasa pak cik membawa anak-anaknya melawat aku, ada seorang lelaki ikut serta sama.

"Kenapa saya tak tahu? Apa yang jadi? Bila berlaku?" Aku menyoal macam peluru. Terkejut sungguh.

"Mungkin sebab tak ada pendedahan. Katanya pihak mereka ugut untuk saman semua yang mendedahkan gambar kejadian. Jadi akhbar tak berani untuk buat liputan, kecuali artikel tanpa maklumat yang lengkap. Katanya keluarga mereka juga yang bunuh anak lelaki dia. Lebih kurang dua minggu lepas kejadian itu berlaku, dan sampai sekarang kami tak tahu apa khabarnya."

Ya Allah, kesiannya!

"Awak tahu tak dekat mana pak cik duduk?" Aku rasa aku perlu melawat.

Wanita itu menggeleng. "Tapi syarikat mesti ada maklumatnya. Cik cubalah minta tolong Datuk Zamrul. Tapi saya tak yakin ini masa yang baik untuk sesiapa melawat mereka, sebab cara mereka memang macam tak mahu terima tetamu. Mungkin masih berkabung disebabkan itu."

Akhirnya aku terpaksa diam dan tidak bertanya lagi. Yalah, kalau itu saja yang dia tahu, apa lagi yang nak dikorek? Mungkin aku sendiri yang perlu mencari maklumatnya. Tapi kalau benar mereka tak mahu menerima tetamu, jadi rasanya mungkin aku perlu tunggu sedikit masa lagi.

"Tak apalah kalau macam itu..." Aku memberi isyarat kepada pengawal peribadi di belakang.

Dua plastik besar yang ada, dihulurkan kepada wanita itu. Terus berkerumunlah pekerja yang lain untuk melihatnya.

"Ini makanan. Kotak dalam plastik ini ada ayam, yang ini pula ada Portuguese egg tart. Korang makanlah. Jangan risau sebab saya yakin rasanya sedap. Sebab bukan saya yang buat." Muahaha.

Mereka tergelak mendengar celoteh aku yang memang benar belaka. Kalau aku yang buat, memang ke bulanlah roh orang yang memakannya nanti. Mahu masuk wad seminggu.

"Korang semua makanlah sama-sama. Banyak dalam satu kotak itu. Kalau tak cukup, cuba minta dekat atas ya? Saya bagi dekat setiap tingkat."

"Baik, Cik Adara!" Mereka menyahut.

Sebaik saja berpamitan dengan mereka, kami terus naik ke tingkat seterusnya dan begitulah sampai ke sudah. Semua tingkat menerima makanan yang sama. Ayam dan Portuguese egg tart. Setiap tingkat juga terus bersorak gembira bila kami menghantar makanan ke aras mereka.

Aras terakhir, aras bilik ayah yang sekarang sudah menjadi aras bilik lelaki kepercayaan ayah itu. Di sini memang tak banyak bilik. Di atas ini ada para pentadbir dan executive sahaja. Dalam satu aras yang luas, hanya ada 12 bilik dan di luar bilik hanyalah ruang legar, ruang santai dan sebagainya. Di atas ini juga senyap dan damai kerana tidak ramai orang.

Baru nak berkira-kira cara untuk mengagihkan makanan memandangkan mereka terpisah bilik, tiba-tiba pintu bilik ayah yang jauh sedikit di depan sana, terbuka.

Lelaki kepercayaan ayah itu muncul sambil membetulkan lengan baju yang sudah dilipat ke paras bawah siku. Yalah, dah petang pun.

Bertentangan mata dengan aku, terus lelaki itu melangkah ke arah kami. Matanya sedikit mengecil memerhati aku dan semua bala tentera yang aku bawa bersama.

"Apa kau buat dekat sini?" soalnya.

"Hantar makanan." Aku menuding ke arah plastik yang tersisa. Hanya tinggal dua.

"Makanan?" Dahinya berkerut pula.

"Ya, makanan. Ayah nak belanja staff makan. Hari ini kan jumaat?"

Akhirnya dia mengangguk tanda mengerti. Dan krik krik. Aku dan dia sama-sama senyap.

Ah, tak sukanya.

"Letak dekat meja depan sanalah," arahku sambil menuding ke arah meja di ruang santai yang siap bersofa. Betul-betul berdekatan pintu ke pantri.

Sebaik saja mereka meletakkan plastik makanan di atas meja seperti yang aku arahkan, terus aku memandang lelaki di depan ini semula.

"Selamat menjamu selera," ucapku sebelum terus berpusing untuk kembali ke lif.

"Nanti."

Tapi langkahku terhenti. Aku kembali memandangnya.

"Ya?"

"Ikut." Sepatah. Lelaki itu terus berjalan masuk kembali ke dalam bilik ayah.

Mahu tak mahu, aku terpaksa mengekori dia dan masuk ke dalam bilik. Hanya kali ini aku tak masuk sepenuhnya. Aku berdiri menyandar pada pintu yang dikuak luas supaya ia tidak tertutup. Tak mahu tersangkut dalam situasi tempoh hari.

Lelaki itu bergerak ke arah mejanya. Laci ditarik lalu fail dibawa keluar.

Gosh, fail lagi?

Dia mengambil sebatang pen lalu melangkah ke arahku. Setapak demi setapak sehingga jarak kami hanya dipisahkan dengan selangkah kakinya. Pen dihulurkan, aku mengambilnya.

Fail dibuka lalu dia menghulurkannya juga.

"Untuk apa ini?" soalku. Hairan.

Mana taknya kalau fail itu kosong? Hanya ada ruang untuk menurunkan tandatangan di sudut bawah.

"Sign saja," katanya. Arahan tegas tak mesra.

"Saya tak nak. Saya kena tahu apa yang saya persetujui. Kenapa kertas ini kosong?"

"Tak ada kenapa apa," balasnya.

Serius?

"No, I'm not signing it." Aku menggeleng.

"Why can't you just do this one thing for me?" Suaranya sedikit melembut seakan sedang memujuk.

Dan memujuk? Eww!

"Kenapa saya kena buat untuk awak? You ain't special, Encik Jebat."

Matanya berubah tajam. Fail yang dipegang sedari tadi terus ditutup semula sebelum selangkah yang tersisa dihabiskan. Kami begitu rapat sehingga aku terpaksa mendongak lebih tinggi bagi menyamakan pandangan mataku dengan ketinggiannya.

"Kau perlu buat juga, Adara. Kalau bukan sekarang, nanti. Kau tak ada pilihan," bisiknya sebelum di hujung bibir terukir satu senyuman sinis.

"Oh, macam mana kalau saya kata yang saya ada pilihan?"

"Is it?" Keningnya terjongket sebelah. Seperti sedang mengejek.

"Dah tentu. Itu tandatangan saya, jadi terserah sayalah untuk menolak atau menerima. Awak tak boleh memaksa."

"Oh, stella. I won't. Aku tak akan paksa." Dia tersenyum nipis sebelum tangannya naik seperti ingin menyentuh wajahku.

Namun aku segera menolak tangannya. Menghalang.

"Baguslah kalau macam itu. Sebab asal awak tahu yang kalau awak paksa pun, saya tak akan buat melainkan saya tahu isi dokumen itu."

"Tapi sebagai ganti..." Aku terus mengangkat pen separas dadanya. Bersama sengihan jahat, mata pen dilalukan pada kain kemeja putih yang tersarung pada tubuhnya.

Tandatangan!

Dia sedikit berkerut, tapi tidak pula dia marah atau mengamuk. Malahan dia hanya merenung aku sampailah aku memasukkan pen itu ke dalam poket seluarnya.

"There you go. Tandatangan saya." Aku tersenyum lebih lebar sebelum terus angkat kaki dan keluar meninggalkan bilik itu.

Namun cukup dua langkah meninggalkan bilik, secara tiba-tiba pinggangku dirangkul sebelum tubuhku ditarik sehingga aku hampir terjatuh. Mujur tangan yang merangkul tadi lebih erat dan kuat untuk menahan tubuhku sebelum didirikan semula.

Melihat tangan sasa yang sedang merangkul pinggangku, baran mula naik ke kepala.

Aku terus melepaskan diri daripada rangkulan itu sebelum langkah dibuka menjarakkan diri. Mengerling pintu yang sudah tertutup rapat, aku sempat gerun seketika.

Tak apa, Adara! Ada bala tentera kau di luar sana.

"What is wrong with you?" marahku. Pakaian dibetulkan semula. Nasib baiklah aku berseluar. Kalau berkain tadi, mahu dia tahu warna seluar ketat di dalam.

Jebat tersenyum nipis. Tangannya naik sebelum daguku dicuit tanpa sempat aku menghalangnya.

"Jangan garang sangat," katanya. Halus.

"Kenapa jangan?"

"Just because..." Dia tersenyum di hujung kata yang dibiar tergantung.

Macam-macamlah dia ini.

"Kalau saya garang, itu sebab saya tak sukakan awak. Saya takkan baik dengan orang yang saya tak suka."

"Kenapa tak suka?"

"Sebab awak sombong. Awak angkuh. Apa nama awak? Jebat Arrayan? Awak patut tukar jadi Jebat Arrogant. Akan lebih sesuai dengan awak." Satu jelingan geram dihadiahkan kepada lelaki itu sebelum aku terus membuka pintu dan berlalu keluar, meninggalkan dia dengan satu kutukan.

Anehnya, lelaki itu tersengih saja mendengar kutukan aku. Pelik betul.

"Jumpa nanti, stella." Dia tersenyum sebelum pandangan dilembutkan.

Mata kami bertentangan sehinggalah pintu bilik ditutup sepenuhnya. Entah kenapa meremang tengkuk melihat perubahan mendadak riak wajahnya tadi. Pandangan tajam boleh berubah dalam masa sesaat menjadi pandangan lembut. Dan dia kelihatan begitu seksi tanpa gagal.

Seram!

"ADARA."

Aku terus melangkah ke arah bilik kerja ayah. Dia memanggil aku dari dalam sana. Mungkin ternampak sewaktu aku berjalan melalui biliknya untuk ke tangga.

Masuk saja ke dalam bilik ayah, aku terus tersenyum nipis. Ayah sedang membaca beberapa dokumen di atas meja. Itu sajalah pun kerjanya sekarang. Bekerja dari rumah. Kerja pula hanya yang melibatkan hal dan pengurusan penting. Apa-apa yang memerlukan persetujuam dia, barulah dia akan masuk ke bilik kerja ini.

Kiranya segala kuasa tertinggi masih milik ayah. Lelaki kepercayaan ayah itu tak boleh melakukan apa-apa tanpa persetujuan bertulis.

"Ayah banyak kerja ke? Dah jam 10 malam tak tidur lagi." soalku sambil mengerling dokumen yang baru saja ditutup oleh ayah.

"Baru siap aje ini. Kamu dari mana?"

"Adara dari dapur. Buat salad buah untuk esok."

"Esok ada apa?" Ayah mengerutkan dahi.

"Esok kan hari lahir arwah mama?

Ayah menepuk dahi sendiri sambil tersengih malu. Lupalah itu!

"Ayah dah tua. Dah nyanyuk."

Aku tersengih. "Adara buat salad buah untuk diagihkan kepada orang yang lalu-lalang di stesen minyak di depan sana. Selain itu ada goodies sikit. Sedekah untuk mama."

"Ya? Cukup ke barang dan bajetnya? Kalau tak cukup, ayah tambah lagi."

Aku segera menggeleng. Tak perlu.

"Dah cukup. Peti sejuk itu dah penuh sangat. Esok pagi Akim dan yang lain-lain akan ke stesen minyak untuk agihkan kepada pelanggan di sana sampai semuanya habis." Itulah perancangannya. Aku tak akan terlibat sama.

Sebab aku tahu ayah tak akan benarkan. Tempat seperti itu terlalu ramai orang dan bahaya untuk aku. Walaupun aku tidak lagi menerima sebarang gangguan, kecuali gangguan mata dan cat calling setiap kali keluar, namun ayah masih menyekat dan menjaga.

Aku berlalu ke belakang kerusi ayah. Bahu ayah dipicit-picit bila ayah mengurut-ngurut tengkuknya. Mesti kepenatan.

"Ayah janganlah kuat sangat bekerja sampai tertekan dan penat macam ini. Nanti kalau kena darah tinggi, kan susah?"

"Tak adalah tertekan pun. Penat itu adalah juga. Sekarang dah bekerja dari rumah, tak adalah terasa sangat penatnya. Biasalah, Adara. Dah tua." Ayah tersenyum sambil menepuk tanganku yang ada pada bahunya.

Hai, ayah ini.

"Adara rasa dah sampai masa untuk ayah benarkan Adara belajar semula. Adara perlu kerja. Macam mana kalau ayah sakit sampai tak larat lagi nanti? Siapa nak sara kita?"

"Adara boleh sambung belajar dan Adara juga boleh bekerja. Tapi bukan sekarang. Adara kena tunggu sikit masa lagi sampai Adara betul-betul sihat. Lagipun kalau ayah sakit, syarikat itu tetap akan berjalan."

"Tapi Adara dah lama sihat," balasku.

"Sihat fizikal memang ya, tapi sihat dalaman tidak lagi. Sampai waktu itu tiba, Adara duduk saja rumah. Ayah masih larat untuk bekerja walau dari rumah. Lagipun di ofis sana dah ada ketuanya yang baru. Dia orang kepercayaan ayah. Pandai buat kerja. Setahun dia di situ, tak ada sebarang masalah lagi yang berlaku."

Huh! Jebat Arrogant itu lagi! Menyampah aku.

"Macam mana kalau suatu hari nanti dia berhenti? Jumpa kerja yang lagi bagus? Nak buka bisnes sendiri?"

"Mana mana apa? Macam itulah."

"Ayah ini..."

Ayah tergelak bila aku merengek geram. Main-main pula.

"InsyaAllah tak. Kalau ada pun, kamu kan ada?"

"Adara ini belajar bertahun-tahun dalam bidang medical, bukan bisnes." Aku ini matematik pun sekadar lulus kerana terpaksa aje.

"Bolehlah itu. Belajar ini sehingga roh bukan milik kita. Tak bermakna habis SPM dah tak boleh belajar. Tak juga bermakna tamat universiti, dapat Degree atau Phd dah tak boleh belajar. Adara boleh belajar. Nak sambung belajar dalam bisnes pun boleh. Anak ayah ini bijak orangnya. Macam mama dia."

Aduh, kirim salam dulu. Tak sanggup aku nak belajar dalam bidang lain. Boleh pecah pembuluh darah.

"Macam mana kalau lelaki itu membelot dan cuba rampas semua kuasa dalam syarikat itu daripada ayah?" soalku lagi.

Kali ini ayah menyahut dengan ketawa besar seperti aku ini Jihan Muse. Sampai berkerut dahi aku melihat ayah seperti itu.

"Dia nak rampas apa kalau semua yang nak dilakukan walau untuk tukarkan lokasi suatu barang ke tempat lain pun kena dapatkan persetujuan ayah?" Ayah menyambung gelaknya lagi.

"Lagipun, suatu hari nanti memang secara tak langsung syarikat itu akan jadi sebahagian daripada dia juga. Dia hanya menjaga untuk kita, untuk Adara. Suatu hari nanti, kuasa akan ada di tangan Adara dan dia perlukan segala persetujuan daripada Adara.  Dia dan Adara akan sama-sama jaga syarikat yang keluarga kita bina."

Pula? Aku dan Jebat itu? Tapi kira baik juga kalau aku lebih tinggi daripada dia. Nak apa-apa, perlukan persetujuan aku. Wah, boleh jadi madam. Senanglah aku nak mengarah dan menjatuhkan keangkuhan dia itu.

"Apa-apapun, esok tolong ayah sekejap. Pergi ke ofis dan hantar dokumen yang dah ditandatangani ini. Alang-alang kamu nak keluar." Ayah menolak semua dokumen yang ada di atas meja ke arahku.

Sahlah aku ini posmen tak bergaji. Tapi bila masa pula aku nak keluar?

"Oh ya, nanti tinggalkan sikit salad buahnya. Ayah nak juga merasa air tangan kamu. Kemudian tinggalkan satu lagi dan bawa ke ofis sekali dengan dokumen ini. Bagi Jebat merasa."

Hai? Dah kenapa pula aku nak bagi kepada lelaki itu?

Oh, soalan aku tadi.

"Ayah bagi Adara keluar ke esok?"

"Lah? Kan kamu nak agihkan salad buah itu?"

Mataku terus membulat.

"Kiranya ayah bagilah?!"

"Yalah. Dah kalau untuk mama, kamu mesti kena ada. Minta mereka sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mama."

Argh!!!

"Yes! Thank you ayah!" Terus tubuh ayah aku peluk dari belakang. Erat-erat sampai ayah hampir tercekik!

Hahahaha!

Tak sabarnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience