1. Larian semangat

Romance Completed 25949

Bunyi tapak kasut Masrina berlari di trek berpasir jelas terdengar setiap kali langkahnya jejak. Fikirannya kosong, hanya fokus pada pernafasannya dan garisan penamat yang nampak dekat, tapi sebenarnya masih jauh.

Sofea di hadapan, tocangnya bergoyang kiri kanan, langkahnya laju betul. Masrina mula rasa letih, tapi dia teruskan juga. Otot kakinya mula rasa tegang, peluh menitis di belakang, panas terik.

"Come on, Masrina, boleh!" dia bercakap sendiri, semangatkan diri.

Garisan penamat makin dekat, dia kumpul tenaga untuk pecutan terakhir. Dengar sorakan penonton, pelari lain jauh di belakang. Masrina semakin hampir untuk memintas Sofea, dan akhirnya... dia berjaya!

"YES!" Tapi euforia tu sekejap je, sebab dia tak perasan tali kasutnya dah terurai.

Tiba-tiba, kaki tersangkut.

"Adoi!" Dia terjatuh, muka hampir terhantuk tanah.

"Masrina! Apa dah jadi?" suara tajam jurulatih kedengaran.

Semua pelari lain diam, tunduk. Jurulatih datang dekat, pandang dengan marah.

"Bangun!" dia jerit.

Masrina bangun perlahan, menahan kesakitan dari luka-luka kecil. Wajahnya kosong, malu.

"Apa masalah kamu, Masrina?" tanya jurulatih dengan mata tajam.

“Saya jatuh, coach,” jawab Masrina, cuba jujur.

Mira yang dekat dengan dia, geleng kepala.

"Macam mana boleh jatuh?" suara jurulatih sinis.

Masrina rasa serba salah.

"Tali kasut… tercabut, coach."

Jurulatih senyum sinis, geleng kepala.

“Apa peraturan pertama sebelum berlumba?”

Semua diam. Jurulatih ulang soalan, lebih keras.

“APA KAMU PERLU PASTIKAN SEBELUM BERLARI?”

“Tali kasut ikat rapi, coach,” jawab Aina, perlahan.

Jurulatih angguk, pandang Masrina lagi.

“Sepuluh pusingan tambahan untuk kamu, Masrina. Dan lain kali, kalau kamu cuai, kawan-kawan kamu pun akan tanggung.”

“Coach, tak boleh ke kalau Masrina pergi bilik rawatan dulu?” Aina bersuara, penuh harapan.

Masrina tutup muka dengan tangan, geram.

“Aina, janganlah,” bisik dalam hati.

Jurulatih tarik nafas panjang.

“Aina, kalau macam tu, kamu pun lari sepuluh pusingan dengan dia. Lepas tu baru bawa dia ke bilik rawatan.”

Masrina terkejut, terus tawarkan diri.

"Saya akan lari untuk kami berdua, Coach."

Semua terdiam, terkejut.

“Sepuluh pusingan, Masrina. Lepas tu, Aina bawa kamu ke bilik rawatan. Yang lain, balik sekarang, esok jangan lambat!”

Masrina ikat tali kasut dengan lebih ketat. Sebelum mula, dia toleh ke Aina.

“Rilek lah, aku okay je. Jangan risau.”

Aina senyum, "Terima kasih, Mas. Kalau aku yang kena, memang dah surrender."

Masrina gelak.

“Kalau kau tak lari pun, aku tahu kau akan backup aku. Kau kan selalu ada.”

“Memang lah, sebab kau kesayangan coach!” Mira usik.

Masrina buat muka. “Kesayangan sangat! Coach suka buli aku, bukan sayang.”

Sebelum lari, jurulatih jerit lagi.

“LARI SEKARANG, MASRINA, BUKAN ESOK!”

Masrina hanya mendongak ke langit, geram, tapi tak berani bantah. Dalam satu nafas, dia mula berlari lagi.

Selepas sepuluh pusingan yang rasa macam seratus, Masrina masuk ke bilik persalinan. Badannya basah kuyup, rambut lekat kat dahi, luka-luka kecil berdenyut, tapi senyuman kecil terukir. Bukan sebab habis pusingan, tapi sebab dia berjaya bertahan.

Mira yang nampak, tanya.

“Mas, kau okay tak?”

“Alaa, aku okay je. Luka kecil je, nanti sembuh,” jawab Masrina sambil melambai tangan, macam tak ada apa-apa.

“Hebat kau tadi, Mas. Sepuluh pusingan, lepas jatuh, memang power!” kata Sofea, sambil angkat ibu jari.

“Masrina ni memang superwoman,” kata seorang lagi pelari.

Masrina ketawa. “Superwoman? Aku pun tadi rasa nak tumbang. Nasib baik sempat habis. Kalau tak, coach lagi teruk!”

Aina yang tengah urut kakinya angkat kepala, tersenyum.

“Kau memang patut digelar superwoman, Mas. Kalau aku kat tempat kau, dah lama aku surrender.”

“Eh, kau pulak. Kau je selalu backup aku,” jawab Masrina sambil tersenyum.

“Memang lah, sebab kau kesayangan coach,” Mira usik lagi.

Masrina buat muka bosan. “Kesayangan lagi. Coach tu suka torture aku.”

Mereka semua ketawa.

Masrina masuk bilik air, air sejuk rasa macam kelegaan. Cuci luka, pastikan tak ada batu kecil lagi.

Selepas beberapa minit, Masrina keluar semula, rambut basah, pakai baju bersih, muka segar. Dia duduk sebelah Aina.

“Kau kena makan lebih protein lah, Aina. Kaki kau tu kena kuat kalau nak tahan dengan latihan ni,” nasihat Masrina.

Aina senyum, “Baik, coach Masrina.”

Sofea, yang tengah mengikat rambut, tanya, “Mas, ada plan malam ni? Nak lepak?”

Masrina geleng. “Tak lah, aku nak rehat je. Badan rasa macam baru lepas perang.”

“Elok lah Mas rehat. Ada latihan esok, kena recharge tenaga.”

Walaupun letih, Masrina lega. Jurulatih boleh je marah, tapi rakan-rakan sepasukannya sentiasa ada.

Mereka tak hanya tengok dia sebagai pelari, tapi juga sebagai kawan yang boleh diharapkan.

Mereka keluar bersama, sembang pasal latihan esok.

Suasana petang dah mulai reda, bunyi kicauan burung ganti sorakan yang tadi bergema di trek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience