TIGA TAHUN KEMUDIAN...
"Awak.. Dah siap ke masukkan dalam but kereta?"
"Dah.. Tinggal nak pergi je lagi.."
"Yelah.. Mama papa awak mana?.. Tak kan kita pergi tak jumpa dulu"
"Mama papa dah jalan.. Hal urgent..Nanti bila kita dah sampai Malaysia, kita inform dekat diorang.. Kang kelam-kabut diorang risaukan kita"
"Oklah.. Jom.."
Ariana akan pulang ke Malaysia selepas tiga tahun tinggal di UK tanpa kembali..
Semua kerjanya juga berjalan lancar..
Tak perlu untuk dia ulang-alik dari UK ke Malaysia..
Dia balik hari ni sebab tak lama lagi akan ada reunion bekas classmates universiti
Dia pulang ke Malaysia mungkin agak lama..
Dia akan fokus pada bekerja dan kekasih hatinya..
Setahun awal dia kembali ke UK, dia sedaya upaya lupakan Zahid..
Dia sekarang hanya menganggap Zahid sebab teman masa kecilnya..
Dia tak berharap untuk ada hubungan dengan Zahid lagi..
Tak nak hati terluka lagi sebab Zahid..
Cukup selama ni Zahid tak terima dia..
.....
"Ariana.. Lama tak jumpa"
"Kaulah.. Tak nak balik UK.. Aku bukannya nak balik Malaysia sebelum ni"
"Alah.. Nak bantu Eiffel tu hah.. Tulah nak sangat ada dua cawangan dekat sini.. Dah aku yang kena handling satu cawangan dia.."
Justya menjemput Ariana dan kekasih Ariana dari airport..
Tya happy sangat dapat jumpa Ariana..
Dah tiga tahun berlalu..
Mestilah rindu dengan Ariana..
Lepas dia konvo dulu, dia tak dapat balik sebab Eiffel minta dia uruskan syarikat dia..
Mereka bertiga menaiki kereta Tya..
Tya memulakan pemanduan ke kondo Ariana
"Kau lama ke dekat sini?"
"Lama juga.. Tengok keadaan macam mana nanti"
"Tinggallah lama-lama dekat sini.."
"Aku tak rasa aku balik dalam sebulan ni.. Mungkin tiga atau empat bulan lagi balik UK"
"Sekejapnya.. Balik tahun depanlah"
"Tak naklah lama-lama sangat dekat sini.."
"Takut dengan Zahid?"
"Ih.. Taklah.. Buat apa nak takut lelaki tu?.. Aku cuma tak nak mak dia terjumpa aku.."
"Biar jelah.. Boyfriend kau nikan ada nak protect kau"
"Macamlah boyfriend aku ni takde kerja..Tak kan 24 jam nak ikut aku"
"Alah..Mustahil juga aunty kau nak ganggu kau.. Dia tahu ke kau balik?"
"Entahlah.. Aku dah lama tak contact diorang..Harap tak tahulah"
"Aku takut satu hal yang lebih menakutkan kalau kau terjumpa aunty kau"
"Apa yang menakutkan sangat tu?"
"Aku takut Zahid tiba-tiba suka kat kau sebab kau dah cantik.. Eh maksud aku lebih cantik dan lebih bergaya daripada sebelum ni.. Kalau jadi, memang aku pun tak senang duduk tau"
"Aku elakkan diri daripada jumpa dia.. Lagi pun lepas reunion, aku kan fokus dekat kerja dan..Boyfriend aku"
"Bagus-bagus..Dan bagus juga dah sampai kondo"
"Akhirnya sampai.. Boleh rehat"
"Kau tinggal dengan Ariana ke?"
Tya menanyakan pada kekasih atau pujaan hati Ariana tu..
"Mestilah.. Tak kan nak biar Ariana sorang diri dekat kondo.. Nanti dia buat hal lagi"
"Oklah.. Jaga dia elok-elok.. Hah jom aku tolong hantarkan barang lain korang.."
"Yelah"
.....
Tya meninggalkan Ariana dan boyfriend-nya di kondominium milik Ariana tu..
Lagi pula Tya faham pasangan kekasih tu penat..
Lain kali ajelah bawa sembang
Esok, lusa masih ada..
"Awak.. Esok saya nak jumpa kawan saya..Jadi, awak ikut ae"
"Kenapa saya nak ikut?.. Tukan kawan awak..Mesti semua perempuan"
"Alah.. Saya nak awak ada juga"
"Tapi saya tak nak jumpa kawan awak"
"Alah.. Awak tunggu jelah saya dekat luar.. Awak main game ke, ronda-ronda ke.. Apa-apa je yang tak buat awak bosan.. Please.. Tak naklah keluar sorang-sorang.."
"Awak nikan selalu macam ni.. Kena teman je,takut apa masa siang-siang?"
"Takut hati awak singgah kat hati perempuan lain"
"Aduhai awak ni.. Bagi pick-up line pulak.. Yelah yelah.. Esok saya tunggu dekat luar.. Luar?.. Korang jumpa kat mana?"
"Dekat restoran je.. Kenapa?"
"Takde apa.. Oklah.. Jom rehat dulu.. Badan saya ni dah lenguh sebab duduk berjam-jam"
"Yelah..Janjikan esok teman saya?"
"Ya janji"
~~~~~
Di petang hari yang nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa,Ariana bertemu kedua kawan yang rapat padanya..
Siapa lagi kalau bukan Laura dan Raisha..
Kekasih Ariana berjalan di sekitar restoran tu.. Sambil itu melihat telefonnya
Ariana berpakaian dress paras lutut
Rambutnya yang dipanjangkan selama tiga tahun sudah panjang sehingga mencecah pinggang Ariana..
Dia membiarkan rambut diurai kemas..
Tidak lupa ada beg yang bersilang di tubuhnya..
Kasut yang dipakai itu jenis kasut wedge
Dia juga memakai sunglassess
Dia melihat Raisha dan Laura sudah pun sampai..
Nampaknya dia agak terlambat sampai..
Laura dan Raisha ada melirik Ariana..
Cumanya seakan mereka tidak mengenal Ariana..
Mungkin kerana perubahan Ariana...
Ariana tersenyum..
Dia melangkah ke meja Laura dan Raisah duduk..
Dia nak kenakan dua kawan dia ni..
"Hrmm hrmm..Are you Miss Laura and Miss Raisha"
Mereka melihat Ariana..
Masih tak perasan..
"Ya.. And who are you?"
"Someone you know.. I wanna tell that Miss Ariana was arrived"
"How you know?.. And if what you say is true, where's Ariana?"
Ariana tersengih dan membuka kacamatanya
"In front you"
Ternganga mulut diorang berdua nampak manusia yang sedang berdiri depan diorang
Rasa nak terbang roh pun ada..
"Wait.. Are you real Ariana?"
"Kenapa tho?.. Tiga tahun tak jumpa terus tak kenal aku ke?"
Ariana lantas mengambil tempat untuk duduk
"Biar betul ni Ariana.. Ke kau menipu ni?.. Berubah sangat ni"
"Ya Raisha.. Ni betul-betul-betul Ariana.. Ariana anak Nazmi,bekas CEO NA Sdn. Bhd.. Nak aku cakap apa lagi supaya kau percaya?"
"Siapa lelaki yang kau cinta tiga tahun lalu?.. Siapa nama kawan lelaki Ariana?"
"Zahid dan Eiffel"
"Ok Laura.. Sah dia real Ariana"
"Macam tak percaya depan aku ni ARIANA.. Dah berubah sangatlah kau sekarang.. Dah tak macam dulu"
"Sekarang ni, kena percaya yang aku ni Ariana.. Penat tau aku pergi sini semata-mata nak jumpa korang dua"
"Siapa suruh kau pergi benua Eropah tu?.. Kau yang penat sendiri"
"Dah takde tempat aku nak pergi, baik aku balik rumah aku dekat sana.. Taklah terSEREMPAK dengan orang tu"
"Apa benda jadi sebenarnya?.. Banyak sangat tau gosip pasal majlis pertunangan tak jadi kau.. Lepas tu orang cakap yang kau ni ikut lelaki lain lari dari sini.. Betul ke?"
"Mak cik bawang ae kau,Laura,sampai tahu gosip-gosip ni"
"Bagi tahulah hal sebenar"
"Lelaki tu ada hina aku, hinaan dia dah melampau.. Aku taklah ikut lelaki lain lari, tapi aku ikut kawan aku balik UK.. Kawan lelaki aku tu.. Salah fahamlah tu"
"Kau nak tahu tak apa jadi lepas majlis tu batal?"
"Apa jadi?"
"Papa Zahid marah Zahid.. Sebab dia tahu apa jadi masa tu..Tapi dia taklah bagi tahu apa jadi.. Diorang bermasam muka selama beberapa minggu or bulan.. Tak lama lepas diorang dah ok, Zahid kena hantar overseas untuk belajar"
"Karma.. Ih dahlah.. Tak payah ingat hal lama"
"Hah.. Kau balik sini dengan siapa?.. Tak kan kau sorang-sorang"
"Aku balik dengan boyfriend akulah.. Nasib baik dia tak busy sangat dekat sana"
"Boyfriend?..Kekasih kau?"
"Ya Raisha.."
"Wow.. Dah makin maju.. Mana dia, nak kenal juga"
"Halah.. Kenapa nak kenal dia?"
"Saja.. Manalah tahu tiba-tiba terjumpa dekat tepi jalan, lepas tu tanpa sengaja jatuh hati.. Sedih"
"Drama betullah kau ni.. Tu tengok kat luar.. Main phone, ada sunglassess.. Baju kemeja lengan panjang warna coklat"
"Wait.Jap jap.. Apesal macam kenal?"
"Kan kan.. Aku pun rasa korang kenal dia"
Boyfriend Ariana memandang ke arahnya..
Arian melambai lalu membuat gaya seperti membuka kaca mata..
Boyfriend Ariana memahaminya..
"Ariana.. Biat betul dia boyfriend kau?"
"Yelah.. Kenapa?"
"Terkejutlah.. Macam mana boleh jadi couple pulak ni?"
"Jatuh cinta yang natural"
"Kalau tak silap aku, nama dia Eiffel-kan"
"Yup.. Nama dia Eiffel.. Senang je ingat nama dia tu.. Ingat Menara Eiffel yang ada dekat Paris tu"
"Oh.. So, ada perancangan nak kahwin ke?"
"Awalnya kau tanya"
"Dah ada ke ni?.. Macam ada je"
"Mestilah ada.. Tak kan takdekan.."
"Cayalah babe.. Tak lama lagi nak jadi isteri orang lah ni"
"Bukan masa terdekat aku kahwin.. Tunang pun belum"
"Nanti kahwin, jemput kitorang.. Kalau kat UK perkahwinan kau, kitorang tetap akan pergi"
"Ok.. Aku akan jemput korang.. Hehe"
Akhirnya Ariana melupakan Zahid.. Dan, Eiffel mendapat cinta daripada Ariana ^_^
Share this novel