Bab 29

Romance Series 39485

DUM!

Langkah terhenti bila bunyi sesuatu terjatuh itu kedengaran lagi. Sekali dua, memang takut. Tapi bila dah berkali-kali seperti ini, takut itu sudah bertukar menjadi rasa ingin tahu. Bunyi apa itu?

Hampir dua minggu tinggal di sini, aku sudah boleh mengenali reka bentuk dan ciri-ciri persekitaran di sini. Di sebelah rumah yang berjarak dan terbahagi jauh dengan rumah yang lain, ada sebuah pintu kecil. Semua rumah pun ada. Aku rasa itu stor.

DUM!

Sekali lagi!

Aku terus memandang ke belakang. Lif yang masih tertutup.

Jebat di bawah. Dia sedang menunggu penghantar makanan memandangkan aku sudah terlalu letih untuk menunggu di kedai bersama Jebat. Aku yang naik terlebih dulu untuk terus berehat.

Sebab Jebat masih di bawah...

Kakiku dibuka menuju ke arah stor.

Jantung berdegup kencang, takut. Jangan keluar hantu atau haiwan buas sudahlah!

Tangan menekan butang yang berada pada pintu. Canggih sangat sampai aku memerlukan lebih seminggu untuk sedar yang itu adalah sebuah pintu.

Pintu terbuka. Aku terus menyentuhnya. Menarik perlahan dalam debaran yang menggila. Namun baru berjaya menarik sedikit, tiba-tiba ada tangan lain melekap di permukaan pintu sebelum pintu terhempas kuat. Tertutup rapat semula.

Aku terus memandang tubuh yang sedang menghulur tangan ke permukaan pintu itu.

Sepasang pandangan tajamnya menyapa.

"Jebat?"

"Kenapa tak terus masuk rumah?" soalnya sebelum tanganku dicapai dan ditarik masuk ke dalam rumah.

"Saya dengar bunyi daripada situ."

"Jangan buka sesuka hati. Ke mana-mana sekalipun, jangan buat sesuatu sesuka hati. Kenalpasti bahaya terlebih dahulu, baru bertindak."

"Bahaya? Apa yang ada dalam itu?" Dahiku sudah berkerut memandang Jebat yang terus saja membawa plastik makanan teruk ke dapur tanpa mempedulikan soalan aku.

Aku ikut masuk ke dapur. Melihat Jebat yang sedang menghidang bungkusan makanan itu, aku terus menghampirinya.

"Duduk, makan," arah Jebat.

"Apa yang ada dalam itu? Banyak kali saya dengar bunyi."

"Adara..." Meleret suaranya. Sebuah amaran untuk aku.

"Jebat..." Aku ikut meleretkan suara, hanya leret suaraku bernada merayu dan memujuk.

Jebat menghembus nafasnya. Pendek. Wajahku direnung lama sebelum dia mengangguk sekali.

"Ada orang jahat."

Ha?

"Janganlah main-main, Arrayan. Saya bukan budak kecil untuk awak takutkan guna ayat macam itu."

"Kalau tak percaya, terpulang. Sekarang, duduk dan makan. Lepas ini terus masuk mandi."

Aku menurut saja. Tak mahu melawan atau banyak tanya. Hari ini Jebat sudah menunaikan permintaan aku untuk bertemu pak cik. Banyak yang kami bualkan, termasuklah menyampaikan sedikit wang yang diberi oleh Jebat. Aku puas hati dan aku terhutang budi kepada Jebat, jadi kenalah buat baik!

Selepas makan, aku terus masuk ke dalam bilik. Bersedia untuk mandi.

Baru masuk ke dalam bilik air, tiba-tiba Jebat ikut masuk sama. Tak sempat aku menutup pintu. Lelaki itu terus menuju ke arah singki. Diambilnya berus gigi lalu dilalukan di bawah mesin ubat gigi yang melekat di dinding, dan dia terus memberus giginya.

"Awak tak boleh mandi dekat bilik air luar ke?" Bilik lain juga ada bilik mandi sendiri. Nak juga masuk ke sini.

Ambil kesempatanlah itu!

Jebat tidak menjawab, hanya memberus giginya. Dia memandang aku hanya melalui cermin di hadapannya.

Tapi sudah alang-alang dia memberus gigi...

"Tolong ambilkan berus gigi saya," mintaku.

Jebat menarik berus gigiku. Dilalukan juga bawah mesin ubat gigi, sebelum diserahkan kepada aku.

Sudah tak pasal-pasal kami bersama memberus gigi di depan cermin. Dulu pun tak macam ini!

"Tadi isteri pak cik kirim salam dekat awak. Dia malas nak mengganggu perbualan awak, pak cik dengan Akiq tadi." Selesai berkumur, aku terus bercerita.

Tadi kami berbual secara terpisah selepas aku meminta diri setelah puas berbual dengan pak cik. Aku bersembang dengan isteri dan anak perempuan pak cik. Hani itulah.

Jebat hanya mengangguk. Mungkin menjawab dalam hati saja.

"Tapi saya tengok macam serius aje perbualan awak bertiga. Awak bualkan apa?" Aku bersandar pada singki menghadapnya. Betul-betul di tengah ruang yang ditinggalkan antara Jebat dan singki.

Mahu dia memandang aku.

"Sindiket."

"Sindiket yang cuba pecah rumah hari itu?"

Jebat mengangguk.

Baju dibuka lalu dia mencampakkannya ke dalam bakul baju. Jebat berdiri tenang di depanku seperti memberi ruang untuk aku menyoal lagi.

Peluang keemasan!

"Kenapa ramai orang takut pada awak? Akim, orang yang cuba pecah masuk itu..."

Jebat menjongket bahu. "Tanyalah dia orang."

"Akim kata dia hormatkan awak." Aku keluar seketika. Menukar pakaian aku ke baju T polos memandangkan Jebat seperti tiada ura untuk keluar.

Maknanya, aku perlu mandi berbaju.

"Jadi itulah jawapannya."

Aku melalui belakang Jebat, terus membuka pintu kaca sebelum air pancuran dibuka. Tubuhku disapa kedinginan air. Selesa!

"Tapi kenapa dia orang kena hormatkan awak? Siapa awak?"

Tak puas hati. Reaksi Akim dan lelaki yang cuba memecah masuk hari itu lebih kurang saja. Keduanya nampak takutkan Jebat. Cuma satunya kata, itu sebuah penghormatan.

"Tanyalah dia orang. Kenapa kena hormat? Jawapan itu tak ada pada aku," balasnya sebelum tak semena-mena, dia juga melangkah masuk dan berdiri di bawah air pancuran bersama aku.

Kerana tak mahu terlalu rapat, aku terus berundur. Memberi dia ruang. Namun ruang itu tidak diperlukan bila Jebat terus menarik aku rapat ke tubuhnya. Membiarkan kami berdua lencun bersama.

"Awak tak kekok dengan saya. Macam dah biasa. Dengan perempuan lain pun awak buat macam ini ke?" Aku memerangkap. Cubaan.

Jebat tersenyum. Senget. Seperti mahu ketawa, tapi juga tercabar mendengar soalan itu.

"Kau perempuan yang pertama berdiri serapat ini dengan aku."

Oh?

"Dhia juga terkecuali?"

Dahinya berkerut. "Kenapa dengan Dhia?"

"Q kata awak jurulatih Dhia. Nak melatih mesti kena dekat-dekat juga kan?"

"He told you that?"

Aku mengangguk yakin.

"Then someone is asking for a good beating."

"No, he is not. You won't touch him because I won't let that happen. But if you insist, you'll have to go through me. Dan awak tak akan menang, saya dah janji dengan Q." Fuh, rasa macam nak libas rambut sambil berjalan keluar secara slow motion!

Oops!

Aku hampir terjerit saat tubuhku ditariknya sebelum belakang badan melekat pada dinding. Aku keluar daripada pancuran air, sementara dia masih di dalam. Dia merenung aku bersama sengihan senget yang nakal di sebalik pancuran air. Melihat dia seperti itu, aku rasa darah terus tersekat dan jantung sudah tak mahu mengepamnya.

Seksi betul!!!

"Confident much, huh?"

Aku tersenyum walau jantung sudah memberi signal kepada otak untuk pura-pura mati saja sekarang. Terlalu gementar dan terlalu tergamam melihat auranya.

"Of course. Because I know you won't hurt me."

Senyuman sengetnya perlahan-lahan pudar, lalu diganti dengan wajah senada bersama pandangan yang terus meredup. Ia membuatkan senyuman aku juga ikut terpadam sama.

Rasa serba-salah.

"Awak, saya salah cakap ke?" soalku.

Tanganku naik menyentuh kedua sisi rahangnya. Jika memang aku bersalah, maka ini adalah sebuah permohonan maaf dan pujukan.

"Nope." Jebat menggeleng perlahan.

"Jadi kenapa awak macam sedih?"

Bibirnya tersenyum segaris. Tangan Jebat naik menyentuh tanganku yang sedang melekap pada pipinya. Kekura tanganku diusap lembut sebelum tanganku dibawa ke bibir. Dikucup dengan mata yang lena merenung ke dalam mataku.

"Orang sentiasa nampak aku sebagai pemangsa, lelaki jahat yang pentingkan diri, you're the only one who truly knows me. I'm grateful for that." Tapak tanganku dikucup.

Meremang bulu roma!

"Really? Who you really are?"

Jebat menjongket lembut keningnya. Bibirnya semakin tertarik dengan senyuman.

"I don't know. You tell me." Jebat berbisik dan pandangannya semakin dalam.

Dan aku tahu itu adalah sebuah titik yang memerlukan aku untuk menghentikan situasi ini jika tidak mahu segalanya semakin sukar untuk dihentikan nanti.

Perlahan-lahan tangan ditarik semula. Aku menguntum senyum nipis, memujuk. Kerana aku tahu Jebat akan kecewa.

Bukan sekarang, suami...

"Saya mandi di bilik sebelah," kataku. Meminta diri.

Baru pintu kaca ingin dibuka, Jebat sudah mencapai tanganku semula. Aku ditarik kembali ke posisi awalnya. Berdiri di bawah pancuran bersamanya. Jebat melagakan dahinya dengan dahiku. Menunduk dan sedikit membongkok kerana perbezaan ketinggian.

"You don't have to tell me now. Beritahu segalanya tentang aku bila kau dah bersedia," bisiknya.

Aku mengerti, dan aku hanya diam. Jika mengangguk, aku takut segalanya akan terbongkar lebih awal berbanding yang dirancang. Aku yang akan berlaku jujur, tapi bukan sekarang. Bukan dalam keadaan keduanya sudah basah kuyup macam ini.

Soon, suami. Very soon.

BERSAMA secawan teh, aku melangkah ke arah bilik utama. Rambutku yang dibiar lepas, dijaga sehabis baik. Takut tercelup masuk ke dalam teh ini, tak pasal-pasal Jebat minum teh perisa shampoo Kiehl's aku.

Jebat yang sedang berdiri memandang pemandangan luar itu didekati. Dia hanya berseluar pendek, persis dulu. Tangannya bersenang diri di belakang. Dadanya bidang dan tubuhnya cukup sasa. Ketinggiannya menyempurnakan bentuk tubuh yang sempurna.

MasyaAllah, ciptaan Allah yang satu ini tak pernah gagal menggoda aku. Nafasnya saja sudah cukup untuk membuatkan aku terpanah!

"Awak..." Berdiri di sebelahnya, aku terus memanggil lembut sambil menghulurkan secawan teh tadi.

Cawan teh bertukar tangan. Jebat tersenyum nipis sebagai ganti ucapan terima kasih. Dia menghirup sedikit sebelum teh tadi diletakkkan atas night stand.

"Awak mesti suka pergi gym kan?" Soalan itu terkeluar sedang sibuk mencuci mata.

Alah, tak apa. Suami sendiri!

Jebat memandang aku. Dahinya sempat berkerut sesaat. Hairan agaknya kenapa aku berminat nak menyoal tentang itu.

"Bolehlah."

"Bolehlah? Awak bukan lelaki yang hardcore gila bersenam itu ya?"

Jebat menjongket bahunya. "Kalau MMA dikira bersenam, boleh dikatakan hardcore."

Oh, aku faham.

"Jadi awak lebih suka berlawan berbanding bersenam?"

Dan aku terus tersenyum bila dia mengangguk sekali. Begitu!

"Macam mana awak boleh berlawan?" soalku lagi.

"Dari kecil papa dah hantar untuk belajar silat dan tae kwan do. Bila terbang ke luar negara untuk sambung belajar, aku mula sertai MMA. Boleh dikatakan seumur hidup aku dilatih untuk berlawan."

Begitu...

"Awak suka?"

"Suka apa?"

"Berlawan?"

Jebat terdiam. Pandangannya yang sedikit berubah redup seakan memberi jawapan. Juga seakan petanda bahawa tidak pernah ada manusia yang menyoal soalan sama.

Dia tidak menyukai itu.

"Kenapa awak buat apa yang awak tak suka?" Aku mendekatkan lagi jarak kami.

Tubuhnya menghala ke pemandangan luar, namun matanya memandang aku. Dan aku, sepenuhnya untuk dia. Tubuh dan mataku, memerhati Jebat.

"Anak lelaki, anak sulung. Kena jadi lelaki kuat dan hebat. Kena pandai dalam bidang akademik, kokurikulum dan seni pertahanan diri. Serba-serbi kena sempurna, kalau tidak bukan jantan namanya."

Dahiku berkerut.

Kenapa Jebat cakap macam ini?

"Itu apa yang papa cakap." Dan ini adalah jawapannya.

Papa...

"Bila aku tolak dan tak mahu teruskan bersilat, papa akan rotan. Bila aku dapat 99 markah dan bukan 100, papa akan kurung dalam bilik dan paksa belajar dari pagi sampai ke malam. Bila aku dapat tempat kedua dan bukan pertama dalam acara sukan, papa akan mengamuk. Lembik, lembab dan bukan anak jantan, katanya. Bila aku mula melawan cakap, dia akan pukul. Anak tak kenang budi dan kurang ajar."

Dahiku semakin berkerut. Jika tadi hairan, sekarang sudah bertukar emosi. Marah. Hatiku panas mendengar itu. Patutlah Jebat begitu kasar dan tidak ngam dengan papanya, rupa-rupanya kerana dia didera sejak kecil!

"Awak boleh berhenti buat semua itu sekarang. Dah tak ada keperluan lagi kan?"

Jebat menggeleng lembut. "Tak boleh, stella. Semuanya belum selesai. Masih ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan."

"Sampai bila?"

"Sampai kau betul-betul selamat. Sampai..." Kata-kata Jebat terhenti di situ bila telefonnya yang terletak di atas katil berdering.

Aku yang tolong ambil telefon itu untuknya. Nama mama terpapar di skrin telefon.

Jebat pula, bila melihat nama mama, dia terus memandang ke luar dan tak mempedulikan telefonnya.

"Awak..."

"Bukan mama," kata Jebat.

"Maksudnya? Ini kan nama mama?"

"Mama tak akan call pada jam satu pagi, Adara."

"Jadi ini siapa?"

Jebat diam. Dan diamnya cukup untuk memahamkan aku. Sudah kalau bukan mama dan Jebat tidak mahu menerima panggilan itu, maksudnya tak lain dan tak bukan mesti papa. Panjang betul umurnya. Baru sebut dah muncul.

Tak lama kemudian, deringan berakhir dan Jebat mengeluh panjang.

Aku tunduk memandang skrin bila notifikasi kedengaran. Tulisan yang muncul, dibaca.

Cut her off. She's of no use to us anymore.

Tak tertahan, terus berubah riak wajahku melihat pesanan ringkas itu.

Dan aku yakin Jebat sedar akan perubahan wajahku, kerana dia terus mengambil telefonnya. Skrin dipandang seketika sebelum satu dengusan keras terlepas. Jebat mengetuk-ngetuk skrin telefon sebelum tak lama kemudian, suara seseorang berhelo di hujung sana kedengaran.

...

Bab ini masih ada sambungannya tapi tak boleh dipost habis kerana limit perkataan Novelplus. Boleh baca di apps W.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience