22

Romance Completed 6385

"Awak.. Esok masuk office ke?"

"Ya.. Awak?"

"Tak"

"Awak nak pergi mana esok?"

"Dekat rumah jelah"

"Penat lagi ke?"

"Taklah.."

"Dah tu kenapa tak kerja?.. Saya dah kena pergi kerja.."

"Saya ok je nak keluar-keluar pergi melencong"

"Ke awak nak ikut saya pergi office?"

"Buat apa dekat sana?.. Ganggu awak kerja, macam tu?"

"Ish.. Taklah.. Mungkin, bagi saya energy yang banyak untuk kerja.."

"Mengarutlah awak"

"Mana ada mengarut.. Kalau awak bosan, awak keluarlah jalan.. Easy,right?"

"Jangan buat hal awak.. Nanti staff awak bising"

"Buat apa nak bising?.. Awakkan ikut saya je, bukannya buat kacau"

"Dah dahlah awak.."

"Alah.. Ikutlhah saya.. Awakkan tak buat apa-apa.. Please"

"Tak nak"

"Kalau awak tak nak, saya cium awak.. Kalau awak ikut, saya cium awak juga"

"Gatal-gatal.. Sepatutnya saya yang gatal sebab saya lelaki.. Bukan awak"

"Tak boleh ke perempuan nak menggatal?.. Banyak je perempuan menggatal dengan lelaki, tak kisah umur,tak kisah hubungan or rupa.. Tak pernah nampak ke?"

"Awak ni sampai ke sana pulak dah.."

"Awaklah.. Nak mengelak sangat pergi office.. Orang nak pujuk baik-baik, tak nak.. Nak juga saya merajuk, bersyarahan dengan awak dulu, baru nak ikut.. Suka sangat nak saya jadi perempuan gedik"

"Mana ada saya nak awak jadi perempuan gedik.. Awak tu salah faham"

"Ih jangan tukar topik ae.. Awak datanglah office esok.."

"Tak nak,awak.."

"Alah.. Pergilah.. Bukan selalu awak nak teman saya dekat office.. Please"

"Tak n--"

'cupp'

"Ariana.."

"Eiffel.. Saya tak kisah awak nak menbantah atau tak.. Yang pasti esok saya bawa awak pergi office.. Ok bye.."

"Ariana.. Jangan nak lari"

"Mana ada lari.. Kan tengah jalan ni"

"Heisy dia ni.. Meh sini.. Awak memang nak kena dengan saya ni"

"Mana ada.."

Mereka berkejaran seperti anak kecil yang sedang bermain..
Eiffel menangkap Ariana dan menggeletek pinggang Ariana..
Mereka bersama-sama ketawa.

"Awak dah..Geli sangat.. HAHAHA.. Dah.. Geli"

Eiffel menghentikan tangannya..
Eiffel melihat butir airmata Ariana..

"Awak menangis kenapa ni?..Saya buat awak sakit ke?"

"Mana ada awak buat saya sakit.. Menangis sebab banyak ketawa ni. Sakit perut saya ketawa tadi"

"Buat risau je tengok airmata awak ni"

"Taklah.. Awak yang risau sangat"

'cupp'

"Nakal lagi ya dia ni"

"Memanglah.. Mestilah nakal dengan awak.. Tata.. Nak tidur,esok nak bangun awal pergi kerja, tak macam awak yang nak saya merajuk"

"Eh dia ni"
~~~~~

"Awak.. Dah bangun ke tu?"

"Dah"

"Ah awak ni.."

Ariana membalikkan tubuhnya..
Dia tak tahu kalau Eiffel hanya bertuala..
Lagi pun Eiffel sendiri buka pintu..

"Kenapa awak buka pintu masa awak macam ni?.. Tak malu ke?"

"Nak malu apa?..Sayakan.."

Tangan Eiffel melingkari pinggang Ariana yang tengah membalikkan tubuhnya..
Dagunya diletakkan atas bahu Ariana..

"Awak buat apa ni?.. Seram tau tak?"

"Saya tengah nak nakal dengan awak"

"Nakal?.. Ok"

Ariana membalikkan semula badannya menghadap Eiffel..
Tangannya menyangkut di leher Eiffel..
Kalau nak diikutkan kegatalan diorang, Ariana memang lebih gatal berbanding Eiffel..
Sekarang Ariana nak tengok sampai mana kegatalan Eiffel..

'cupp'

Bibir ditautkan pada bibir Eiffel..
Nampaknya Eiffel melayan..
Tersengih Ariana dibuatnya..

"Ok dah,Eiffel.."

"One more"

Ariana melayani kehendak Eiffel itu..
Tak lama kemudian,Eiffel meleraikan ciuman mereka..

"Saya nak pakai baju dulu.."

"Awak pergi office saya ae"

"Ya.."

"Yeah.. Dahlah, awak pergi pakai baju.. Saya tunggu, jangan lama-lama"

"Ya..Awak pergi ruang tamu tu"

"Ok"

Tidak terlalu lama masa yang diambil untuk memakai baju..

Ariana yang teringat pada apa yang barusan terjadi..
Hati dia berbunga-bunga..
Sweet pula rasanya Eiffel ni..
Ciuman tadi..
Argh.. Mengasyikkan..
Ish..
Buat Ariana angau sendiri, tersengih sendiri..

"Ariana.. Awak fikir apa tu?"

Terkejut Ariana dibuatnya..

"Hah?.. Takde apa pun.. Fikir pasal apa yang jadi dekat depan pintu tadi.. Eh dahlah.. Jangan fikir lagi.. Jom pergi"

"Yelah yelah"

Ariana dan Eiffel menaiki kereta Eiffel..
Kereta Ariana ada dekat rumah Eiffel..
Mungkin balik nanti diorang akan ambil nanti.

"Ada bawa kunci kereta tak?"

"Ada.. Lepas balik kerja kita ambil kereta sayakan"

"Ya.. Lepas tu kita makan malam dekat sana"

"Biar betul..Tapi mana selesa nak makan kalau tak mandi dulu"

"Nanti saya suruhlah orang belikan baju awak.. Nanti awak mandi kat rumah,ok?"

"Yelah.. Tya ada tak?"

"Mestilah ada."

"Yuhuu.."

"Suka awak kalau ada Tya"

"Mestilah.. Boleh sembang-sembang dengan awak.. Kalau awak nak bawa sembang, mesti fikir saya ni ada buat apa-apa"

"Amboi awak.."

"Gurau"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience