17

Romance Completed 6385

"Oii."

"Apa lagi awak?.. Saya tak nak gaduhlah sekarang ni"

"Kau jangan datang majlis esok"

"Kalau saya datang juga?"

"Aku akan pastikan kau tak kan nak muncul depan aku lagi"

"Takutnya saya.. Kalau tak nak saya datang esok, minta mama papa awak yang halang saya pergi.. Sebab saya tak nak lukakan hati mama papa awak"

"Tu mama papa aku, kau nak kisah kenapa dengan perasaan diorang?"

"Sebab diorang sanggup nak jaga saya yang anak yatim piatu ni.. Sanggup terima saya untuk jadi isteri awak..Sanggup layan saya macam anak diorang sendiri.. Dan sanggup percayakan saya dalam memperhatikan awak.. Awak cakap senanglah supaya saya tak pergi majlis esok, tapi mama awak tu buat saya risau.. Kalau ada benda buruk jadi dekat mama awak sebab pertunangan kita tak jadi, itu buat saya rasa bersalah.. Dan sebab mama awak, saya sangat stress sama ada nak ikut permintaan awak atau mak awak tu.. Dahlah..Saya nak rehat.. Tolong bagi ketenteraman untuk saya buat beberapa jam ni.. Saya penat"

Ariana mengeluarkan isi hatinya di situ..
Dia stress dah dengan perangai Zahid tu..
Dia tak minta pun mama papa Zahid layan dia baik sangat sampai Zahid cemburu..
Kasih sayang yang mama papa Zahid bagi tu ikhlas.. Dan bukan dibuat-buat.
Kerana itu Ariana menganggap mama papa Zahid itu seperti parents dia

Ariana meneruskan langkahnya menuju ke bilik

"Kau nak pergi mana?!.. Aku tak habis cakap lagi"

Dia berhenti sebentar
Namun dia tidak menghiraukan Zahid
Dia betul-betul penat..

Dia masuk ke dalam bilik lalu mengambil langkah ke bilik air..
Pancuran air dibuka dan duduk dibawahnya..
Membiarkan dirinya dibasahi air yang mengalir..

Dia penat..
Dah tak tahan dengan apa yang jadi..
Dia juga penat memikirkan cara menjaga hati orang yang dia sayang..
Terutama Zuna, Zahid dan Eiffel

Airmatanya mengalir bersatu dengan air yang bercucuran..
Dia nak mama papa
Mama papa yang dia sangat sayang

'Ma.. Pa.. Iana rindu mama papa.. Rindu sangat-sangat..Kenapa mama papa tinggalkan Iana dekat dunia ni?.. Kenapa tak bawa Iana sekali.. Iana tak kuat nak hidup dekat sini'

Ariana berkata dalam hati..
Dia tak mampu untuk meluahkannya
Keadaannya begitu selama beberapa jam
~~~~~

"Ariana"

"Ya uncle"

"Kamu terima ke pertunangan ni?"

"Ya.. Kenapa uncle?.. Ada masalah ke?"

"Uncle tak nak kamu sia-siakan hidup kamu hanya sebab nak jaga hati orang.. Uncle tahu kamu baik sebab nak jaga hati uncle, hati aunty dengan hati Zahid.. Tapi kamu kena jaga juga hati kamu tu.."

"Ariana ok untuk pertunangan ni selama Zahid tak bermasalah dengan Ariana"

"Yelah.. Ingat.. Jaga hati kamu dulu.. Kalau kamu ada perkara yang tak suka, cakap je.. Tak payah pendam-pendam ya"

"Ya uncle"

"Kamu tunggu dekat bilik persalinan.. Nanti ada pembantu, kalau kamu nak sesuatu, minta je pembantu tu.. Uncle nak tengok dalam dewan tu, mungkin ada yang kurang.. Kalau kamu bosan, keluar je dari bilik persalinan.. Tak kan ada masalah"

"Ok uncle.. Ariana pergi dulu"

"Ya"
.....

Ariana berjalan sendirian di luar dewan pertunangannya..
Ingin menenangkan hatinya sebelum majlis pertunangan berlangsung..
Dia berfikir apa yang akan Zahid buat bila dia datang juga majlis ni..
Namun dia tak mampu menjangka apa Zahid akan buat..
Sejak tiga tahun lalu, Ariana dah tak kenal Zahid..
Zahid berubah drastik..
Semua perkembangan Zahid, dia tak tahu sangat..
Zahid dah tak melayan dia baik..
Kerana itu dia tidak mengenal Zahid yang sekarang..
Zahid yang lama pasti akan selalu dengan dia..
Tak marah-marah atau bawa gaduh..
Kalau bergaduh, mesti Zahid mengalah dulu sebab tak nak Ariana merajuk

Tapi..
Semua dah berubah..
100% berubah sepenuhnya

Airmata cuba ditahan..

'Argh'

Sepasang tangan menarik tangan Ariana dengan paksa dan kasar..

"Awak.. Sakitlah"

"Kenapa kau datang hah?!.. Kan aku dah kata jangan datang"

"Kalau saya tak datang, keluarga awak akan malu.. Dan mak awak akan terluka sebab saya.."

"Kau nak kisah sangat kenapa?.. Yang kau cakap tu keluarga aku, bukan keluarga kau.. Parents kau bukannya ada bantu pasal pertunangan ni pun.. Kalau kau tak datang lagi baguslah, aku bukannya nak sangat tunang dengan kau.. Ni semua pasal mak bapak kau tau, kalau bukan sebab diorang.. Hal ni tak kan jadi.. Aku tak kan terpaksa tunang dengan kau.. Dahlah menumpang dekat rumah orang, menyusahkan aku pulak tu"

Tangan Ariana beralih ke belakang badan..
Genggaman terbentuk pada tangannya..
Matanya sudah mula berair..

"Apa yang susah sangat untuk kau tak datang sini?.. Kenapa kau tak pergi je ikut kawan kau tu,dia kan hero kau.. Kau sejak dulu menyusahkan aku kan.. Sekarang nak aku jadi tunang kau, dalam mimpi pun aku tak naklah..Kau ada jawatan CEO tu pun, aku tak kisahlah.. Pergi mampus je dengan jawatan kau tu.."

Ariana meliarkan matanya melihat beberapa kawan Zahid yang melihat Zahid menghinanya..
Semuanya muka kosong..
Ariana tak tahu maksud disebalik muka kosong tu.

Airmata Ariana mula mengalir sambil itu dia memandang tajam pada Zahid..
Hatinya dah terluka..
Sangat dalam kesakitannya..

"Airmata kau ni, kau fikir aku kisah ke?.. Setakat airmata palsu kau ni, aku sendiri tak hairanlah.. Dengan airmata kau ni boleh selesaikan masalah?.. Sejak kecil asyik nak menangis je kerja..Kau.."

'DUSHH..DUSHH'

Mata Ariana membuntang melihat apa yang berlaku..
Dia memberhentikan lelaki itu daripada terus menumbuk Zahid..
Nanti masuk hospital pulak Zahid ni..

"Eiffel.. Dah.. Jangan tumbuk lagi"

Sebelah tangan Eiffel yang dia naikkan terhenti kerana kata-kata Ariana..
Tangan yang satu lagi menggenggam kolar baju Zahid dilepas kasar..
Dia menstabilkan dirinya..

"Dengan apa dia cakap tadi, kau masih nak pertahankan dia.. Kau dah kenapa hah?!"

"Dahlah.."

Ariana mengelap airmatanya dengan telapak tangannya..
Dia cuba untuk dia tidak terlalu sedih
Dia gagahkan diri untuk mengatakan isi hatinya..
Namun Eiffel mula bercakap.

"Kau Zahid, berani kau hina Ariana kan.. Kau ni kawan jenis apa hah,sampai sanggup nak sakitkan hati kawan sendiri.. Kau ni sebenarnya dah berapa lama kenal Ariana?.. Dahlah masuk campurkan parents dia.."

"Eiffel.. Biar aku bercakap"

Eiffel mendengus kasar sambil tangan berada di pinggangnya
Tangannya yang sebelah dinaikkan ke kepala menyerabutkan rambut..
Stress dia dengan Zahid ni..
Menyakitkan hati..

Zahid hanya memandang Ariana seperti seorang penjenayah seakan jijik melihat Ariana..
Jarinya menyentuh bibirnya yang pecah ditumbuk Eiffel..

"Zahid.. Aku cintakan kau dua sebab.. Pertama, aku memang sukakan kau.. Kedua, sebab mak kau bagi aku harapan..Sejak awal dia cakap yang aku akan jadi isteri kau.. Sejak tahu hal tu, aku cuba cintakan kau.. Tapi malang sebab kau hanya tahu hal ni bila aku dah pindah masuk rumah kau dan PARENTS kau.. Dan aku sedar parents aku tak ada bantu majlis ni.. Tapi, aku nak buat macam mana?, tak kau nak aku bangkitkan mama papa aku supaya majlis ni berlangsung.. Ni semua bukan SALAH MAMA PAPA AKU.."

Airmatanya mengalir kembali..
Ariana terhenti kata-kata..
Dia menahan diri agar tidak meraung dekat situ..

"Kau ingat Zahid.. Apa yang kau cakap hari ni, aku akan ingat sampai mati.."

"Kalau kau ingat sampai mati, bagus.. Tak payah aku nak ingatkan banyak kali"

Sekali lagi Eiffel membelasah Zahid..
Sampai hati cakap macam tu dekat Ariana.

"Kau jaga mulut kau.. Dah hina orang, masih nak sakitkan hati..Kau fikir Ariana ni nak sangat susahkan kau dengan keluarga kau ke?.. Pasal tinggal dekat rumah kau tu, mak bapak kau yang suruhkan.. Yang nak sangat kau kahwin dengan Ariana ni, mak kau.. Sejak mak Ariana lahirkan dia, mak kau dah cakap dengan mak Ariana untuk jodohkan korang.. Mak kau tu yang over.. Kau nak salahkan 100% dekat Ariana.. Pergi matilah.. Mak kau tu yang bagi harapan banyak pada Ariana.. Selama ni, kau tak sedar ke mak tu sebenarnya kongkong Ariana sebab tak nak ada yang nak jadikan Ariana menantu.. Ariana dah beli rumah dah tapi mak kau yang halang.. Sekarang kau nak tahu apa lagi?.. Aku boleh bagi tahu.. Kau tu sepatutnya beruntung dapat Ariana, bukannya sia-siakan dia.."

"Kau nak bela sangat perempuan ni.. Pergi mampuslah dengan dia ni.. Kalau kau nak perempuan ni tak DISIA-SIAKAN.. Apa kata KAU je yang jaga dia ni?.. Menyusahkan orang je"

"Dia ke kau yang menyusahkan?..Tak tahu beruntung.. Sejak kecil Ariana dekat kau, dia tu dah jaga kau macam dia kakak kau.. Kau tak pernah ingatkan kebaikan dia dekat kau.. Memang tak gentleman langsung.. Lepas ni, aku akan pastikan Ariana tak jumpa lelaki bodoh macam kau ni.. Ariana jom ikut aku"

Eiffel dah tak boleh bersabar..
Kalau dia masih dekat sana, nanti mati budak tu dia belasahnya..
Ariana hanya mengikut langkah Eiffel..
Dia akan berhenti..
Berhenti mencintai Zahid seperti sebelum ni..
Cukuplah dia ingat Zahid tu kawan masa kecil

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience