Epilog

Romance Completed 6385

Setelah beberapa lama berlalu..
Zahid telah menjumpai keluarga kandungnya..
Dia dibantu Eiffel..
Dia tak sangka kalau Eiffel sudi tolong dia cari keluarga kandung walau pun dengan apa dia buat sebelum ni dengan Eiffel dan ganggu hubungan Eiffel dengan Ariana..
Dia sangat berterima kasih pada Eiffel yang banyak membantunya sedar..

Zahid masih mempunyai hubungan baik dengan Datin Zuna dan Datuk Dani..
Walau apa pun terjadi, Zuna dan Dani dah besarkan dia..
Mustahil untuk dia lupakan jasa mereka berdua..

Hubungan mereka sekeluarga masih baik bersama Ariana..
Zahid sudah boleh menerima kenyataan Ariana bukanlah pendamping hidupnya.
Dia kini lebih terbuka dan menerima Ariana sebagai adik atau lebih kepada kawan..

"Ariana.. Kenapa termenung ni?.. Hari bahagia Ariana nikan."

"Tak de apa aunty.. Tengok tetamu ni"

"Tak nak ikut Eiffel ke?"

"Tak naklah.. Banyak lelaki.. Sempat kot diorang bincang kerja"

"Biasalah, lelaki tu. Memang kerja je yang paling diingat"

"Zahid dengan uncle mana?"

"Jumpa tetamulah tu.. Kenal-kenal dengan orang business"

"Lah.. Dua kali lima jelah dengan Eiffel"

"Ha'ah.. Kamu jangan termenung sangat ya.. Aunty nak tengok-tengokkan dulu tetamu ni"

"Yelah aunty"

Hari berbahagia Ariana adalah hari ni..
Hari di mana dia dan Eiffel menjadi pasangan suami isteri..
Ariana bahagia..
Namun Eiffel meninggalkan dia seorang diri di meja pengantin..
Sepatutnya Eiffel teman dia.
Heisy..

"Hai pengantin baru.. Masam je muka"

"Suami aku tu hah.."

"Masam je muka sebab tak de husband teman.. Malam nanti, mesti dia temankan kau.. Sampai esok pagi"

"Hah?"

"Ya.. Dia temankan kau tidur sampai pagi.. Maybe ada bunyi-bunyi sikit"

"Bunyi apa?"

" Kau ni, sengaja tak faham apa aku cakap ke?"

"Tak.. Aku betul-betul tak faham"

"Malam nantikan malam pertama korang"

"Oiit.. Kau ni boleh pula cakap pasal tu"

"Kau akan alami juga.. Tak payahlah nak malu sangat"

"Kau berhenti cakap pasal tu.. Tak malu"

"Aku memang tak malu dengan kau"

"Eh.. Yak tak ya jugakan.."

"Oii"

"Apa?"

" Kau kenal tak dengan perempuan tu?"

ARIANA memandang ke arah pandangan Zahid..

"Perempuan mana satu ni?"

"Dress warna cream tu.. Rambut kena sanggul"

"Pengapit aku?"

"Ha'ah dia"

"Of course aku kenal.. Adik ipar aku"

"Adik Eiffel.. Baru nak mengorat.. Haha"

"Pergilah try"

"Tak nak aku kena belasah dengan Eiffel.. Lebam seminggu aku nanti"

"Kau nak rogol dia ke sampai Eiffel nak belasah kau?"

"Tak adalah.. Kau ni ke situ pulak"

"Tak adanya Eiffel nak belasah kau kalau kau tak buat hal.. Nak try adik Eiffel je pun.. Apa salahnya?.. Aku sokong kau"

"Kau pasti ke Eiffel tak belasah aku nanti?"

"Ya..Akukan support kau"

"Okay-lah..Nanti aku try dia.. Dan sekarang aku nak pergi, kang tetamu fikir bukan-bukan"

"Yelah Zahid"

.....

"Baby clingy.."

"Ya"

"Bukan awak dah lama siap mandi ke?.. Kenapa masih guna bathrobe?"

"Errmm.. Adalah sebabnya.. Awak dah tak ada nak buat apa-apa ke?"

"Sekarang ni saya nak teman isteri saya je.. Kenapa?"

"Okay kejap ya.."

Ariana membuka bathrobe-nya di hadapan Eiffel..
Buntang mata Eiffel dibuatnya..
Ariana kini memakai lingerie di hadapan Eiffel..

"Baby.. Seksinya Baby Clingy saya"

"Hanya untuk awak"

"Kenapa pakai macam ni?"

"Saya nak goda awak"

"Awak dah buat saya tergoda, Baby"

Eiffel mencempung tubuh Ariana..

"Disebabkan awak dah buat saya tergoda.. Saya akan makan awak malam ni"

"Saya sedia dimakan awak.. Jangan kasar tau"

"Alright for our pleasure"

Malam mereka dipenuhi dengan keghairahan mereka..

Selepas menempuhi ujian dalam perhubungan mereka, akhirnya mereka dapat menjalinkan hubungan sah yang sudah lama diinginkan..

Kehidupan mereka tidaklah sempurna..
Namun menjadi yang terbaik untuk pasangan..
Kebebasan dalam perhubungan bukanlah jalan untuk memilih kecurangan

Menjaga hati seseorang itu tidaklah mudah, namun perlu saling mengingatkan agar cinta kekal mekar walau kejauhan

~~~TAMAT~~~

Terima kasih kepada readers yang sudi membaca 'Berubah' dari awal hingga akhir Terima kasih untuk menyokong saya dan cerita ni.. Sokongan anda semua membuat saya bersemangat.. Terima kasih banyak-banyak Maaf jika ada salah silap sepanjang cerita ini dilancarkan. Sebarang kesalahan bahasa, sila betulkan... Daripada saya, Sky ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience