33

Romance Completed 6385

Sepanjang mesyuarat bersama client, Ariana cuba untuk fokus 100% dalam berbincangan,namun tidak dapat dilakukan kerana dia cukup fokus untuk menggagahkan dirinya untuk tetap kelihatan tidak sakit..

"Kau pergilah ambik dia lepas ni.. Tak pun jumpa dekat office dia..Aku dah risau sangat ni.. Macam dia tu anak aku dah aku risaukan dia"

"Kenapa kau tak halang je dia pergi kerja tadi?"

"Aku tak dapat nak pujuk dia.. Kau pun tahukan kedegilan dia.. Tengok pasal 'Zahid' dulu..Kau lupa ke?"

"Tak payah nak sebut nama lelaki tu boleh tak?.. Tak suka.. Dan nanti aku jumpa Ariana"

"Ya ya.. Jangan lupa pula.. Siap kau kalau lupa"

"Tahulah aku apa nak buat.. Dah, aku nak memandu ni.."

"Yelah.."

"Boss, meeting dah habis.. Boss ok?"

"Not really.. Saya nak rehat dulu.."

"Boss tak nak ke kalau saya tangguh semua mesyuarat lepas ni?.. Saya sendiri risau tengok Boss ni.. Lesu sangat"

"Takpe.. Tengok keadaan lepas saya rehat kejap.."

"Baiklah Boss.. Saya tak ganggu Boss berehat.. Saya keluar dulu"

"Ya"

Ariana berada di bilik kerja..
Dia membaringkan tubuhnya di sofa hadapan meja kerja..
Sweater yang diberi Tya digunakan untuk menutupi sebahagian tubuhnya..
Terasa sedikit haba apabila mengenakan sweater di tubuhnya..
Dia tertidur kerana sudah terlalu lemah..
.....

Ada tangan yang menggoncang perlahan tubuh Ariana yang sedang tidur itu..
Dia ingin Ariana bangun dari tidurnya..

Dengan kemamaian Ariana, dia tetap bangun..
Dia memegang kepalanya yang sakit..

Pandangannya terarah pada wajah di hadapannya..
Kerutan terhasil di dahi Ariana..
Tanpa sedar, tubuhnya terkulai jatuh

Sempat orang itu menyambut tubuh Ariana..
Ariana cuba dibangunkan beberapa kali, namun Ariana tidak memberi sebarang reaksi..
Tangannya mencempung tubuh Ariana keluar dari bilik kerja itu..
Dia ingin membawa Ariana ke hospital
Keadaan Ariana seakan kritikal..
.....

"Dia buat apa tadi masa kau jumpa dia?"

"Dia tidur.. Aku cuma bangunkan dia.. Lepas tu dia tiba-tiba pengsan.. Aku bawalah dia dekat hospital"

"Aku risaulah dengan Ariana ni.. Dia ada nampak tak muka kau?"

"Aku rasa nampak.. Sebab dia buat muka pelik tadi.."

"Huh.. Tak tenanglah aku macam ni.."

"Aku lagi tak tenang"

"Tunggu doktor jelah"

"Ya"

Beberapa minit menunggu
Akhirnya doktor yang merawat Ariana keluar dari bilik rawatan..

"Doktor, macam mana dengan Ariana?"

"Cik Ariana kurang stabil buat masa sekarang.. Suhu badan dia terlalu tinggi.. Kami akan cuba mengurangkan tekanan suhu dia..Kami akan memberikan perkembangan dari semasa ke semasa"

"Dia boleh stabilkan?"

"Boleh.. Cuma beri dia waktu sekejap untuk berehat.. Mengikut penelitian saya, Cik Ariana terlalu banyak berkerja atau banyak di fikirannya hingga membuat dia stress"

"Baiklah.. Terima kasih,doktor"

"Ya, sama-sama"

Doktor itu meninggalkan dua keluarga pesakitnya itu..
Dia masih ada pesakit lain untuk dirawat..

"Kau dengarkan.. Ariana tu banyak buat kerja atau stress.. Kau ada tak bergaduh dengan dia?"

"Takdelah.. Masa aku nak pergi hari tu, takde pula dia tunjuk rupa sedih dia.. Ok je"

"Mana tahu dia tak nak kau risau?"

"Dia tak pernah nak macam tu dengan aku.. Semua perasaan dia, dia bagi tahu.. Dia tak suka aku buat itu, ini, dia akan bagi tahu.. Pertama kali aku bagi tahu dia yang aku nak outstation,dia dah tunjuk rupa sedih dia.. Tapi kedua kali, dia ok.."

"Haraplah dia cepat stabil"

"Aku juga harap macam tu.. Tapi"

"Tapi apa?"

"Nara naik apa balik rumah?"

"Alamak.. Aku lupa pasal dia.."

Tergeleng kepalanya melihat reaksi Tya itu..
Tahu sangat dengan Tya yang hanya fokus satu perkara, boleh lupa hal lain

"Takpe.. Aku pergi jemput dia pulang"

"Cepat-cepat balik sini"

"Ya.. Dah,aku pergi dulu.. Kalau Ariana dah stabil, bagi tahu aku"

"Ya"

.....

Matanya yang tertutup dibuka perlahan..
Matanya terlalu berat untuk dibuka..
Dia melihat sekelilingnya yang serba putih..
Tubuhnya dilihat yang sedang memakai baju hospital
Sekarang dia mengetahui dia berada di mana..

"Ariana.. Kau dah betul sedar ke ni?"

Suara itu menarik perhatiannya untuk dipandang..

"Ya"

"Kau dahaga tak?.. Aku ambilkan air"

"Ya.."

Tya membantu Ariana untuk meminum air yang dia sediakan..
Keadaan tubuh Ariana masih lemah walau sudah stabil..

"Aku rasa tadi, aku nampak Eiffel.. Mimpi ke betul?"

"Betul.. Kau tunggu kejap.. Dia tengah dalam perjalanan pergi sini"

"Kenapa dia balik?"

"Kau dah tak nak jumpa dia lagi ke?"

"Bukan macam tu.. Tapi kerja diakan banyak lagi"

"Dengar keadaan kau macam ni, kau rasa dia nak lagi ke fikir pasal kerja dia?"

"Siapa bagi tahu?.. Kau?"

"Ya.. Aku yang bagi tahu"

"Kenapa?..Kan dah cakap dari awal jangan bagi tahu dia"

"Ya.. Memang ada cakap, tapi aku tak janji untuk tak bagi tahu dia"

Pening menerjah kepala Ariana..

"Tengok tu.. Dah peningkan kepala kau.. Dah rehat.. Baring.. Tunggu abang aku sekejap.. Tak lama sampailah tu"

"Hrmm"

Tubuhnya dibaringkan perlahan
Kepalanya kembali sakit memikirkan Eiffel..
Susahkan Eiffel je nak balik awal sedangkan Eiffel masih banhak kerja dekat sana.

Share this novel

rrynn rrynn
2021-05-07 16:42:06 

Dear you ada typo ni ✌


NovelPlus Premium

The best ads free experience