AKU memainkan video yang baru saja diterima daripada pekerja di rumah. Antara salah seolah pengawal peribadi aku juga. Video itu pula adalah antara rakaman CCTV pada malam semalam.
Video menunjukkan aku yang sedang berbaring di atas sofa. Rakaman ruang tamu.
Ya, ruang tamu pada waktu malam sebab aku tak tidur di bilik. Sekurang-kurangnya itulah hajat aku baring di atas sofa malam tadi. Untuk tidur di situ kerana Jebat tak balik ke rumah.
Oh, bukan sebab aku menunggu dia balik. Tapi sebab aku tak sudi sebilik dengannya selepas entah apa yamg dia buat di luar sana pada waktu malam,
sampai tak ingat jalan pulang ke rumah walaupun sudah jam tiga pagi.
Cuma ada sesuatu yang menghairankan.
Video dilajukan bila yang bermain hanya aku dan lenaku. Hai, aku ini tidur pun cantik!
Aku berhenti menekan skrin bila tiba-tiba pintu rumah terbuka. Muncullah kelibat yang aku tunggu sedari tadi.
Jebat.
Lelaki itu melangkah masuk ke dalam rumah dalam jaket kulitnya. Tangannya mencabut topi di kepala sebelum melangkah untuk ke tangga. Tapi sebaik saja menyedari kehadiran aku atas sofa, terus dia terpacak statik seketika.
Jebat memicit kepalanya sebelum jaket dibuka dan dia berlalu masuk ke dalam bilik.
Hai? Picit kepala aje reaksi dia?! Bukannya nak menangis atau sembilu kerana aku sanggup menyeksa diri seperti itu?
Mataku kembali bercahaya saat Jebat turun semula. Kali ini dia terus melangkah ke sofa.
Jaket dan topi sudah hilang. Dia hanya berbaju T. Mungkin dia naik untuk meletakkan kedua benda tadi.
Aku melihat Jebat berdiri memandang aku. Sesekali tangannya naik mengurut batang leher. Itu bermakna dia keletihan dan tertekan. Biasanya macam itulah.
Jantung mula berdegup kencang bila Jebat menunduk sebelum tangannya naik menyentuh rambutku. Entah apa yang dia buat kerana posisi dia yang membelakangi kamera, namun aku yakin yang dia sedang merenung aku.
Bila tiba-tiba tubuhku dicempungnya, aku terus syahid!
Tangan menyentuh dada sebelum aku terbaring di atas katil. Bibir memekar dengan senyuman kerana video itu.
Maksudnya keajaiban yang berlaku pada malam tadi bila aku boleh berpindah dari sofa ke katil itu adalah kerana Jebat! Jebat yang mengangkat aku dan membawa aku kembali ke bilik. Bangun tidur tadi pun aku sedang tidur berbantalkan lengannya.
Argh! Nak pengsan!
Aku segera membetulkan tubuh yang sedang berbaring bila tiba-tiba pintu bilik terbuka. Senyuman terus dimatikan. Buat seperti tiada apa yang berlaku.
"Hai, baring lagi?" Jebat bersuara sambil berjalan ke arah almari baju. Dia mengeluarkan beberapa helai baju dan seluar.
"Bukan boleh buat apapun." Kerja tak ada, masak tak pandai, suami pun macam tak wujud!
"Apa pula tak boleh? Rumah ini besar, pergi jogging keliling rumah. Jaga kesihatan."
Aku tak membalas. Pergi kelas pilates itu kira menjaga kesihatanlah. Sampai nak putus segala otot dan urat ini rasanya. Nasib baiklah makin lama, badan semakin terbiasa dengan itu. Jadi sakitnya kurang.
Aku terus bangun bila Jebat sudah menarik beg pakaiannya. Bukan beg galas, tapi beg pakaian jenis kain itu. Tidak terlalu besar, tapi kalau dah dia ambil beg itu berbanding beg komputer ribanya, tak lain tak bukan mesti dia nak pergi dalam masa yang lama.
Tapi nak ke mana?
Nak tanya, tapi aku takut dia tak suka. Yelah, aku bukannya sesiapa bagi dia.
"Hari ini cuti panjang sampai selesa." Tiba-tiba dia bersuara.
Tapi... "Cuti sabtu sampai selesa aje. Mana ada hari ini."
"Aku yang cuti hari ini."
"Awak nak ke mana?" Terlepas juga. Tak tahan nak bertanya!
"Cameron Highland."
Cameron?
"Kerja lagi?"
Jebat menggeleng sambil menarik zip beg bajunya. Selesai mengemas pakaian. Laju benar!
"Suka-suka," jawab Jebat.
Suka-suka? Punya suka-suka sampai tak mempedulikan aku! Makin benci!
