SINDIKET YANG INGIN MEMULAKAN OPERASI DI PULAU PANGKOR, DISERBU. MAKLUMAT DITERIMA DARIPADA NOMBOR PAKAI BUANG YANG DISYAKI DARIPADA KUMPULAN 'VIGILANTE' SAMA.
WOW! Nasib baiklah ia berlaku selepas kami sudah pulang ke Kuala Lumpur semula!
Aku terus ke kaunter sebaik saja nombor giliranku tertera pada skrin di atas bersebelahan skrin televisyen yang memaparkan berita. Secawan kopi diambil lalu aku melangkah ke arah lif. Rotiboy dihidu. Wangi betul! Tiada satu pun yang dapat melawan keharuman roti yang satu ini.
Masuk ke dalam lif, tiba-tiba seorang lelaki berlari masuk ke dalam juga. Pengawal berenam sedang memerhati dari ruang legar di depan sana sudah mula berlari ke arahku.
Aku mengangkat tangan. Isyarat bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan.
Sebab aku mengenali lelaki ini.
"Hi, Arjuna." Aku menegurnya sambil tersenyum nipis.
Agaknya dia hairan bila aku menegurnya, terus lelaki itu mengerutkan dahi. Yalah, selama ini mana pernah aku menegurnya. Kami dua orang luar yang hanya mengerling saat berselisih bahu.
"Tak pernah-pernah kau tegur aku. Demam ke?" balasnya.
Aku tersengih. "Mestilah kena tegur. Sekarang awak dah jadi adik ipar saya."
Muahaha! Itulah motif sebenarnya. Mahu berlagak baik dan mesra.
"Jebat tak akan bagi kau kredit kalau kau buat baik pada aku, Adara. Aku rasa dia lagi suka kalau kau tak tegur aku."
Dahi terus berkerut. Bukan hairan, tapi geram. Aku sudah sedia maklum seperti mana hubungan mereka ini. Jebat dan Arjuna memang tidak ngam. Aku pun tak tahu kenapa, tapi dengar cerita mereka suka mencari masalah antara satu sama lain. Bukan Arjuna saja cari masalah dengan Jebat, tapi Jebat pun. Kiranya mereka ini jahat di mata satu sama yang lain.
"Saya bukan tegur awak untuk dapatkan kredit daripada Jebat. Saya tegur sebab kita dah jadi satu keluarga."
Arjuna tersengih mengejek sebelum terus keluar sebaik saja pintu lif terbuka. Kerana kami memang mahu ke aras yang sama, aku juga ikut keluar bersamanya.
"Saya tak pernah tahu langsung yang dalam hospital pun boleh ada ofis macam ini," komen aku sambil mengejar langkah Arjuna.
"Apa yang kau tahu? Kau kan Rapunzel. Kena kurung dalam rumah. Lagipun kalau bukan ofis dekat sini, J.A.R tak akan ada ofis langsung."
"Kenapa?"
"Bajet tak cukup."
Aku terus tertawa mendengar balasan selamba Arjuna itu. Boleh pula dia berlawak sambil berjalan selaju itu. Termengah-mengah aku mahu mengejar langkahnya.
Kakiku terseret sekali gus berhenti mengekori Arjuna saat pintu di sebelah kanan terbuka, sebelum Jebat muncul di situ dan menarik aku masuk ke dalam biliknya.
Terkulat-kulat aku memandang Jebat yang cukup serius dan tajam memandang aku.
"Apasal mengekor dia?" soalnya.
"Dia? Arjuna?"
Jebat senyap.
Maksudnya betullah itu.
"Saya jumpa Arjuna dalam lif tadi. Jadi saya tegur dia suka-suka sebab kami kan dah jadi keluarga."
Kemudian barulah tanganku dilepaskan sebelum Jebat menutup pintu bilik. Dia bergerak ke arah meja kerjanya dan kembali memandang komputer meja.
Sementara itu, aku meletakkan beg tangan, kopi dan roti ke atas meja kopi di sudut bilik.
"Kau kahwin dengan aku, bukan dengan dia."
"Tapi dia kan adik awak?"
"Aku anak tunggal."
Aku mengeluh pendek. Inilah apa yang orang selalu cerita tentang mereka berdua. Tak menerima satu sama lain.
Langkah dibawa menuju ke arah mejanya. Aku berdiri di belakang Jebat sebelum tanganku naik menyentuh bahunya. Bahu itu dipicit-picit untuk memberi kelegaan sementara selepas tegang leher memandang skrin dan duduk terlalu lama.
"Tak baik cakap macam itu. Kalau awak anak tunggal pun, dia tetap adik awak. Kan dia membesar depan mata awak aje? Mesti dia sedih kalau dengar awak cakap macam ini." Tanganku tiba-tiba ditangkap oleh Jebat.
"Yang sibuk membela itu kenapa?" soalnya, dingin.
"Mana ada bela. Saya tengah pujuk awaklah." Dengan tangan yang masih digenggam oleh Jebat, aku berundur dan bersandar pada mejanya. Memandang dia secara berdepan.
"Terima kasih untuk cubaan itu, tapi aku tak berminat. Jangan bercakap tentang mamat itu lagi."
Hm, okay...
Aku terus melalukan jari ke bibir seolah-olah menarik zip pada mulut. Aku tak akan menyebut nama Arjuna di depannya lagi kecuali jika ada keperluan. Jangan buat Jebat marah!
Bila aku senyap, Jebat kembali memandang komputernya. Papan kekunci diketuk sesekali sebelum beberapa minit kemudiannya, Jebat memandang aku semula. Dari rambut sampai ke kaki matanya jatuh memandang aku sebelum Jebat bersandar pada kerusinya.
"Kau tengah menggoda ke?"
Erk!
Terangkat kening bila disoal seperti itu. Aku menggoda? Tengah menggoda? Apa yang menggodanya kalau aku hanya bersandar pada mejanya?
Aku memandang Jebat setelah melihat diri sendiri. Memang tak ada apa yang menggoda dengan aku. Tapi kenapa dia menanyakan soalan seperti itu?
Atau...
"Awak tergoda ke?" Aku menyoal balas.
Tapi Jebat senyap saja. Hanya terus memandang aku dengan muka yang masih serius.
"Saya tak ada niat pun..."
"Kalau tak ada niat, pergi duduk di sofa sana. Aku nak buat kerja, sempit."
Huh! Dasar suami yang tak romantik!
Aku terus berdiri, beri jelingan geram sebelum menuju ke arah sofa. Kopi yang aku bawa tadi diambil bersama roti, dan aku meletakkannya di atas meja kerja Jebat.
Sekali lagi Jebat memandang aku.
"Rotiboy dan kopi. Tadi awak tak sarapan di rumah."
Jebat mengambil kopi itu. Dihidu seketika sebelum disisip sedikit.
"Mana dapat ini?" soalnya. Merujuk kepada kopi dan Rotiboy itu.
"Roti dekat Mydin tadi. Singgah sekejap. Kopi dekat bawah aje."
"Ada apa ke sini?"
"Saya tak boleh ke sini ke?"
"Ke sini untuk kejar Arjuna sambil tergelak-gelak?"
Aik! Apasal bunyi macam tak suka saja. Tak akanlah dia cemburu kut. Muka dan nada suara tak ada menunjukkan apa-apa ciri orang yang sedang cemburu. Tapi ayat itu...
Hm.
"Kan saya dah kata yang saya terserempak dengan dia? Lagipun tadi Arjuna berlawak, saya gelaklah."
Jebat senyap.
Aku tersenyum melihat dia begitu. Senyap pun kacak dan seksi! Bahaya betul dia ini. Anak dara orang boleh tergugat melihatnya.
Rotiboy dicapai. Aku menghulurkan beg kertas kecil itu kepadanya.
"Makanlah. Lunch lagi beberapa jam. Saya nak balik dan berehat sekejap sebelum ke kelas pilates." Aku terus mengambil beg tangan semula.
"Kau datang sini untuk hantar ini aje?" Dahinya berkerut memandang aku yang sudah berdiri di depan pintu.
Aku mengangguk. "Saya bosanlah dekat rumah. Ini aje alasan yang ada untuk saya keluar sekejap. Sebabkan ada nama awak, pengawal saya semua tunggu dekat bawah."
"Gunakan aku?"
Aku sengih. Betullah itu. Hehe.
"Okaylah, nanti saya tak dapat berehat lama pula. Selamat bekerja. Saya balik dulu." Tombol terus dipulas.
"Adara." Tapi terhenti bila namaku disebut Jebat.
Aku kembali memandangnya.
"Ya?"
"Duduk sini." Jebat mengerling ke arah sofa.
"Tapi saya ada kelas pilates..."
"Aku atau pilates kau lagi penting?"
Mestilah dia! Tapi apasal pula tiba-tiba saja Jebat cakap macam ini? Tak pernah-pernah. Bukan ke kalau aku pergi hidup dia akan lebih tenang? Tak perlu pening nak menjaga aku.
"Habis itu tak akan saya nak skip kelas?"
"Skip. Duduk sini sampai habis waktu pejabat."
"Ha? Lamanya!" Gila ke nak duduk di sini sampai habis waktu pejabat? Sekarang ini pagi lagi kut!
Baru jam 10!
"Tapi..."
"Sini." Tak sempat nak beralasan, Jebat sudah memotong sekali gus menggamit aku ke arahnya.
Aku terpaksa mendekati Jebat semula. Terpacak seketika di sisi meja Jebat bila dia bergerak ke arah kerusi bertentangan dan menariknya ke sebelah kerusi dia. Jebat mengerling, memberi isyarat untuk aku duduk di situ.
Elok aku melabuhkan duduk, tiba-tiba kerusi ini ditariknya sehingga aku benar-benar di sebelah Jebat. Bergerak sedikit saja terus berlaga tangan dan bahu
Sebuah buku setebal novel diberikan kepada aku.
Dark Psychology?
"Apa ini?" Bila masa pula aku kata yang aku berminat dengan dark psychology ini?
"Baca. Supaya tak bosan."
"Kalau baca lagilah bosan. Bagi novel cinta ke, okaylah juga."
Terus Jebat mengerutkan dahinya. "Nak beranganlah itu. Hero bukan main sempurna. Tak ada cacat-cela. Lepas itu nak membanding-bandingkan suami sendiri dengan hero novel."
Eh?
"Bila masa pula saya bandingkan awak dengan hero novel?" Aku tak pernah cakap apa-apa pun!
Jebat tak membalas, hanya kembali memandang skrin komputer dan meninggalkan aku dengan persoalan yang tidak dijawab. Sampai terkebil-kebil aku memandangnya.
Buku yang diberikan oleh Jebat tadi aku buka. Setakat selak sedikit sambil melihat gaya penulisannya. Hm, macam cerita dan bukan titik-titik penting. Tak suka!
Aku terus meletakkan buku itu ke tempat asalnya semula. Kerana bosan dan Jebat terlalu sibuk dengan kerjanya, aku terus menyeret kerusi beroda itu ke arah sebuah rak di belakang ini. Ada pelbagai dokumen dan fail. Tapi tak sempat pun nak menyentuh rak, tahu-tahu saja kerusi ini sudah ditarik semula sehingga aku kembali duduk di sisi Jebat.
Bibir menyengih saat Jebat merenung tajam.
"Duduk diam-diam boleh?"
"Tapi saya bosan."
Jebat tak peduli pun dengan rengekan aku itu. Dia kembali memandang komputer dengan sebelah tangan masih memegang kerusi aku.
Hai, aku perlu mencari sesuatu yang dapat menepis segala kebosan ini. Dan aku rasa aku tahu apa yang dapat membantu sekarang. Sama seperi semasa kursus tempoh hari.
Muehehe.
Aku terus menongkat dagu di atas meja sambil memandang Jebat. Merenung dia yang begitu tak peduli dengan segala yang ada di sekeliling, tapi masih tetap mahu aku kekal diam di sini. Hidung yang mancung, bibir dua ulas yang merah dan bersinar dan paling menyerlahkan wajahnya, kening yang terukir cantik dan tebal. Sesuai dengan matanya.
Argh! Kacaknya dia. Dan untungnya kerana aku boleh menggelarkan lelaki ini sebagai suami. Ah! Kalaulah boleh, aku nak berjalan di tengah-tengah Kuala Lumpur untun memperagakan suamiku yang begitu mengancam.
Brrr!
Aku rasa, aku sudah obses dengan suami sendiri!
"Any obsession is dangerous, Adara." Tiba-tiba Jebat bersuara. Tapi dia masih memandang skrin komputer.
Ha?
Oh! Alamak!
Tanganku terus menekup mulut sendiri. Adakah aku baru saja melontarkan kata-kata yang sepatutnya hanya di hati itu keluar melalui mulut?
Ah, malunya!
Tapi sekejap! Kami kan dah kahwin. Kenapa pula nak malu?
"Tapi kalau saya obses pada suami sendiri apa salahnya?"
Akhirnya dengan soalan itu barulah Jebat memandang aku. Wajah seriusnya mencari sepasang mataku sebelum dia bersuara.
"Obsesi hanya akan meningkat kemahuan. Dan kemahuan bawa kepada harapan. Harapan yang melebih akan beri sakit yang juga melebih bila seseorang kecewa. Jadi berpada-pada. Jangan sayang sangat, jangan suka sangat. Semuanya harus ada batas."
Segala rasa dalam hati tadi terus terpadam saat mendengar itu. Tak perlu dia mengulang dua tiga kali pun aku boleh faham yang itu adalah sebuah penolakan kepada obsesi aku. Dan untuk penolakan daripada orang yang bergelar suami kepada isterinya, aku mengerti.
"Got it. I won’t keep obsessing over you anymore. I promise." Aku lantas bangun.
Saat tangan Jebat ingin menahan, tangan itu segera aku tolak ke tepi sehingga berubah ketat wajahnya. Tapi aku tidak peduli. Terus saja beg tangan dicapai sebelum aku melangkah keluar meninggalkan Jebat yang sempat memanggil aku.
Sekali!
Sekali aje!
AKU memanjat tangga yang terasa tinggi benar hari ini. Inilah bahananya bila berminggu-minggu meninggalkan rutin pilates itu kerana sibuk dengan urusan pernikahan. Bila bermula semula, segala otot rasa seperti mahu koyak. Aku mungkin perlu mencari mana-mana protein bar untuk dimakan supaya otot itu boleh segera diperbaiki
"Adara."
Telinga menangkap suara itu memanggil namaku, namun aku hanya mengacuhkan dan berpura-pura tak mendengarnya.
Suara Jebat. Dia mungkin berada di belakangku.
"Adara!" Suaranya semakin tegas dan aku dapat mendengar langkah yang laju cuba menyaingi langkahku.
Aku melajukan langkah walau kaki sudah menggeletar kerana sesi pilates tadi. Nasib baiklah yang bawa kereta itu pengawal peribadi aku. Kalau nak aku yang tekan brek dan pedal pemecut, memang terbabaslah nampaknya.
Sampai saja ke dalam bilik, aku terus cepat-cepat menutup pintu. Namun tersisa beberapa inci lagi jaraknya, Jebat tiba-tiba menjulur tangannya ke dalam sekali gus menahan pintu daripada tertutup.
Tak mahu mengalah, sebelah tangan menahan pintu dan sebelah lagi menolak tangannya supaya keluar semula.
"Adara, hear me out!"
"Tak nak!" Aku terus berusaha untuk menutup pintu, namun semakin dicuba, semakin besar pula bukaan itu sehinggalah Jebat menyelinap masuk ke dalam bilik tanpa dapat ditahan lagi.
Aku segera berundur apabila Jebat mendekatiku. Tangan naik menuding lurus ke pintu.
"Keluar. Saya nak mandi."
"Mandi ajelah. Selama ini berkemban dalam bath robe depan aku tak ada masalah pun?" Garang Jebat membalas seakan faham yang aku hanya beralasan untuk menghalaunya.
"Fine." Aku terus mengambil baju dalam almari. Tuala juga ditarik sama sebelum aku berjalan ke pintu.
Sebab kalau dia tak nak keluar, biar aku yang keluar.
Namun belum sempat pun kaki setapak meninggalkan bilik ini, secara mengejut perutku dijerut sebelum aku ditarik sehingga tersandar pada tubuhnya. Jebat menolak pintu sehingga tertutup rapat sebelum menguncinya.
"Lepaslah. Awak dah kenapa?" Aku meronta di dalam pelukannya pada pinggangku. Tangannya yang kekar ditolak sekuat hati, tapi gagal.
Kerana geram dengan cubaan yang tak berhasil dan dia yang enggan melepaskan, aku terus memukul tangannya sambil rontaan masih diperkuatkan.
"Orkid Adara!" Jebat sudah mula panas dengan rontaanku, tapi aku tak peduli.
Dia kata harapan akan bawa kepada kekecewaan, dan aku tak mahu kecewa. Jadi get lost!
Aku terjerit saat tubuh tiba-tiba di awang-awangan saat dia mencempungku masuk ke dalam bilik mandi. Pintu dibiar terbuka luas sementara aku tetap dipeluk ketat ke tubuhnya bagi menahan segala rontaan. Tahu-tahu saja tubuh mula dibasahi air dan kami lencun bersama di bawah pancuran air yang dipulas habis. Aku terpaksa menyorok di dada Jebat kerana air yang menimpa terus ke seluruh tubuhku yang masih dicempung.
Dalam kesejukan air dikongsi daripada bilik berpendingin hawa bersuhu 18 darjah celcius ini, segala amarahku tadi seakan mereda secara beransur-ansur dan aku yakin bahawa Jebat merasai itu. Sebab elok saja aku berhenti meronta, barulah dia menurunkan aku. Namun tak hanya di situ, malahan aku ditarik dan dia kembali memeluk seerat pergelutan tadi.
"I'm sorry," bisiknya, lembut di telinga sebelum bibir itu mendarat pada telingaku.
"I'm sorry, but I could never be what you expected from me."
"I'm sorry."
Share this novel