Bab 10

Romance Series 18843

"IKUT!" Tanganku ditarik menuju ke dalam sebuah bangunan yang di bawahnya ada deretan kedai. Aku ditarik melalui tangga di antara kedai ke tingkat atas.

Tangan Jebat yang menggenggam tanganku, ditepuk-tepuk supaya dia melepaskan aku segera.

"Saya tak nak ikutlah!" Aku cuba mengeraskan tubuh supaya Jebat tidak dapat menarik lebih jauh, namun sudah sahlah yang aku tak akan dapat nak melawan tenaganya.

Akhirnya kami tiba di hadapan sebuah pintu yang bertanda 'No entry unless permitted.'

"Kita nak buat apa dekat sini?" Aku menyoal sambil sebelah tangan menahan dinding. Jadi jika aku ditarik masuk, ada sesuatu yang boleh aku paut sebentar lagi.

Sebab aku dan Jebat tidak baik-baik saja. Aku dan dia seperti dalam perang dingin selama dua minggu semenjak hari itu. Walaupun dia sudah minta maaf, tapi maaf itu juga sudah diselit sama dengan hakikat yang Jebat tidak mengganggap aku sebagai apa-apa yang istimewa. Dia tidak mahu menjadi dia yang aku harapkan.

Dan aku faham. Aku tidak memaksa. Aku hanya menjauhkan diri kerana aku tak mahu berharap dan membuatkan dia merasa tak selesa.

Kerana itulah aku takut. Tempat ini tak ramai orang. Lagi-lagi tempatnya di bahagian atas yang siap berlabel. Aku takut jika Jebat cuba mengapa-apakan aku kerana marah atau memang hanya menunjukkan belangnya.

"Jangan tanya, masuk saja. Nanti tahulah." Aku ditarik sebaik saja pintu dibuka.

Aku dapat mendengar bunyi keluhan, dengusan, jeritan kesakitan dan macam-macam bunyi yang menakutkan. Terus aku berundur sebelum tangan berpaut pada besi tangga. Kepala menggeleng tanda aku tidak mahu masuk ke dalam.

"Adara..."

"Saya tak nak. Saya nak balik." Sudahlah pengawal ditinggalkan kerana Jebat tidak mahu ada yang mengekori kami.

Lagilah aku tak boleh bersangka baik!

"Masuk dulu, nanti kita balik. Bukannya nak tidur sini sampai esok pagi," balas Jebat. Dahinya sudah berkerut seperti mula tak puas hati dengan aku.

Belum sempat aku membalas paksaan Jebat, tiba-tiba muncul seorang perempuan di muka pintu. Dengan peluh yang membasahi muka dan bajunya, dia memandang Jebat bersama senyuman lebar di bibir.

"Lama tak datang?" kata perempuan itu.

Matanya turun memandang aku pula sebelum dahinya berkerut sedikit.

"Siapa itu?' Dia menyoal lagi.

Tengok! Perempuan ini pun tak tahu yang Jebat sudah berkahwin! Kalau dia tahu Jebat sudah berkahwin, mesti senang saja untuk meneka yang aku ini isteri Jebat.

Huh! Memang tidaklah aku nak mempercayai lelaki ini lagi.

"Taipan ada dekat dalam?" Soalan tadi tidak dijawab, sebaliknya Jebat memulangkan semula soalan sambil aku ditarik masuk ke dalam.

Berjalan melalui ruang kosong ini, aku melihat ada sebuah bilik yang sepertinya ada orang kesakitan di dalam sana. Ada bunyi suara menengking marah juga.

Tempat apa ini?

"Tak ada," jawab perempuan itu.

"Good. Sambung training, aku guna bilik sebelah." Jebat terus menarik aku masuk ke sebuah bilik yang tak berpenghuni.

Terbuka saja pintu, mataku disapa dengan pemandangan seperti di gelanggang perlawanan WWE. Ada banyak alatan di dalam kotak besar yang terletak di atas lantai sudut dinding. Ada human dummy yang berdiri tegak di kiriku seakan sudah bersedia untuk disepak terajang. Ada juga punching bag yang tergantung elok.

Tanganku dilepaskan sebelum Jebat menarik sebuah kerusi untukku.

Elok saja aku duduk, dia terus mencapai sarung tangan dan memakainya. Tiada salam, tiba-tiba human dummy itu menjadi mangsa tumbukan padunya.

Aku tidak terkejut, namun merasa pelik. Apa yang dia buat? Kenapa dia bawa aku ke sini? Sebab ini bukan kali pertama aku melihat dia menumbuk seperti itu. Malahan dia pernah menumbuk manusia di depan aku. Penceroboh itu. Jadi aku tidak terkejut. Tapi untuk bawa aku tempat pelik, ini pertama kali.

Kesan tumbukan yang terlalu kuat, human dummy terus tergolek jatuh dan terbaring di atas lantai. Jebat melagakan kedua tangan di sebalik sarung tangan sebelum berlalu ke arah punching bag.

Giliran punching bag menjadi mangsa. Ditumbuk, ditendang sebelum dipeluk saat ia berayun berlebihan.

Beberapa minit kemudian, Jebat melangkah ke arahku sambil sarung tamgan dibuka.

Tanganku dicapai sebelum sarung tangan itu disarungkan tanpa keizinan aku.

"Aku tahu kau marah. Tapi dua minggu langsung tak nak bercakap dengan aku sampai tidur di sofa itu sangat melampau, Adara."

"Tidur atas sofa melampau? Okay, malam ini saya tidur atas lantai." Aku terus menarik tanganku. Sarung tangan itu cuba untuk dibuka, namun Jebat segera menolak tangan yang sebelah lagi daripada menyentuhnya.

"Tak perlu bertekak di sini. Pergi sana, lepaskan kemarahan. Tumbuk apa yang kau nak tumbuk, rosakkan apa yang kau nak rosakkan. Buat apa saja. Mungkin itu dapat mengurangkan marah kau."

Aku tersengih sinis. Tumbuk barang-barang itu?

"Yang buat saya marah adalah awak, jadi yang sepatutnya makan penumbuk saya itu adalah awak dan bukan barang-barang tak bernyawa itu."

Jebat menjongket kening sebelum dia mengangguk. Kaki diundur selangkah dua sebelum Jebat mendepa tangannya seakan sedang mengalukan aku.

"Be my guest."

Aku nampak itu seperti satu provokasi. Tapi kalau dia yang suruh...

Perhatian teralih saat pintu bilik ini terbuka dari luar. Aku terus memandang ke arah pintu sebelum mata terbeliak saat melihat tubuh yang baru muncul di depan pintu itu. Dia juga seperti terkejut melihat aku.

"Awak!" Aku menegur sebelum berlari ke arahnya.

Tubuhnya yang sudah semakin sasa itu aku tilik dengan takjub sampai ternganga. Tapi apa nama dia ya?

Argh, Adara! Kenapa susah sangat nak hafal nama orang!

"Cik buat apa dekat sini?" soal lelaki itu. Di bibirnya ada senyuman nipis seolah terhibur melihat reaksi aku.

"Ada orang paksa saya. Tapi awak pula buat apa dekat sini?"

Dia, ini bekas pengawal peribadi aku dulu sebelum dia berhenti kerana hal peribadi. Aku tidak tahu hal apa, tapi itulah dia. Dia antara pengawal peribadi yang paling aku selesa nak berdamping dengannya. Mungkin sebab dia memang betul-betul kuat dan tubuhnya menakutkan seperti mukanya yang garang.

"Siapa yang paksa?" Wajahnya tiba-tiba bertukar garang. Senyumannya mati seolah sudah bersedia untuk terajang orang yang memaksa aku itu.

Itu, yang di belakang sana!

Tapi takutlah pula nak cakap macam itu. Sudahlah dia suami aku.

"Tak adalah, saya gurau aje. Tapi kenapa awak tak jawab soalan saya? Awak buat apa dekat sini?"

"Saya berlatih di sini," jawabnya.

Oh! Begitu. Kiranya semua yang ada di sini itu sedang berlatihlah ya? Bukanlah torture room ke apa. Buat takut aku aje!

Aku mengikuti lelaki ini bila dia melangkah ke arah Jebat yang masih berdiri seperti tadi. Cuma dahinya sudah sedikit berkerut memandang kami bergilir-gilir.

"Kau yang paksa dia ke sini?" soal lelaki ini.

"Kalau ya, kenapa?" balas Jebat.

"Dia tak patut ada di tempat macam ini." Tiba-tiba lelaki ini menggenggam lenganku.

"Saya hantar cik balik," katanya sebelum aku ditarik menuju ke arah pintu bersama sarung tangan yang masih elok di tanganku.

Tapi tak sampai pun di depan pintu, tiba-tiba sebelah tanganku lagi ditarik oleh tangan lain. Tangan Jebat.

Aku berada di tengah-tengah mereka dan mereka berdua sedang sama-sama memegang tanganku. Aku melihat Jebat dan lelaki ini seperti sedang bersabung mata sesama sendiri. Melihatkan tubuh masing-masing yang gagah dan lengan masing-masing yang besar, kalau ditarik kuat lagi mahu terkoyak dua aku di tengah ini.

Err ...

"She's with me, Taipan." Jebat bersuara, tegas.

Tapi Taipan? Lelaki ini Taipan? Eh, mana ada. Nama dia lainlah. Tapi apa ya? Af... Afri? Afdi? Argh, tak ingat!

"Dia tak patut ada dekat sini. Tak kesahlah dia datang dengan siapa, aku akan hantar dia balik." Terus Taipan cuba menarik tanganku.

Namun tak berjaya. Aku masih digenggam erat oleh Jebat.

"Tough luck. She's my wife." Dan sekali rentapan, aku terus tersandar pada tubuh Jebat. Terlucut pegangan Taipan tadi.

Taipan memandang aku dengan riak terkejut. Dahinya berkerut dan aku dipandang lama sebelum matanya naik memandang Jebat semula.

"Apa?" Sepatah. Tidak percaya.

"Aku tak tahu macam mana kau boleh kenal dia, tapi semua itu pada masa lalu. Sekarang, aku suami dia. Dekat mana aku ada, dia kena ada. Jadi jangan cuba sentuh isteri aku lagi walau dengan hujung jari kau."

Jebat menarik tanganku. Sarung tangan ditanggalkan lalu dicampak ke tepi. Aku nampak dia menjeling Taipan sebelum aku ditarik keluar meninggalkan bilik itu tanpa sempat untuk aku ucapkan sepatah 'bye' buat Taipan. Aku hanya dapat melambai sambil kaki mengejar rentak tarikan sehinggalah kami tiba di dalam kereta.

Tertutup saja pintu, tiba-tiba dia membongkok ke arahku dengan sebelah tangan menahan pintu. Terlalu dekat sehingga aku terpaksa mengundur rapat ke pintu. Tapi semakin aku mengundur, semakin dia mendekat.

"Aku sempat bangga dengan kau bila kau tak melayan Q. Tapi tengok kau sekarang, rasa berubah fikiran." Jebat berbisik dengan suara seperti ditahan-tahan geramnya.

"Sebab saya tak kenal Q, tapi saya kenal dia."

"Siapa dia?"

"Dia bekas pengawal peribadi saya. Waktu dia ada, saya hanya perlu dia seorang untuk jaga saya. Tak perlu sampai berenam." Sebab itulah aku sangat teruja saat melihat dia.

"Bekas. Exactly. Jadi jangan nak menggatal ikut lelaki itu lagi."

"Mengikut? Menggatal?" Sungguh apa yang aku dengar ini?!

Jebat menjongket sebelah keningnya. Satu lagi provokasi untuk aku.

"You're too much, Jebat."

"Oh, am I?" Sinis.

"Yes, you are! Saya lagi rela mengikut dia daripada mengikut awak sebab saya lebih percayakan dia berbanding awak. Saya sendiri tak tahu kenapa ayah pilih awak dan saya bodoh pergi terima arahan itu. Saya harap yang saya jumpa dengan dia lebih awal jadi saya boleh bawa dia ke depan berhadapan dengan ayah sebab saya lagi sanggup mengahwini dia daripada lelaki macam awak!" Aku terus membuka pintu lalu melangkah keluar.

Argh, aku benci dia!

Sempat tanganku ditarik, namun aku segera merentapnya sekuat hati. Tanpa mempedulikan dia lagi, aku terus berlari ke arah kedai serbaneka berdekatan untuk berlindung sekiranya dia cuba memaksa aku.

Telefon dikeluarkan sebelum nombor Sumitha dicari. Aku perlu meminta mereka untuk mengambil aku di sini.

Baru ingin memanggil, tiba-tiba seseorang berdiri di hadapanku sebelum telefon diambil dan panggilan dibatalkan.

Bukan Jebat.

Taipan.

"Saya hantar cik balik ke rumah," katanya sambil mengembalikan telefon aku.

"Tak apalah, saya boleh minta..."

"Cik nak lari daripada Jebat kan? Dia tengah berjalan ke sini, jadi kalau cik tak nak kena paksa dengan dia..."

"Adara!"

Saling memotong kata antara satu sama lain, Jebat muncul dengan wajah yang sudah bengis menahan marah. Menyeru namaku dengan segenap authority sebagai suami.

Berdiri saja di depanku, terus tanganku ditarik sebelum secara tiba-tiba tubuhku dicempungnya.

Terjerit aku dibuatnya. Bukan saja terkejut, tapi juga kerana malu bila aku rasa diperhatikan oleh banyak mata terutamanya Taipan.

"Turunkan saya!" Dadanya ditampar-tampar bagi memaksa Jebat untuk melepaskan aku, tapi dia buat tak dengar saja dan tetap berjalan laju.

Setibanya di kereta barulah aku dilepaskan. Itu pun terus ditolak masuk ke dalam kereta sebelum jarinya naik memberi amaran untuk aku tidak melawan. Tak sempat aku nak menyambung rontaan dan membangkang, tiba-tiba aku melihat Taipan bergerak laju ke arah Jebat dengan tangan yang dikepal keras.

Jebat yang membelakangi...

"Jangan!" Aku terus berdiri sekali gus Jebat ditolak ke tepi.

Untung saja Taipan belum sempat melayangkan tumbukan, kalau tidak mesti muka aku yang akan menjadi mangsanya.

Taipan terhenti dan Jebat memandang Taipan. Bersabung mata penuh amarah.

Oh Allah! Suasana begitu tegang dan aku tak sukakannya.

"Stop it!" Suaraku terus meninggi saat Jebat mula menerpa ke arah Taipan seolah mereka mahu memulakan satu pergaduhan yang pastinya berpunca daripada aku.

Langkah Jebat terhenti, namun dia masih memandang Taipan seperti mahu dilumatkan. Begitu juga dengan Taipan. Pandangannya menyeramkan. Kedua-duanya tiada sedikit pun gentar.

"Just stop it. Both of you!" Aku menarik Jebat supaya menjauhi Taipan.

Aku memandang Taipan. Senyum dikuntum dan aku mengangguk lembut.

"I'll be okay. Saya balik dengan Jebat," kataku.

"Cik tak perlu ikut cakap dia kalau cik tak mahu. Saya boleh bawa cik balik dengan selamat."

"Habis dia nak ikut cakap siapa kalau bukan aku? Kau?" Jebat mencelah.

"Stop it, will you?" Tanganku naik menyentuh dada Jebat. Menahan dia daripada terus memprovokasi.

Cukuplah. Aku pun sudah mengalah.

Tanganku ditarik masuk ke dalam kereta. Sempat aku melihat dia bersabung mata dengan Taipan sekali lagi sebelum ikut sama masuk ke dalam kereta. Sebaik saja kereta mula bergerak, aku terus melambai Taipan sekali lagi.

Lambaian itu terhenti bila tanganku ditangkapnya sebelum digenggam rapat ke pahanya. Menahan tangan aku di situ supaya aku tak boleh lagi mengangkat tangan untuk melambai.

Aku cuba menarik semula, tapi akhirnya sebuah jegilan tajam dihadiahkan untuk aku.

"Adara, stop it. You're pushing me too far." Amaran.

You're pushing me too far. Yada yada yada!

Bluerk! Menyampah.

....

10 bab pertama selesai! Apa Taipan buat dekat sini? Yang dah baca Rayyan Halzeri mesti tahu kenapa Taipan ini tak patut didekati kan? Tapi Adara tak tahuuu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience