Bab 28

Romance Series 39485

"SIAPA perempuan itu?" Aku menyoal sebaik saja pintu kereta ditutup.

Skrin telefon Jebat yang baru terpadam itu sempat dijeling. Ada gambar seorang perempuan asing. Di telefonnya!

Hatiku sudah membara-bara melihat gambar itu. Sudahlah semalam seharian tak balik ke rumah. Tahu-tahu saja bila balik, terus ajak keluar. Bukan ajak, tapi arahan!

"Kenalan."

"Bila masa awak ada kenalan perempuan?"

Dia memandang aku. Dahi sempat berkerut sebelum bibirnya terbuka semula. "Melainkan kalau dalam dunia ini ada lelaki saja, rasanya soalan itu tak valid."

Huh!

Aku terus berpeluk tubuh sebelum pandangan dibuang ke arah luar. Mencari kelibat perempuan yang kami tunggu sedari tadi sampai aku sempat ke tandas sekejap. Lama sangat menunggu!

Sudahlah dia angkut kereta entah siapa bersama. Audi ini siapa punya? Dulu, saat dia kejar aku selepas pergaduhan, kereta inilah yang dipandunya.

Bila sekali lagi telefon Jebat menyala dan gambar tadi kembali muncul di skrin telefon, walau hanya dalam perbualan Whatsapp...

Aku terus membuka pintu dan keluar. Tak sempat dia nak menahan, pintu belakang sudah dibuka dan aku duduk di situ. Tubuh dipeluk dan aku terus menunduk pandang skrin telefon. Berpura-pura seolah sedang bermesej.

"Duduk depan, Adara." Jebat bersuara. Tegas mengarah dengan matanya memandang ke arah cermin pandang belakang.

"Tak nak." Titik!

"Apa masalah lagi ini? Minggu ini saja dah dua kali merajuk. Period?"

Eii, dasar lelaki beku yang tak ada perasaan! Lantaklah. Kalau perempuan yang ditunggu itu datang, aku akan halimunankan diri sendiri. Aku akan buat-buat tak kenal Jebat dan tak kenal sesiapa saja!

Sedang memberontak dalam hati, tiba-tiba telefonku dirampas.

"Awak!"

"Duduk depan, atau tak ada telefon," katanya.

Fine! Ingat aku tak boleh hidup tanpa telefon ke?

"Simpan ajelah!" Benci!

Ketika itu, seorang perempuan datang menjenguk ke dalam kereta. Bila Jebat menurunkan cermin bahagian sebelah pemandu, terus perempuan itu menayang wajah terkejut. Tak lama, senyumannya pula ditarik.

Cantiklah pula perempuan ini! Nak jadi pesaing aku ke? Kau cuba goda suami aku, siaplah! Aku santau kau nanti!

Astaghfirullah haladzim!

Bila wanita itu masuk ke dalam, kami sempat berpandangan. Aku hanya senyap sebelum mata menjeling Jebat yang masih memandang cermin pandang belakang, dan pandangan dibuang ke luar. Sepanjang perjalanan yang mungkin memakan masa 20 minit itu, kami hanya senyap.

Tak aku, tak Jebat dan tak juga perempuan itu memperkenalkan diri antara satu sama lain. Senyap sehinggalah kami tiba di sebuah kawasan perumahan bertingkat.

Aku sengaja berjalan lambat kerana tak mahu dekat-dekat dengan Jebat yang juga seakan sengaja memperlahankan langkahnya, membiarkan perempuan itu berjalan di hadapan untuk ke arah lif.

Dalam lif, aku berdiri di bahagian belakang. Di sudut lif. Bukan sebab aku nak, tapi kerana Jebat yang seakan sengaja memagari aku di sebalik tubuh besarnya supaya tidak boleh ke depan. Mengenali dirinya, aku rasa ini sebuah posisi pertahanan. Kiranya, dia menjadi benteng untuk aku sekiranya ada apa-apa yang berlaku di sini.

Eleh, tak terharu pun!

Setibanya di depan rumah, tak sempat pun perempuan itu mahu menekan loceng, tiba-tiba saja pintu terbuka dari dalam. Muncul seorang lelaki bermuka serius di sebalik pintu. Terus tepat merenung perempuan itu.

Mama! Hot stuff! Hensem!

"Uruskan dulu hal kau berdua. Dah selesai, baru kami masuk."

Aku memandang Jebat bila dia bersuara. Sempat terpana melihat lelaki tadi sampai tak sedar kalau-kalau kami ada dijemput masuk.

Sebaik saja mereka berdua menghilang ke dalam rumah, aku terus berura untuk menjauhi Jebat. Tapi tak sempat. Pinggangku sudah terlebih dahulu dirangkulnya seraya menarik aku rapat ke tubuh.

"Let me go," kataku sambil mencuba untuk melepaskan diri.

Kalau ada orang tengok ini...

"Bukan main buat perangai, tapi bila nampak mamat itu terus terbeliak biji mata ya?" Mama, seksinya suara!

Jangan tergoda, Adara!

"Nak buat macam mana, orangnya kacak. Tak salah nak mengagumi ciptaan Allah kan?"

"Siapa kata tak salah? Tundukkan pandangan, tak pernah dengar? Terutamanya kalau kau itu dah bersuami. Haram pandang lelaki lain dengan perasaan macam itu," bidasnya.

"Bila masa saya bersuami?" Nak mengaku ke tak? Ha, jawablah!

Hujung bibirnya terangkat. Senyuman yang entah apa maksudnya, namun terlihat sedikit mengerunkan. Namun bila Jebat hanya senyap, aku terus membuka mulut lagi.

"Dan mana awak tahu saya pandang dia dengan perasaan atau tidak?"

"Mata terbeliak itu tak berperasaan? Kalau aku pandang perempuan macam itu, kau okay?"

Erk! Mestilah tak.

Rasa macam dah nak kalah, tapi tak nak kalah! Soalan menjerat namanya ini. Nak kata tidak, nampak benar menipu. Jelas aku tunjukkan yang aku cemburu tadi.

Tanganku terus menolak tangannya. Kerana Jebat yang sibuk berlawan mulut dengan aku, maka kawalannya sempat terleka seketika. Jadi peluang itu digunakan sebaik mungkin untuk aku berundur beberapa langkah dengan mata yang merenung tajam matanya. Sebuah amaran untuk dia tidak cuba menyentuh aku lagi.

"Lepas ini hantar saya balik ke rumah ayah. Kalau awak tak nak hantar, saya akan suruh Akim ambil," kataku.

"Aku tak akan hantar dan aku tak izinkan. Baru semalam kita bermalam di rumah ayah."

"Saya tak peduli tentang jadual itu. Saya tak nak tinggal dengan awak. Awak menyakitkan hati saya!"

"Menyakitkan hati atau cemburu?" Senyuman sinisnya muncul. Senget dan nakal.

"Sama ada cemburu atau sakit hati, kau tetap perlu balik ke rumah kita hari ini. Dua hari lagi, baru ke rumah ayah. Aku tak izinkan kau ke mana-mana tanpa aku," tambahnya bila aku senyap menahan geram.

"Kenapa pula? Saya nak balik rumah ayah saya. Awak pergilah balik rumah mama dan papa awak. After all, papa awak tak suka saya pun. Kalau dia tahu yang awak bawa saya tinggal dengan awak, apa yang dia akan rasa?"

Aku rasa aku sudah mula merepek. Melalut alasan yang aku berikan. Nak menang punya hal, sanggup nampak bodoh di depan Jebat.

"I’ve never cared, and I don’t plan to."

"Awak tak peduli, tapi papa awak peduli. Dia tak sukakan saya."

"He can have his opinion, it means nothing to me. And since when do you care about that?"

"Saya tak peduli. Saya hanya tak nak disalahkan kemudian hari kalau awak dibuang keluarga nanti."

Jebat tersengih. "Aku dah buang dia terlebih dahulu. And that's a bit childish, don't you think so? Tiba-tiba merajuk, tiba-tiba marah dan tiba-tiba bawa hal keluarga. Untuk apa? Nak puaskan hati?"

Erk! Kena lagi!

"Saya tak kira. Saya nak balik juga lepas ini! Saya benci awak dan awak menyakitkan hati saya setiap masa!"

"Melainkan waktu melawat ayah, kau tak akan ke mana-mana tanpa aku. No excuses, stella. Whatever it is. You're stuck with me. Note that."

Eii, geramnya! Dia langsung tak peduli tentang perasaan aku. Tak pernah nak kalah!

"Fine, suit yourself. You never listen nor care about me anyway. Jadi pandai-pandailah awak hadap orang tua awak nanti."

Aku terus berpaling saat tiba-tiba seseorang berdehem. Rupanya pintu sudah kembali ternganga luas. Lelaki dan perempuan tadi sedang memandang kami dengan dahi yang sedikit berkerut. Nampak risau.

Harapnya mereka tak ada letak CCTV di luar rumah ini. Kalau tidak, habis terbuka aib aku yang nampak bodoh benar bila berlawan mulut dengan Jebat.

"KENAPA awak tak beritahu yang perempuan itu anak kepada pak cik yang tolong saya dulu?" Dengan serba salahnya aku melangkah malu-malu ke arah Jebat yang sedang duduk di atas sofa sambil memandang skrin iPad di tangan.

"Kau pernah jumpa dia, tak akan tak ingat?" Tanpa memandang aku, Jebat membalas.

Hm, tak nak pandang lagi itu! Agaknya dia marah kut. Yalah, aku sedar yang aku bersalah.

"Saya tak pandai ingat orang. Nama orang lagilah." Aku boleh hafal segala jenis terma dalam perubatan, tapi untuk hal yang ini, aku angkat tangan dulu.

"Itu anaknya. Lelaki itu suami dia." Mudah saja Jebat memperkenalkan mereka.

Eii, tapi aku sudah tahu selepas pertemuan di rumah tadi! Kenapa beritahu lambat? Kalau macam ini, baik beritahu tahun depan aje.

Aku menyeret kaki perlahan-lahan ke arah sofa. Tak mahu Jebat menyedari percubaan mendekat aku. Malu, tapi tetap tak mahu membiarkan suasana antara kami tegang kerana aku yang membuat hal tadi.

Tadi?

Hm, kiranya semalam. Sebab sekarang sudah jam satu pagi.

Tengoklah, satu pagi pun dia masih dengan iPad. Padahal pada malam sebelumnya, waktu seperti ini dia yang akan memaksa aku untuk tidur supaya jadual tidurku tak huru-hara. Sedari tadi aku menunggu dia untuk masuk ke bilik, tapi sampai ke sudah tak muncul-muncul.

Agaknya Jebat hanya buat-buat sibuk supaya tak perlu menghadap aku.

Huaaa!

"Macam mana awak kenal dia orang?" Aku menyoal lagi. Kaki sudah selangkah untuk menyentuh sofa satu tempat duduk itu.

Aku boleh melihat skrin iPad.

Hm, dia sedang membaca dokumen entah apa. Penuh dengan tulisan dan beberapa lakaran. Hal kerja kut.

"Cari." Sepatah!

"Kenapa cari?"

"Kau nak jumpa pak cik, jadi aku cari."

Huaaaa! Bertambah serba salah. Suami, maafkan saya!

"Awak..." tak nak pandang saya ke? Pandanglah saya ini! Nak menangis dah ini!

"Hm?"

Aku mendekat lagi. Hujung jari kaki sudah bertemu dengan kakinya. Tapi Jebat masih tak mengangkat kepala. Fokus atau memang tak nak pandang aku.

"Hani cakap terima kasih atas jasa saya. Tapi kenapa dia berterima kasih dekat saya? Saya tak ada buat apapun." Aku bersuara lagi.

"Mereka ada masalah. Aku beri jalan keluar dan jawapan yang diperlukan."

"Jadi awak yang berjasa. Kenapa tak terus berterima kasih dekat awak aje?"

"Kau nak balas jasa pak cik, aku hanya tolong balaskan bagi pihak kau melalui anaknya."

Huaaa! Sepuluh kali ganda serba salah!

"Awak..."

Jebat senyap. Hanya kali ini iPad diletakkan di atas meja sebelum kepalanya diangkat memandang aku. Wajah serius tanpa sebarang senyumannya mengingatkan aku tentang pertemuan di pejabat ayah sebelum penyatuan kami. Inilah rautnya. Tak berperasaan, serius dan nampak menakutkan.

"Saya minta maaf," ucapku. Kepala ditunduk. Mata diredupkan. Aku menyatukan kedua belah tangan di bawah. Gaya orang bersalah.

Keningnya terjongket.

"Untuk apa?"

Err, aku tahu yang Jebat faham tujuan aku meminta maaf. Tapi mungkin dia mahu melihat sejauh mana aku sanggup membuang segala ego ke tepi untuk ini.

"Saya salah faham tadi. Saya ingat awak ada hubungan dengan perempuan itu."

"Kalau ada hubungan pun, tak ada masalah kan?"

"Mestilah ada masalah!" Laju saja mulut membalas. Geram!

"Kenapa?"

Sebab saya isteri awaklah! Ish!

"Tak apalah kalau awak tak nak maafkan. Saya nak tidur dan esok saya nak balik rumah ayah." Merajuk!

Aku segera berundur dan buka langkah besar menuju ke bilik tidur. Pintu ditutup separuh supaya tidak terlalu gelap, sebelum aku melompat naik ke atas katil. Comforter ditarik sehingga menyelubungi seluruh tubuh. Hanya sedikit ruang ditinggalkan untuk udara masuk ke dalam.

Tak sampai lima minit melayan sedih, tiba-tiba tilam di sebelah terasa dihenyak. Comforter yang menyelimuti tubuh terasa sedikit tertarik dan ketat kerana tubuh di sebelah sana berada di atas comforter, bukan di dalam.

Tapi aku buat-buat tak sedar. Mata dipejam dan aku diam saja.

Rasanya aku bukan saja pura-pura tidur, malahan mungkin terus berpura-pura tak bernyawa. Nafas pun tak sempat keluar bila tiba-tiba comforter di bahagian kepala diselak tanpa dapat aku menahannya. Seluruh pipi disapa angin sejuk yang ditiup pendingin hawa.

"I know you're still up, Adara." Bisikan Jebat kedengaran. Seksinya!

Tapi aku masih berlakon. Kerana Jebat di belakang dan aku membelakanginya, maka mungkin peluang untuk berlakon lebih cerah.

Hembusan bersama sentuhan jarang di leher automatik membuatkan bahuku terjongket menahan geli. Lakonan gagal. Jebat sudah mendengus perlahan seperti mentertawakan aku.

Mata dicelik dan aku terus mengalihkan sedikit pandangan. Elok mata bertentangan dengan dia yang sedang bertongkat kepala di sebelah, aku terus mencebik geram.

Taktik kotor! Cium curi!

"It took me over 30 years to fall in love with someone, and I don’t plan on letting it happen again. But somehow, I keep falling for the same person again and again. Strange, isn’t it?"

Dahiku berkerut.

Tangannya naik mengelus rambutku. Menolak dan merapikan. Ada senyuman nipis di bibirnya. Jarinya perlahan-lahan turun menyentuh bibirku. Diusap lembut sebelum aku direnung dalam.

...

Bab ini masih ada sambungan, tapi tak dapat post sebab ada limit words di Novelplus. Untuk yang nak baca sambungannya, boleh ke apps oren saya. Terima kasih.

Share this novel

zaharahbot
2024-12-10 06:25:39 

app oren tu apa yer.. saya nak baca sambungan dia. terima kasih


NovelPlus Premium

The best ads free experience