23

Romance Completed 6385

Beberapa pekerja yang melihat Ariana dengan wajah terkejut..
Ada dua perkara yang buat terkejut..
Perubahan baru Ariana dan adanya Eiffel..

"Wah.. Hello boss.. Welcome back"

"Thanks"

"Encik Eiffel.. Selamat datang"

"Ya"

"Hari ni dia teman saya sepanjang hari"

"Maksudnya apa boss?.. Kurang faham"

"Hari ni saya tak nak ada appointment luar.. Eiffel pula akan teman saya"

"Boss kerja, Encik Eiffel teman boss kerja,macam tu ke?"

"Yup"

"Ok"

Gina tergaru kepalanya..
Dia terasa seperti ada masalah padanya..
Dia rasa ada kelainan lain yang dia tak perasan

"Awak kenapa Gina?.. Macam tak ok je?.. Ada masalah?"

"Hah dah tahu"

"Saya tahu apa?"

"Bukan boss yang tahu.. Tapi saya yang tahu.. Saya baru perasan yang boss guna 'saya-awak' dengan saya"

"Setakat hal tu, saya fikirkan awak ada problem.. Takpelah, saya dengan Eiffel pergi dulu.. Kalau ada appointment dekat pejabat, awak sediakan projek dan lainnya biar saya urus"

"Baiklah boss..Saya pergi dulu.."

"Ok"

Gina keluar dari bilik kerja boss-nya..
Dia rasa Ariana sangat berubah hingga kata ganti nama dirinya juga diubah..
Dia suka..

"PA awak ke tadi?"

"Ya.. Dia tu PA papa, tapi saya ambil je dia kerja dengan saya.. Taklah susah-susah nak cari PA lain"

"Hrmm ok"

Ariana memulakan kerja
Eiffel hanya sekadar memandang Ariana bekerja dan suasana di luar pejabat.

Dia datang juga hari ni sebab Ariana
Kalau tak, Ariana mesti merajuk dengan dia..

"Hrmm.. Awak.. Awak sengih sorang-sorang tu, ingat scandal ke?"

"Scandal?..Mana ada..Saya nak sengih pun tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh.. Cumanya pelik kalau orang sengih sorang-sorang..Kalau ada kawan sebelah awak tu, saya percayalah juga awak sengih sebab kawan awak tu.. Ke awak memang ada scandal?"

"Awak.. Jangan nak fikir bukan-bukan..Saya sengih sebab benda lain"

"Hrmm.. Yelah tu.."

"Awak.."

'Tokk.. tokk.. tokk..'

"Masuk"

Orang yang mengetuk pintu itu memasuki ruang kerja Ariana..
Orang tersebut ialah Gina..
Mungkin saja dia ada benda untuk diberitahu..

"Gina,kenapa ni?"

"Tak ada apa boss.. Cuma nak bagi fail kerja, nak minta tanda tangan bos"

"Ok.. Marilah sini"

Gina memandang sekilas tubuh Eiffel yang sedang memandang panorama di luar bangunan..

"Dalam beberapa jam lagi ada appointment..Saya dah bagi tahu kepada bussines partner untuk datang dekat sini.. Diorang ok"

Ariana cuba menahan senyumannya..

"Boss.. Saya ada salah cakap ke?"

"Tak.. Takde.. Kenapa?"

"Boss macam nak senyum, tapi tahan.. Macam saya ada buat lawak pun ada juga"

"Takdelah.. Saya nak tersenyum sebab awak bercakap formal sangat.. Oklah, nanti bila dah sampai waktu appointment tu, panggil saya"

"Baik boss.. Saya keluar dulu.."

"Ok"
.....

"Awak.. Sini jap.."

"Kenapa?.. Ada apa?"

"Sinilah dulu"

"Hrmm.. Yelah yelah"

Ariana dipanggil Eiffel melihat panorama luar bangunan..
Not bad..
Cantik, cumanya kota ini hampir dipenuhi bangunan-bangunan konkrit..

"Awak nak apa?"

"Cuba tengok pejabat tu.. Tengok nama juga"

"Ok jap.. Saya ambil teropong jap"

"Awak.. Janganlah main-main.. Saya serius ni"

"Nak serius buat apa?.. Haih awak ni"

"Dah.. Cepat tengok"

"Z. A. H. I. D Hol..dings.. ZAHID Holdings.. Dah tu?"

"Awak rasa, tu milik 'dia' ke?"

"Hrmm.. Kemungkinan besar, ya.. Nama diakan Zahid.. Kenapa?"

"Pastikan awak tak terima cooperation dengan dia"

"Kalau saya buat cooperation juga dengan dia,awak nak buat apa?"

"Saya.."

Eiffel menarik tubuh Ariana mendekatinya..
Tubuh Ariana bersandar di dada Eiffel.

Tangan Eiffel melingkari pinggang Ariana..
Dia juga mendekatkan mukanya melihat Ariana..

"Saya akan gigit awak.. Hahaha"

Eiffel ketawa sendiri dengan kata-katanya..
Dia juga memeluk tubuh Ariana di hadapannya..

Ariana cemberut mendengar kata-kata Eiffel..
Dia memukul perlahan belakang tubuh Eiffel..

"Nak cium saya pun tak berani, nikan pulak nak gigit saya.. Berani ke?"

"Kalau awak cabar saya, boleh kot.."

"Ih.. Nak saya cabar dulu, baru nak berani.. Tak naklah"

"Eh dia ni.. Tak rasa tahu beruntung ke?..Sebab saya tak berani, saya tak pernah sentuh awak,I means, buat benda tu.."

'cupp'

"Sebab tu saya sayang sangat dengan awak.. Sangat-sangat-sangat-sangat sayang dekat awak.. Awak tak pernah ambil kesempatan dekat saya"

"Nak jadi sweet pula ke ni?"

"Nak sweet pun tak boleh ke?"

"Taklah.. Saya suka"

'Tokk.. Tokk.. Tokk..'

Mereka berdua meleraikan pelukan..
Mereka memandang semula panorama di luar bangunan..

"Masuk"

"Boss.. Tak lama lagi appointment nak mula"

"Oh ok..Awak, saya pergi dululah"

"Ya"

"Aku nak kau siasat pasal ZAHID Holdings.. Bukan setakat syarikat tu.CEO syarikat tu juga"

"Baik boss.."

"Jangan ambil masa terlalu lama"

"Baik boss.. Saya akan selesaikan hal ni secepat yang mampu"

"Tu je."

"Baik boss"

Eiffel mematikan panggilan tadi..
Dia ingin mengetahui pemilik syarikat ZAHID Holdings..
Dia akan sentiasa berhati-hati dalam hal yang melibatkan Zahid..
Dia tidak akan membiarkan Zahid mengambil Ariana daripadanya sekiranya Zahid mempunyai hati terhadap Ariana..
Dia tak kan biarkan Ariana meninggalkan dia demi lelaki yang dah pernah lukakan hati Ariana..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience