HARI ini adalah harinya.
Aku akan berlaku jujur dan mengaku bahawa semua tentang ingatan itu hanyalah satu lakonan. Aku tak tahu apa yang akan berlaku selepas itu, tapi yang pasti, aku sudah tidak mahu berpura-pura di depan Jebat lagi.
Aku percaya dia ke? Tidak. Aku sudah memaafkan dia ke? Tidak. Aku masih berharap untuk menjadi isterinya? Tidak. Aku masih berharap bahawa dialah lelaki yang akan melindungi aku? Tidak.
Tidak lagi.
Aku sedar bahawa kebergantungan itu hanyalah kepada Allah, bukan manusia. Jika aku perlukan perlindungan, maka Allah yang perlu dicari. Aku terlalu berharap pada manusia selama ini sehingga aku kecewa. Kerana benar, manusia akan sentiasa mengecewakan.
"Ayah, hari ini Adara tak ke rumah ya? Esok, insyaAllah Adara akan bermalam di sana." Aku meminta maaf terlebih dahulu.
Ayah yang sedang berada di dalam panggilan terus ketawa kecil.
Patutnya kami menginap di rumah ayah malam ini. Namun kerana aku perlukan malam ini untuk berdua bersama Jebat, maka aku tukar ke hari esok.
"Kamu janganlah jadikan hari melawat ayah itu ruji dan wajib. Bila ada masa, datang. Tak ada masa, hari lain masih ada. Ini siap berjadual. Dah macam kalau tak melawat sehari, berdosa besar pula," kata ayah.
"Adara tak nak ayah sunyi. Kalau boleh, biar ayah tak sempat rindu pun lagi." Aku membalas sambil menilik tubuh di depan cermin.
Gaun malam satin berwarna krim dengan robe setona di luar. Aku mengikat tali di bahagian pinggang. Dipastikan kemas.
"Adara bagi saja ayah cucu, nanti tak adalah ayah sunyi."
Erk!
Seakan tahu yang aku sedang terkedu, ayah terus belasah gelak di hujung sana.
"Ayah ini..." Haish, dengan ayah pun aku perlu jujur. Tapi biarlah bila kami berdepan. Yang pasti, ayah perlu sihat pada waktu itu.
"Ayah tahu. Nanti kalau Adara dah ingat segalanya, jangan bertangguh. Ayah nak rasa pegang cucu sendiri."
Aku diam saja. Tak mahu memanjangkan isu cucu ini. Panas muka dibuatnya.
"Ayah, nanti Adara call lagi ya?" Sebab aku perlu bersiap sebelum Jebat pulang.
"Baiklah. Sebelum datang esok, tolong belikan pisang goreng bijan. Beritahu Jebat, tahulah dia mana tempatnya."
"Okay, ayah. Ayah jangan lupa makan ubat. Terus tidur tahu? Jangan nak masuk bilik kerja pula lepas ini."
"Tak adalah. Ayah memang nak tidur dah. Baru aje makan ubat lepas makan tadi. Adara buat baik pada Jebat ya? Jangan nak marah-marah atau buat dia sakit hati." Ayah menasihati aku.
Lihatlah, walaupun ayah tak beritahu secara terus bahawa Jebat itu adalah suami aku, namun ayah akan membimbing aku untuk menyantuni Jebat seperti sekarang. Ayah benar-benar peduli. Mungkin kerana ini juga ayah sanggup 'membayar' Jebat untuk berkahwin dengan aku.
Kerana ayah peduli.
Sebaik saja panggilan ditamatkan, aku terus memeriksa mesej yang baru masuk tadi.
I'll be home in about half an hour. I have a quick stop to make first.
Setengah jam?
Tapi Jebat nak ke mana? Sudah jam 11 malam. Tadi pun dia tak balik selepas habis waktu pejabat. Katanya ada kerja penting. Nasib baik jugalah hari ini aku tak ikut ke ofis selepas berdrama yang aku tak larat. Kali pertama Jebat mengizinkan aku duduk si rumah dengan syarat jangan ke mana-mana walaupun untuk membuka pintu rumah ini.
Pendek kata, duduk diam-diam dalam rumah.
Be safe.
Selepas mesej itu dihantar, aku terus menyisir rambut. Merapikan rambut yang dibiar bebas. Memastikan penampilan aku adalah yang terbaik berbanding setiap malam sebelumnya.
Aku tak pernah berpakaian seperti ini di depan Jebat.
Sudah yakin yang diri kemas, aku terus ke dapur. Jus oren yang segar disediakan untuk Jebat. Selalunya memang airlah yang pertama dicarinya bila tiba di rumah.
Gelas jus dimasukkan ke dalam peti sejuk. Bila Jebat balik, bolehlah dia minum jus yang masih sejuk. Segar!
Sedang pintu peti sejuk ditolak, tiba-tiba telinga menangkap bunyi itu lagi. Seperti ada sesuatu jatuh atau terhentak.
Kali ini bunyinya agak kuat.
Aku terus melangkah ke arah ruang tamu. Tali robe dikemaskan sebelum aku menekan butang pada skrin di tepi pintu. Video langsung dari luar rumah terpapar. Kosong, tiada sesiapa.
Kalau macam itu, ini mesti bunyi daripada ruang di sebelah rumah ini.
Tapi Jebat tak bagi keluar...
Tapi aku nak tengok apa yang ada di dalam itu!
Dum!
Ah! Nanti minta maaf dengan Jebat. Sekarang langgar!
Aku terus membuka pintu. Dengan berkaki ayam, aku melangkah ke arah pintu itu. Dalam nafas yang sedikit kasar kerana gementar memikirkan apa yang akan keluar bila aku membuka pintu ini, tangan terus menekan permukaan pintu. Terasa pintu sedikit ke dalam sebelum permukaannya timbul.
Ruang yang sedikit terbuka ditarik dengan tubuh yang diundur menjauhi pintu seiring terbukanya ruang itu.
Saat pintu terbuka, tanganku terus naik menutup hidung dan mulut. Busuk!
Tak cukup dengan bau, tiba-tiba deraman seseorang kedengaran. Deraman itu seperti sengaja dibuat bagi menarik perhatian aku.
Dengan sebelah tangan menutup mulut dan hidung, sebelah lagi mula meraba mencari suis lampu. Itu pun kalau ada!
Tapi mengikut saiz ruang ini, mustahil tak ada!
Dan tekaan aku tepat saat tangan tersentuh suis pada dinding. Sebaik saja ditekan, lampu kalimantang menyala dan aku terus loya melihat satu sudut di tepi dinding yang dipenuhi dengan makanan basi. Berlonggok di situ. Tapi tidak nampak terlalu lama. Mungkin bekas makanan dari tiga empat hari yang lepas. Di lantai turut bersepah dengan barang yang jatuh merata.
"Ehmm! Ehmm!"
Aku terus menapak masuk ke dalam. Di sebalik sebuah almari besi yang menempatkan beberapa barangan dan tong-tong, aku terkejut saat melihat seorang lelaki yang diikat pada kerusi kayu sedang menderam keras di situ.
Ya Allah!
Aku segera menerpa ke arahnya.
"Encik!"
"Ehm!!!"
Gosh!
Tanganku menarik kain yang diikat pada mulutnya. Sebaik saja kain itu dicampak ke tepi, lelaki itu terus menangis.
"What happened to you?" soalku kepada lelaki itu.
Entah siapa, namun keadaannya begitu teruk. Tubuhnya kurus seperti tak cukup makan. Bau badannya tengik mencucuk hidung. Di belakang sana ada ruang kecil yang rasanya tempat untuk lelaki ini melepaskan hajat.
"Suami kau!"
"Suami?" Jebat?
"Suami kau iblis! Dia kurung aku sebulan lamanya dalam tempat ini!"
Astaghfirullah haladzim!
"Kenapa dia buat macam itu? Jebat tak akan buat sesuatu yang buruk macam ini." Sekurang-kurangnya itulah yang aku mahu percayai.
Jebat tak mungkin buat sesuatu seperti ini!
"Aku buktinya, perempuan! Lelaki itu iblis bertopengkan manusia. Vigilante konon! Sial! Laki bini, sial! Lepaskan aku sebelum aku terajang kau, betina!"
Aku terjerit saat almari di belakang tiba-tiba ditendang sehingga almarinya jatuh menimpa kerusi yang diduduki lelaki itu. Mujurlah aku sempat berundur dan almari itu tidak jatuh sepenuhnya.
Nafas seakan tersekat saat melihat tubuh berjaket kulit yang muncul dari belakang almari besi terus memandang tajam ke mukaku. Bengis, marah, berang dan menakutkan.
"Awak, saya..." Tak sempat aku mahu menjelaskan sebab aku berdiri di sini, tiba-tiba Jebat mengubah sasarannya.
Jebat menolak almari tadi sehingga kembali berdiri tegak semula sebelum sebelah tangannya terus menyambar kolar baju lelaki itu. Sebelah lagi tangannya naik tinggi, dikepal dengan urat tangan yang terus terlihat jelas menandakan bahawa kepalan itu pastinya mampu untuk mematahkan sebatang dua gigi lawannya.
"What did you just call my wife?" Suaranya dalam, bergetar dan kedengaran seperti pemangsa yang sedang menahan amarahnya daripada meletus.
Dan my wife? Jebat lupa ke yang aku ada di sini?
"Le... Lepaskan aku. Aku..."
"Say it again. I dare you." Jebat tidak mempedulikan permintaan lelaki itu. Makin kemas tangannya dikepal.
Bila lelaki itu senyap dan ketakutan, terus Jebat meletuskan tawa geramnya.
"Kau nak terajang bini aku?" soal Jebat.
"Aku minta maaf, Jebat! Aku... Aku tak sengaja."
Aku terjerit kecil bila penumbuknya naik tinggi seperti mahu diterbangkan ke muka lelaki itu. Terus tubuh Jebat dipeluk dari belakang. Menarik dan menghalang tubuhnya yang sudah tentu tak mampu untuk aku hentikan itu daripada menyakiti tubuh lelaki tadi.
"Let me go, Adara! You'll have your turn soon."
Giliran aku?!
Jangan-jangan...
Jebat dah tahu?
"Jangan, Jebat!" Aku berdiri di antara Jebat dengan lelaki itu. Menghalang Jebat daripada menggila.
Wajah Jebat yang berang dan bengis itu menakutkan, namun lebih menakutkan kalau sampai lelaki ini betul-betul hilang gigi selepas diterajang oleh Jebat.
Jebat mahu menarik tubuhku ke tepi, tapi aku mengeraskan tubuh.
"Please..." Dan aku merayu dengan pandangan yang dilembutkan. Aku ketakutan. Aku tak suka Jebat yang seperti ini.
Wajahnya tak kurang sedikit pun daripada sebarang riak yang menakutkan tadi, namun kepalan tangannya sudah melembut. Jebat menerima permintaan aku walaupun pandangan membunuhnya masih setia di situ.
"You wouldn’t be defending him if you knew the pain he caused you, Adara."
"What pain? Apa yang dia buat pada saya?" Aku memandang Jebat dan lelaki di belakang ini bergilir. Tak mengerti.
"Orang yang hentam kepala kau dengan batu dan tendang perut kau, itu dia." Lurus jari Jebat menuding ke belakangku. Tepat ke arah lelaki itu.
Mataku membulat. Automatik kaki melangkah ke arah Jebat. Berdiri menyorok di belakang Jebat sambil memandang lelaki itu yang sudah menundukkan kepalanya seakan sudah berserah selepas mendengar kata-kata Jebat.
Dia?
"Yeah, that's more like it, stella." Jebat tersengih di hujung bibir. Seperti berpuas hati melihat reaksi aku.
Jebat menolak dagu lelaki itu sehingga dia kembali terdongak memandang kami.
"Kau nak bebaskan? Kau tahu apa yang kau patut buat?"
Lelaki itu mengangguk laju.
Aku berundur dan semakin menyorok di belakang Jebat saat Jebat membuka tali yang mengikat tubuh lelaki itu, sehingga lelaki itu bebas sepenuhnya.
Ingatkan ada babak tumbuk menumbuk akan berlaku, namun semuanya meleset saat lelaki itu terus jatuh dan melutut di depan kami. Lebih tepatnya, dia cuba untuk melutut di depanku. Hanya terbatas kerana aku masih menyorok di belakang Jebat dengan kedua tangan yang menggenggam baju Jebat supaya dia tidak boleh meninggalkan aku.
"Maafkan aku, Adara." Lelaki itu bersuara.
Tanganku ditarik. Jebat menarik aku untuk berdiri di sisinya. Tapi aku tak mahu! Nanti mahu pecah lagi kepalaku dikerjakan lelaki itu!
"Takut apa? I'm here. He won't even think about hurting you, Adara." Jebat bersuara, memujuk untuk aku tidak takut.
Perlahan-lahan aku mencari segenap keberanian untuk membuka langkah. Sebaik saja aku keluar daripada persembunyian, lelaki itu terus merapat. Tangannya cuba menyentuh kakiku seakan mahu melutut sepenuhnya. Mujurlah Jebat sempat menolak lelaki itu.
"Kau sentuh bini aku, kau tak akan nampak matahari esok dah, mat."
"Aku betul-betul minta maaf, Adara. Aku minta maaf, Jebat." Lelaki itu merayu lagi.
"Awak, dahlah itu. Hantar ajelah lelaki ini dekat balai polis."
"Ya, ya! Hantar aje aku ke balai polis. Aku lagi sanggup meringkuk dalam penjara!"
Jebat tersengih sinis. "Sebab itu fikir sepuluh kali sebelum bersetuju untuk sentuh isteri aku. Kau akan dapat tiga kali lipat. I don't go by the law. Sebab itu aku bukan polis."
Sambil bercakap, Jebat bergerak ke arah almari besi. Di almari paling bawah, ada batu bata. Batu itu diambil sebelum dia kembali mendekati lelaki yang sudah mula gelisah dan menggigil melihat batu itu.
"Shall we begin?" soal Jebat. Batu itu digenggam erat lalu diangkat tinggi.
"Jebat!"
Kali ini Jebat tak mempedulikan aku. Batu terus diayun ke arah lelaki itu. Namun seinci sebelum menyentuh kepala, Jebat terus menukar sasaran. Batu menerpa dinding sebelum jatuh ke atas lantai. Senyuman sinisnya mati.
Dia bercangkung di depan lelaki itu.
"Aku tak akan teragak-agak untuk buat betul-betul kalau kau atau mana-mana kawan kau datang walau seinci mendekati isteri aku lagi. Anggap ini sebagai belas kasihan. Bukan daripada aku, tapi isteri aku. Kau tak akan jumpa orang sebaik Adara. Mungkin sebab itu Allah jadikan aku yang kau panggil iblis ini, sebagai suami dia."
Lelaki itu terangguk-angguk lagi. Tangisan dihambur. Entah bersyukur atau takut. Mungkin kedua-duanya sekali.
Perhatian aku teralih saat dua orang lelaki masuk ke dalam. Kedua-duanya lelaki tidak dikenali, namun spesifikasi tubuh sama dengan kawan-kawan Jebat yang bekerja di rumah dan yang aku kenali.
"Nak angkut pergi balai terus ke?" Salah seorang daripada mereka menyoal Jebat.
"Bawa dia jumpa mak bapa dia dulu. Lepas itu, bawa ke balai."
Sebaik saja memberi jawapan, Jebat terus menarik tanganku. Pintu rumah kembali dibuka sebelum aku ditarik masuk ke dalam. Elok saja tertutup pintu, terus matanya menghelang menikam sepasang mataku.
Sah! Dia mesti dah tahu!
Kalau tidak, tak mungkin pandangannya seperti mahu direbus aku hidup-hidup dalam periuk.
"Awak, saya boleh..."
...
Bab ini masih ada sambungannya, namun tidak dapat dipost kerana limit perkataan.
Share this novel
Jebat dh ikot Alfonso berlayar ni
jebatttt oooo jebatttt