12

Romance Completed 6385

"Seronok balik lewat?"

"Awak tak tidur lagi kenapa?..Kan pagi nanti nak pergi U"

"Dah mama aku suruh tunggu kau..Kenalah tunggu"

"Awak boleh je tidur masa mama awak dah tidur..Bangun lewat nanti..Bukan saya yang tak pergi U nanti"

"Dahlah..Membebel pulak kau"

"Membebel apanya?..Saya bagi tahu hal betul..Oklah,nak tidur"

Sesampainya Ariana di rumah..
Dia nampak Zahid masih main phone dia..
Main game kot..

Ariana dah mengantuk sangat..
Jadi dia terus naik ke bilik dan tidur..
Nanti pagi nak pergi office pulak..
Masuk kerja..
Hrmm..
.....

"Welcome back boss"

"Boss?"

"Yelah,boss..Cik kan boss dekat sini"

"Arr..Oklah..Aku just terkejut kau panggil boss"

"Boss kenalah biasakan diri.."

"Ok..So apa nak buat hari ni?"

"Boss dah nak mula kerja ke?"

"Dah tu buat apa aku datang hari ni kalau tak kerja?"

"Oklah boss..Apa kata boss tengok atau baca dengan teliti semua projek yang tertangguh atau sedang berjalan..Bila boss dah settle,kita akan bincang nak uruskan mana satu"

"Ok"

Gina memberikan puluhan fail di atas meja kerja Ariana..
Hampir takde ruang atas meja tu..

"Banyak ye..Sempat ke aku nak baca semua dalam sehari?"

"Boss sambung esok ke lusa ke..Business partner faham yang boss baru masuk..Diorang bagi masa seminggu untuk boss aturkan jadual boss.."

"Oh..Bagus-bagus"

"Ada pertanyaan lagi ke?..Kalau takde,saya nak buat kerja lain"

"Takde apa.."

"Baiklah..Saya pergi dulu"

"Ok"

Gina memberi ruang untuk Ariana terus meneliti semua projek..
.....

"Hello.."

"Ariana kan?"

"Ya aunty..Kenapa?"

"Maaflah susahkan kamu ni..Aunty nak minta tolong"

"Tolong apa aunty?"

"Zahid ni"

"Hah..Kenapa dengan anak aunty tu?"

"Kereta dia rosak dekat U..Uncle pergi luar negeri ni..Tu yang minta tolong Ariana"

"Zahid dah nak balik ke aunty?"

"Ya"

"Takpelah..Ariana pergi ambik dia sekarang.."

"Yelah..Maaf susahkan Ariana"

"Tak susah pun aunty..Ariana pergi dulu"

"Ya"
.....

Ariana sampai ke universiti dalam beberapa minit..
Dia lantas mencari kelibat Zahid..
Nampaknya Zahid masih dalam kawasan U..

"Awak nak balik tak?"

"Kau buat apa dekat sini?"

"Jemput awak baliklah..Tak kan nak jemput sugar daddy pulak.."

"Siapa suruh kau jemput aku?"

"Hrmm hrmm"

Ariana membuat panggilan..
Call aunty.
Dia juga membukakan pembesar suara

"Hello aunty.."

"Ya Ariana"

"Budak ni macam tak sukalah Ariana ambik dia bawa balik"

Zahid megarahkan jari telunjuknya pada muka Ariana..
Geram je muka dia dengan Ariana..

"Nak kena jemput guna kapal terbang kot baru nak balik..Dahlah kereta rosak..Mesti sebab lupa check something"

"Paksa je dia balik..Kalau tak nak juga..Suruhlah kawan dia bawa balik"

Terangkat-angkat kening Ariana..
Dia mematikan panggilan..

"So,awak nak balik,saya hantar atau kawan awak?..Ke awak tiba-tiba rasa nak naik grab ke?..Teksi ke?..LRT ke?"

Zahid mendengus kasar..
Tak sangka pulak mama dia suruh Ariana yang jemput dia balik

"Awak tak nak balik dengan saya takpe..Bye"

Ariana melangkah jauh menuju ke kereta..
Dia berjalan perlahan kerana kasutnya..
Takut terseliuh pulak kalau dia jalan laju..

Zahid tidak mengekori Ariana..
Hanya memandang Ariana yang berpakaian formal yang lengkap..

"Kau memang tak nak ikut ke?..Aku bukannya dapat hantar kau,dahlah rumah aku jauh..Rumah kau pun jauh"

"Hrmm."
.....

"Naik balik guna apa bang?..Naik kaki ke?"

"Kau jangan sibuk"

"Orang offer balik,tak nak..Nak juga naik teksi.."

"Kau fikir aku hingin sangat ke kau jemput aku?"

"Hello bang..Saya tak cakap pun macam tu..Awak nak fikir sampai sana kenapa?"

"Zahid..Pergi mandi..Jangan cari pasal..Penat-penat Ariana pergi U kamu nak jemput kamu..Kamu pulak tak nak.."

"Yang mama suruh dia jemput kenapa?..Zahid rela jalan kaki daripada ikut dia ni.."

Dengan hati sebal Zahid menaiki tangga untuk masuk ke biliknya..
Malas nak bertengkar dengan Ariana..
Mesti mama nak sokong Ariana tu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience