"Kau nak pergi mana sekarang ni?.. Tak kan kau nak balik dekat majlis tu lagi"
"Aku nak balik.. Balik rumah"
"Rumah diorang?.. Dahlah kau tengah tak ok, kau nak pergi sana pulak"
"Aku nak keluarkan barang-barang aku.. Aku nak keluar dari rumah tu"
"Sanggup?"
"Lepas apa Zahid cakap, aku rasa memang patut aku keluar.. Akukan menyusahkan dia.. Lepas ni senanglah hati dia yang aku dah keluar.."
"Lepas kau keluar, kau nak tinggal mana?"
"Tinggal kat kondo aku"
"Yelah.. Aku hantar kau kat rumah tu"
Wajah mendung Ariana dilihat sebentar oleh Eiffel..
Ariana pasti kecewa sangat dalam..
Orang yang dia cinta dah sakitkan hati dia, dah hina dia.. Tajam kata-kata Zahid tadi..
.....
Selepas sampai di rumah..
Ariana bergegas ke dalam bilik..
Eiffel hanya menunggu di kereta,tak ada hati langsung nak pijak lantai rumah tu..
Ariana memastikan semua barang-barangnya sudak dikemas..
Dia tidak akan tinggal lagi di rumah ini walau sekali, walau semalam..
Selepas dia mengemas barang-barangnya..
Dia menuliskan kata maafnya pada Zuna dan Dani..
Dia dah lukakan hati kedua orang tua itu..
Dia juga meminta maaf pada Zahid kerana sudah membebankan Zahid..
"Cik Ariana.. Cik nak ke mana dengan semua barang cik?.. Lagi pun sekarangkan majlis pertunangan cik"
"Nanti bila aunty dengan uncle balik.. Cakap aku dah takde..Aku ada sediakan surat minta maaf.. Aku kena pergi."
Ariana membiarkan pembantu rumah itu dalam kebingungan
Eiffel yang sudah bersedia di but kereta memasukkan barang-barang Ariana..
Setelah itu,
Ariana memberikan alamat ke kondo dia..
Dia berencana akan mengambil keretanya yang berada di dewan itu esok atau lusa..
Dia duduk termenung melihat ke luar tingkap..
Dia teringatkan kata-kata Zahid tadi.. Malah masih terngiang di telinganya..
Dia tak sangka kalau selama ni Zahid hanya tipu mengenai keikhlasan dia berkawan dengan Ariana..
Ariana tak cukup baik ke untuk dia?
Tak tahu..
.....
"Ariana.. Kau ok tak tinggal sini sorang-sorang?"
"Maybe"
"Jawapan kau ni buat runsinglah.. Kang aku tinggalkan kau sorang diri kat sini,ada benda jadi.. Kalau aku temankan kau, nanti kau tak selesa pulak"
"Aku oklah nak tinggal sorang dekat sini.."
"Kau sure ni?.. Kalau nak,aku suruh Tya temankan kau"
"Tak payahlah.. Aku ok.. Kau balik jelah.."
"Kau tak kan buat benda tak betulkan?"
"Tak"
"Oklah.. Aku balik dulu..Apa-apa hal jadi, jangan lupa call aku"
"Yelah"
Eiffel berjalan keluar dari kondo Ariana..
Hatinya seakan terlalu gusar pada Ariana..
Takut juga nak tinggalkan Ariana sorang-sorang dekat sini
Ariana pantas menutup pintu apabila Eiffel sudah tidak kelihatan..
Dia menuju ke bilik dan mengambil sesuatu..
GUNTING yang tajam..
Ariana terfikir sesuatu sejak berada di rumah mama papa Zahid..
Sesuatu perkara yang boleh buat dia jumpa mama papa dia..
Ariana memandang lengan dan gunting yang dia pegang bersilih-ganti..
Walau takut menyelubungi hati, namun tetap ingin melakukannya..
Perlahan-lahan gunting mendekati lengan
'DING DONG'
'DING DONG'
Bunyi loceng yang bergema menyebabkan dia terkejut lalu mata gunting telah menyebabkan luka pada lengan Ariana..
Ariana mengambil tuala lalu dibalut cepat pada lengannya..
Dan disembunyikan ke belakang tubuh
Dia segera ke depan pintu..
Eiffel berada di sebalik pintu itu..
"Eiffel..Kenapa kau dekat sini lagi?"
"Aku lupa kunci kereta.. Aku letak kat meja ruang tamu tadi"
"Oh.. Pergilah ambil"
"Ok"
Eiffel tidak melihat apa-apa kelainan pada Ariana..
Cuma dia merasa pelik dengan tuala yang melingkari lengan Ariana..
Eiffel sudah mendapatkan kunci keretanya..
"Ariana.. Kau nak buat apa dengan tuala tu?"
"Aku nak mandilah.. Tak kan nak jadikan makanan pulak"
"Sini tuala tu"
"Eh.. Kau nak buat apa pulak?.. Tak kau nak mandi dekat sini?"
"Bagi sini tuala tu.. Bagi"
"T-tak payahlah.. Ka-kalau kau nak tuala, pergi dekat bilik t-tetamu tu.. A-ambil sendiri"
"Kau nak gagap ni kenapa?.. Kau ada sembunyikan sesuatu daripada aku..Baik kau bagi tahu, sebelum aku berkasar"
"M-mana ada.. M-memandai jelah kau ni.."
"Tak nak dengar"
Eiffel mengambil tangan Ariana dengan paksa..
Tuala itu dilepaskan kasar..
Ariana mengerang kecil kerana sakit..
Eiffel terkejut memandang darah di tuala Ariana..
Terkejut juga melihat garisan luka di pergelangan tangan Ariana
"Ariana"
Eiffel menyebutnya denvan suara dalam..
Dia juga memandang wajah Ariana dengan wajah yang tidak dapat ditafsir..
"Kau dah gila ke hah?..Kau nak bunuh diri sebab mamat tu.. Kau tak sayang nyawa ke?.. Kau hidup ni untuk apa?..Hanya nak tengok Zahid sayang atau tak dengan kau ke?.. Kenapa kau gila sangat sampai nak bunuh diri ni?"
"A-aku.."
"Kau fikir dengan kematian kau ni, Zahid akan menyesal.. Macam tu?.. Aku tak rasa dia kisahlah kalau kau mati.. Kau janganlah nak buat benda gila macam ni.. Masih ada orang yang sayangkan kau lebih daripada Zahid.. Aku ada, kawan-kawan kau,keluarga aku pun sayanglah dekat kau.. Pekerja kau lagi.. Kau tak fikir pasal tu?.. Kau just fikir pasal mamat, mak dengan bapak dia je.. Macam tu ke maksud kau sampai nak buat macam ni?"
Air muka Eiffel menjadi marah..
Dia tak suka dengan tindakan melulu Ariana macam ni..
"Eiffel,aku..Aku bukannya.."
"Dahlah.. Aku tak nak dengar.. Sekarang kau ikut aku"
"K-kita nak ke mana?"
"Pergi mati"
"Eiffel, tak kan kau nak mati dengan aku pulak..Keluarga kau macam mana nanti?"
"Suka hati akulah.. Kau kisah kenapa?..Sibuk pasal diri orang, diri sendiri tak nak kisah pulak..Cepat ikut aku"
"Eiffel.."
"Dah!.. Cepat ikut"
Share this novel