"Kenapa tercegat lagi?" soalnya sambil aku dipandang atas bawah.
Ha? Tercegat? Sudah kalau tak tercegat, apa lagi yang aku boleh buat?
"Kita kena bertolak segera. Kalau dah malam baru nak masuk Tapah, susah."
Ha?
Terus berkerutlah aku dibuatnya. Jebat dipandang bagai dia itu makhluk asing. Apa ini? Tiba-tiba Tapah pula. Kenapa beritahu aku?
Jebat tersenyum sebelum dia mengambil luggage yang terletak di atas almari koleksi beg tangan aku. Jebat membuka zipnya lalu membiarkan luggage itu terbuka di atas lantai depan almari pakaian.
Itu luggage kepunyaan aku.
"Nak aku tolong atau nak mengemas sendiri?" soalnya.
Mengemas?
Entah-entah...
"Awak nak bawa saya ke?" Ini tak?
"Dah memang aku ambil cuti untuk meluangkan masa dengan kau, tak akan aku nak tinggalkan pula?"
What?!
Serius?! Ambil cuti untuk aku?! Argh! Omma!
Bibir hampih terkoyak dengan senyuman, namun aku segera menahan. Jangan senyum! Jangan tunjuk yang kau gembira!
"Saya tak nak ikut." Dengan hati yang meronta kegembiraan, aku terpaksa menolak tanpa rela.
Ingat Adara, jangan berharap! Dan semakin rapat jarak antara kami berdua, harapan itu akan semakin menggunung dan menggunung dan aku tidak mahu itu berlaku. Aku tak mahu terluka atau kecewa.
"Aku tak ingat pula yang aku ada tanya sama ada kau nak ikut atau tak." Bibir Jebat menyenget sedikit. Sinis yang amat di mata aku.
Trademark seorang Jebat. Asal sengih, sinis. Asal sinis, sengih.
"Habis itu?"
"Ini satu arahan. Berkemas. Kita akan ke Pahang untuk dua malam. Hanya kau dan aku. Berdua. Tak ada pengawal peribadi atau sesiapa saja. Got it?"
Tak menjawab, namun aku hanya menayangkan muka sebal sehinggalah Jebat masuk ke dalam bilik mandi. Pastinya untuk terus bersiap.
Tertutup saja pintu bilik mandi, aku terus terlompat-lompat sendiri di atas katil.
Yes! Dapat berdua dengan Jebat lagi!
SELESAI mendaftar masuk, Jebat membawa aku untuk bersiar-siar di sekitar Greenhills ini. Kami di Tanah Rata. Jebat kata malam nanti baru kami akan bersiar-siar ke tempat lain memandangkan Jebat tak suka tergesa-gesa atau aktiviti yang padat.
Kiranya, sekarang hingga ke malam nanti, kami akan berehat saja.
Berjalan di sini memang terasa seperti berada di luar negara. Warna bangunan di sini, kedinginan dan suasana yang damai.
Pst! Dinginnya sudah tak seperti dulu. Mungkin kerana pembangunan yang semakin meningkat.
Di sekitar sini ada banyak bunga yang menghiasi kawasan resort di kiri jalan. Sempat jugalah aku bergambar sendirian bersama bunga-bunga itu. Aku sengaja tak mengajak dia untuk bergambar dan hanya membiarkan dia sekadar memerhati. Aku sudah malas nak beria-ia.
Aku berhenti bergambar apabila telefon Jebat berbunyi.
Bila Jebat menjawab telefon dan terus menjauhi aku, mulalah aku memikirkan yang bukan-bukan. Awek call? Scandal? Bakal madu? Perempuan yang mahu menjadi lawan aku? Manusia yang bakal memberikan aku gelaran pembunuh tak lama lagi?
Mataku membulat bila berjaya menangkap sengihan di bibir Jebat yang semakin lama semakin jauh perginya.
Sengih?! Dengan aku sudah berminggu dia tak senyum, apatah lagi nak menyengih!
Eiii, dasar lelaki!
"Hi."
Perhatian berkalih bila tiba-tiba saja muncul seorang mat saleh entah dari mana, berdiri di sebelah.
Aku memandang dia dari hujung rambut ke hujung kepala.
Mak, helok!
"Yes?" Kut-kutlah dia mahu bertanyakan arah jalan yang aku pun tak tahu itu.
"I thought the view here couldn’t get any better... until now."
Adakah dia sedang mengayat aku?
Tapi maaf, suami aku di hujung sana yang mungkin sedang berlaku curang sudah terlalu kacak dan seksi untuk aku jatuh pada lelaki lain.
"Is that how you start conversations with every girl? Or are you just trying to pull me into the bedroom?" Aku menyoal dengan kening dijongket sebelah.
Selalunya kalau mat saleh mengorat, ada kebarangkalian yang dia melancong sendirian dan dalam jangka masa yang lama. Bila sendirian, mungkin dia cuba untuk cucuk jarum. Mana tahu tertangkap seorang untuk dibawa masuk ke bilik.
Kan?
Lelaki itu membalas soalanku dengan sebuah tawa sambil mengangguk beberapa kali.
"Alright, you got me. I won’t lie, the thought crossed my mind."
Gotcha!
Sebab itu jangan mudah tergoda bila mat saleh atau pelancong berkulit putih cuba berayat sakan.
"But can you blame me? You’ve been impossible to ignore since the moment I saw you, pretty girl."
Dan bila dia nampak aku? Tiga empat minit yang lepas?
Coi!
Baru nak membuka mulut...
"Ehem!" Ada yang berdehem sekali gus pinggangku dirangkul.
Jebat muncul di sebelah sambil menjalarkan tangan ke pinggangku. Menarik aku rapat ke tubuhnya.
Aku mendongak.
Muka Jebat ditilik seketika. Serius seperti biasa, namun matanya nampak garang. Tidak jelas melalui pandangan aku sekarang. Mungkin aku memerlukan dia untuk memandang tepat ke mataku, barulah aku boleh melihat setajam mana pandangannya yang sedang lurus menala ke arah mat saleh itu.
"I don’t think I like where this is going," kata Jebat. Membuka bicara untuk lelaki itu.
"Who is this?" Mat saleh itu menuding ke arah Jebat, tapi dia sedang menyoal aku.
"He is..."
"Her husband. So you better hope there’s nothing more to this conversation, because you might just end up limping on your way back to your country, little boy." Tetapi Jebat memotong. Dengan ganas dan penuh amarannya!
Aduh, seksinya dia!
"Whoa! Relax, big boy." Mat saleh itu mengangkat kedua belah tangan seakan menyerah kalah. Mungkin tak berani nak melawan kerana perbezaan tinggi dan potongan badan antara dia dan Jebat.
Betul Q kata, Jebat ini cutting pak Arab!
"Unlike you, I'm no boy," balas Jebat.
Pendek kata, I'm a man!
Pelukan pada pinggangku semakin ketat dan tangannya menarik semakin rapat. Pandangan terakhir diberikan sebelum aku terus ditarik menjauhi lelaki itu. Bila sudah mencukupi jaraknya, barulah tangan Jebat turun lalu meraih tanganku. Kami berjalan menuju ke blok kami sendiri.
Masuk saja ke dalam rumah, Jebat terus menikam mataku dengan sepasang matanya yang garang amat.
Wah, bertambah seksi!
"Tarik ke bilik tidur ya?" katanya. Mengajuk soalan aku tadi.
"Manis betul seorang isteri bercakap tentang bilik tidur dengan lelaki lain. Kenapa dah haus sangat ke tengok mamat kulit putih itu?"
Dahiku berkerut. Dia ini lupa ke yang tadinya aku menembak lelaki itu? Atau dia hanya mendengar bahagian bilik tidur itu saja?
Tapi...
"Awak buat tak apa pula?"
"Buat apa?" Giliran Jebat untuk mengerutkan dahinya. Nampak betul-betul hairan dalam marah.
"Buat itulah. Tersengih-sengih dalam panggilan."
"Apa masalahnya kalau aku sengih?"
"Dengan perempuan lain? Mestilah ada masalah! Awak bercakap dengan saya pun lima patah perkataan sehari!" marahku. Emosi dah ini!
Dahinya semakin berkerut sebelum satu keluhan keras kedengaran. Jebat menyeluk poket seluarnya. Entah apa yang dia cuba buat, tapi asal aku tahu yang aku tak bersalah dan dia bersalah!
"Lelaki selalu macam itu. Dia main kayu tiga, katanya boleh kahwin empat dan suami pinjaman Allah. Habis itu yang perempuan ini pinjaman apa? Syaitan? Asal curang, poligami halal. Asal...." Sesi membebel tersangkut di situ bila Jebat terus mengangkat telefonnya separas pandangan mataku.
Skrin telefonnya sedang memaparkan log panggilan. Dan panggilan teratas pada enam minit yang lalu itu...
Mama?!
Tapi sekejap!
"Nama dalam kenalan boleh aje ditukar pada bila-bila masa." Ingat aku ini buta teknologi ke?
Jebat sudah tak terkata. Terkeluar satu 'ha' melalui nafas yang dilepaskan daripada mulut yang terbuka sedikit. Aku dipandang seketika sebelum dia menyentuh log panggilan teratas itu.
Beberapa kali tutt, panggilan disambungkan.
"Helo?"
Ha?! Memang suara mama!
Jebat sudah menjongket keningnya. Seakan provokasi atas kemenangan yang baru diraihnya.
Alamak...
"Hello? Dah kenapa senyap pula ini, Arrayan? Kata tadi nak luangkan masa dengan Adara. Dah kenapa call semula?" Suara mama lagi.
Cukup di situ, Jebat terus menamatkan panggilan.
"Jadi?" Sepatah soalannya. Pasti tentang perbualan aku dan mat saleh tadi.
"Jadi apa? Mana ada apa-apa."
"Tarik ke bilik tidur itu tak ada apa-apa?"
"Saya balas dia punya ayat manislah. Saya tanya kalau itu memang ayat yang dia selalu tabur dekat semua perempuan atau dia sedang cuba untuk tarik saya ke katil dengan ayat manis itu."
Jebat senyap. Tak nampak berpuas hati pun dengan jawapan aku.
"Saya cakap betullah. Kalau tak percaya, pergilah tanya sendiri. Saya dah tahulah taktik solo backpacker macam dia orang."
"Kenapa kau dan Arjuna saling berbalas komen di Instagram?"
Aik? Macam itu aje tukar topik?
Tapi aku dan Arjuna? Oh, gambar di Pulau Pangkor yang aku baru saja post semalam. Sudah lama pulang ke sini, baru aku muat naik gambar ke media sosial. Takut jika ada mata-mata yang menunggu peluang seperti kata Jebat. Arjuna baru mengikuti akaun aku beberapa hari lepas. Mungkin dia pun bersetuju untuk menjadi sebuah keluarga harmoni bersama aku.
Muahaha.
"Salah ke?"
"Kenapa?" Jebat menekan soalannya sekali gus menepis soalan balas aku.
"Saja. Itu kan adik ipar saya?"
"Gambar kau dengan pose berkucupan sendirian itu? Kau masih tak faham apa fetish yang manusia boleh dapat dengan gambar macam itu?"
"Dia kan adik ipar saya!"
"Sambil berbalas komen dengan emoji macam-macam?"
Lah?!
"Emoji pun salah?" Apa ini!
"Punya banyak gambar berdua yang kau tangkap, sekeping gambar solo itu juga yang kau nak update di media sosial. Nak orang tahu yang kau masih bujang ke?"
Ya Allah! Hampir kena darah tinggi aku dibuatnya. Cemburu ke dia ini? Muka itu serius saja. Langsung tak ada riak cemburu.
Tapi soalannya! MasyaAllah, sakit jantung!
"Kan awak yang nak sorok perkahwinan kita? Awak yang minta untuk tak diuar-uarkan. Kenapa awak salahkan saya?"
Kejap.
"Macam mana awak boleh tengok apa yang saya post dan boleh tahu saya berbalas komen dengan Arjuna sedangkan akaun itu private?"
Jebat senyap.
Jangan-jangan...
"Arjuna itu akaun fake awak tak?!"
"Dah kenapa pula aku nak guna akaun dengan gambar dia kalau aku lagi sempurna segalanya daripada mamat itu?"
Wah, angkat bakul.
"Jadi?"
Jebat mengeluh sebelum terus berlalu masuk ke dalam bilik. Sambil berjalan, sambil itulah dia membuka bajunya dan dicampak ke dalam plastik pakaian kotor kami.
Aku melihat Jebat sedang mengetuk-ngetuk skrin telefon.
Tak lama kemudian, tiba-tiba telefonku berbunyi. Pemberitahuan Instagram.
Ada satu mesej daripada pengguna yang bernama...
Sexiest Husband?
Jangan-jangan...
"Sexiest Husband ini awak?!" Oh my god!
Jebat tak menjawab, tapi senyuman senget di hujung bibirnya sudah cukup untuk mengeyakan tekaan itu.
Apakah!
"Bila masa awak follow Instagram saya? Saya tak pernah terima pun mana-mana permintaan daripada akaun ini."
"Aku yang terima."
Gosh!
"Awak menceroboh barangan saya?"
Jebat menarik kain tuala. Lalu di sebelahku untuk ke bilik mandi, dia sempat mencuit pucuk hidungku. Hilang saja dia ke dalam bilik mandi, aku terus menumbuk-numbuk angin.
Argh! Dia peduli tentang aku!
....
Hi, semua! Sabtu saya patut update satu bab dan ahad saya berehat. Tapi sebab sabtu saya ada event di Karangkraf untuk novel fizikal pertama saya, Cinderlisa. Jadi saya tak sempat untuk post apa-apa bab. Tapi ini dia, gantinya.
Bye!
Share this novel