1

Romance Completed 6385

"Aunty..Mana Zahid?"

"Dia dengan kawan.. Kenapa Ariana?"

"Takde apa aunty.. Saja nak jumpa"

"Zahid tak layan kamu ke?"

"Takdelah aunty.. Dia layan Ariana ok je"

"Tak payah tipu aunty,Ariana..Aunty tahu apa Zahid tak layan kamu.. Aunty minta maaf bagi pihak Zahid"

"Takpe aunty.. Ariana faham kalau Zahid tak nak kawan Ariana..Ariana kan tak cantik macam orang lain"

"Ariana.. Jangan cakap macam tu..Kamu bukan tak cantik cuma kamu tak pandai nak berfesyen.. Tu je.. Aunty tahu kalau kamu tak berminat nak pakai baju seksi,sebab tu agak memalukan bagi kamu.. Aunty pun tak suka juga pakai baju seksi..Tapi, kamu cubalah ubah pemakaian Ariana lebih cantik.. Jangan asyik pakai hoodie dengan seluar jeans je.. Bolehkan"

"Ermm.. Ariana cuba belajar.. Ariana harap Zahid boleh terima Ariana.."

"Ya, aunty sentiasa sokong Ariana tau"

"Terima kasih aunty"

"Sama-sama.. Ariana kan nak jadi menantu aunty"
.....

*Nampaknya aku kena ubah pemakaian.. Nerd sangat ke aku ni?..Aku bukannya buruk pun.. Memanglah aku pakai kaca mata bulat tapi tak nampak nerd pun.. Nak aku pakai seksi?, memang taklah*

"Hoi..Kau dah kenapa termenung depan kolam ni?..Nak bunuh diri ke?"

"Zahid, awak baru balik ke?"

"Dah tu kenapa?"

"Takde apa, tanya je.."

"Mama papa aku mana?"

"Parents awak keluar.."

"Kau bila nak keluar dari rumah ni?.. Sejak mak bapa kau mati,kau dekat sini.. Menyemak tau"

"Aunty kata saya tak kan pergi mana-mana sampai saya jadi isteri awak"

"Siapa yang nak kahwin dengan kau?!..Pergi mimpilah angan kau tu..Aku tak nak pun.."

"Tapi mama awak dah cakap"

"Itu cakap mak aku, bukan aku.. Yang nak kahwin tu aku, bukan mak aku"

*Jahat kau kan Zahid.. Aku dah baik dengan kau pun, kau nak marah-marah..*

"Tengoklah nanti kalau awak tak kahwin dengan saya..Tunggu je nanti"

Ariana pergi meninggalkan Zahid..
Dia tak nak terjadi pergaduhan di antara dia dan Zahid..
Kecoh rumah tu nanti

"Kau nak pergi mana hah?"

"Saya nak masuk biliklah.. Tak kan nak bergaduh dengan awak pulak"

"Kau ni"

"Apa?."

"Dahlah.. Pergi sana"

"Ish"

Tadi tahan orang.. Sekarang suruh orang menjauh pulak..
Ariana masuk ke biliknya lalu mengeluarkan buku latihannya

*Baik aku belajar daripada fikir Si Zahid tu.. Menyakitkan hati je.. Tapi kenapa aku suka dia?*

Tersenyum sendiri Ariana dalam bilik tu.
Teringat dia pasal Zahid yang masih ramah padanya..

Diorang dah macam couple masa tu..
Selalu ada bersama kalau berjumpa..
Mama papa diorang tak halang
Tapi malangnya, bila dah meningkat dewasa..
Zahid mula memberi layanan kasar..
Mula cakap kasar dengannya..
Mungkin kerana malu punyai kawan yang tak bergaya..

Muram semula muka Ariana..
Beginilah nasib mempunyai crush..
Sekejap senyum, sekejap muram..
Antara perasaan dibalas atau tidak,itu tetap menyakitkan
Kita hanya ingin melihat dia bahagia,tapi sukar untuk dia bahagia dengan kita..

*Sedihnya hidup aku.. Kenapalah mama papa pergikan?..Aku tak nak tinggal sini.. Tapi dekat mana lagi nak pergi, nak ikut siblings mama papa memang taklah.. Nanti aku tak terjumpa Zahid pulak.. Huh.. Tahanlah dengan perangai Zahid tu Ariana.. Kau je beria nak suka dia.. Tengok apa yang jadi dekat kau*

Ariana mengomel sendiri di dalam hati..
Dia takde siapa untuk tempat mengadu..
Mama Zahid bukannya ada banyak masa nak teman Ariana

Bila dikenang balik pasal mama papa dia..
So sad..
Mama dan papa dia kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumah.
Masa tu Ariana ada juga..
Cuma dia tercedera sedikit saja..
Tu yang dia masih hidup ke hari ni..
Kalau boleh, nak je dia bunuh diri..
Cumanya, dia ada sebab untuk hidup..
Kerana Zahid.. Haha..

~~~~~

"Ariana.. Jom cepat jalan.. Majlis dah nak mula"

"Kawan-kawan Zahid ok ke aunty kalau Ariana ada?"

"Ariana.. Kamu ni bakal tunang dan isteri pada Zahid.. Jadi kamu kenalah kenal-kenal dengan kawan dia"

"Kawan-kawan Zahid memang dari awal tak suka Ariana"

"Ariana.. Ketepikan hal negatif macam tu.. Jom turun.. Kalau ada yang nak buli kamu, jangan risau.. Aunty dengan uncle ada"

"Oklah aunty"

Ariana dan Mak Zahid turun ke tingkat bawah rumah..
Zahid menyambut ulang tahun kelahirannya di rumah..
Zuna telah menyediakan semua untuk Zahid..

Ariana melihat kebanyakan kawan Zahid..
Mereka menjeling Ariana, terutamanya kawan perempuan atau peminat Zahid..

*Cemburulah tu aku dapat tinggal serumah dengan Zahid.. Kesian deh..*

Ariana hanya mengikut langkah aunty ke mana saja..
Dia akan berhenti mengikut aunty bila dia ingin bersendiri..

"Ariana.. Ni semua kawan aunty tau.. Kawan mama Ariana juga.."

"Zuna.. Ni ke anak Aria tu?.. Cantik macam mak dia"

"Ha'ah.. Kalau kamu tengok, padan tak dengan anak aku?"

"Padan sangat-sangat..Bagai pinang dibelah dua.. Serasi"

"Kan.. Tapi tulah.. Anak aku pulak yang tak nak dengan perempuan cantik macam Ariana"

"Kalau anak kau tak nak, bagi aku.."

"Amboi.. Nak potong jalan nampak"

"Mana ada.. Itu kalau anak kau memang tak nak dengan Ariana ni..Yang lain pun mesti sama dengan aku"

"Tengoklah macam mana.. Kalau aku sedia nak lepaskan dia, aku bagilah korang.. Hehe"

Ariana terasa kekok berada di sana..

*Apehal pulak macam nak lelongkan aku pulak ni.. Mentang-mentanglah mak aku takde, memandai je nak kenankan aku dengan anak diorang..*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience