Ariana meneruskan pekerjaannya dengan mood yang buruk.
Untung saja sejak awal dia tidak meminta Gina meneruskan appointment dengan syarikat lain..
Tak pasal-pasal nanti, orang lain kena tempias kestressan dia..
Selepas waktu berkerja, Ariana pulang sebentar mengemaskan pakaiannya sebelum pergi ke rumah Eiffel..
Teringat Eiffel..
Ariana merasa sayu..
Belum sehari Eiffel pergi kerja, dia dah rindu..
Demam rindulah dia lepas ni..
Sob, sob..
Sesampainya dia di hadapan pintu rumah Eiffel
Dia dijemput oleh kedua-dua adik perempuan Eiffel..
"Nampaknya beberapa hari ni kita bertiga meriah dengan kebersamaan kita bertiga tanpa Eiffel"
"Kak, kau ni.. Tak baik cakap macam tu.. Kesian kat abang"
"Kesian apanya, bukan selalu kita dapat bertiga.. Asyik berempat je"
"Biarlah berempat pun, best juga.. Selamat lagi kalau ada abang"
"Banyak cakaplah kau ni.. Ariana, jom masuk"
Sempat lagi beradu mulut depan pintu..
"Ariana.. Eiffel kata berapa hari dia outstation?"
"Paling lama seminggu.. Paling cepat empat hari"
"Lama gak tu.. Boleh ke kau tahan rindu ni?"
"Tengah cubalah ni"
"Tahan tahanlah rindu.. Hehe.. Jomlah makan.. Lapar tunggu kau ni"
"Sorry"
"Takdelah.. Gurau je"
.....
"Hello Ariana.. Awak dah sampai rumah saya ke?"
"Dah.. Awak dah sampai darat ke belum?"
"Dah"
"Awak tengah buat apa sekarang?"
"Call awak"
"Benda lain?"
"Buat kerja"
"Busy?"
"Tak juga.."
"PA awak mana?"
"Tinggal bilik sebelah"
"Jangan tidur sebilik ae"
"Taklah.. Rasanya dah tidur tu"
"Awas dia masuk bilik awak.. Nanti dia hendap awak"
"Awak cakap ni, macamlah PA saya tu perempuan"
"Mana tahu dia homo.. Awak kenal sangat ke dengan dia?"
"Sampai ke situ awak fikir.."
"Langkah berjaga-jaga..Saya tak nak awak jadi mangsa rogol lelaki homo"
"Hey.. Awak punya fikiran ni, memang tak boleh jangkakan"
"Memang pun"
"Bahaya"
"Memang pun.. Jadi jangan main-main dengan saya..Awak dah makan?"
"Hrmm.. Dah.. Tapi ni betulkan ni Baby Clingy saya?"
"Baby Clingy lagi.."
"Saya dah mulai suka panggil awak Baby Clingy"
"Haisy awak ni.. Dalam banyak-banyak panggilan, tu juga yang awak nak suka"
"Biarlah.. Biar rare"
"Suka hati awaklah.."
"Dahlah.. Saya nak sambung kerja.. Selamat malam Baby Clingy"
"Ya.. Selamat malam awak"
Takde nama panggilan lagi untuk Eiffel..
Entah apa yang boleh dijadikan panggilan Eiffel
Telefon diletakkan di atas meja..
Dia sedang berbaring di atas katil dengan selesanya..
Bilik Eiffel memang selesa..
Tya dengan Nara yang nak Ariana guna bilik Eiffel..
Sebab mungkin kawan diorang nak datang dan bermalam..
~~~~~
Beberapa hari sudah berlalu..
Namun Eiffel masih belum pulang..
Walai belum seminggu berlalu, Ariana dah tak tahan rindu dengan Eiffel..
Sampaikan dia termimpi Eiffel bersamanya..
Dia sudah terlalu merindukan Eiffel..
"Gina.. Saya masuk lambat hari ni.. Awak tolong aturkan.."
"Baik Boss.. Kira-kira jam berapa ya Boss masuk?"
"Tengah hari, mungkin"
"Ok Boss.. Boss ada nak saya bantu apa-apa selain tu ke?"
"Takde apa.. Aku nak off-call.."
"Baiklah Boss"
Ariana berjalan ke ruang tamu dengan lemah-longlainya
Dah macam orang mabuk dia berjalan..
Tya yang terlihat Ariana dari tingkat bawah lantas mendapatkannya..
Risau dengan perilaku Ariana..
"Ariana.. Kau kenapa macam tak ok ni?"
"Aku pun rasa aku tak ok.. Aku nak pergi klinik.."
Terlihat lesu wajah Ariana di mata Tya.
Tya menekapkan tapak tangannya di dahi Ariana..
"Panasnya kau.. Demam ni.. Marilah aku teman kau pergi klinik"
"Takpe ke kau nak teman aku ni?. Kaukan kerja"
"Takpe.. Lagi pun aku ni pembantu untuk jaga syarikat je.. Bukannya PA Eiffel.. Jomlah..Ikut aku"
"Ok"
Perlahan-lahan Tya membawa Ariana memasuki kereta..
Tya memandu ke sebuah klinik berdekatan..
Tya turut menemani Ariana memeriksa keadaannya..
"Cik Ariana mengalami demam panas biasa.. Tidak ada penyakit lain.. Jadi cik berdua jangan risau"
"Betul ke doktor?.. Saya tengok Ariana ni lesu sangat"
Tya menanyakan soalan yang dari tadi dia simpankan di hati..
"Mengikut pemeriksaan saya, Cik Ariana memang demam panas biasa.. Atau mungkin penyebab demam ni adalah rindu.. Atau nama lainnya demam rindu"
"Demam rindu?.. Ariana, kau rindu someone ke?"
Pertanyaan kali ini dituju pada Ariana..
"Hukk, hukk.. Ya.. Ada"
"Lah.. Demam rindu..Kalau macam tu, terima kasih ya doktor"
"Ya.. Sama-sama.. Cik Ariana, lepas ni lebih cik cepat hilangkan rindu cik.. Demam panas ni, walau biasa-biasa je, tetap boleh membawa maut"
"Baiklah.."
.....
Selesai sudah mengambil ubat di kaunter ubat.
Tya dan Ariana bergerak menuju kereta.
"Kau dengar sendirikan yang kau ni demam rindu.. Kau rindu abang aku ae?.. Baik mengaku"
"Hrmm"
"Alah alah.. Siannya dia.. Rindu boyfriend dia.. Nanti aku suruh abang aku balik.. Hari ni juga"
"Hey.. Janganlah.. Biar Eiffel selesaikan kerja dia.. Nanti dia tak boleh fokus"
"Kau ni pun risau sangat pasal dia tu.. Kau nak kau mati dulu baru Eiffel balik, macam tu?.. Tak ingat ke apa doktor cakap tadi yang demam biasa-biasa pun boleh bawa maut"
"Halah.. Ok lagi.. Biarkan Eiffel selesaikan kerja dia.. Jangan bagi tahu dia pasal ni.."
"Ariana..Boleh tak pentingkan diri sometimes?..Abang aku tu bukannya tak pandai handle kerja dari jauh.. Macam sebelum-sebelum ni"
"Tya.. Biarkan dulu.. Kalau aku rasa memang tak boleh nak tahan lagi sakit aku ni, aku bavi tahu kau.. Ok?.. Dah-dah, jangan report dekat Eiffel tau"
"Hrmm.. Aku tak janji.."
"Tya..."
"Takde takde, aku tak kan berjanji.. Dah jom balik, kau kena rehat"
"No.. Aku kena pergi kerja"
"Seriously?.. Sekarang ni kau nak kerja dengan keadaan sakit"
"Aku kena juga pergi kerja.. Ada hal penting"
"No, no.. Aku tak kan biar kau kerja sekarang ni.. Nanti tambah masalah, yang susah nanti,kau juga"
"Aku tahu.. Tapi kena pergi juga"
"Ariana.Please-lah jangan susahkan diri.."
"Tya.. Kena pergi juga"
"Yelah.. Suka hati kau, degil.."
Mendung wajah Ariana melihat ke hadapan..
Dia kena pergi office hari ni sebab ada appointment penting..
Kalau tak penting, dia sendiri tak nak pergi office then rehat..
Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya berdiam..
Membawa perasaan sendiri..
Sampai di hadapan office Ariana, Tya memberhentikan keretanya..
Dia keluar menuju ke pintu kereta belakang.. Mengambil sesuatu..
Ariana tidak tahu apa yang dilakukan Tya..
Dia keluar dari kereta dengan pergerak agak lemah..
Tya mendekati Ariana dengan membawa sweater untuk Ariana..
Boleh juga Ariana pakai kalau dia rasa sejuk sangat..
"Nah ambik ni, Budak Degil.. Nak sangat pergi office masa sakit macam ni.."
"Thanks.. Lagi pun ada appointment penting..Sebab tu aku berkeras nak datang office"
"Cih..Macamlhah te ak boleh tangguh dulu.."
"Diornabg yang tak nak..Bukan aku"
"Hrmm.. Yelah.. Kalau kau nak balik ke ada hal ke, call aku.. Nanti aku datang"
"Yelah.."
"Nanti jangan tak makan.. Makan ubat kau"
"Ya.. Aku ingat"
"Oklah. Aku nak gerak.. Ingat tau"
"Ya Tya.. Aku ingat"
"Bgaus bagus.. Bye"
"Bye"
Share this novel