19

Romance Completed 6385

"Lepas ni, kalau kau buat hal macam ni lagi..Aku ikat je kau dekat tiang rumah.. Biar kau tak dapat buat apa-apa..Nasib baik tak teruk luka kau"

"Hrmm.. Yelah.. Thanks bawa aku pergi hospital"

"Kalau bukan aku, tak kan Si Zahid Si Cinta Hati kau pulak nak jemput kau nak hantar kau pergi hospital tu"

Eiffel sengaja ingin menyindir Ariana..
Biar sedar sikit yang Ariana bukan hanya ada Zahid..
Masih banyak orang yang boleh bersama dia walau Zahid buang dia..

"Kau tak yahlah sindir aku.. Kau ni sengaja sakitkan hati aku"

"Tahu pulak sakit hati.. Aku lagi sakit hati dekat kau yang tak fikir pasal orang yang sayang kau.. Tak fikir betul-betul masa nak bunuh diri tu.."

"Siapa nak sayang aku?"

"Aku yang ada dekat dengan kau ni, kau fikir aku tak sayang kau ke?.. Kalau aku ni tak sayang dekat kau, memang lantaklah kau dengan luka kau tadi.. Heisy"

"Sweet kau cakap macam tu ae"

"Sweet, sweet.. Sweet kepala hotak kau.. Orang serius, dia main-main"

"Aku tahulah kau sayang aku..Dah lama"

"Tahu pun.. Dah tu kenapa nak buat kerja gila tadi?"

"Aku rasa putus asa.. Aku rasa selalu menyusahkan orang.. Tak nak jadi beban orang.. Lagi pun boleh aku jumpa mama papa aku"

"Kalau kau mati, lagi menyusahkan orang"

"Kenapa pulak?"

"Sebab yang pertama, syarikat kau siapa nak jaga?,tak kan PA kau yang ambil.. Mesti keluarga aunty uncle kau, kacau-bilau nanti sebab berebut syarikat.. Kedua, kau akan buat orang yang sayang kau, rindu pada kau.. Seperti macam mana kau rindukan mama papa kau"

"Huh.. Aku tak tahulah nak buat apa lepas ni?"

"Teruskan je hidup kau.. Tanpa fikir Zahid dengan parents dia.. Tapi kalau kau masih nak ada hati dekat Zahid tu, suka hati kau.."

"Aku tak rasa nak tinggal sini lagi buat sementara waktu.. Aku nak betul-betul lupakan Zahid.. Aku tak nak ada sesiapa yang buat aku teringatkan Zahid, Aunty Zuna dan Uncle Dani.. Aku nak bebas"

"Kalau macam tu, nak tak kau balik UK?"

"Buat apa dekat sana?"

"Kau ni.. Kan kau tak nak tinggal sini, sebab tu aku bagi cadangan untuk kau balik UK.. Lagi pun dah tiga tahun kau tak balik sana.. Manalah tahu dah jadi sarang labah-labah rumah kau"

"Mulut kau,Eiffel.Sedap mulut je bercakap"

"Mestilah ikut sedap mulut, tak kan nak ikut sedap paru-paru pulak.."

"Oklah.. Ikut jelah sedap mulut kau tu"

"Kau nak tinggal sini berapa lama lagi?.. Aku boleh bagi cadangan tempat percutian kalau kau nak"

"Tak naklah.. Aku nak balik UK.. Boleh juga aku bersihkan sarang labah-labah kat sana"

"Kau sendiri cakap sedap mulut"

"Aku ikut kau.."

"Dahlah.. Sebab kau dah kelar lengan kau ni"

"Mana ada kelar.."

"Menjawab pulak.. Diam.. Aku tengah cakap"

Ariana mengajuk cara Eiffel bercakap..
Geram pulak dengan Eiffel..

"Aku akan tidur di rumah kau malam ni dan"

"Wait wait.. Tak kan kau nak tidur berdua dengan aku dalam rumah tu..Mana boleh.. Nak kena tumbuk ke?"

"Kau ni diamlah dulu.. Aku tak habis cakap lagi.. Kalau ya, kita tidur berdua dalam rumah tu, bukannya kita tidur sekatil.. Haisy.. Aku sambung balik.. Aku akan tidur di rumah kau malam ni dan bawa Justya sekali.. DENGAN JUSTYA SEKALI.. BUKAN AKU JE"

Perkataan diakhir-akhirnya ditekan suara agar Ariana mendengarnya dengan jelas..

"Oh.. Dengan Justya.. Oklah.. Boleh juga.. Eh, kita singgah supermarket dulu"

"Kau nak beli apa?"

"Makananlah.. Mana best takde makanan kalau nak sembang-sembang nanti"

"Kau tu patut berehat lepas apa yang jadi, dengan lengan kau lagi"

"Eleh.. Lengan aku ni bukannya teruk sangat luka dia.. Kalau teruk, kau hanya akan nampak jasad aku yang takde roh.. Faham tak?"

"Eh mulut kau.. Celupar pulak kau"

"Apa-apa jelah.. Jangan lupa singgah supermarket."

"Ya ya Cik Adriana"
.....

"Ariana.. Bahaya tau apa yang kau buat ni.. Tak sayang nyawa ke?.. Baik bagi aku kalau tak nak"

"Kau ni melawak pulak.. Tadi tak waras lagi.. Sebab tu sampai terfikir nak bunuh diri"

"Kau jangan macam ni lagi.. Biarkan jelah Zahid tu dengan hidup dia.. Yang penting kau kena bahagiakan diri kau ni.. Ni semua sebab kau nak jaga hati oranglah ni, sampai hati sendiri dah remuk.. Dah hancur bagai kaca yang pecah.. Hah macam tulah hati kau sekarang"

"Lepas ni aku nak balik UK.. Kau bila balik UK?.. Maybe kita boleh spend time"

"Semester dua aku sedang berjalan.. Akhir tahun ni bolehlah kot balik UK.. Al-maklumlah akukan belajar lagi.. Kau dah dapat konvo walau umur kita sama"

"Halah.. Lambat lagi ke?.. Kan dah akhir tahun ni"

"Keputusan takde lagi.. Aku tak dapat nak buat apa-apa"

"Hrmm"

"Kau lama ke dekat UK nanti?.. Syarikat macam mana?"

"Lama kot.. Syarikat tu, nanti aku buat interaksi kerja dengan PA aku je.. Kalau ada masalah serius, aku baliklah Malaysia"

"Ok.. Hah.. Eiffel mana?"

"Kan dia cakap dia nak tidur.."

"Awal pulak tidur.. Baru jam sembilan malam ni"

"Penat kot.. Penat sebab kerja, Zahid dengan aku"

"Apa kena mengena?..Pasal kerja aku faham"

"Pasal Zahid, dia buat Eiffel marah sampai Eiffel,'dush, dush' tumbuk Zahid.. Lepas tu aku kelar lengan aku, tak ke kelam-kabut dia bawa aku pergi hospital.."

" 'Dush-dush'.. Hebat tak Eiffel tumbuk?"

"Bolehlah.. Pecah bibir Zahid tadi.. Berdarah pulak"

"Cun.. Aku kalau ada dekat sana, siap aku bengkakkan pipi dia tu"

"Untung kau takde, kalau ada, memang huru-hara nanti"

"Betul tu.. Kita tengok tv lah.."

"Ok"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience