Bab 20

Romance Series 18843

HARI ini aku dijemput oleh keluarga Jebat untuk makan malam bersama di rumahnya bagi menggantikan ayah. Seawal selepas maghrib lagi aku sudah bersiap-siap bersama wuduk yang dijaga untuk ke sini.

Aku terus menguntum senyuman mesra sebaik saja seorang wanita datang menghampiri aku dengan tangan yang didepa seolah mahu membawa aku masuk ke pelukannya.

"MasyaAllah, alhamdulillah. Cantiknya Adara. Dah lama mama tak tengok Adara." Dan aku terus dipeluknya.

Elok saja pelukan dilepaskan, aku terus tersenyum lebih lebar.

"Auntie datanglah ke rumah kami. Mesti dapat selalu tengok Adara. Sebab Adara memang terperap dalam rumah aje."

Aku nampak wanita itu seperti tersentak seketika sebelum senyuman yang kedengaran agak palsu dilepaskan.

"Yalah, nanti auntie ajak uncle ke sana. Bolehlah jenguk ayah kamu sekali," balas auntie.

Elok saja wanita itu mempelawa aku untuk ke meja makan, Jebat muncul dan lantas memberi salam.

Oh, kami pergi bersama. Ayah yang izinkan dan Jebat yang beri arahan untuk aku pergi bersamanya. Cuma tadi dia suruh aku masuk dulu kerana dia perlu menjawab panggilan entah siapa.

"Ingatkan kamu tak ikut makan malam, Jebat." Tiba-tiba suara lain mencelah. Seorang lelaki tua muncul daripada ruangan yang aku rasa ia adalah bilik, lalu melangkah ke arah kami.

Papa Jebat.

"No one knows better than you how much I loathe being here," balas Jebat. Senada dan tiada kemesraan.

Aku memandang kedua lelaki ini bergilir-gilir. Jebat yang begitu serius dengan mata yang tajam tidak langsung memandang papanya. Antara mereka berdua, aku tak dapat mengesan sebarang kemesraan atau hubungan antara anak dan bapa.

Tapi kenapa?

"Sudahlah itu. Jangan nak bertegang urat depan Adara, Arrayan." Tangan wanita itu terus memukul lembut lengan Jebat sebelum aku ditariknya terus ke arah meja makan yang juga terletak berdekatan ruang tamu.

Auntie menarik aku untuk duduk di sisinya, tapi tiba-tiba saja tanganku ditarik pula oleh Jebat sehingga aku terduduk di kerusi sebelahnya.

Kini kami duduk bertentangan dengan mama dan papa Jebat.

Keadaan semakin janggal dan aku semakin tak selesa. Di antara Jebat dan ibu bapanya seolah ada tembok tinggi yang tak akan mampu untuk diruntuhkan.

"Auntie ada masak gulai tempoyak..."

"Adara tak makan makanan yang berbau."

Aku terus teleng kepala pandang lelaki di sebelahku yang laju saja mencantas kata-kata mamanya. Sampai berubah muka auntie!

"Ya ke? Maaflah, mama tak tahu. Adara makan yang lain aje. Ini ada masak lemak dan siakap." Auntie terus mengalihkan mangkuk gulai tempoyak itu jauh daripada aku.

Jebat ini, buat aku rasa bersalah pula. Tapi mana dia tahu yang aku tak makan makanan berbau ya?

"Kiranya lebih kuranglah kamu berdua kan? Dua-dua tak makan makanan yang berbau. Jebat ini durian pun dia tak nak sentuh. Paling pantang kalau orang simpan durian dalam rumah ini berhari-hari. Dia tak suka dengan baunya. Dalam peti sejuk, jangan nak diletak sambal tempoyak atau apa saja bahan masakan dan makanan yang berbau. Marah dia nanti." Auntie mula bercerita.

Oh, macam itu ke? Lagi kronik daripada akulah maksudnya. Aku sekadar tak makan makanan berbau, tapi kalau nak menghidu semata tak ada masalah. Cuma sentuh atau makan saja yang aku tak akan buat.

Aku ingat lagi kali pertama dan terakhir aku dipaksa untuk makan durian oleh arwah mama, tanganku berbau berjam-jam lamanya! Nafas dan mulut pula berbau seharian.

Serik!

"Kalau macam itu, mari kita makan. Adara nak makan apa? Auntie sudukan." Auntie sudah sedia mengambil sudu dalam pinggan ikan siakap. Bersedia untuk menjamu aku.

Tapi tak mahulah sampai dijamu walaupun itu satu cara tuan rumah untuk menyantuni. Dah besar badak macam ini rasanya elok aku saja yang menjamu diri sendiri.

Huhu.

Baru nak membuka mulut, tiba-tiba sebelah tangan Jebat menjalar di depan muka aku terus ke sudu yang dipegang oleh mamanya. Sudu itu bertukar tangan dan Jebat mencedok cebisan ikan siakap ke pinggan sendiri, lalu diikuti dengan lauk-pauk lain.

Sampai berkerut-kerut auntie dan uncle melihatnya. Macam tengah geram dengan aksi Jebat.

Tapi jangan terlalu cepat mengkritik. Apa yang Jebat cuba lakukan? Lelaki sepertinya tak mungkin ada sifat kurang adab seperti ini. Dia lelaki yang menjaga imej dan sikap. Sekali pandang pun orang sudah tahu.

Mataku mengikuti sudu dan garpunya yang menari-nari mengutip setiap lauk sebelum disuap ke dalam mulut. Dia mengunyah dan menelan sebelum air pula diteguk. Kemudian, lelaki itu hanya bersandar tenang seperti tiada apa yang berlaku.

Okay, mungkin dia memang tak ada adab!

"Mari makan, Adara. Jangan difikirkan sangat Jebat itu. Dia memang pelik sikit." Auntie terus menyambung niatnya yang terbantut tadi. Semua lauk-pauk yang tidak berbau kuat dicedoknya menghiasi pinggan aku.

Kami berbismillah. Tapi hanya aku dan auntie. Uncle hanya diam memandang ke arah Jebat seperti seorang hakim yang ingin menjatuhkan hukuman ke atas pesalah.

"Makan cepat, Adara," arah auntie.

Aku menyudukan nasi ke mulut. Tapi tak sempat buka mulut pun lagi, tiba-tiba tanganku digenggam oleh Jebat. Menghalang aku untuk meneruskan suapan.

Terkebil-kebil aku memandang dia yang sedang merenung tajam tepat ke muka aku.

"Kenapa?" soalku separuh berbisik.

Terlalu hairan dengan tingkahnya sampai tak terkeluar suara.

Tapi Jebat hanya diam. Soalanku tidak dibalas dengan tanganku yang masih digenggam erat.

"Dah lima minit berlalu dari saat kamu telan semua makanan itu. Nak tunggu lagi sejam dua ke untuk pastikan yang makanan dalam rumah ini bebas daripada racun?" Uncle yang sedari tadi diam, akhirnya bersuara tegas.

Aku terus terbeliak mendengar itu.

Racun?!

Kerusi terseret ke belakang saat aku terus berdiri tegak dan merapatkan diri dengan Jebat. Tanganku automatik naik menyentuh mukanya sebelum aku memaksanya untuk membuka mulut.

Tiada apa-apa luka melecur atau apa saja dalam mulutnya.

"Awak boleh bernafas? Ada rasa nak muntah? Pening? Rasa nak pitam?"

Satu lagi simptom keracunan adalah sawan. Tapi Jebat nampak baik-baik saja.

Perhatian teralih saat uncle tergelak besar.

Berkerut dahiku memandangnya. Apa yang lawak? Atau memang ada racun dalam makanan ini?!

"Adara terpelajar. Mungkin Adara juga ada pendedahan dalam hal ini. Berapa lama masa yang diperlukan untuk racun bertindak, Adara?" Uncle menyoal bersama senyuman lebar di bibir.

Dalam rasa hairan sambil sesekali memandang Jebat bagi memastikan yang dia masih baik-baik saja, aku menjawab. "Bergantung kepada jenis racun. Antara racun paling cepat bertindak, Cyanide. Hanya perlukan beberapa minit untuk tunjukkan simptomnya."

Selesai menjawab, aku kembali memfokuskan diri. Jebat ditilik. Menanti jika ada apa-apa simptom yang disebut, namun dia masih sama. Masih baik-baik saja.

"Awak tak apa-apa? Janganlah diam. Beritahu saya. Awak ada rasa mana-mana simptom yang saya cakap tadi?" Aku memaksa Jebat untuk menjawab soalanku. Bahunya ditepuk berkali-kali.

"Come on, Arrayan. Papa tak akan buat benda-benda macam itu untuk dapatkan apa yang papa mahu. Semua makanan ini selamat untuk dimakan. Tak ada racun, tak ada apa-apa yang boleh membahayakan Adara." Uncle memandang aku pula.

"Duduk dan makan, Adara. Dalam makanan dan minuman itu tak ada Cyanide, Ricin, Aconitine atau Solvents. Jangan takut. Jebat hanya risaukan kamu dan ambil langkah berjaga-jaga walaupun langkahnya kali ini agak mengecilkan hati mama dan papa dia ini." Uncle tergelak di hujung kata sebelum dia turut membaca doa makan bersendirian, lalu terus menjamu selera begitu sahaja.

Aku sudah terkelip-kelip memandang Jebat yang masih serius seperti tadi. Sampai sekarang memang tiada sebarang tanda-tanda orang diracun. Dia pun tak ada kata apa-apa. Agaknya memang betullah yang makanan ini selamat.

"Duduk, makan." Dan Jebat menambah keyakinan aku dengan menolak kerusi aku yang sudah terseret ke belakang tadi.

Elok saja aku melabuhkan punggung semula, Jebat terus menukar pinggan nasiku dengan pinggan dia yang sudah berisi lauk-pauk. Begitu juga dengan cawan minuman.

Dan jika difahami semula situasi tadi, Jebat makan dan minum kesemuanya terlebih dahulu untuk memeriksa kalau-kalau dalam makanan ini ada bahan berbahaya. Maksudnya perbuatan menukar pinggan dan cawan ini juga untuk hal yang sama. Mungkin untuk langkah berjaga jika nasi, pinggan atau cawan itu yang berbahaya untuk aku.

Tapi dah kenapa pula Jebat berprasangka buruk terhadap orang tuanya sendiri? Dan...

Kenapa Jebat sanggup mengambil risiko untuk mati terbelalak dengan segala organ melecur dan jahanam semata bagi memastikan yang aku selamat?

Kali terakhir sebelum aku benar-benar menjamu selera yang agak terbantut, Jebat menukar sudu dan garpu antara kami.

Dia buat aku tak senang duduk dengan kejantanan yang satu itu. Act of service atau sifat protective yang begitu seksi! Aku rasa ingin menari dalam skirt panjang di tengah kebun bunga dengan jantung yang mula berdegup kencang kerana sedikit 'pengorbanan' Jebat.

Satu lagi markah seksi untuknya!

"ADARA datang lagi ya? Ajak Jebat ke sini sama. Nanti auntie masak yang lagi sedap untuk kamu berdua." Auntie menarik aku masuk ke dalam pelukannya sebaik saja tangannya aku kucup.

Tubuhku dipeluk erat. Belakang badanku diusap lembut.

Sebaik saja pelukan dirungkai, aku terus menguntum senyuman dan mengangguk lembut. Kalau ada masa mesti aku akan datang ke sini untuk melawat auntie. Auntie orang yang baik. Berbual dengannya terasa seperti berbual bersama arwah mama. Setiap sentuhannya, pandangan lembutnya dan nada prihatinnya membuatkan aku bertambah rindu terhadap arwah mama.

"Kalau Jebat tak nak datang pun, kamu datang saja dengan ayah atau pengawal kamu. Jangan tunggu Jebat. Dia itu nak datang melawat kami pun susah. Ini kali pertama dia pijak kaki ke rumah ini selepas setahun," celah uncle.

Sempat kedua lelaki itu bertukar pandangan.

Aku terus mengerling Jebat yang sedang berdiri di sebelah. Dia masih dingin. Rasanya memang betullah apa yang dia kata, dia memang tak suka berada di sini. Kalau sudah setahun tak balik, betapa tinggilah pula tahap tak suka itu. Tapi kenapa tak suka?

Aku mahu menjawab,"insyaAllah, nanti..."

"Dia tak boleh keluar walau untuk menjemur pakaian tanpa izin lelakinya. Adara orang yang patuh, lembut dan sopan. Jangan ajar dia untuk jadi macam papa." Tapi Jebat memotong. Begitu lancang dan setepek!

Sampai aku ternganga mendengar itu.

Dia cakap macam itu dekat papa dia sendiri?!

Dan lelakinya? Mungkin merujuk kepada izin ayah?

"Jangan kurang ajar, Jebat. Apa yang kamu sedang buat sekarang adalah contoh untuk orang sekeliling, termasuk Adara," balas uncle. Tersengih, namun itu sengihan geram. Pandangan uncle mula berubah tajam.

Tahulah aku daripada mana Jebat dapat sepasang mata yang begitu tajam itu. Papanya. Mata yang nampak mengantuk, namun bulu mata melentik dan kening hitam tebal terbentuk cantiknya berjaya memberi penegasan buat sepasang matanya sehingga ia nampak begitu cantik. Ciri itu ada pada uncle.

Dan satu lagi, mata sanpaku. Mereka berkongsi mata sanpaku yang sama.

"Oh, don't stress about it. Dia dididik oleh bapa yang penyayang dan mencintai dia sepenuh hati. Dia adalah orang dengan sifat dan sikap terbaik yang wujud dalam muka bumi ini kerana dibesarkan oleh Datuk Zamrul. Adara adalah keutamaan ayahnya. Segala cacat dan cela akan diterima seadanya. Tak ada dua, tak ada ganti. That's what a father is and supposed to be, pa. Unlike you."

Semakin tegang. Situasi ini membuatkan aku terus berundur perlahan-lahan ke belakang. Cuba untuk meninggalkan situasi yang menakutkan ini. Namun elok saja tiga langkah dibuka, tanganku sudah ditangkap Jebat sebelum aku ditarik sehingga tersorok di belakang badannya.

Uncle meletuskan tawanya.

Ingatkan Jebat akan tergugat dengan tawa itu, tapi lain pula jadinya bila lelaki ini ikut meletuskan tawa yang sama, namun dengan nada yang lebih menakutkan. Lebih maniac!

Sampai uncle terus terdiam.

"Laugh it off, as you're laughing at yourself now." Dan Jebat mematikan tawanya. Wajah kembali serius.

"You should never have been a father. In another life, use condoms," tambahnya.

Elok saja habis di situ, terus tangan papa naik tinggi dan melayang ke arah kami. Lebih tepatnya Jebat.

Namun tak sampai sesaat tamparan itu terbang, Jebat sudah menangkap lengan uncle. Tangan uncle bergetar seakan sedang cuba melawan daya yang ada pada genggaman Jebat, namun ia sia-sia saja. Semakin dilawan, semakin kuat tangannya dicengkam.

Aku sudah menekup mulut sendiri. Tak pernah lagi aku tengok siaran langsung si Tanggang anak derhaka depan mata!

"Aku ada perempuan yang perlu dilindungi. Kalau kau rasa dengan naik tangan ini dapat menutup mulut dan merendahkan aku, kau salah. Aku bukan Jebat yang dulu. Yang boleh kau hentam dan pukul setiap kali pencapaian atau tindakan aku tak selari dengan kemahuan kau. Be nice, pa. I'd crumble the world to dust to protect her, and you're not an exception."

Tangan uncle terus ditepis ke tepi sebelum tanganku kembali dicari. Tiada salam, tiada lambaian, terus Jebat menarik aku ke keretanya.

Masuk saja ke dalam kereta, dia merapat ke arahku. Memakaikan tali pinggang pada tubuhku macam aku tak boleh nak buat sendiri. Dan tanpa menunggu lebih lama, atau sempat pakaikan tali pinggang pada diri sendiri, Jebat terus menekan minyak sampai belakang badan melekap pada kerusi kerana lajunya pemanduan Jebat.

Patutlah tak menyempat sampai dia sendiri yang tolong tarik tali pinggang. Rupanya dia mahu menggila!

Tapi kerana tak berani untuk meminta dia bertenang dan perlahankan kereta ini, maka aku senyap saja sambil berdoa yang kami tak akan terbabas di mana-mana.

Amin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience