30

Romance Completed 6385

"Dia tu nak apa dekat awak?..Setiap kali daya nampak dia dengan awak, mesti dia pegang tangan awak.. Sampai merah pulak tu"

"Entahlah dia tu.. Tiba-tiba je muncul.. Nah, ambik ais krim awak.. Dah nak cair"

"Hrmm.. Awak tolong habiskanlah.."

"Aikk.. Kenapa pula?"

"Takde apa.. Dah takde hati nak makan.."

"Mengarutlah awak ni.. Betul ni dah tak nak makan?, nanti saya lepas saya habiskan, awak nak pulak"

"Tak.. Makan je"

"Okay."

Eiffel memandu pulang setelah memasuki kereta..
Hati dia berang dengan Zahid yang suka muncul tiba-tiba..
Nasib baik saja dia sampai tepat masanya..
Kalau tak, entah apa yang Zahid nak buat

"Awak.. Malam ni awak terus pergi rumah sayalah.. Lagi pun saya nak pergi airport awal pagi ni.."

"Jam berapa awal tu?"

"Jam tiga pagi.. Awakkan kena berehat"

"Tak naklah"

"Kenapa pula?.. Nanti awak sakit macam mana?"

"Saya nak hantar awak pergi airport je pun"

"Tak payah.. Awak rehat je.. Esok pagikan nak kerja lagi.."

"Biar jelah saya nak hantar awak.. Kenapa nak mengelak?.. Awak ada bawa scandal ae?"

"Awak jangan cakap bukan-bukan..Tak adanya scandal saya.. Ada pun kerjalah scandal saya sampai mana-mana dia ada"

"So, awak janganlah halang saya hantar awak.."

"Awak ni, degillah"

"Nak hantar je pun.. Yelah yelah.. Saya tak hantar awak.. Puas"

Ariana melangkah menaiki lif ke tingkat kondominiumnya dan meninggalkan Eiffel sendirian di parkir kereta..
Berkeluh kesah Eiffel dibuatnya..
Merajuk dah Ariana.. Susah nak pujuk ni

Selepas membuka kunci rumah,Ariana lantas memasuki ke biliknya..
Pintunya dihempas kuat..
Geram sangat dengan Eiffel..

'Tokk.. Tokk.. Tokk'
"Ariana.."
"Ariana.."

Ariana tak nak menyahut..
Nak lancarkan perang merajuk dia..

"Awak.. Buka pintu ni"

Ariana hanya mengkakukan diri di hadapan meja solek..
Tak endahkan kata-kata Eiffel..
Hati masih sakit ni

"Tokk"
"Tokk"
"Tokk"

Ketukan sudah tidak ada..
Pasti Eiffel sudah tidak ada di hadapan pintu bilik..

Ariana memutuskan untuk mandi..
Tuala disangkut di bahu..
Dia akan berendam seketika..
Nak redakan sedikit hatinya..
.....

Selepas selesai mandi,Ariana berbaring di tilamnya..
Dia langsung tidak keluar dari biliknya..
Dia masih nak tenangkan hati..
Sebab dia sendiri kena faham Eiffel..
Dia faham Eiffel nak kerja, cumanya kenapa dia tak boleh hantar Eiffel?
Sebelum ni ok je dia hantar Eiffel pergi airport
~~~~~

Tanpa Ariana tersedar, dia kelelapan semalam..
Jam di tangan dilihat lama..
Sudah jam enam lebih..
Eiffel mesti dah dalam pesawat sekarang ni..
Dia terlambat nak jumpa Eiffel sebelum Eiffel gerak..

Bantalnya dihentak kuat..
Geram dengan dirinya sendiri.

Dia melangkah keluar bilik untuk ke dapur..
Terasa dahaga menjelma di lehernya..

'Klack'

Sekujur tubuh berdiri tepat di depannya..
Tubuh itu memeluk dirinya..

Perasaannya tersangat terkejut.
Ariana melepaskan pelukan

"Kenapa awak kat sini?.. Bukan sepatutnya awak dah naik pesawat ke?"

"Mestilah nak tengok awak.."

"Kenapa tak pergi je?.. Saya oklah dekat sini"

"Awak fikir saya tenang ke nak tinggalkan awak sorang-sorang dengan keadaan merajuk dengan saya.. Saya susah hati..Nanti awak cederakan pula diri awak"

"Saya tak kan cederakan diri sayalah.. Kerja awak macam mana ni?.. Nanti bussines partner awak marah pulak"

"Tak.. Saya dah minta PA saya yang uruskan.. Bila dia dah balik sini, saya buatlah apa yang patut"

"Susahkan PA awak je.. Kenapalah tak pergi je tadi?"

"Baby Clingy saya merajuk.. Jadi tak boleh nak tinggalkan sorang-sorang,bahaya..Tersangat bahaya"

Ariana tersenyum lebar di hadapan Eiffel
Segaris giginya turut kelihatan..

"Awak senyum apa tu?"

"Takde apa.."

Ariana ingin memasuki biliknya..
Dia baru teringat kalau dia baru bangun.

"Nak pergi mana pulak tu?"

"Masuk biliklah.. Nak bersiap.."

"Kerja?"

"Ermm.. Not really.. Just wait it"

"Jangan buat benda bukan-bukan"

"Mana ada.. Nak mandi je pun"

"Hrmm"
.....

Ariana keluar dengan pakaian kasual,sepertinya dia tidak akan kerja..

"Awak nak pergi mana ni?"

"Awak betul ke tak nak pergi outstation?"

"Saya ada dekat depan awak ni kan..Nak pergi buat apa lagi?.. Semua dah settle untuk diurus.. Semua berjalan lancar sekarang ni"

"Good..Jom keluar"

"Pergi mana?"

"Kita breakfast dekat luar"

"Hrmm..Baby Clingy ni tiba-tiba nak breakfast dekat luar kenapa?"

"Biarlah.. Awak pergilah bersiap.. Cepat-cepat,saya lapar dah ni"

"Ohh.. Semalamkan awak tak makan..Terus masuk bilik.. Patutlah lapar"

"Isy.. Cepat-cepat..Jangan cakap lagi"

Eiffel hanya mampu menggelengkan kepala dengan gelagat Ariana..
.....

"Dah breakfast ni.. Awak tak kerja ke?"

"Nope..Tak nak.. Nak dengan awak je"

"Kita nak pergi mana?"

Ariana menongkat dagu dengan tangannya..
Pipinya juga dikembang menjadi bulat..

Eiffel tidak membiarkan Ariana membuat seperti itu dengan lama..
Dia memaut rahang Ariana dengan perlahan dan lembut supaya Ariana tak kesakitan..
Dia nak pipi kembang Ariana tu jadi kempis atau lebih tepatnya menjadi seperti biasa.
Ariana terlalu comel untuk buat macam tu..
Nanti Eiffel cemburu kalau nampak lelaki lain nampak Ariana macam tu..

"Jangan buat macam tu.."

"Why?"

"Cause you're so adorable."

"Ye ke?"

"Yupp"

Bahu Ariana tiba-tiba saja ditepuk perlahan dari arah belakangnya..
Dia menoleh dengan pantas..

"Betul arr kau,Ariana.Aku fikir perempuan lain tadi"

"Laura, buat apa kat sini?"

"Nak masuk kerja.Korang dua ni,dating awal pagi ke?"

"Hrmm.. Boleh dikatakan macam tu.. Hehe.."

"Kau tak kerja?"

"Nope..Cuti dulu"

"Ohh..Ok ok.. Aku pergi dululah..Saja nak bertegur tadi.. Kang lambat pula aku masuk kerja"

"Ok.. Take care"

"Ok bye"

"Bye"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience