Bab 26

Romance Series 39485

AKU berlari masuk ke dalam bilik dengan nafas yang tersekat-sekat kelelahan. Tangan meraba suis lampu sebelum telefon dicari. Dengan tangan yang sedikit menggigil, aku mengetik nombor telefon yang teratas dalam log panggilan.

Beep dan beep, namun panggilan tidak diangkat.

Jebat, tolong jawab!

Nombor ditekan semula. Sambil menunggu, sambil itu jugalah aku mengunci pintu bilik. Beberapa perabot seperti rak di tepi pintu, terus ditolak bagi menahan pintu itu. Aku menambah daya dengan menyandarkan tubuh pada rak.

"Helo?" Akhirnya!

"Jebat?!"

"Ya, it's me, stella. Kenapa suara panik ini?"

"Saya nampak lelaki mengintai dari laman belakang rumah. Dia nampak pelik, Jebat. Saya takut!" aduku. Suara sudah seperti mahu menangis.

Aku mendengar bunyi bising dalam panggilan. Sepertinya Jebat sedang bergerak secara mendadak.

"Tell me more. Pelik yang macam mana?" soal Jebat. Serentak itu aku mendengar bunyi enjin menderum garang.

"Dia pakai topi, dia berdiri di belakang pokok sambil bercakap dalam telefon. Dia dah banyak kali ambil gambar rumah ini. Mata dia terarah ke tingkat dua rumah. Bilik awak, bilik mama dan papa. Dia pandang balkoni. Dia nampak saya! Mata kami bertentangan, Jebat! Dia tengok saya!"

Tolonglah muncul segera, Jebat! Saya takut!

"Siapa ada di rumah selain kau?" soal Jebat lagi. Suaranya terlalu serius dalam tenang, padahal aku sudah terketar-ketar bersuara.

"Pengawal keselamatan. Ayah keluar ke ofis sebab ayah kata ada urusan yang perlu dia selesaikan memandangkan awak bercuti hari ini, jadi saya suruh dia bawa pengawal peribadi saya sekali. Mereka semua temankan ayah sebab saya takut kalau-kalau ayah jatuh ke apa." Aku tak nak bertanya tentang kenapa dia bercuti dan ke mana dia pergi, aku hanya perlukan dia untuk balik segera!

"Pengawal tahu tentang ini?"

"Tak. Saya tak sempat untuk beritahu. Saya terus lari masuk ke bilik lepas bertentangan mata dengan lelaki itu. Macam mana kalau Taipan berdendam dengan saya atau awak? Macam mana kalau orang itu berkait dengan dia? Saya takut, Jebat!"

Sungguh, orang yang ada dalam kepalaku ketika ini hanyalah Jebat. Tiada yang lain. Aku hanya mengharapkan dan mempercayai dia seorang. Sebab kalau benar itu Taipan, aku hanya mampu bergantung kepada Jebat. Hanya dia yang tampil berani untuk berdepan dengan lelaki itu dari dulu sehingga ke saat ini.

Bila panggilan tiba-tiba senyap, aku terus mengerling skrin. Rupa-rupanya panggilan dibisukan oleh Jebat.

Sekarang?!

Hanya selepas lebih kurang satu minit, suaranya kembali kedengaran.

"Dah kunci pintu?" soalnya.

"Dah."

"Keluar, pergi ke bilik terdekat dan kunci pintunya dari dalam."

"Saya takut nak keluar!"

"Beranikan diri! I'm here. I'll protect you."

Terpaksa, aku terus menolak kembali rak ke tepi dan membuka pintu. Sempat aku memeriksa persekitaran sebelum aku berlalu ke bilik sebelah yang merupakan sebuah bilik bacaan dan bilik theater kecil. Aku menekan tombolnya dari dalam sebelum pintu ditutup. Terkunci.

"Sekarang masuk ke dalam bilik semula," arah Jebat lagi.

Aku segera berlari masuk ke dalam bilik. Nafas sudah tersangkut-sangkut. Bukan kerana penat, tapi takut!

"Dah masuk," kataku.

"Kunci pintu." Tak payah dia suruh, jangankan kunci, sekali dengan rak sudah aku tolak semula.

"Tutup semua lampu dalam bilik dan masuk ke dalam bilik air. Kunci pintu dan duduk di situ," arahnya.

Aku segera menurut. Suis lampu dimatikan sehingga bilik bertukar gelap-gelita sebelum aku masuk ke dalam bilik air dan mengunci pintunya. Aku bersandar pada pintu. Diam.

"Mulai sekarang, jangan bercakap. Kekal dalam talian, dengar dan ikut arahan tanpa bercakap. Dalam rumah itu banyak bilik, kalau dia berjaya ceroboh masuk, dia perlu periksa satu demi satu untuk jumpa bilik kau. Bilik pertama, akan jadi bilik aku. Pintu bilik sebelah berkunci, jadi dia mungkin syak itu bilik yang kau duduk. Bila dia jumpa bilik kau, dia perlu buka pintu bilik, lalu pintu bilik air. Extra effort, extra time. Melengahkan. Lampu dimatikan, tiada suara, supaya dia tak segera jumpa bilik yang berpenghuni."

Kenapa waktu macam inilah dia nak menerangkan semua perkara itu? Tak penting, Jebat! Hanya cepat-cepat datang!

"Tenang dan jangan panik. Aku jamin yang dia takkan dapat pecah masuk, sekurang-kurangnya ke bilik kau. Listen to my voice, I'm here."

Kepala automatik terangguk-angguk walaupun dia tak akan dapat melihatnya kerana ini hanyalah panggilan suara. Tangan menyentuh dada dan aku terus duduk di atas lantai bilik air. Menahan pintu dengan tubuhku.

Aku melihat skrin bila Jebat kembali senyap. Sekali lagi panggilan dibisukan. Entah apa yang berlaku. Nak menyoal, dia sudah suruh senyap. Nak tamatkan panggilan dan hubungi semula, takut pula apa-apa berlaku semasa panggilan diputuskan.

Jadi aku hanya diam menunggu dan berdoa. Telinga mendengar derapan dari luar bilik, namun siapa? Itu aku tak tahu.

Bila derapan itu mula bertukar banyak seperti ada ramai orang di luar, aku terus berdiri. Lelaki pelik itu berseorangan. Sekurang-kurangnya daripada apa yang aku lihat. Mungkin ke yang di luar adalah pengawal peribadi aku?

Pintu bilik air dibuka perlahan-lahan sebelum aku ke pintu bilik pula. Perabot dijarakkan sedikit. Tombol pintu dipusing dan aku mengintai melalui celahan kecil itu.

Eh!

Pengawal keselamatan yang bertugas di depan rumah!

"Kenapa awak semua ada dekat sini?" soalku.

Mereka seperti tersentak, terus saja berpusing menghadap pintu bilik.

"Cik, jangan keluar. Cik duduk dalam bilik dan kunci pintu sampai bos datang," kata salah seorang daripada mereka.

Dejavu walau tanpa Q. Beginilah keadaan di Pulau Pangkor dulu.

"Mana Jebat?" soalku lagi.

"Bos masih ada kerja..."

"Siapa hantar kau ke sini?!" Terus terhenti pengawal itu yang baru saja nak beralasan, bila tiba-tiba jerkahan kuat kedengaran dari arah bawah sana.

Suara Jebat!

"Masih ada kerja ya?" sindirku.

Sambil itu perabot terus dialihkan. Aku membuka pintu, namun belum sempat nak keluar, tiba-tiba mereka mengepung aku.

"Cik tak boleh turun," kata mereka.

"Tapi Jebat dekat bawah, kenapa tak boleh?"

"Kejap lagi polis akan datang. Cik tak perlu risau. Cik tunggu saja sampai bos naik. Kalau cik turun sekarang, saya takut bos naik angin."

Tak nak! Macam mana kalau apa-apa terjadi di bawah sana? Aku mungkin tak mampu membantu Jebat belasah orang itu, tapi setakat nak menarik rambutnya sampai botak itu senang saja.

Aku segera menyelit di antara mereka sambil tangan menolak tubuh kekar mereka daripada menghalang aku. Langkah dibuka dan aku terus berlari menuruni tangga menuju ke arah ruang tamu. Tapi tiada orang.

Mungkin ke...

Pintu rumah dibuka, dan bingo! Dari sini aku sudah nampak Jebat yang sedang mencekak baju seorang lelaki di tepi kolam. Dan itu adalah lelaki yang kulihat tadi.

Anehnya, tubuh lelaki itu basah dari bahagian bahu hingga ke rambutnya.

"Aku dihantar untuk culik perempuan itu. Dia dijadualkan untuk dijual kepada lelaki dari Phnom Penh dua hari lagi."

Astaghfirullah haladzim. Aku? Nak dijual ke Phnom Penh? Ya Allah, adakah lelaki ini orang-orang sindiket yang menakutkan orang selama ini?

"Aku tanya siapa, bukan kenapa!"

Tanganku terus menekup mulut bila elok saja menjerkah, Jebat terus menyelamkan kepala lelaki itu ke dalam kolam renang. Lelaki itu sempat tergapai-gapai buat beberapa ketika sebelum kepalanya ditarik semula dan Jebat menolak keras.

Lelaki itu tercungap-cungap.

Kepala diraup sebelum Jebat bercangkung di depan lelaki itu.

Aku segera mendekat dalam keadaan sembunyi. Ingin mendengar lebih jelas. Menyorok di belakang tiang di luar rumah ini.

"Let me give you some advice." Jebat bersuara.

Advice?

"She's my wife, and that's the line you don't cross. Kalau kau, atau sesiapa sekalipun cuba untuk menyakiti dia sekali lagi..."

Jebat semakin merapat sehingga lelaki itu berkerut-kerut kegerunan dalam lencun.

"You won't be dealing with the police, you will be dealing with me. Police go by the law, but I don't. I don't show mercy, and this time will be worse."

Sepantas kilat tangan Jebat mencengkam rahang lelaki itu sebaik saja siren polis kedengaran. Cengkaman itu nampak kuat sehingga berlekuk permukaan kulit lelaki itu. Jebat seakan menghalang dan memaksa lelaki itu untuk kekal memandangnya, bukan polis yang sudah mendekat.

Lelaki asing itu mendesis kesakitan sambil memegang lengan Jebat. Mencuba untuk melawan pegangan itu, namun gagal.

Seakan ada satu aura mengelilingi mereka. Gelap, menakutkan. Jebat sedang naik hantu. Aku yakin itu.

"She's my world, and I'll burn down yours if you touch her."

SEBAIK saja kereta peronda itu keluar daripada perkarangan rumah, Jebat terus melangkah ke arah aku yang sedang berdiri memerhati dari pintu rumah ini. Langkahnya dingin dan wajahnya tiada kemesraan. Jebat masih marah.

Berdiri saja di depanku, matanya terus turun menilik tubuhku seolah mencari sesuatu.

Aku rasa aku tahu apa yang dicarinya.

"Saya okay. Tak ada siapa yang sentuh saya." Mesti yang dicari adalah sebarang kesan kecederaan.

Matanya naik semula memandang aku.

"One doesn’t need others to hurt them, they do it to themselves. Kau boleh cederakan diri sendiri semasa panik tadi."

"Tapi saya memang okay." Kan ini badan aku? Aku tahulah.

"Ada terlanggar apa-apa perabot?"

Aku menggeleng.

"Tersadung? Tergelincir dalam bilik air?"

Menggeleng lagi. Pakej dahi berkerut.

"What about..."

"Awak memang nak saya sakit ke?" potongku.

Terus terdiam Jebat apabila mendengar soalan itu. Matanya meredup sebelum nafas dihela lemah.

"How could I?" Tangannya naik menyentuh lenganku. Keduanya ditarik sebelum dibawa naik separas dadanya.

Aku terus mengemam bibir bila sebuah ciuman hinggap pada kekura tanganku. Lama seakan sedang melepas keresahannya untuk apa yang baru berlaku tadi.

Awww!

Sebaik saja tanganku diturunkan, dia membuka mulut.

"What were you doing in my room?"

Erk!

Terus urat menegang. Rasa seperti separuh tubuh terkena strok mengejut. Terkebil-kebil mataku memandang Jebat yang sedang menjongket kening menunggu jawapan, seolah dia sudah bersedia untuk mengusik aku sekejap lagi.

Sebab aku curi-curi masuk bilik dia lagi!

"Saya..."

"Saya?" Kepalanya menyenget.

"Err, tadi sebenarnya..."

"Sebenarnya apa?"

Tak menyabar pula dia ini!

"Saya tertinggal barang! Jadi saya ambil..." Menipu. Mana ada barang!

"Barang apa?" soalnya.

"Err, adalah." Yang aku bawa hanya bantal peluk. Mana ada barang lain dah. Nak menipu kata bantal peluk itu yang tertinggal, nampak benar bohongnya.

Sebab topik terakhir kami sebelum Jebat keluar adalah bantal itu sendiri. Jebat siap mengugut aku untuk tinggalkan bantal itu jika mahu tidur bersamanya lain kali atau dia tak akan teman aku lagi.

Anti pula dia dengan bantal tak bernyawa ini.

"Took you long enough to come up with that excuse."

Sarkastiknya bunyi! Jebat tahu aku hanya beralasan.

"Eii, okaylah. Saya masuk sebab saya..." rindu awak.

"Sebab?"

"Sebab.... Eii, boleh tak awak jangan paksa saya?!"

Terjongket kuasa dua kening Jebat dibuatnya bila tak pasal-pasal aku memarahi dia. Bukanlah marah sangat. Hanya marah geram dan cubaan untuk melarikan diri daripada perlu menjawab soalan itu. Malulah!

"Admitting you missed me isn’t something to be ashamed of, you know?"

"Mana ada rindu!" nafiku. Tipu lagi!

Jebat tersengih sebelum tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluar slack. Jebat memandangku lama sebelum kepala diangguk.

"Aku ada kerja. Kalau kau tetap pilih untuk menipu, tak apalah. Cuma kalaulah ada apa-apa jadi pada aku nanti..."

Mataku membulat. Apa-apa jadi?!

"Fine! Saya masuk bilik itu dan baring atas katil. Saya bau bantal awak. Saya  tak tahu kenapa, tapi saya suka bau awak! Puas hati?!" Huaaa, malunya! Sepuluh tahun punya aib nak dijaga ini!

Dengar saja pengakuan itu, Jebat terus tersenyum. Senyumannya nampak senang. Tak ada riak mahu mengusik atau marah. Hanya tenang dan seakan suka dengan pengakuan itu.

"I will be extra careful today, jadi aku boleh balik dan ubat rindu kau." Sebelah tangannya naik mengusap rambutku. Lembut.

Aku hanya membalas itu dengan anggukan dan sengihan malu. Kenapalah Jebat tidak mengaku yang dia adalah suami aku sekarang? Inilah masanya! Tolonglah, Jebat!

"Kau betul-betul okay? Tak ada sakit di mana-mana?" Jebat menggenggam tanganku. Mengusap lembut.

Aku menggeleng. Memang okay.

"Awak tak payahlah risau sangat. Kalau ada pun terlanggar perabot ke apa ke, tak akan seteruk mana nak dibandingkan kalau awak tak datang tolong tadi."

"Kau perlu selamat, Adara. Jangan luka walau segaris. Jangan lebam walau sebesar zarah. You are a lifeline and the world to someone, even if you're unaware of it."

Tanganku akhirnya dilepaskan. Jebat memandang seketika sebelum tersenyum nipis. Daguku digaru sebelum bibirku dicuit. Jebat berundur selangkah dan mula berpusing seperti mahu berangkat pergi.

"Is that someone... you?"

Jebat berhenti seketika. Tapi seketika saja. Tak sampai dua saat berhenti, dia kembali melangkah ke arah sebuah Audi yang terletak di luar rumah. Hanya sebaik saja langkahnya bersisa dengan pagar menjadi batasan, Jebat berhenti dan kembali memandang aku.

"Yes!" laungnya. Senyuman dikuntum nipis sebelum dia menyambung langkah masuk ke dalam kereta.

Membiarkan aku yang terus tertawa mendengar balasan itu.

Dia mengaku?! Oh my god!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience